PAS KAWASAN WANGSA MAJU

PAS KAWASAN WANGSA MAJU PAS KAWASAN WANGSA MAJU

Minda Presiden PASISU RASUAH: HUKUM ISLAM DITINGGALKAN, MELAYU ISLAM DIJADIKAN SASARANJenayah rasuah berlaku dalam lapan...
20/08/2026

Minda Presiden PAS

ISU RASUAH: HUKUM ISLAM DITINGGALKAN, MELAYU ISLAM DIJADIKAN SASARAN

Jenayah rasuah berlaku dalam lapangan yang banyak dan luas, sebagaimana yang dinyatakan oleh firman Allah SWT:

وَلَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٰلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَٰطِلِ وَتُدۡلُواْ بِهَآ إِلَى ٱلۡحُكَّامِ لِتَأۡكُلُواْ فَرِيقٗا مِّنۡ أَمۡوَٰلِ ٱلنَّاسِ بِٱلۡإِثۡمِ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ١٨٨

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain antara kamu dengan jalan yang batil (haram) dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim (pihak yang berkuasa), supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” [Surah al-Baqarah: 188]

Kesalahan melalui harta dilakukan dalam semua urusan pentadbiran meliputi semua aspek kehidupan rakyat, termasuk juga amalan rasuah. Inilah penyakit yang merosakkan pentadbiran negara yang memayungi kehidupan rakyat dalam semua urusannya.

Islam menegaskan hukum yang berkait dengan undang-undang dunia sehingga akhirat bagi menentang rasuah dalam semua lapangan dan semua pihak yang terlibat, tidak sama dengan undang-undang ciptaan manusia yang tidak sempurna. Ditegaskan oleh hadis Rasulullah SAW:

لَعَنَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‌الرَّاشِيَ ‌وَالْمُرْتَشِيَ وَالرَّائِشَ.

“Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah, dan perantaraannya.” [Hadis riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, Tatimmah Musnad al-Ansar, no. 22399, daripada Thauban bin Bujdud]

Dilaknat bermakna tidak mendapat rahmat Allah dan tiada keberkatan, walaupun banyak hasil negaranya. Dinyatakan bahawa dosa rasuah bukan sahaja kesalahan undang-undang manusia, malah kesalahannya melibatkan dosa haramnya yang dihukum pada Hari Akhirat terhadap semua pihak yang berkaitan dengannya, bukan satu pihak sahaja, dengan maksud melibatkan penerima rasuah, pemberi rasuah, dan perantara yang menjalankan rasuah. Tindakan wajib diambil terhadap semua pihak yang terlibat dalam kesalahan rasuah.

Adapun hari ini tindakan diambil terhadap penerima rasuah sahaja, malah dilakukan p**a secara terpilih. Ada yang diambil tindakan, ada tindakan separuh jalan kerana kedudukan pangkatnya, dan ada yang dibiarkan kerana lebih tinggi pangkatnya. Tambahan p**a, ada yang difitnah kerana melawan kerajaan dan ada yang sengaja dipanjang-panjangkan masa siasatannya. Perkara ini merupakan satu kezaliman.

Hal ini termasuk membebaskan sebahagian yang terlibat dengan rasuah atau tindakannya tidak bersifat menyeluruh. Semua yang salah wajib diambil tindakan, jangan melakukan tindakan yang terpilih sahaja.

Namun begitu, dibebaskan pemberi rasuah dan orang tengah yang mengurusnya yang paling ramai dalam kalangan kartel, peniaga gelap, dan penyeludup. Mereka adalah paling ramai daripada kalangan bukan Islam yang menguasai kegiatan ekonomi dalam negara ini. Mereka melepaskan diri daripada undang-undang ciptaan manusia, sehingga rasuah menjadi penyakit seluruh jasad kerajaan dari kepala hingga hujung kaki.

Inilah kelemahan undang-undang ciptaan manusia kerana pasti ada kalangan mereka yang mengatasi undang-undangnya. Maka, kalangan atasan lebih banyak menerima rasuah kerana terlepas daripada tindakan undang-undang.

Kalangan yang paling tinggi kedudukannya p**a mempengaruhi kalangan bawahan untuk menerima rasuah. Para ulama’ berkata:

‌النَّاسُ ‌عَلَى ‌دِينِ ‌مُلُوكِهِمْ.

“Ramai orang terpengaruh dengan perangai atasan yang memerintah mereka.”

