Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan - MAIWP

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan - MAIWP Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan (MAIWP)
Blok 4, Tingkat 13 Kompleks Ujana Kewangan Peti Surat 80960 87019 LABUAN Baitulmal MAIWP

Nikmati setiap detik yang sedang anda lalui hari ini. Kadang-kadang kita terlalu sibuk memikirkan perkara yang belum pas...
04/09/2026

Nikmati setiap detik yang sedang anda lalui hari ini. Kadang-kadang kita terlalu sibuk memikirkan perkara yang belum pasti atau menyesali apa yang telah lalu, sehingga terlupa untuk menghargai keindahan masa kini.

Jadikan masa lalu sebagai pengajaran untuk melangkah lebih bijak, dan biarkan masa hadapan menjadi harapan yang disulami doa.

Terlalu bimbang tentang esok hanya akan mencuri ketenangan yang sepatutnya anda nikmati sekarang.

Hari ini adalah milik anda sepenuhnyaโ€”fokus pada apa yang boleh dikawal, bernafaslah dengan tenang, dan berikan yang terbaik untuk detik ini.

Hiduplah dengan penuh rasa syukur dan hargailah setiap langkah perjalanan anda. โค๏ธ

๐™‹๐˜ผ๐™…๐™€๐™๐™„ ๐™๐™€๐™๐™๐™‰๐™‚! ๐™Ž๐˜ผ๐™ˆ๐˜ฝ๐˜ผ๐™‡ ๐™๐™€๐™๐™๐™‰๐™‚! ๐™๐™€๐™๐™๐™‰๐™‚ ๐™๐™๐™ˆ๐™„๐™Ž! ๐ŸคคBukan drama, bukan gimik โ—๏ธTerung di Laman Agro MAIWP kini sudah boleh ditu...
03/09/2026

๐™‹๐˜ผ๐™…๐™€๐™๐™„ ๐™๐™€๐™๐™๐™‰๐™‚! ๐™Ž๐˜ผ๐™ˆ๐˜ฝ๐˜ผ๐™‡ ๐™๐™€๐™๐™๐™‰๐™‚!
๐™๐™€๐™๐™๐™‰๐™‚ ๐™๐™๐™ˆ๐™„๐™Ž! ๐Ÿคค

Bukan drama, bukan gimik โ—๏ธTerung di Laman Agro MAIWP kini sudah boleh dituai!

Orang Labuan yang memang peminat terung, inilah masanya untuk turun ke Laman Agro MAIWP, Kampung Sungai Buton (berhadapan Rumah LDA). Pilih dan petik sendiri terung yang berkenan di hati. Nak yang besar, yang cantik atau yang nampak paling menyelerakan, pilih saja. ๐Ÿ˜†

Harga pun murah! Jadi tak perlu tunggu terung masuk โ€œfasa tuaโ€ baru nak datang.

๐Ÿ‘จโ€๐ŸŒพ Pengusaha: Encik Ngadiman
๐Ÿ“ž Pertanyaan: https://wa.link/gh8f81

Mari datang sebelum terung habis!
Kalau lambat, jangan salahkan terungโ€ฆ dia dah lama tunggu untuk dituai. ๐Ÿ˜‚

๐˜ฟ๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰๐™‚, ๐™‹๐™„๐™‡๐™„๐™ƒ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐™‹๐™€๐™๐™„๐™† โ—๏ธPeminat cendawan tiram di Labuan, jangan lepaskan peluang! Cendawan tiram kini sudah mula tumb...
03/09/2026

๐˜ฟ๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰๐™‚, ๐™‹๐™„๐™‡๐™„๐™ƒ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐™‹๐™€๐™๐™„๐™† โ—๏ธ

Peminat cendawan tiram di Labuan, jangan lepaskan peluang! Cendawan tiram kini sudah mula tumbuh segar di Rumah Cendawan, Laman Agro MAIWP di Kampung Sungai Buton.

Orang Labuan boleh datang sendiri untuk petik cendawan yang berkenan di hati. Nak yang besar bolehโ—๏ธ Yang kecil pon bolehโ—๏ธSegar dan murah๐Ÿ˜

๐Ÿ“ Laman Agro MAIWP, Kampung Sungai Buton
(Berhadapan Rumah LDA)

๐Ÿ‘จโ€๐ŸŒพ Pengusaha: Mudi bin Embok
๐Ÿ“ž Tempahan/ Pertanyaan: +60 17-862 5776

Jom support Usahawan Tani MAIWPโ—๏ธ

๐™Ž๐™„ ๐™†๐™€๐˜พ๐™„๐™‡ ๐˜ฟ๐™„๐™๐™…๐™„, ๐™ˆ๐˜ผ๐™„๐™’๐™‹ ๐™ƒ๐˜ผ๐˜ฟ๐™„๐™ ๐™ˆ๐™€๐™ˆ๐˜ฝ๐˜ผ๐™’๐˜ผ ๐™ƒ๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‹๐˜ผ๐™‰Usianya baru 1 bulan 15 hari, namun si kecil ini telah melalui ujian yang cuk...
01/09/2026

