SPP USC Sabah

  • Home
  • SPP USC Sabah
Call Directions Website

SPP USC Sabah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Urus Setia Cawangan Sabah
eAppointment: form.jotform.com/sppsabahjf/eappointment-

Laman Facebook Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Urus Setia Cawangan Sabah ini adalah platform hebahan semua urusan rasmi. Sebarang pertanyaan/cadangan/aduan boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) SPP menggunakan pautan https://spp.spab.gov.my/eApps/system/index.do

📣 FAQ: TARIKH PENGESAHAN PELANTIKANBilakah pelantikan anda disahkan?Infografik ini akan menjelaskan bagaimana tarikh pen...
07/10/2026

📣 FAQ: TARIKH PENGESAHAN PELANTIKAN

Bilakah pelantikan anda disahkan?

Infografik ini akan menjelaskan bagaimana tarikh pengesahan pelantikan anda ditentukan!

🕊️ 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇𝘐𝘯𝘯𝘢𝘭𝘪𝘭𝘭𝘢𝘩𝘪 𝘸𝘢 𝘪𝘯𝘯𝘢 𝘪𝘭𝘢𝘪𝘩𝘪 𝘳𝘢𝘫𝘪'𝘶𝘯.Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Urus Setia Cawangan Sabah ...
28/09/2026

🕊️ 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇

𝘐𝘯𝘯𝘢𝘭𝘪𝘭𝘭𝘢𝘩𝘪 𝘸𝘢 𝘪𝘯𝘯𝘢 𝘪𝘭𝘢𝘪𝘩𝘪 𝘳𝘢𝘫𝘪'𝘶𝘯.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Urus Setia Cawangan Sabah merakamkan ucapan takziah atas pemergian YABhg. 𝐓𝐮𝐧 𝐃𝐫. 𝐒𝐢𝐭𝐢 𝐇𝐚𝐬𝐦𝐚𝐡 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐀𝐥𝐢, isteri kepada mantan Perdana Menteri, YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.20 pagi tadi dalam usia 100 tahun.

Allahyarhamah merupakan antara doktor wanita Melayu terawal di negara ini, Canselor pertama Multimedia University dan pejuang pendidikan wanita luar bandar. Semangat beliau dalam memartabatkan ilmu dan membina insan akan terus menjadi teladan kepada warga pendidikan negara.

𝘚𝘦𝘮𝘰𝘨𝘢 𝘳𝘰𝘩 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩𝘺𝘢𝘳𝘩𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘥𝘪𝘤𝘶𝘤𝘶𝘳𝘪 𝘳𝘢𝘩𝘮𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘵𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨-𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘪𝘮𝘢𝘯.

𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐡.

𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 (𝐏𝐏𝐏) 𝐆𝐑𝐄𝐃 𝐃𝐆𝟗 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔𝟮𝟴 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗜𝗦...
28/09/2026

𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 (𝐏𝐏𝐏) 𝐆𝐑𝐄𝐃 𝐃𝐆𝟗 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝟮𝟴 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗜𝗦𝗡𝗜𝗡) | 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥 𝗗𝗜𝗥𝗜

Dalam usaha memastikan pegawai baharu bersedia sepenuhnya untuk memulakan perkhidmatan, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Urus Setia Cawangan Sabah telah menyampaikan Taklimat Urusan Perkhidmatan sempena Majlis Penyerahan Surat Lapor Diri anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) pada 28 September 2026.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Abidin bin Haji Marjan, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, dan dihadiri oleh seramai 750 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 yang akan ditempatkan di sekolah-sekolah seluruh Negeri di Bawah Bayu.

Taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Puan Intan Zainab binti Mohd Bustan, Setiausaha Bahagian, SPP Urus Setia Cawangan Sabah, dengan memberi fokus kepada urusan perkhidmatan, tanggungjawab sebagai penjawat awam serta tatakelakuan dan etika perkhidmatan. Para pegawai turut diberikan pendedahan berhubung tempoh percubaan dan pengesahan dalam perkhidmatan, bagi memastikan setiap pegawai memahami peranan dan komitmen yang perlu dipikul sepanjang kerjaya sebagai pendidik.

SPP Urus Setia Cawangan Sabah merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada semua guru baharu. Amanah yang digalas hari ini bukan sekadar sebuah jawatan, tetapi tanggungjawab besar dalam mendidik dan membentuk generasi masa hadapan. Semoga para pegawai terus berkhidmat dengan penuh integriti, dedikasi dan semangat, serta menjadi pendidik yang memberi inspirasi kepada anak-anak di seluruh pelosok Negeri Sabah.

Selamat berkhidmat, cikgu!






𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐒𝐔𝐑𝐔𝐇𝐀𝐍𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 (𝐒𝐏𝐏) 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 (𝐉𝐏𝐍𝐒) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔...
24/09/2026

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐒𝐔𝐑𝐔𝐇𝐀𝐍𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 (𝐒𝐏𝐏) 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 (𝐉𝐏𝐍𝐒) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝟮𝟰 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗞𝗛𝗔𝗠𝗜𝗦) | 𝗛𝗢𝗧𝗘𝗟 𝗟𝗘 𝗠𝗘𝗥𝗜𝗗𝗜𝗘𝗡, 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗞𝗜𝗡𝗔𝗕𝗔𝗟𝗨

Dalam usaha memperkukuh sinergi dan permuafakatan strategik demi kelestarian perkhidmatan pendidikan di Negeri di Bawah Bayu, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah mengadakan Sesi Pertemuan Rasmi bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) pada 24 September 2026 bertempat di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu.

