Pemuda PAS DUN Wakaf Bharu

Pemuda PAS DUN Wakaf Bharu Laman Rasmi Jawatankuasa Pemuda PAS DUN Wakaf Bharu

Page Rasmi Pemuda Dun Wakaf Bharu ditubuhkan untuk memaparkan berita berkenaan aktiviti Pemuda PAS Dun Wakaf Bharu

18/08/2026
๐Ÿ† SEPAK TAKRAW: MENCUNGKIL BAKAT, MEMBINA GENERASI ๐ŸAlhamdulillah, telah berlangsung semalam Kejohanan Sepak Takraw Tert...
08/08/2026

๐Ÿ† SEPAK TAKRAW: MENCUNGKIL BAKAT, MEMBINA GENERASI ๐Ÿ

Alhamdulillah, telah berlangsung semalam Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Bakat Baru SekMoksu 2026.

Pemuda PAS DUN Wakaf Bharu menyambut baik usaha murni ini sebagai salah satu wadah untuk mencungkil bakat baharu anak muda, di samping membina disiplin, semangat kesukanan dan ukhuwah dalam kalangan generasi muda.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB ADUN WAKAF BHARU N04 Wakaf Bharu - Hj Mohd Rusli Abdullah atas sokongan dan komitmen dalam menyokong pembangunan sukan serta aktiviti anak muda di DUN Wakaf Bharu.

Sukan bukan sekadar tentang kemenangan, tetapi medan untuk membentuk jiwa yang kental, tubuh yang sihat dan sahsiah yang baik.

Tahniah dan syabas kepada semua pemain, urusetia serta pihak yang terlibat menjayakan kejohanan ini. Semoga usaha ini terus berkembang dan melahirkan lebih ramai bakat sepak takraw dari DUN Wakaf Bharu. ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

Pemuda bersama anak muda.

PEMUDA PAS DUN WAKAF BHARU





๐Ÿ“ข *PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!* ๐Ÿ“ข๐Ÿ˜ Jom sertai *FAMILY FUN WALK* sempena Jelajah KALA 2026 *๐Ÿ“… TARIKH  :* 29 OGOS 2026  /...
31/07/2026

๐Ÿ“ข *PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!* ๐Ÿ“ข

๐Ÿ˜ Jom sertai *FAMILY FUN WALK* sempena Jelajah KALA 2026

*๐Ÿ“… TARIKH :* 29 OGOS 2026 / 16 Rabiul Awal 1448H (Sabtu)
*โฐ MASA :* 6.30 PAGI - Pendaftaran
*๐Ÿ“ LOKASI :* Pantai Sri Tujoh, Tumpat, Kelantan
*๐Ÿšถ JARAK :* 3-4KM Anggaran

๐Ÿ’ต *YURAN PENDAFTARAN:* RM5.00 / seorang sahaja!

๐ŸŽ *HADIAH CABUTAN BERTUAH MENANTI ANDA!*

๐Ÿ”ธ*Terhad kepada 1000 peserta pertama*
๐Ÿ”ธ*Yuran termasuk :* Persegaran + E-Sijil Penyertaan
๐Ÿ”ธ*Tutup pendaftaran :* 13 OGOS 2026 KHAMIS

๐Ÿ‘• *Tema Pakaian* โœจ
Warisan Perkampungan Nelayan
*_Pakai elemen tradisional: kain pelikat / kain batik / semutar_*

๐Ÿ‘•*Untuk Tempahan Baju*
๐Ÿ“Œ 1 resit = 1 baju sahaja
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Harga baju dewasa & kanak-kanak :
* Short Sleeve RM25
* Long Sleeve RM28
* Muslimah RM30

Untuk Rujukan Facebook https://www.facebook.com/share/p/1HDnDFFezY/

๐Ÿ“ฑ *DAFTAR SEKARANG:*
Imbas QR Code pada poster atau tekan link di bawah :
https://forms.gle/BujC99x14Q8yWpf89

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan
hubungi 012-9635377

Ayuh ajak keluarga dan rakan-rakan! Jom

Tirai Perlawanan Pembukaan Liga Elit DUN Wakaf Bharu 2026 Kini Rasmi DibukaMusim baharu kembali menyaksikan 10 pasukan  ...
25/07/2026

Tirai Perlawanan Pembukaan Liga Elit DUN Wakaf Bharu 2026 Kini Rasmi Dibuka

Musim baharu kembali menyaksikan 10 pasukan berentap bagi memburu gelaran juara. Lebih menarik, kehangatan liga kali ini turut disemarakkan dengan penyertaan 1 pasukan daripada komuniti Siam, membuktikan sukan sentiasa menjadi wadah terbaik dalam menyatukan masyarakat tanpa kira latar belakang.

Selamat bertanding kepada semua pasukan!

Tunjukkan aksi terbaik dan kekalkan semangat kesukanan yang tinggi.

