Dewan Muslimat PAS Kawasan Tebrau

Dewan Muslimat PAS Kawasan Tebrau Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dewan Muslimat PAS Kawasan Tebrau, Political organisation, Ulu Tiram.

05/09/2026
05/09/2026

DMPP DESAK REFORMASI MASA KERJA DAN TENAGA KERJA KESIHATAN

Dibentang oleh : Cik Wan Syahirah Wan Jafri, AJK DMPP

Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mengusulkan reformasi masa kerja dan tenaga kerja kesihatan bagi menjamin kebajikan petugas, keselamatan pesakit dan kelestarian sistem kesihatan negara.

Antara tuntutan utama DMPP:
1. Mewujudkan Kerangka Waktu Bekerja Selamat Kebangsaan meliputi waktu bekerja, on-call dan tempoh rehat.
2. Melaksanakan Pelan Bekalan dan Permintaan Tenaga Kerja Kesihatan Kebangsaan untuk unjuran keperluan 5 hingga 10 tahun.
3. Menetapkan tahap minimum tenaga kerja selamat berdasarkan beban kerja, bukan sekadar jumlah 3. headcount.
4. Menjadikan pengekalan dan kesejahteraan petugas sebagai KPI KKM.
5. Mengurangkan beban kerja bukan klinikal melalui pendigitalan, automasi dan sokongan pentadbiran.

DMPP menegaskan, ini bukan tuntutan untuk bekerja kurang, tetapi bekerja dengan lebih selamat, produktif dan berkualiti.

Kerajaan juga didesak menyelaraskan peruntukan, perjawatan dan pengambilan tenaga kerja dengan keperluan sebenar perkhidmatan kesihatan negara.
Kebajikan petugas kesihatan ialah isu keselamatan pesakit, kualiti perkhidmatan dan masa depan sistem kesihatan negara.


Tahniah Ustazah Aisyah
03/09/2026

Tahniah Ustazah Aisyah

KESIAPSIAGAAN MENTADBIR : MEMBINA TATA KELOLA NEGARA BERTERASKAN ISLAM

Perwakilan Johor, Aishah binti Othman, menegaskan kesiapsiagaan PAS untuk mentadbir negara dengan membina tata kelola yang berteraskan Islam, berintegriti dan profesional.

Menerusi ucapan penangguhan bertajuk “Kesiapsiagaan Mentadbir: Membina Tata Kelola Negara Berteraskan Islam”, beliau berkata rakyat hari ini bukan hanya mahu mengetahui apa yang diperjuangkan, tetapi turut ingin melihat bagaimana negara akan ditadbir sekiranya PAS diberikan mandat.

Menurut beliau, pengalaman Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang telah menerima mandat rakyat menjadi asas penting untuk PAS terus memperkukuh kesiapsiagaan pentadbiran di peringkat negeri dan nasional.

Beliau turut menggariskan tujuh ciri budaya politik matang dan sejahtera, iaitu politik bertunjangkan prinsip; politik dakwah dan amar makruf nahi mungkar; penyelesaian berasaskan Islam; mengutamakan rakyat; politik damai dan diplomasi; berasaskan kebenaran bukan persepsi; serta rasional dan profesional.

Dalam membina negara berteraskan Islam, Aishah menekankan lima asas utama, iaitu integriti, kompetensi, syura, keadilan dan hisbah sebagai mekanisme pengawasan.

Beliau turut mengemukakan empat fasa perancangan pentadbiran, meliputi kesediaan kepimpinan, pengukuhan institusi kerajaan, mekanisme semak dan imbang serta kelestarian pentadbiran.
“Pentadbiran Islam bukan sekadar slogan, tetapi satu proses yang tersusun, berperingkat dan berterusan,” tegas beliau.

Katanya, kelestarian sistem tersebut perlu diperkukuh melalui pendidikan generasi muda, pembangunan kepimpinan pelapis serta pengukuhan prinsip kerajaan agar tata kelola Islam mampu bertahan untuk jangka masa panjang.

Ucapan beliau turut mengangkat semangat “Islam Berdaulat, Wanita Bermartabat” sebagai tekad Muslimat dalam mempersiapkan barisan kepimpinan yang amanah, kompeten dan bersedia memikul tanggungjawab mentadbir negara.



03/09/2026

Buta.

Ya, perfileman negara kita telah buta hati.

Bukan buta mata, sebab mereka nampak. Mereka nampak skrip itu, nampak babak itu, nampak apa yang keluar di skrin sebelum dilepaskan kepada penonton. Yang buta adalah hati yang sepatutnya berkata cukup.

Barah dalam masyarakat kita banyak. Scam yang meranapkan simpanan orang tua. Judi online yang memusnahkan rumah tangga. Dadah dalam kalangan remaja. Rasuah. Anak-anak yang didera dan diabaikan. Beban kos hidup yang menghimpit keluarga sampai ke tulang.