Kalangan pembayar rasuah yang berskala besar bebas masuk ke pintu paling atas tanpa halangan kerana diberikan laluan untuk bertemu dengan sesiapa sahaja.

Adapun kalangan penganut Islam yang terlibat dalam rasuah tidak seramai orang bukan Islam kerana mereka dikawal oleh aqidah dan iman yang dipercayai adanya dosa di sisi Allah. Walaupun bebas daripada undang-undang ciptaan manusia, mereka pasti akan dihukum selepas meninggal dunia dan dihidupkan semula di alam akhirat kelak.

Firman Allah SWT:

ٱلۡيَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰٓ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَآ أَيۡدِيهِمۡ وَتَشۡهَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ ٦٥

“Pada hari ini, Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa-apa yang dahulu mereka usahakan.” [Surah Yasin: 65]

Hanya sebahagian penganut Islam yang lemah iman mereka terlibat dalam rasuah kerana tidak mendapat pendidikan agama yang sempurna disebabkan sistem pendidikan warisan penjajah yang tidak ada roh. Adapun ramai Melayu Islam yang masih ada kemanisan iman amat payah untuk melakukan rasuah.

Oleh kerana Melayu paling ramai berada dalam pentadbiran, menyebabkan mereka paling banyak menjadi sasaran pemberi rasuah, khususnya kalangan yang gaji mereka tidak mencukupi dan menghadapi masalah kos sara hidup untuk menyara seluruh keluarga, terutamanya yang berada di kawasan bandar. Maka, kesalahan mereka berlaku kekeliruan yang perlu diambil kira dalam hukum Islam.

Kalau dilakukan muhasabah statistik secara jujur, nescaya didapati penglibatan rasuah orang bukan Islam lebih besar jumlahnya daripada penganut Islam kerana umat Islam dipelihara oleh aqidah mereka yang tidak boleh menyorok dalam perkara dosa dan pahala, bukan seperti kesalahan undang-undang ciptaan manusia dalam urusan keduniaan sahaja.

Hal ini berbeza dengan orang bukan Islam yang kepercayaan mereka terbatas sekadar di dunia sahaja yang boleh bersembunyi, khususnya di negara yang lebih banyak terlibat dalam urusan ekonomi seperti di Malaysia. Kalau dijumlahkan penyumbang rasuah dalam kalangan mereka adalah sangat besar jumlahnya, begitu juga yang menjadi orang tengah dalam amalan rasuah.

Hakikatnya, banyak berlaku di negara bukan Islam, mereka lebih memberikan kepercayaan kepada orang Islam yang ada di negara mereka dalam banyak urusan. Bukan bermakna tidak ada langsung orang Islam yang rasuah, tetapi kalau dibuat perbandingan, maka penganut Islam lebih terpelihara kerana semua urusan dunia berkait dengan agama yang ada perhitungan dosa dan pahala.

Kita tidak menafikan adanya institusi kewangan Islam yang menyeleweng dan mengalami salah laku, tetapi institusi perniagaan seperti GLC dan lain-lain yang berlipat kali ganda salah laku serta rasuahnya disembunyikan di bawah karpet. Maka, kesalahan Tabung Haji dijadikan tajuk utama kerana jenama Islamnya menjadi sasaran. Mereka yang berjasa menjayakan Tabung Haji adalah lebih ramai berlipat kali ganda jumlahnya, namun dibesarkan segelintir yang salah laku bagi membesarkan keaiban Melayu Islam dengan niat yang jahat.

Adapun kes terowong Pulau Pinang, bicaranya separuh jalan, kemudian diam membisu, malah jarang sekali dibunyikan apabila ada suara menyebutnya.

Terlalu banyak institusi perniagaan milik kerajaan dan separa kerajaan yang mengalami kerugian kerana kebocoran di bawah seseorang yang disebut-sebutkan sebagai Menteri Kewangan terbaik, termasuk kalangan yang berpolitik sekular yang berpisah daripada agama dengan menyalahgunakan kedudukan politik mereka.

Golongan yang paling ramai diambil tindakan ialah pihak yang berjenama Melayu dan Islam daripada yang paling besar sehinggalah paling kecil bagi merendahkan imej Islam, seolah-olah tidak ada daripada kalangan bukan Islam dan bukan Melayu. Padahal kegiatan ekonomi lebih banyak daripada bukan Islam dan bukan Melayu, khususnya yang bersaiz mega yang menjadi penyumbang rasuah.

