13/08/2026
๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ ๐ง๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ฎ ๐๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ ๐๐ถ ๐ง๐ฎ๐ฏ๐ถ๐ธ๐ฎ Kemas Bebuloh ๐ง๐ฎ๐ต๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐๏ธ 13 Ogos 2026 (Khamis)
โฐ 8.30 pagi - 11.30 pagi
๐Tabika Kemas Kampung Bebuloh
Bahagian Kesihatan Pergigian WP Labuan dengan kerjasama Mobile Tadika dan GPro Labuan telah mengadakan Program Tadika Angkat di Tabika Kemas Kampung Gersik, yang bermatlamat untuk meningkatkan tahap kesedaran serta memupuk amalan penjagaan kesihatan pergigian yang betul, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan ibu bapa mereka.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program berlangsung, antaranya ceramah dan kuiz pergigian, pameran kesihatan pergigian bertemakan cara berus gigi dan alatan kesihatan pergigian gigi bagi kanak kanak serta makan sihat dan tidak sihat untuk gigi kanak-kanak, video multimedia dengan mesej kesihatan pergigian,latihan memberus gigi BRUSH, pertandingan mewarna, permainan interaktif, pertandingan gigi sihat dan cantik.
Seramai 14 orang murid, 13 orang ibu bapa dan 2 orang guru tadika dan pengasuh telah terlibat dalam program kali ini. Program ini telah mendapat sambutan yang baik dan amat menggalakkan daripada para guru dan murid.
Diharapkan program kesihatan pergigian seperti ini dapat menarik minat kanak-kanak, ibu bapa, guru dan pengaduh untuk terus menjaga kebersihan gigi serta mengukuhkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mulut.
Pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan dalam menjayakan program ini.