โšฝ๏ธ MAJLIS PELANCARAN LIGA ELIT DUN WAKAF BHARU 2026 โšฝ๏ธAlhamdulillah, Majlis Pelancaran Liga Elit DUN Wakaf Bharu 2026 te...
23/07/2026

โšฝ๏ธ MAJLIS PELANCARAN LIGA ELIT DUN WAKAF BHARU 2026 โšฝ๏ธ

Alhamdulillah, Majlis Pelancaran Liga Elit DUN Wakaf Bharu 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 22 Julai 2026 di Restoran Warisan Rasa, Wakaf Bharu.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Haji Rusli Abdullah, ADUN Wakaf Bharu, sebagai tanda sokongan berterusan terhadap pembangunan sukan dan belia di DUN Wakaf Bharu.

Sebanyak 10 pasukan bakal berentap sepanjang kejohanan ini, masing-masing membawa semangat juang yang tinggi untuk memburu gelaran Juara Liga Elit DUN Wakaf Bharu 2026.

Semoga kejohanan ini menjadi medan mengeratkan ukhuwah, menyemai semangat kesukanan serta melahirkan bakat-bakat bola sepak yang mampu mengharumkan nama Wakaf Bharu.

๐Ÿ”ฅ 10 Pasukan. 1 Juara. Siapakah yang bakal mencipta sejarah?

โšฝ๐Ÿ† SEPANYOL JUARA DUNIA FIFA 2026! ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ธAlhamdulillah, selesai sudah Program Tayangan Skrin Besar Final World Cup 2026 anju...
20/07/2026

โšฝ๐Ÿ† SEPANYOL JUARA DUNIA FIFA 2026! ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ธ

Alhamdulillah, selesai sudah Program Tayangan Skrin Besar Final World Cup 2026 anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Tumpat dengan kerjasama Pemuda PAS Dun Wakaf Bharu.

Tahniah kepada Sepanyol yang berjaya dinobatkan sebagai Juara Piala Dunia FIFA 2026 selepas aksi final yang penuh debaran dan dramatik.

Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan program. Sorakan, semangat kesukanan dan kebersamaan yang ditunjukkan menjadikan malam ini cukup bermakna.

Tahniah buat semua pemenang cabutan bertuah yang membawa pulang hamper, jersi dan pelbagai hadiah menarik.

Semoga program seperti ini terus menjadi medan mengeratkan ukhwah, menyatukan masyarakat dan memeriahkan komuniti.

Jumpa lagi dalam program-program akan datang. Terima kasih atas sokongan semua! ๐Ÿ’š


19/07/2026
โšฝ๐Ÿ”ฅ TAYANGAN SKRIN BESAR FINAL FIFA WORLD CUP 2026 ๐Ÿ”ฅโšฝ๐Ÿ† SIAPA BAKAL MUNCUL JUARA DUNIA? ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ธ Sepanyol atau ๐Ÿ‡ฆ๐Ÿ‡ท Argentina?Jang...
17/07/2026

โšฝ๐Ÿ”ฅ TAYANGAN SKRIN BESAR FINAL FIFA WORLD CUP 2026 ๐Ÿ”ฅโšฝ

๐Ÿ† SIAPA BAKAL MUNCUL JUARA DUNIA? ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ธ Sepanyol atau ๐Ÿ‡ฆ๐Ÿ‡ท Argentina?

Jangan tengok sorang-sorang! Mari rasai debaran perlawanan akhir Piala Dunia 2026 bersama ratusan penyokong bola sepak dalam suasana yang lebih meriah!

๐Ÿ“… 20 Julai 2026 (Isnin) ๐Ÿ•› 12.00 Pagi ๐Ÿ“ Perkarangan Wisma Purnama, Wakaf Bharu

๐ŸŽ Cabutan Bertuah Menarik ๐ŸŽŠ Hamper Eksklusif ๐Ÿ‘• Jersi Pasukan Final ๐ŸŽ‰ Dan pelbagai hadiah istimewa menanti anda!

๐Ÿ“ฃ Masuk adalah PERCUMA! Ajak keluarga, rakan-rakan dan geng bola anda. Datang awal, pilih tempat terbaik dan sama-sama gegarkan malam final Piala Dunia!

โšฝ SATU MALAM. SATU SKRIN. SATU DEBARAN. JANGAN LEPASKAN! ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ”ฅ

SALAM HIJRATUL RASUL 1448Hุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ูSempena kedatangan Tahun Baharu Islam 1448 Hijrah, Pemud...
16/06/2026

SALAM HIJRATUL RASUL 1448H

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู

Sempena kedatangan Tahun Baharu Islam 1448 Hijrah, Pemuda PAS DUN Wakaf Bharu mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam.

Peristiwa hijrah Rasulullah SAW bukan sekadar perpindahan tempat, bahkan merupakan simbol pengorbanan, kesabaran, keberanian dan perubahan ke arah yang lebih baik demi menegakkan agama Allah.

Marilah kita menjadikan lembaran baharu ini sebagai titik permulaan untuk memperkukuhkan iman, memperbaiki akhlak, mempererat ukhuwah serta meningkatkan khidmat kepada agama, bangsa dan masyarakat.

Semoga tahun 1448 Hijrah membawa keberkatan, keamanan dan kejayaan buat seluruh rakyat serta menguatkan semangat kita untuk terus istiqamah di atas jalan perjuangan Islam.

Salam Maal Hijrah 1448H

Daripada: Pemuda PAS DUN Wakaf Bharu

Address

Kampung Belukar
Wakaf Baharu
16250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS DUN Wakaf Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share