KPDN WP Labuan

KPDN WP Labuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Dan Kos Sara Hidup W.P. Labuan
(KPDN W.P. Labuan)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ditubuhkan pada 27 Oktober 1990. Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang berdaya maju, berdaya saing, dan berdaya mampan, khususnya di dalam sektor perdagangan pengedaran. Sektor perdagangan pengedaran adalah antara penyumbang utama KDNK negara dan ia bertindak sebagai benteng kestabi

lan ekonomi, terutama semasa situasi ekonomi luaran berada di dalam keadaan ketidak tentuan. Perdagangan pengedaran perlu kukuh bagi menampan sebarang ketidakstabilan dalam ekonomi negara. Dalam masa yang sama, Kementerian juga komited dalam melindungi kepentingan dan hak-hak pengguna. Ini termasuk membangunkan ekosistem pengguna dan peniaga yang bersifat melengkapi dan ke arah self-regulated, seiring dengan aspirasi ke arah masyarakat negara maju. Ia diharapkan akan melahirkan pengguna dan peniaga yang matang dan beretika dalam berurusniaga, dan hasilnya adalah negara yang seimbang dari segi ekonomi dan sosial. Peranan dan fungsi Kementerian telah diperluaskan pada tahun 2009 untuk merangkumi sektor francais.

03/09/2026

RANGKUMAN ISU HARIAN KPDN EDISI 3 SEPTEMBER 2026



25 PREMIS DI BANDAR LABUAN DIPERIKSA, KESELURUHANNYA PATUH PERUNDANGAN3 September 2026 | Khamis – Sepasukan pegawai peng...
03/09/2026

25 PREMIS DI BANDAR LABUAN DIPERIKSA, KESELURUHANNYA PATUH PERUNDANGAN

3 September 2026 | Khamis – Sepasukan pegawai penguat kuasa KPDN Wilayah Persekutuan Labuan menjalankan pemeriksaan dan pemantauan ke atas premis perniagaan di sekitar bandar Labuan hari ini bagi memastikan peniaga sentiasa mematuhi perundangan yang berkuat kuasa.

Sebanyak 25 premis perniagaan telah diperiksa melibatkan aspek pematuhan penandaan harga barangan, penggunaan alat timbang dan sukat yang ditentusah serta masih dalam tempoh sah, selain pematuhan terhadap syarat-syarat lesen berkaitan barang kawalan.

Pemeriksaan turut meliputi pematuhan terhadap perundangan lain di bawah bidang kuasa KPDN, termasuk pelaksanaan promosi jualan murah serta penggunaan logo halal yang sah pada barangan dan perkhidmatan berkaitan.

Hasil pemeriksaan mendapati kesemua 25 premis yang diperiksa berada dalam keadaan patuh dan tiada pelanggaran perundangan dikesan.

KPDN WP Labuan turut menggalakkan orang ramai untuk menyalurkan sebarang aduan atau maklumat berkaitan ketidakpatuhan peniaga melalui saluran rasmi KPDN untuk tindakan lanjut. Kerjasama dan keprihatinan pengguna amat penting dalam membantu kementerian memastikan aktiviti perdagangan di Labuan sentiasa berada pada tahap yang teratur dan mematuhi perundangan ditetapkan.

πŸ‘‰ Call Centre 1-800-886-800
πŸ‘‰ E-mel : [email protected]
πŸ‘‰ Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN
πŸ‘‰ Portal E-Aduan : https://eaduan.kpdn.gov.my
πŸ‘‰ Whatsapp : http://www.wasap.my/+60198488000/Aduan+Pengguna
πŸ‘‰ Pejabat KPDN WP Labuan : 087-423152
πŸ‘‰ Bilik Gerakan KPDN WP Labuan : 087-423209
πŸ‘‰ Faks : 087-452150

Ikuti laman rasmi KPDN WP Labuan
Facebook : https://www.facebook.com/share/18zGGckXQx/?mibextid=qi2Omg
TikTok : https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8ti7p18sJSD&_r=1










03/09/2026
03/09/2026

𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 πƒπˆ π‘π€πŠ π“π€πŠ π’π€πŒπ€ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 πƒπˆ πŠπ€π”ππ“π„π‘? 𝐈𝐍𝐈 π‡π€πŠ πŠπˆπ“π€ π’π„ππ€π†π€πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀

Pernah tak anda hadapi situasi ketika membeli barang di kedai harga di rak RM 10, tetapi ketika membuat bayaran, harganya menjadi RM12.

Mungkin ada yang akan berfikir, β€œTak apalah, beza RM2 sahaja.”

Tetapi kalau perkara yang sama berlaku kepada ramai pengguna setiap hari, ini bukan lagi soal RM2 semata-mata.

Sebab itu saya mahu pengguna membiasakan diri untuk melihat dan menyemak harga sebelum membuat pembayaran.

Sebagai pengguna, kita berhak mengetahui dengan jelas berapa harga sebenar barang yang kita beli.

Kalau harga di kaunter berbeza dengan harga yang dipamerkan, ambil gambar harga di rak tersebut, simpan resit dan dapatkan penjelasan daripada pihak premis.

Di bawah Garis Panduan Penandaan Harga, sekiranya terdapat dua harga berbeza bagi barang yang sama, hak kita sebagai pengguna berhak mendapatkan harga yang lebih rendah.

