27/07/2024
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐒𝐏𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟑 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐞𝐦𝐩𝐨𝐰𝐞𝐫𝐍𝐂𝐄𝐑 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 & 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐋𝐀 𝐓𝐔𝐉𝐔 𝐊𝐄 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 (𝐈𝐏𝐓) 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑, 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐏, 𝐏𝐎𝐊𝐎𝐊 𝐒𝐄𝐍𝐀, 𝐊𝐔𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐒𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆
Tarikh : 27 Julai 2024 (Sabtu)
Tempat : Dewan Konvokesyen Albukhary University International, Alor Setar
Daerah : Kota Setar, Padang Terap, Pokok Sena, Kubang Pasu dan Pendang
Majlis Apresiasi Pelajar empowerNCER SPM 2023 dirasmikan oleh Tuan Malek bin Abu Hassan, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembelajaran JPN Kedah dan turut dihadiri Pn Suhaila binti Mohd Nazer, Penolong Pengurus Besar, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Kedah & Perlis, Prof Madya Dr Fakhrul Anwar bin Zainol, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, UniSZA Holdings Sdn Bhd, En Emir Hisham bin Hashim, Penolong Pengarah Sektor Pembelajaran JPN Kedah, dan Pn Zaila binti Yahaya, Pengurus Kanan Jabatan Ekosistem Perniagaan, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA). Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan dan meraikan pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM 2023. Pada masa yang sama juga memberikan suntikan semangat kejayaan kepada pelajar transformasi untuk meneruskan pengajian ke peringkat tinggi mengikut bidang yang diminati.
Pada majlis tersebut turut diadakan Jelajah Hala Tuju Ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) antara IPT dan agensi yang turut hadir membuka kaunter pameran adalah seperti :
1. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
2. Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS)
3. Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)
4. KEDA
5. Kulim Advanced Technologies
6. Kolej Vokasional
7. Albukhary International University (AIU)
8. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
9. Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
10. PERDA
𝘗𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮
𝘋𝘪𝘭𝘢𝘬𝘴𝘢𝘯𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘖𝘭𝘦𝘩 UniSZA CONSULTANCY SDN BHD
Ikuti Kami di Sosial Media!