27/08/2026
27 Ogos 2026, Khamis - Telah berlangsung Program Mobile KafeTEEN@Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT) dengan kehadiran tiga puluh (30) orang pelajar bertempat di Dewan Anjung Juara, SMSST, Kuala Nerus, Terengganu dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
LPPKN Negeri Terengganu menyampaikan info kekeluargaan melalui perkongsian ilmu kepada adik-adik remaja melalui slot ceramah yang bertajuk 'Tekanan Mental Dalam Kalangan Remaja' yang telah disampaikan oleh Encik Mohamad Zarif Haiqal Othman, Teen Educator, LPPKN Negeri Terengganu. Objektif slot ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) kepada adik-adik pelajar berasaskan Modul Cakna Diri.
Terima kasih kepada semua pelajar yang hadir program ini serta pihak SSMT yang telah memberikan komitmen sepenuhnya dalam menjayakan program ini. Semoga bermaanfaat 💜💚