02/09/2026
KUNJUNGAN DATUK SERI HAJI MOHAMAD SABU KE PAVILION SEGARA BY NEKMAT | MAHA 2026
Pavilion Segara by NEKMAT di MAHA 2026 turut menerima kunjungan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, yang telah disambut oleh En. Azrin Shah bin Ismail, Pengurus Besar NEKMAT.
Dalam kunjungan tersebut, beliau berkesempatan melihat dengan lebih dekat pelbagai produk keluaran NEKMAT serta produk hasil nelayan tempatan.
Kunjungan ini menjadi platform untuk memperkenalkan dan mengetengahkan produk perikanan tempatan, di samping memperlihatkan usaha NEKMAT dalam memperkukuh pemasaran serta nilai tambah hasil perikanan kepada masyarakat dan pengguna.