Jabatan Alam Sekitar W.P. Labuan

Jabatan Alam Sekitar W.P. Labuan ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA

PENGUMUMAN UNTUK SEMUA PENGIKUT FACEBOOK JAS WP LABUAN!
18/01/2023

PENGUMUMAN UNTUK SEMUA PENGIKUT FACEBOOK JAS WP LABUAN!

01.01.2023SELAMAT TAHUN BAHARU 2023!Assalamualaikum dan Salam sejahtera, Tahun 2022 telah berakhir. Mari kita menilai se...
01/01/2023

01.01.2023

SELAMAT TAHUN BAHARU 2023!

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, Tahun 2022 telah berakhir. Mari kita menilai sejauhmana penglibatan dan sumbangan kita dalam memastikan alam sekitar di Labuan ini terpelihara. Di setiap permulaan tahun baharu kita akan senaraikan azam yang ingin dicapai dan sudah tiba masanya tahun baharu kali ini diselitkan azam khusus untuk kelestarian alam sekitar. Semoga Tahun 2023 ini akan membawa kebaikan yang lebih bermakna kepada alam sekitar. Selamat Menyambut Tahun Baharu 2023.


25.12.2022JAS WP Labuan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua yang menyambut terutamanya masyarakat di W...
24/12/2022

25.12.2022

JAS WP Labuan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua yang menyambut terutamanya masyarakat di WP Labuan.

Selamat bercuti kepada semua dan semoga anda semua sentiasa menerapkan etika alam sekitar walau di mana anda semua berada.


KUNJUNGAN HORMAT VELESTO ENERGY BERHAD KE JABATAN ALAM SEKITAR WP LABUAN 21 DISEMBER 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan tel...
22/12/2022

KUNJUNGAN HORMAT VELESTO ENERGY BERHAD KE JABATAN ALAM SEKITAR WP LABUAN

21 DISEMBER 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan telah menerima lawatan daripada pihak Velesto Energy Berhad WP Labuan pada Rabu.

Kunjungan ini diadakan bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan Buangan Terjadual dan program-program berkaitan alam sekitar yang boleh diadakan antara kedua-dua belah pihak.

Semoga kunjungan ini mendapat manfaat yang besar dalam memastikan alam sekitar di WP Labuan lebih terpelihara.


PROGRAM "MANGROVE PLANTING PROJECT" ANJURAN YOUNG PROFESSIONAL CLUB (YPC) 14 DISEMBER 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan be...
15/12/2022

PROGRAM "MANGROVE PLANTING PROJECT" ANJURAN YOUNG PROFESSIONAL CLUB (YPC)

14 DISEMBER 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan bersama-sama Perbadanan Labuan dan JPS Labuan telah dijemput untuk menghadiri Program 'Mangrove Planting Project' anjuran Young Professional Club (YPC) WP Labuan.

Program ini diadakan bagi memupuk kesedaran alam sekitar kepada semua selain mengekalkan ekosistem bakau yang mempunyai pelbagai manfaat kepada biodiversiti kita.

Projek ini telah disertai lebih daripada 50 Orang peserta dan sebanyak 200 anak pokok bakau yang telah ditanam pada Rabu.


MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM CSR BE GREEN 2022 ANJURAN PETRONAS CHEMICALS GROUP BERHAD10 DISEMBER 2022, WP LABUAN - PETRONAS...
12/12/2022

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM CSR BE GREEN 2022 ANJURAN PETRONAS CHEMICALS GROUP BERHAD

10 DISEMBER 2022, WP LABUAN - PETRONAS Chemicals Group Berhad dengan Kerjasama JAS WP Labuan dan Perbadanan Labuan telah menganjurkan Program CSR Be Green 2022 yang telah diadakan selama 4 minggu bermula 12 November 2022 sehingga 10 Disember 2022 bertempat di Kg. Patau-Patau 1 dan Kg. Patau-Patau 2.

JAS WP Labuan mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada PETRONAS Chemicals Group dan juga Perbadanan Labuan atas sokongan mereka untuk melaksanakan program-program yang memberi manfaat kepada alam sekitar. Semoga program ini mampu memberi kesedaran dan impak yang positif kepada semua peserta yang telah menyertai program ini.


PROGRAM KITAR SEMULA E-WASTE DARIPADA RUMAH03 DISEMBER 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan telah dijemput oleh pihak Kumpula...
07/12/2022

PROGRAM KITAR SEMULA E-WASTE DARIPADA RUMAH

03 DISEMBER 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan telah dijemput oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), W.P Labuan untuk memberi perkongsian mengenai e-waste pada Sabtu di Kg. Sungai Labu WP Labuan.

Perkongsian ini telah dikendalikan oleh En. Muhammad Nadzmi dan sesi kuiz telah dijalankan oleh pihak JAS WP Labuan untuk memastikan peserta betul-betul memahami intipati topik yang dikongsi.