Apa yang lebih penting, hak kita sebagai pengguna hanya benar-benar berkesan jika kita tahu bagaimana untuk menggunakannya.

jangan takut untuk mempertahankan hak anda sebagai pengguna, jangan malu untuk bertanya, jadilah pengguna yang bijak, sila semak dan gunakan hak anda sekiranya ada sesuatu yang tidak kena pada harga barangan itu.

03/09/2026
πŸ“’ JUALAN RAHMAH MADANI πŸ›’βœ¨Rahmah itu BerkatLabuan | 05 – 06 September 2026Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Jualan R...
03/09/2026

πŸ“’ JUALAN RAHMAH MADANI πŸ›’βœ¨
Rahmah itu Berkat

Labuan | 05 – 06 September 2026

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Jualan Rahmah Madani yang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga berpatutan demi membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

πŸ—“ Tarikh: 05 – 06 September 2026

πŸ“ Lokasi & Masa:
πŸ”΄ Layangan Shopper
⏰ 8.00 pagi – 9.00 malam

πŸ”΅ Labuan Supermarket
⏰ 9.00 pagi – 8.00 malam

πŸ’₯ DISKAUN 10% hingga 30% untuk pelbagai barangan keperluan!
(Tertakluk selagi stok masih ada)

πŸ› Ayuh warga Labuan, rebut peluang berjimat dan nikmati harga Rahmah bersama keluarga!

βΈ»

πŸ“ž SALURAN ADUAN KPDN
Sebarang maklumat atau aduan berkaitan kepenggunaan boleh disalurkan melalui:

πŸ“ž Call Centre: 1-800-886-800
πŸ“§ E-mel: [email protected]
πŸ“± Aplikasi: Ez ADU KPDN
🌐 Portal: https://eaduan.kpdn.gov.my
πŸ“² WhatsApp: http://www.wasap.my/+60198488000/Aduan+Pengguna
☎️ Pejabat KPDN WP Labuan: 087-423152

πŸ“± Ikuti kami:
Facebook & TikTok: KPDN WP Labuan

βΈ»






Daily Express3 premises violate price, measuring rules in Labuan
03/09/2026

Daily Express

3 premises violate price, measuring rules in Labuan

LABUAN: Three premises were compounded for failing to display prices and using a measuring instrument that had expired its verification period, said Domestic Trade and Cost of Living Ministry (KPDN) L

BEKALAN BARANG KAWALAN DI LUAR BANDAR LABUAN TERUS DIPANTAU2 September 2026 | Rabu – Sepasukan pegawai penguat kuasa KPD...
02/09/2026

BEKALAN BARANG KAWALAN DI LUAR BANDAR LABUAN TERUS DIPANTAU

2 September 2026 | Rabu – Sepasukan pegawai penguat kuasa KPDN Wilayah Persekutuan Labuan menjalankan pemantauan dan pemeriksaan bekalan barang kawalan di beberapa pasar raya sekitar kawasan luar bandar Labuan hari ini.

Pemeriksaan tersebut dilaksanakan bagi memastikan bekalan barang kawalan di kawasan berkenaan sentiasa mencukupi untuk memenuhi keperluan pengguna, di samping memastikan barangan berkenaan dijual pada harga yang telah ditetapkan.

Selain aspek bekalan dan harga, pemeriksaan turut memberi tumpuan kepada transaksi berkaitan barang kawalan bagi memastikan urusan penjualan dilaksanakan selaras dengan peraturan serta arahan semasa yang ditetapkan.

Tindakan pemantauan dan pemeriksaan ini dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] serta lain-lain perundangan berkaitan bagi memastikan pengedaran dan penjualan barang kawalan di peringkat peruncitan sentiasa mematuhi ketetapan yang berkuat kuasa.

KPDN Wilayah Persekutuan Labuan akan terus melaksanakan pemantauan secara berterusan di seluruh Labuan, termasuk kawasan luar bandar, bagi memastikan kepentingan pengguna sentiasa dilindungi serta bekalan barang kawalan kekal stabil di pasaran.

πŸ‘‰ Call Centre 1-800-886-800
πŸ‘‰ E-mel : [email protected]
πŸ‘‰ Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN
πŸ‘‰ Portal E-Aduan : https://eaduan.kpdn.gov.my
πŸ‘‰ Whatsapp : http://www.wasap.my/+60198488000/Aduan+Pengguna
πŸ‘‰ Pejabat KPDN WP Labuan : 087-423152
πŸ‘‰ Bilik Gerakan KPDN WP Labuan : 087-423209
πŸ‘‰ Faks : 087-452150

Ikuti laman rasmi KPDN WP Labuan
Facebook : https://www.facebook.com/share/18zGGckXQx/?mibextid=qi2Omg
TikTok : https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8ti7p18sJSD&_r=1










Overseas Chinese Daily News (OCDN)Labuan - 2 September 2026
02/09/2026

Overseas Chinese Daily News (OCDN)

Labuan - 2 September 2026

Address

No. 15B, Level 15, Block 4, Financial Park
Victoria
87000

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30
14:00 - 17:00

Telephone

+6087423152

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KPDN WP Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KPDN WP Labuan:

Shortcuts

Share