๐™Ž๐™„ ๐™†๐™€๐˜พ๐™„๐™‡ ๐˜ฟ๐™„๐™๐™…๐™„, ๐™ˆ๐˜ผ๐™„๐™’๐™‹ ๐™ƒ๐˜ผ๐˜ฟ๐™„๐™ ๐™ˆ๐™€๐™ˆ๐˜ฝ๐˜ผ๐™’๐˜ผ ๐™ƒ๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‹๐˜ผ๐™‰

Usianya baru 1 bulan 15 hari, namun si kecil ini telah melalui ujian yang cukup besar dalam permulaan kehidupannya. Hari ini, Skuad Jejak Asnaf bersama Pengurus MAIWP Cawangan Labuan, YBhg. Ustaz Mohd Rafie Zakaria, menziarahi keluarga Encik Abu Bakar Muarip di Taman LDA, Kampung Sungai Bedaun.

Anak bongsu Encik Abu Bakar ini dilahirkan dengan kekurangan pada anggota badan dan memerlukan rawatan serta perhatian khusus. Atas saranan pihak hospital, rawatan lanjut termasuk pemasangan Ankle-Foot Orthosis (AFO) diperlukan bagi membantu perkembangan dan pergerakannya.

Mendengar sendiri perkongsian dan melihat keadaan keluarga ini, MAIWP tampil memberikan sinar harapan. Melalui Skim Bantuan Peralatan Kesihatan MAIWP, kos keperluan rawatan anak kecil ini akan dibantu bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga. Biarpun masih terlalu kecil untuk mengerti ujian yang sedang dilalui, semoga setiap ikhtiar hari ini menjadi langkah awal kepada masa depan yang lebih baik buatnya.

Turut hadir bersama YBhg. Encik Adnan Ahad, Ketua Kampung, Kampung Sungai Buton.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, kekuatan dan kesembuhan kepada si kecil serta mempermudahkan segala urusan Encik Abu Bakar sekeluarga. Kerana di sebalik setiap ujian, sentiasa ada ruang untuk kita hadir membawa harapan.

See Hua Daily News | 31 Ogos 2026 | Labuan๐™๐™ž๐™œ๐™– ๐™๐™ช๐™ข๐™–๐™ ๐™ˆ๐™ช๐™จ๐™ฃ๐™–๐™ ๐˜ฟ๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™†๐™š๐™—๐™–๐™ ๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐˜ผ๐™„๐™’๐™‹ ๐™Ž๐™–๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™ฃ๐™ž ๐™†๐™š๐™ก๐™ช๐™–๐™ง๐™œ๐™– ๐™๐™š๐™ง๐™Ÿ๐™š๐™Ÿ๐™–๐™จ            ...
31/08/2026

See Hua Daily News | 31 Ogos 2026 | Labuan

๐™๐™ž๐™œ๐™– ๐™๐™ช๐™ข๐™–๐™ ๐™ˆ๐™ช๐™จ๐™ฃ๐™–๐™ ๐˜ฟ๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™†๐™š๐™—๐™–๐™ ๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐˜ผ๐™„๐™’๐™‹ ๐™Ž๐™–๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™ฃ๐™ž ๐™†๐™š๐™ก๐™ช๐™–๐™ง๐™œ๐™– ๐™๐™š๐™ง๐™Ÿ๐™š๐™Ÿ๐™–๐™จ

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐ŸตSemarakkan jiwa merdeka dengan semangat perpaduan, kebersamaan dan kecintaan kep...
30/08/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿต

Semarakkan jiwa merdeka dengan semangat perpaduan, kebersamaan dan kecintaan kepada tanah air. Bersama kita terus melangkah membina Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera untuk generasi hari ini dan masa hadapan.

Selamat Hari Kemerdekaan Ke-69!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

๐— ๐—”๐—œ๐—ช๐—ฃ ๐—–๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—•๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—ก๐—œ ๐— ๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—œ ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—งYBhg. Ust. Mohd Rafie Zakaria, Pengurus Majlis Agama...
29/08/2026

๐— ๐—”๐—œ๐—ช๐—ฃ ๐—–๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—•๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—ก๐—œ ๐— ๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—œ ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ง

YBhg. Ust. Mohd Rafie Zakaria, Pengurus Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Cawangan Labuan (MCL) bersama Skuad Musibah MCL pagi ini turun padang menziarahi serta menyantuni keluarga yang terjejas akibat musibah kebakaran yang melibatkan tiga buah rumah di Kampung Sungai Bangat baru-baru ini.

Dalam lawatan tersebut, Skuad Musibah MCL turut meninjau kawasan yang terjejas, menyerahkan borang permohonan bantuan musibah serta menyampaikan bakul makanan kepada keluarga mangsa sebagai tanda keprihatinan dan bagi membantu meringankan beban mereka susulan kejadian berkenaan.