Rasuah juga berlaku dalam pembahagian subsidi kepada kalangan miskin seperti petani dan nelayan kerana adanya kartel-kartel mega bukan Melayu yang menjadi pembekalnya. Mereka adalah daripada kalangan bukan Islam yang paling ramai mengambil peluang di sebalik bantuan kemiskinan yang gagal mengatasi masalah kemiskinan.

Semua kerajaan negeri yang dikuasai oleh PAS bersama Islam, khususnya di Kelantan selama lebih 30 tahun bersih daripada rasuah dan salah laku, walaupun dalam keadaan menghadapi tekanan kerana konsep federalisme dan perjanjian antara negeri dengan persekutuan yang tidak dihormati, di samping banyak haknya dinafikan, termasuk terhadap Ahli-ahli Parlimen pembangkang.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam sepenggal sahaja sudah kedengaran suara salah laku yang dinyanyikan. Maka, pengisytiharan perangnya terhadap rasuah hanya gendang kosong yang kuat bunyinya sahaja, termasuk tempikan adanya sakau yang hanya seperti makhluk ghaib yang disebut namanya, namun tidak kelihatan makhluknya.

Maka, tempikan slogan perangi rasuah dan memburu sakau sampai ke lubang cacing laksana pencuri yang melepaskan diri dengan sama-sama melaungkan, “Pencuri! Pencuri!” bersama pemburunya bagi helah melepaskan dirinya.

Allah SWT mendedahkan dalam al-Quran bahawa kaum Yahudi memilih pemimpin yang kaya agar dapat menyogok rakyat, bukan pemimpin yang berilmu dan bijak. Firman Allah SWT:

وَقَالَ لَهُمۡ نَبِيُّهُمۡ إِنَّ ٱللَّهَ قَدۡ بَعَثَ لَكُمۡ طَالُوتَ مَلِكٗاۚ قَالُوٓاْ أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ ٱلۡمُلۡكُ عَلَيۡنَا وَنَحۡنُ أَحَقُّ بِٱلۡمُلۡكِ مِنۡهُ وَلَمۡ يُؤۡتَ سَعَةٗ مِّنَ ٱلۡمَالِۚ قَالَ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰهُ عَلَيۡكُمۡ وَزَادَهُۥ بَسۡطَةٗ فِي ٱلۡعِلۡمِ وَٱلۡجِسۡمِۖ وَٱللَّهُ يُؤۡتِي مُلۡكَهُۥ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٞ ٢٤٧

“Nabi mereka mengatakan kepada mereka, ‘Sesungguhnya Allah telah mengangkat Talut menjadi rajamu.’ Mereka menjawab, ‘Bagaimana Talut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang dia pun tidak diberikan kekayaan yang cukup banyak?’ Nabi (mereka) berkata, ‘Sesungguhnya Allah telah memilih rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa.’ Allah memberikan pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.” [Surah al-Baqarah: 247]

Percayalah bahawa parti yang memilih pemimpin dengan rasuah akan menjadi kerajaan yang kalah melawan rasuah.

Negara Amerika Syarikat yang dijadikan kiblat sebagai pihak paling kaya bawah pengaruh Zionis kini memilih yang bodoh dan banyak rasuah menjadi pemimpin kerana kekayaannya, bukan kerana ilmu dan akhlaknya.

Islam menyenaraikan rasuah sebagai kemungkaran yang wajib dicegah dan menjadi kewajipan kerajaan. Firman Allah SWT:

ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ ٤١

“(Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma‘ruf, dan mencegah daripada perbuatan yang mungkar; dan kepada Allahlah kembali segala urusan.” [Surah al-Hajj: 41]

Mencegah rasuah termasuk dalam perkara nahi mungkar yang disenaraikan bersama urusan ibadat diri dan harta serta berkebajikan dalam masyarakat.

Malangnya apabila kesalahan rasuah dijadikan senjata untuk menjatuhkan lawan, bukan untuk mencegah kemungkaran kerana pihak berkuasa juga terlibat dalam rasuah yang menjadi perangai kaum Yahudi sehingga melibatkan para agamawan mereka. Firman Allah SWT:

۞أَتَأۡمُرُونَ ٱلنَّاسَ بِٱلۡبِرِّ وَتَنسَوۡنَ أَنفُسَكُمۡ وَأَنتُمۡ تَتۡلُونَ ٱلۡكِتَٰبَۚ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ ٤٤

“Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan dirimu (kewajipanmu) sendiri, padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat)? Maka, tidakkah kamu berfikir?” [Surah al-Baqarah: 44]

Isu rasuah dijadikan modal politik untuk menjatuhkan lawan, bukan kemungkaran yang hendak dicegah. Hal ini berlaku apabila dilakukan tindakan secara terpilih terhadap lawan dengan membiarkan diri sendiri bergelumang dengan rasuah, sama ada menjadi penerima, pelindung kepada penyumbang rasuah, ataupun perantaraannya dengan alasan yang berputar belit.