Delegasi SPP diketuai oleh YBhg. Dato' Haji Adzman bin Talib, Pengerusi SPP, bersama YBhg. Datuk Azhar bin Ahmad, Timbalan Pengerusi SPP, YBhg. Datuk Dr. Hajah Nuinda binti Hj Alias dan YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim, Anggota Suruhanjaya, serta YBrs. Tuan Md Radzi bin Hashim, Setiausaha SPP, dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia Cawangan Sabah. Delegasi JPNS p**a diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Abidin bin Haji Marjan, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, bersama barisan Timbalan Pengarah, Ketua Penolong Pengarah Kanan serta pegawai-pegawai kanan jabatan.

Berlandaskan semangat kerjasama yang erat, sesi ini menjadi wadah perbincangan yang bermakna dalam meneliti hala tuju pengurusan strategik sumber manusia dan perjawatan, khususnya kadar pengisian perjawatan guru di Negeri Sabah serta pendekatan terbaik bagi memastikan keperluan sumber guru dapat dioptimumkan secara berkesan. Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan berhubung aspek tatatertib dan perkhidmatan, termasuk langkah penyelesaian yang proaktif bagi menangani kelewatan tindakan kes. Perbincangan turut menyentuh tempoh percubaan dan pemeriksaan perkhidmatan, dengan penekanan terhadap peranan dan intervensi bersama SPP, JPNS, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah dalam memastikan urusan pengesahan dalam perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan berkesan.

Pertemuan ini membuktikan komitmen berterusan SPP dan JPNS dalam memperkukuh penyelarasan, perkongsian maklumat dan jalinan kerjasama strategik. Semoga permuafakatan yang terjalin terus memacu pengurusan perkhidmatan pendidikan di Negeri Sabah ke arah yang lebih cekap, teratur dan responsif terhadap keperluan semasa, demi manfaat warga pendidik dan anak-anak bangsa.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

24/09/2026

🎥 Sesi Temu Duga Graduan Pendidikan ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 Bil. 6 Tahun 2026 melabuhkan tirai pada 24 September 2026.

Tiga hari penuh dengan persediaan, usaha dan semangat para calon dalam mengejar peluang untuk melangkah ke dunia pendidikan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua calon yang telah hadir dan memberikan yang terbaik sepanjang sesi temu duga.

Semoga setiap langkah hari ini menjadi permulaan kepada perjalanan yang lebih bermakna dalam mendidik dan membentuk generasi masa hadapan.

Selamat maju jaya kepada semua calon! 📚🌟

23/09/2026

Hari Kedua, Semangat Yang Sama!💪

Sesi Temu Duga Graduan Pendidikan ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 Bil. 6 Tahun 2026 diteruskan pada 23 September 2026.

Setiap calon hadir dengan persediaan, keyakinan dan aspirasi untuk melangkah ke arah kerjaya dalam bidang pendidikan.

22/09/2026

Satu langkah, seribu harapan

22 September 2026 menyaksikan sesi Temu Duga Graduan Pendidikan ke Jawatan PPP Gred DG9 Bil. 6 Tahun 2026.

Daripada sesi semakan dokumen, pendaftaran, menunggu giliran, sehinggalah sesi temu duga. Setiap calon membawa aspirasi untuk melangkah lebih jauh dalam dunia pendidikan.

Nantikan video hari kedua!

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾16 September menjadi tarikh yang penuh bermakna dalam sejarah pembentukan Mala...
16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

16 September menjadi tarikh yang penuh bermakna dalam sejarah pembentukan Malaysia. Hari Malaysia bukan sekadar memperingati sebuah peristiwa bersejarah, tetapi menjadi simbol kebersamaan, perpaduan dan semangat untuk terus membina sebuah negara yang aman dan sejahtera.

Dalam kepelbagaian budaya, bahasa dan tradisi, kita berkongsi satu identiti sebagai rakyat Malaysia. Dari Sabah dan Sarawak hingga ke Semenanjung Malaysia, perbezaan menjadi kekuatan yang menyatukan kita sebagai sebuah keluarga besar.

Marilah kita terus menghargai kepelbagaian, memupuk semangat perpaduan dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh kesungguhan demi masa depan Malaysia yang lebih baik.

Bersama kita melangkah, bersama kita membina, bersama kita menjaga Malaysia. ❤️🇲🇾

Selamat Hari Malaysia!
16 September 2026

𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛: 𝗛𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗻𝗴𝗴𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗺𝘂 𝗗𝘂𝗴𝗮 𝗝𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 (𝗣𝗣𝗣𝗧) 𝗚𝗿𝗲𝗱 𝗗𝗛𝟵 𝗟𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗞𝗼𝗻𝘁𝗿𝗮𝗸 (...
14/09/2026

𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛: 𝗛𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗻𝗴𝗴𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗺𝘂 𝗗𝘂𝗴𝗮 𝗝𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 (𝗣𝗣𝗣𝗧) 𝗚𝗿𝗲𝗱 𝗗𝗛𝟵 𝗟𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗞𝗼𝗻𝘁𝗿𝗮𝗸 (𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺) 𝗗𝗶 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲

https://www.spp.gov.my/pengumuman/2026/pengumuman-sabah/sabah-hebahan-panggilan-temu-duga-jawatan-pegawai-pendidikan-pengajian-tinggi-pppt-gred-dh9-lantikan-secara-kontrak-interim-di-sabah-tahun-2026

Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30
14:00 - 17:00

Telephone

+6088488521

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SPP USC Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share