Semua itu realiti. Semua itu boleh diangkat menjadi karya yang menggegarkan.

Tetapi yang dipilih tetap juga curang, hubungan terlarang dan babak yang menghampiri lucah. Kenapa? Sebab itu yang paling murah untuk dibuat dan paling cepat memberi view.

Sekarang mari kita lihat Korea.

Dahulu memang banyak karya mereka berunsur soft p**n. Itu tidak boleh dinafikan. Tetapi lihat ke mana industri mereka bergerak hari ini.

Drama seperti Teach You a Lesson menjadi perbualan bukan kerana babak yang mencolok mata, tetapi kerana ia berani menyentuh isu keganasan di sekolah dan kegagalan sistem melindungi mangsa. Drama besar mereka membawa isu penderaan rumah tangga, jurang kekayaan dan tekanan hidup golongan muda. Kekuatan penulisan, lakonan dan sinematografi yang menjual, bukan kulit.

Mereka sedar satu perkara yang kita masih gagal faham. Karya yang hebat tidak perlukan babak yang murah.

Kalau industri yang dahulunya jauh lebih terbuka daripada kita pun mampu berubah dan tetap laku di pasaran antarabangsa, kenapa kita masih berpaut pada formula lama?

Tolong berhenti guna alasan “mendidik” masyarakat.

Sebab kalau betul kita ambil berat tentang mendidik, barah dalam sistem pendidikan sebenar kita tidak akan dibiarkan membusuk macam sekarang.

Guru hari ini bukan berdepan masalah murid semata-mata. Mereka berdepan beban kerja perkeranian yang tidak berkesudahan, ibu bapa yang sedia menyerang, dan disiplin sekolah yang makin sukar ditegakkan.

Yang terbaru, keluar p**a isu Aku Janji di bawah Polisi Perlindungan Murid sehingga guru sendiri keliru sama ada mereka masih ada ruang untuk menegur dan mendidik anak murid tanpa rasa takut. Sampai kesatuan guru terpaksa hantar memorandum untuk minta penjelasan.

Itulah keadaannya. Kuasa mendidik ditarik daripada tangan guru, tetapi kuasa mendidik diberi kepada drama yang mengajar remaja istilah yang mereka tidak sepatutnya tahu.

Pelik,
Kita mendisiplinkan orang yang mendidik, tetapi membebaskan orang yang merosakkan.

Bila sesuatu itu diulang cukup banyak kali, ia berhenti mengejutkan. Itulah tujuan sebenar. Bukan untuk mendidik, tetapi untuk membiasakan.

Generasi kita sedang dilatih perlahan-lahan supaya apa yang dahulu kita tahu haram, hari ini rasa biasa sahaja. Esok rasa lucu. Lusa jadi trend.

Bakat itu amanah. Platform itu amanah. Dan pendengaran, penglihatan serta hati kita semua akan ditanya.

Kepada yang ada kuasa dalam industri ini, celiklah semula. Barah masyarakat di luar sana terlalu banyak untuk diceritakan. Jangan pilih untuk menambah satu lagi.

Nadia Irdina
Exco Penerangan
Ameerah Dewan Muslimat PAS Negeri Johor

Lensa perwakilan daripada Dewan Muslimat PAS kawasan Tebrau yang menghadiri ke Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia Kali...
03/09/2026

Lensa perwakilan daripada Dewan Muslimat PAS kawasan Tebrau yang menghadiri ke Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia Kali Ke-66 pada hari ini di Bachok, Kelantan.

“Istiqamah Dalam Perjuangan, Teguh Membawa Perubahan.”

03/09/2026
Selamat Bermuktamar semua!
03/09/2026

Selamat Bermuktamar semua!

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐊𝐓𝐀𝐌𝐀𝐑

Tahniah dan selamat bermuktamar buat seluruh perwakilan serta pemerhati Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72, Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat Kali Ke-65, Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia Kali Ke-66 & Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-67.

Juga Selamat berkonvensyen kepada semua perwakilan As-Sabiqun PAS Pusat & Dewan Himpunan Pendukung PAS Pusat.

Semoga muktamar ini menjadi medan memperkukuh ukhuwah, memantapkan perjuangan dan memperkasa gerak kerja demi Islam serta ummah.

“Istiqamah Dalam Perjuangan, Teguh Membawa Perubahan.”

Ikhlas daripada
PAS Kawasan Tebrau



02/09/2026
Salam Maulidur Rasul 1448H Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus subur dalam hati, sunnah Baginda menjadi pedoman...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus subur dalam hati, sunnah Baginda menjadi pedoman dan akhlaknya menjadi teladan.

Maulidur Rasul Dihayati, Ummah Diberkati.

Address

Ulu Tiram

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Kawasan Tebrau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share