Segala-galanya boleh berlaku apabila tidak lagi berpegang pada Islam yang menjadi petunjuk Allah.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 7 Rabi‘ al-Awwal 1448 / 20 Ogos 2026

[Bil: 52 / 2026]

JAULAH MAHABBAH JPRP ZON 2Jaulah Mahabbah JPRP Zon 2 memperkukuh ukhuwah, menyantuni masyarakat dan menyemarakkan semang...
17/08/2026

JAULAH MAHABBAH JPRP ZON 2

Jaulah Mahabbah JPRP Zon 2 memperkukuh ukhuwah, menyantuni masyarakat dan menyemarakkan semangat kebersamaan menuju perjuangan yang lebih tersusun.

📅 18 Ogos 2026 | Selasa
🕤 09:30 Malam
📍 PASTI Genius Mursyid, Kg Padang Balang

Ayuh hadir bersama, eratkan silaturahim dan teruskan langkah membina kekuatan bersama rakyat.

Bersama Membina Negara Berkebajikan.





PENAMPILAN KHAS MALAM WILAYAH BERSELAWAT 2026 Bukan sekadar majlis selawat, tetapi sebuah malam penuh cinta, rindu dan p...
13/08/2026

PENAMPILAN KHAS MALAM WILAYAH BERSELAWAT 2026

Bukan sekadar majlis selawat, tetapi sebuah malam penuh cinta, rindu dan penghayatan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW. ❤️‍🩹

Insya-Allah, Malam Wilayah Berselawat 2026 bakal menampilkan barisan tetamu dan pengisi acara yang istimewa untuk bersama-sama menghidupkan malam dengan selawat, tausiah dan perkongsian penuh makna.

🎤 DAQMIE
Penyanyi & penggiat seni dakwah

🎶 KUMPULAN NURSYAHADAH
Persembahan nasyid & selawat

🎙️ USTAZ HASNIL BIN ABU BAKAR
Pendakwah Selebriti

🕌 USTAZ AHMAD SHAHDAN
Pengerusi Darul Muhibbin

📚 USTAZ HAJI AZHAR BIN YAHYA
Rektor Akademi KUIZM

🤲 USTAZ ABDUL RANI BIN MOHAMED DAUD
Naib Pengerusi PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan

Jom hadir beramai-ramai!
Bawa keluarga, sahabat dan insan tersayang untuk bersama-sama menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

AYUH BERSELAWAT, HIDUPKAN CINTA KEPADA RASULULLAH SAW!






MESYUARAT BULANAN PAS KAWASAN WANGSA MAJUPAS Kawasan Wangsa Maju terus memperkukuhkan gerak kerja organisasi melalui per...
07/08/2026

MESYUARAT BULANAN PAS KAWASAN WANGSA MAJU

PAS Kawasan Wangsa Maju terus memperkukuhkan gerak kerja organisasi melalui perancangan pelbagai program melibatkan aspek kebajikan, politik dan pembangunan anak muda yang akan dilaksanakan secara berfasa dalam jangka pendek dan jangka panjang.

Seiring dengan persiapan menghadapi pilihan raya, PAS Kawasan Wangsa Maju kini sedang memperkasa jentera di semua peringkat, bermula daripada cawangan sehingga ke kawasan, bagi memperluaskan gerak kerja lapangan, mendekati pengundi serta menyampaikan agenda perjuangan dan khidmat kepada masyarakat.

Dengan semangat istiqamah, kebersamaan dan khidmat seluruh jentera akan terus turun padang, mendengar denyut nadi rakyat serta menawarkan penyelesaian terhadap isu-isu setempat demi membina sokongan yang lebih kukuh menjelang pilihan raya akan datang.



01/08/2026

Ya Allah, berikanlah KEMENANGAN buat PN & BN di Negeri Sembilan hari ini. Allahuma Ameen🤲🏻

31/07/2026

HARI PAHLAWAN: MENGENANG JASA, MENYEMAI SEMANGAT PATRIOTISME

Sempena sambutan Hari Pahlawan, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh anggota Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta semua pasukan keselamatan yang telah berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan kedaulatan negara, keamanan serta kesejahteraan rakyat.

