30/06/2026
Johor ni, sejak berzaman lagi istana masuk campur dalam pentadbiran negeri.
Sejak zaman Sultan Abu Bakar lagi.
Jadi kau jangan tanya kenapa ekonomi Johor no 2 sejak dulu. Walaupun jauh dari Kuala Lumpur.
Johor sepatutnya negeri miskin. Tak banyak sumber alam seperti timah dan kemudian minyak.
Sultan terdahulu arahkan buka hutan. Dengan dibantu pegawai-pegawai kerajaan. Rakyat dapat tanah. Siapa-siapa yang menggali parit untuk pertanian, sultan izinkan namanya diletak pada parit-parit tersebut.
Jadi di Johor, terutama Batu Pahat dan Muar, kita ada macam-macam parit. Parit Haji Hamid, Parit Haji Hasan, Parit Raja.
Kemudian bermula dekad 70-an, kawasan-kawasan kilang mula di bina. Kawasan Tampoi dan Larkin antara yang terawal. Kebanyakannya dari syarikat-syarikat Eropah. Kemudian syarikat-syarikat dari Jepun.
Pada permulaannya, mengambil kesempatan lokasi Johor yang berhampiran dengan pelabuhan Singapura. Kemudian Johor bina pelabuhan sendiri. Dua pelabuhan utama.
Kemudian kawasan industri di bina di tiap-tiap daerah. Sehingga Johor menjadi negeri yang paling banyak kawasan industri.
Inisiatif-inisiatif dari istana, didukung pegawai-pegawai negeri yang berintergriti.
Integriti. Kau tak akan nampak menteri besar atau bekas menteri besar dengan kekayaan melampau. Kaya sikit biasa la. Takkan la bekas menteri besar duduk rumah PPR.
Bukan ekonomi saja. Atas inisiatif istana, dan usaha pegawai-pegawai kerajaan, Negeri Johor satu-satunya negeri yang ada sistem sekolah agama sendiri. Dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
Rock-rock metal pun, budak Johor ada asas agama yang kuat.
Kau ingat Man Kidal, Amy Search, Sam Cromok, Bandi Amuk tak pergi sekolah agama? Kau silap. Nash Lefthanded pun pernah johan tilawah.
Dekat Johor saja mungkin, yang kau boleh nampak ada masjid dalam shopping mall.
Sultan-sultan Johor sentiasa memantau kerja-kerja pegawai-pegawai negeri.
Jadi kalau negeri kau, sultan duduk diam dalam istana, anak-anak raja duduk diam dalam istana, kau jangan bising kenapa Johor lebih maju.
Bukan untuk rakyat Johor saja. Rakyat negeri lain pun ramai datang bermastautin di negeri Johor, hidup aman damai bersama-sama, anak-anak masuk sekolah agama, dan sudah menganggap Johor sebagai tanah tumpah darah.
Jadi kau jangan pertikai kenapa Sultan Johor kaya. Anak sultan Johor kaya. Rakyat Johor sendiri tak pernah pertikai. Kerana mereka tahu peranan istana dalam ekonomi negeri.
Ambil contoh Johor Corp saja. Semua negeri ada PKEN. Tapi PKEN Johor saja yang mencatat untung. Jadi bocornya di mana? Kalau JCorp ni di tempat lain, mungkin CEOnya dah kaya-raya.
Kau nampak Johor banyak kilang. Tapi yang kau tak tahu, Johor juga pengeluar nombor satu hasil pertanian.
Tak payah pergi Johor Bahru. Tak payah pergi Batu Pahat, Kluang. Kau singgah saja pekan-pekan kecil di seluruh negeri. Senggarang, Rengit, Simpang Renggam, Parit Raja, Benut.
Taraf hidup penduduk lebih baik dari sesetengah pekan/bandar bertaraf Majlis Daerah di negeri lain. Segala kemudahan tersedia. Air bersih sentiasa ada. Jalanraya lebar sempurna. Pasaraya, kedai DIY, kedai eco, KFC, SpeedMart, KK Mart semua boleh jumpa di pekan-pekan kecil ni.
Johor cara Johor.
Rashid Mohd