MAIWP Cawangan Labuan sentiasa komited untuk memastikan kebajikan dan keperluan golongan yang berdepan musibah diberikan perhatian sewajarnya selaras dengan peranan MAIWP dalam menyantuni serta membantu masyarakat yang memerlukan.

๐“๐ฎ๐ ๐ฎ ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š: ๐’๐ข๐ฆ๐›๐จ๐ฅ ๐Œ๐ž๐ ๐š๐ก ๐๐ž๐ง๐ ๐จ๐ซ๐›๐š๐ง๐š๐ง ๐๐š๐ก๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ง ๐Š๐ข๐ญ๐š ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSiap dibina pada 8 Februari 1966, Tugu Peringatan Negara berdiri k...
28/08/2026

๐“๐ฎ๐ ๐ฎ ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š: ๐’๐ข๐ฆ๐›๐จ๐ฅ ๐Œ๐ž๐ ๐š๐ก ๐๐ž๐ง๐ ๐จ๐ซ๐›๐š๐ง๐š๐ง ๐๐š๐ก๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ง ๐Š๐ข๐ญ๐š ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Siap dibina pada 8 Februari 1966, Tugu Peringatan Negara berdiri kukuh bagi menghormati lebih 11,000 perajurit tanah air yang terkorban demi mempertahankan kedaulatan negara sewaktu Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua, dan Zaman Darurat.

๐˜ผ๐™ก๐™๐™–๐™ข๐™™๐™ช๐™ก๐™ž๐™ก๐™ก๐™–๐™, ๐™จ๐™–๐™ฉ๐™ช ๐™ข๐™š๐™ข๐™ค๐™ง๐™ž ๐™ž๐™ฃ๐™™๐™–๐™ ๐™–๐™ฅ๐™–๐™—๐™ž๐™ก๐™– ๐™ฌ๐™–๐™ง๐™œ๐™– ๐™ˆ๐˜ผ๐™„๐™’๐™‹ ๐˜พ๐™–๐™ฌ๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™‡๐™–๐™—๐™ช๐™–๐™ฃ ๐™ฉ๐™ช๐™ง๐™ช๐™ฉ ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™œ๐™๐™ž๐™–๐™จ๐™ž ๐™ข๐™ช๐™ ๐™– ๐™™๐™š๐™ฅ๐™–๐™ฃ ๐™ก๐™ž๐™ฅ๐™ช๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐™Ž๐™–๐™ข๐™—๐™ช๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™ช๐™ก๐™ž๐™™๐™ช...
27/08/2026

๐˜ผ๐™ก๐™๐™–๐™ข๐™™๐™ช๐™ก๐™ž๐™ก๐™ก๐™–๐™, ๐™จ๐™–๐™ฉ๐™ช ๐™ข๐™š๐™ข๐™ค๐™ง๐™ž ๐™ž๐™ฃ๐™™๐™–๐™ ๐™–๐™ฅ๐™–๐™—๐™ž๐™ก๐™– ๐™ฌ๐™–๐™ง๐™œ๐™– ๐™ˆ๐˜ผ๐™„๐™’๐™‹ ๐˜พ๐™–๐™ฌ๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™‡๐™–๐™—๐™ช๐™–๐™ฃ ๐™ฉ๐™ช๐™ง๐™ช๐™ฉ ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™œ๐™๐™ž๐™–๐™จ๐™ž ๐™ข๐™ช๐™ ๐™– ๐™™๐™š๐™ฅ๐™–๐™ฃ ๐™ก๐™ž๐™ฅ๐™ช๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐™Ž๐™–๐™ข๐™—๐™ช๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™ช๐™ก๐™ž๐™™๐™ช๐™ง ๐™๐™–๐™จ๐™ช๐™ก ๐™Ž๐˜ผ๐™’ 1448๐™ƒ ๐™‹๐™š๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™œ๐™ ๐™–๐™ฉ ๐™’๐™ž๐™ก๐™–๐™ฎ๐™–๐™ ๐™‹๐™š๐™ง๐™จ๐™š๐™ ๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™–๐™ฃ ๐™‡๐™–๐™—๐™ช๐™–๐™ฃ

๐™๐™š๐™ง๐™ž๐™ข๐™– ๐™ ๐™–๐™จ๐™ž๐™ ๐™ง๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ- ๐™ง๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ข๐™š๐™™๐™ž๐™–โค๏ธ

Pada tahun 1960, Bunga Raya diisytiharkan secara rasmi sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia. Lima kelopak merahnya yang mek...
26/08/2026

Pada tahun 1960, Bunga Raya diisytiharkan secara rasmi sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia. Lima kelopak merahnya yang mekar indah melambangkan 5 Prinsip Rukun Negara โ€” teras kekuatan, perpaduan, dan keharmonian rakyat pelbagai kaum di tanah air tercinta ini.

Address

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Victoria
87019

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30
14:00 - 17:00

Telephone

+6087418512

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan - MAIWP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan - MAIWP:

Shortcuts

Share