Hari Pahlawan bukan sekadar satu sambutan tahunan, bahkan merupakan medan untuk kita mengenang jasa dan pengorbanan para perwira yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi memastikan Malaysia terus aman dan berdaulat. Pengorbanan mereka adalah warisan yang mesti dihargai dan dikenang sepanjang zaman.

Sebagai rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab memupuk semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta bersama-sama mempertahankan keamanan negara. Keamanan yang kita kecapi hari ini lahir daripada pengorbanan mereka yang mendahului kita.

Dalam masa yang sama, kita juga berharap kebajikan anggota keselamatan yang masih berkhidmat, para veteran serta keluarga mereka sentiasa diberi perhatian sewajarnya sebagai tanda penghargaan atas jasa yang tidak ternilai.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mengurniakan rahmat kepada para pahlawan yang telah pergi, mengurniakan kesihatan dan kekuatan kepada mereka yang masih berkhidmat, serta terus memelihara Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, makmur dan diberkati.

"Jasa Pahlawan Dikenang, Pengorbanan Diabadikan."

Sekian, terima kasih.

USTAZ ABDUL RANI BIN MOHAMED DAUD
Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju
Penyelaras Parlimen Wangsa Maju

Muslimat PAS Wangsa Maju Perkasa Gerak Gempur Pengundi DUN AmpanganAmpangan, 27 Julai– Muslimat PAS Wangsa Maju terus me...
27/07/2026

Muslimat PAS Wangsa Maju Perkasa Gerak Gempur Pengundi DUN Ampangan

Ampangan, 27 Julai– Muslimat PAS Wangsa Maju terus memperkukuhkan gerak kerja pilihan raya apabila seramai 20 anggota Muslimat turun padang bagi melaksanakan gerak gempur pengundi di DUN Ampangan dalam usaha membantu memastikan kemenangan calon Perikatan Nasional, Dr. Rafie Abd. Malek.

Pengarah Pilihan Raya Muslimat PAS Wangsa Maju, Hajah NoorSamawati, berkata kekuatan seramai 20 anggota Muslimat PAS Wangsa Maju digerakkan mengikut gelombang dan jadual yang telah ditetapkan bagi memastikan setiap gerak kerja berjalan secara tersusun, berdisiplin dan berkesan.

Menurut beliau, fokus utama jentera Muslimat adalah melaksanakan kerja-kerja lapangan seperti cula pengundi, merayu undi , serta menyantuni masyarakat dari rumah ke rumah bagi menyampaikan mesej dan tawaran Perikatan Nasional kepada para pengundi.

"Muslimat PAS Wangsa Maju hadir dengan semangat kebersamaan dan iltizam yang tinggi untuk membantu gerak kerja di DUN Ampangan. Kami akan melaksanakan amanah yang diberikan sebaik mungkin, mengikut pelan gerak kerja yang telah disusun, demi memastikan kemenangan calon Perikatan Nasional, Dr. Rafie Abd. Malek," kata Hajah NoorSamawati.

Beliau turut menyeru seluruh jentera agar terus istiqamah, menjaga adab sepanjang berkempen serta memperkukuhkan ukhuwah sesama petugas demi memastikan setiap usaha yang dilaksanakan membuahkan hasil pada hari pengundian.

Kehadiran Muslimat PAS Wangsa Maju mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasakan jentera pilihan raya serta memperkukuhkan sokongan rakyat terhadap calon Perikatan Nasional di DUN Ampangan.

30 Jentera PAS Wangsa Maju Sertai Gerak Kerja PRN DUN AmpanganAmpangan, Negeri Sembilan – Seramai 30 anggota jentera PAS...
25/07/2026

30 Jentera PAS Wangsa Maju Sertai Gerak Kerja PRN DUN Ampangan

Ampangan, Negeri Sembilan – Seramai 30 anggota jentera PAS Wangsa Maju telah tiba di DUN Ampangan bagi menyertai gerak kerja membantu kempen pilihan raya, sekali gus memperkukuhkan usaha lapangan bersama jentera Perikatan Nasional.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat (JPRP) PAS Wangsa Maju, Haji Rahim Sulaiman, berkata jentera Pemuda PAS Wangsa Maju akan mula berkampung di DUN Ampangan bermula esok bagi melaksanakan pelbagai gerak kerja lapangan, termasuk ziarah pengundi, edaran bahan kempen serta aktiviti penerangan.

