Pejabat Penerangan Daerah Simunjan

  • Home
  • Pejabat Penerangan Daerah Simunjan

Pejabat Penerangan Daerah Simunjan Memberi penerangan dan penjelasan berkaitan dasar-dasar, falsafah dan wawasan negara

PROGRAM 'NITI DAUN GAWAI DAYAK 2026' PERINGKAT DAERAH SIMUNJAN BERLANGSUNG MERIAHSIMUNJAN, 13 Jun - Program 'Niti Daun G...
13/06/2026

PROGRAM 'NITI DAUN GAWAI DAYAK 2026' PERINGKAT DAERAH SIMUNJAN BERLANGSUNG MERIAH

SIMUNJAN, 13 Jun - Program 'Niti Daun Gawai Dayak 2026' Peringkat Daerah Simunjan berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat yang hadir bagi meraikan sambutan Hari Gawai.

Penganjuran program tersebut bertujuan memelihara serta memartabatkan warisan budaya masyarakat Dayak di samping memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di daerah ini.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program termasuk persembahan kebudayaan, tarian tradisional, peragaan pakaian etnik serta penyertaan komuniti dari rumah panjang dan kampung sekitar Simunjan.

Kemuncak program menyaksikan kira-kira 1,000 peserta daripada 30 kontinjen menyertai perarakan 'Niti Daun' yang melibatkan penyertaan rumah panjang, pertubuhan masyarakat dan komuniti setempat.

Perarakan bermula dari Padang Sentral Simunjan sebelum mengelilingi Pekan Simunjan dan berakhir di Dewan Mesra Simunjan.

Para peserta memperagakan pakaian tradisional serta menampilkan pelbagai elemen kebudayaan yang mencerminkan keunikan dan kepelbagaian warisan masyarakat Dayak.

Menurut Penghulu Kaum Iban Kawasan Simunjan, Jubin Sili, program seperti 'Niti Daun Gawai Dayak' wajar diteruskan sebagai usaha mengekalkan tradisi serta memelihara adat dan budaya masyarakat Dayak agar terus relevan untuk generasi akan datang.

“Program seperti ini bukan sahaja menyatukan masyarakat, malah menjadi medium penting untuk memastikan adat dan budaya yang diwarisi terus dipelihara.

"Generasi muda perlu didedahkan dan dilibatkan secara aktif supaya warisan ini dapat diteruskan pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Tuai Rumah Melanjok Asal, Papong Uwi berkata, program berkenaan memberi peluang kepada masyarakat untuk berkumpul, mengeratkan silaturahim dan bersama-sama meraikan warisan budaya yang menjadi identiti masyarakat Dayak.

Beliau berharap program tersebut dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform memperkukuh perpaduan dan memelihara khazanah budaya masyarakat Dayak.

Program 'Niti Daun Gawai Dayak 2026' bukan sahaja menjadi medan meraikan sambutan Gawai Dayak, malah berperanan sebagai platform memperkukuh hubungan silaturahim, memupuk persefahaman dan mempererat perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di daerah Simunjan.

Penganjuran program itu sekali lagi membuktikan bahawa kepelbagaian budaya merupakan aset penting dalam memperkukuh keharmonian, perpaduan dan pembangunan komuniti di Sarawak. -PENERANGAN-

-TAMAT-

Disediakan / Foto oleh:
Rick Anderson Rini
(JAPEN Simunjan)

11/06/2026

Kanak-kanak memerlukan perlindungan khas setiap kali berada di dalam kenderaan. Pastikan mereka sentiasa menggunakan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (CRS) yang sesuai mengikut umur, berat dan ketinggian bagi mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.

Selain itu, aktifkan Sistem Kunci Kanak-Kanak (Child Lock) pada pintu belakang bagi mengelakkan pintu dibuka secara tidak sengaja ketika kenderaan sedang bergerak.

✅ Gunakan CRS yang sesuai dan dipasang dengan betul.
✅ Aktifkan fungsi Child Lock pada pintu belakang.
✅ Jangan sesekali membiarkan kanak-kanak berada di dalam kenderaan tanpa pengawasan.







🔄 Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan raya

11/06/2026

Salam & Selamat pagi followers JAPENSarawak!✨

Menara Bulat

Menara Bulat Kuching merupakan bangunan warisan yang dibina pada tahun 1886 selepas kebakaran besar di kawasan antara Jalan Carpenter dan Pasar Utama. Pada awalnya dibina untuk kegunaan ketenteraan, bangunan ini pernah berfungsi sebagai Dispensari Awam, Pejabat Buruh dan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rendah satu ketika dahulu.

Sumber: Sarawak Tourism Board
https://www.sarawaktourism.com/web/places-to-visit/town-view/kuching/major-attractions/the-round-tower





11/06/2026
11/06/2026

Laporan/foto: Loseyeffer Molly/Mohamad Ilham Joni (Bau)

11/06/2026

🇲🇾 Malaysia Teguh Memacu Masa Depan Pekerjaan Berteraskan Insan

Dalam ucapan Malaysia di Persidangan Buruh Antarabangsa (ILC) Ke-114 di Geneva, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia menegaskan komitmen negara untuk memastikan kemajuan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) dimanfaatkan demi kesejahteraan pekerja, tanpa meminggirkan nilai kemanusiaan.

Antara inisiatif yang diketengahkan termasuk latihan AI dan teknologi digital, pemerkasaan MYFutureJobs, perlindungan sosial yang lebih menyeluruh melalui PERKESO serta transformasi digital institusi perburuhan negara.

Malaysia percaya bahawa teknologi harus memperkasa manusia, mewujudkan pekerjaan bermaruah dan memastikan tiada siapa yang tercicir dalam era baharu dunia pekerjaan.

11/06/2026

🚨 Jangan Mudah Percaya Ejen Cukai Palsu!

✅ Semak status kelulusan ejen cukai terlebih dahulu.
📢 Terserempak ejen tanpa lesen? Laporkan segera.
💻 Nak semak bayaran cukai? Buat sendiri melalui MyTax.

Lindungi diri daripada penipuan. Semak, sahkan dan bertindak bijak!

Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082803655

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Penerangan Daerah Simunjan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share