Selain itu, pihak KWSP juga telah mengadakan pengumpulan e-waste sepanjang program ini berlangsung. Lebih 5 kilogram e-waste telah dikumpul pada program yang berlangsung pada sabtu.

Turut hadir pada Sabtu adalah En. Gilbert A. Jokula, Ketua Cawangan KWSP WP Labuan serta ahli keluarga kakitangan KWSP dan juga masyarakat Sg. Labu.


PENGEMPULAN E-WASTE SEMPENA PROGRAM CSR BE GREEN 2022 ANJURAN PETRONAS CHEMICALS GROUP BERHAD03 DISEMBER 2022, WP LABUAN...
06/12/2022

PENGEMPULAN E-WASTE SEMPENA PROGRAM CSR BE GREEN 2022 ANJURAN PETRONAS CHEMICALS GROUP BERHAD

03 DISEMBER 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan telah menghadiri Program CSR Be Green 2022 Anjuran PETRONAS Chemical Group Berhad yang telah diadakan di Kampung Air Patau-Patau pada Sabtu.

Antara program yang diadakan di sana termasuklah pengumpulan kitar semula dan e-waste daripada penduduk Kampung Patau-Patau. Program tersebut telah dijayakan juga bersama-sama pihak Perbadanan Labuan yang sentiasa komited membantu penduduk Labuan dalam memastikan pengurusan sisa dari rumah diuruskan dengan baik.

Program telah disertai oleh penduduk kampung dan akan berlangsung sehingga 13 Disember 2022.


05.12.2022JAS WP Labuan mengucapkan Selamat Hari Tanah Sedunia Tahun 2022. Hari Haiwan Sedunia disambut di seluruh dunia...
05/12/2022

05.12.2022

JAS WP Labuan mengucapkan Selamat Hari Tanah Sedunia Tahun 2022. Hari Haiwan Sedunia disambut di seluruh dunia pada 5 Disember setiap tahun. Hari ini disambut untuk memberi kesedaran tentang kepentingan tanah ekosistem kita di bumi ini.

"Soils: Where Food Begin" merupakan tema Hari Tanah Sedunia pada tahun ini yang membawa makna yang besar dalam memastikan tanah tidak dicemari dan dieksploitasi. Tanah memberikan nutrien kepada tumbuh-tumbuhan untuk membesar. Tumbuh-tumbuhan merupakan rantaian pertama dalam sistem rantaian makanan organisma yang hidup. Oleh itu, Penjagaan dan kelestarian tanah haruslah dikekalkan bagi memastikan tanah tidak musnah dan tercemar.


PROGRAM ENVIRO HUNT SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA TAHUN 2022 PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN26 NOVEMBER 2022, WP...
30/11/2022

PROGRAM ENVIRO HUNT SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA TAHUN 2022 PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

26 NOVEMBER 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan telah menganjurkan program Enviro Hunt Sempena Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2022 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan bertempat di Taman Botani Labuan pada Sabtu.

Program telah dihadiri oleh pelbagai premis di bawah seliaan JAS dan telah mendapat penyertaan yang memberansangkan daripada semua.

Program ini juga telah dibantu oleh pelbagai agensi yang turut bersama JAS WP Labuan menjayakan program ini.

Program ini diadakan bagi memupuk dengan lebih mendalam mengenai kepentingan menjaga alam sekitar di premis serta menambah pengetahuan am mengenai WP Labuan.





LAWATAN SABAH SHELL PETROLEUM COMPANY LIMITED KE JABATAN ALAM SEKITAR WP LABUAN23 NOVEMBER 2022, WP LABUAN - JAS WP Labu...
29/11/2022

LAWATAN SABAH SHELL PETROLEUM COMPANY LIMITED KE JABATAN ALAM SEKITAR WP LABUAN

23 NOVEMBER 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan telah menerima lawatan daripada pihak Sabah Shell Petroleum Company Limited (SSPC) yang membentangkan Emergency Response Plan (ERP) bagi tumpahan minyak.

JAS WP Labuan mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak SSPC untuk membentang dan mengambil kira pandangan daripada pihak JAS WP Labuan dalam membincangkan pelan terbaik sekiranya berlaku tumpahan minyak.

JAS WP Labuan terbuka dan menjemput mana-mana syarikat dan agensi di WP Labuan untuk berbincang dan memastikan pencemaran dapat dikurangkan dan menjadikan WP Labuan sebagai salah satu Wilayah Persekutun yang lebih lestari pada masa akan datang.


PEMERIKSAAN BUNYI BISING MOTOSIKAL23 NOVEMBER 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan telah menjalankan pemeriksaan bunyi bising...
28/11/2022

PEMERIKSAAN BUNYI BISING MOTOSIKAL

23 NOVEMBER 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan telah menjalankan pemeriksaan bunyi bising motosikal bersama-sama Polis Diraja Malaysia.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan mematuhi undang-undang di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987.


Address

Blok 4, Tingkat 4
Victoria
87007

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6087408772

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Alam Sekitar W.P. Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Alam Sekitar W.P. Labuan:

Share