"Kehadiran jentera dari PAS Wangsa Maju merupakan manifestasi semangat kebersamaan dan komitmen tinggi dalam memastikan gerak kerja pilihan raya berjalan dengan tersusun serta berkesan," katanya.

Turut hadir mengiringi rombongan ialah Yang Dipertua PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, yang menyampaikan amanat kepada para petugas sebelum mereka memulakan tugasan.

Beliau menegaskan bahawa setiap anggota jentera perlu melaksanakan amanah dengan penuh disiplin, keikhlasan dan semangat ukhuwah.

"Kita hadir bukan sekadar untuk berkempen, tetapi membawa mesej perjuangan yang berteraskan integriti, kebajikan dan penyatuan ummah. Saya berharap seluruh jentera PAS Wangsa Maju menjaga adab, memperkukuhkan kerjasama serta memberikan komitmen terbaik sepanjang berada di DUN Ampangan demi memastikan kemenangan yang diredai Allah SWT," kata Ustaz Abdul Rani.

PAS Wangsa Maju turut mendoakan agar seluruh gerak kerja yang dilaksanakan dipermudahkan serta membuahkan hasil yang terbaik demi kejayaan perjuangan Islam dan kesejahteraan rakyat.

PAS WANGSA MAJU LANCAR JENTERA PRU-16, TEKAD RAMPAS KEMBALI KERUSI PARLIMENKUALA LUMPUR, 19 Julai – PAS Kawasan Wangsa M...
19/07/2026

PAS WANGSA MAJU LANCAR JENTERA PRU-16, TEKAD RAMPAS KEMBALI KERUSI PARLIMEN

KUALA LUMPUR, 19 Julai – PAS Kawasan Wangsa Maju menzahirkan kesediaan sepenuhnya menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) menerusi Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Wangsa Maju Kali Ke-29 yang berlangsung di Dewan Brainy Bunch International School, Taman Melawati, hari ini.

Mesyuarat Agung tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, YB Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khiruddin, yang turut menyampaikan amanat kepada para perwakilan agar memperkukuhkan organisasi serta menggandakan usaha bagi memastikan kemenangan PAS dan Perikatan Nasional pada pilihan raya akan datang.

Dalam ucapan aluannya, Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, menegaskan bahawa seluruh jentera parti perlu bersatu hati, memperkukuhkan ukhuwah dan meningkatkan gerak kerja di setiap cawangan sebagai persediaan menghadapi PRU-16.

Beliau turut menyatakan bahawa PAS Wangsa Maju bertekad untuk bertanding dan merampas semula kerusi Parlimen Wangsa Maju dengan menawarkan kepimpinan yang berintegriti, beramanah dan dekat dengan rakyat.

Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya, YB Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khiruddin menyeru seluruh ahli supaya memperkukuhkan saf perjuangan, memperluaskan pengaruh parti dan memperhebat gerak kerja penerangan serta kebajikan di semua peringkat.

Beliau menegaskan bahawa kejayaan sesebuah perjuangan bukan hanya bergantung kepada musim pilihan raya, sebaliknya dibina melalui kerja yang konsisten, kesatuan jentera serta kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan yang berprinsip.

Kemuncak program menyaksikan Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Wangsa Maju apabila 30 Ketua Cawangan menerima bendera sebagai simbolik kesiapsiagaan menghadapi PRU-16. Penyerahan bendera tersebut disaksikan oleh Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Parlimen (JPrP) Wangsa Maju, Haji Rahim Sulaiman, sebagai tanda bermulanya gerak kerja pilihan raya secara menyeluruh.

Turut berlangsung ialah Majlis Penyerahan Watikah Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Wangsa Maju kepada Encik Poovan, yang disampaikan oleh YB Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khiruddin. Penyerahan watikah ini mencerminkan komitmen PAS dalam memperkukuhkan kerjasama bersama semua lapisan masyarakat demi memperjuangkan agenda kebajikan, perpaduan dan kesejahteraan negara.

Mesyuarat Agung Tahunan kali ini bukan sahaja menjadi medan memperkukuhkan organisasi, malah menjadi titik permulaan kepada mobilisasi jentera PAS Wangsa Maju dalam menghadapi PRU-16 dengan penuh semangat, disiplin dan iltizam.

"Bersatu Memperkukuh Organisasi, Bersedia Menggalas Amanah Rakyat."

Address

Wangsa Maju

Telephone

+60124505561

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS KAWASAN WANGSA MAJU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAS KAWASAN WANGSA MAJU:

Shortcuts

Share