Pejabat Daerah dan Tanah Yan

Pejabat Daerah dan Tanah Yan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Government Organization, Yan.

๐Ÿ๐Ÿ• ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | (๐ˆ๐’๐๐ˆ๐)๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐˜๐€๐ ๐Š๐„ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐˜๐€๐Pejabat Daerah dan T...
17/08/2026

๐Ÿ๐Ÿ• ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | (๐ˆ๐’๐๐ˆ๐)

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐˜๐€๐ ๐Š๐„ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐˜๐€๐

Pejabat Daerah dan Tanah Yan telah menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Pendidikan Daerah Yan, Tuan Mohamad Fisol bin Mohd Salleh, pada jam 12.00 tengah hari bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah dan Tanah Yan.

Kunjungan hormat ini turut disertai oleh:

๐Ÿ”นTuan Abdullah bin Abdull Manaf, B.C.K.
Timbalan PPD Sektor Perancangan

๐Ÿ”น Encik Jagathisvaran A/L Selvanathan
Penolong Pegawai PPD Sektor Perancangan

๐Ÿ”น Encik Idrus bin Mat
Penolong Pegawai PPD Sektor Perancangan

Pertemuan ini menjadi platform bagi memperkukuhkan hubungan strategik dan jaringan kerjasama antara Pejabat Daerah dan Tanah Yan dengan Pejabat Pendidikan Daerah Yan, khususnya dalam usaha menyokong pembangunan serta kesejahteraan masyarakat di daerah Yan.

Kunjungan seperti ini turut membuka ruang kepada perkongsian pandangan, pertukaran idea serta perbincangan berkaitan perkara-perkara yang boleh diperkasakan secara bersama demi manfaat rakyat dan kemajuan daerah.

Semoga jalinan kerjasama yang terjalin terus diperkukuhkan dan memberi impak positif kepada pembangunan pendidikan serta komuniti di daerah Yan.

โ€œBersama Memacu Perkhidmatan, Demi Yan Yang Lebih Maju.โ€










๐Ÿ–ฑ Website : https://webpdt.kedah.gov.my
๐Ÿ“ฑ Twitter : https://twitter.com/DaerahYan
๐Ÿ’ป Facebook : https://www.facebook.com/pdtyankedah
๐Ÿ’ป Tiktok : https://www.tiktok.com/

๐Ÿ๐Ÿ• ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | (๐ˆ๐’๐๐ˆ๐)๐’๐„๐’๐ˆ ๐‹๐ˆ๐๐€๐“ ๐”๐‘๐”๐’ ๐๐„๐Œ๐„๐†๐€๐๐† ๐“๐€๐‘๐”๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐ˆ๐‹๐€๐ˆ๐€๐ ๐Š๐„๐๐„๐‘๐‹๐”๐€๐ ๐๐€๐†๐ˆ ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐ƒ๐€๐˜๐€ ๐“๐€๐‡๐€๐ ๐†๐„๐Ž๐๐€๐‘๐Š ๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐€...
17/08/2026

๐Ÿ๐Ÿ• ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | (๐ˆ๐’๐๐ˆ๐)

๐’๐„๐’๐ˆ ๐‹๐ˆ๐๐€๐“ ๐”๐‘๐”๐’ ๐๐„๐Œ๐„๐†๐€๐๐† ๐“๐€๐‘๐”๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐ˆ๐‹๐€๐ˆ๐€๐ ๐Š๐„๐๐„๐‘๐‹๐”๐€๐ ๐๐€๐†๐ˆ ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐ƒ๐€๐˜๐€ ๐“๐€๐‡๐€๐ ๐†๐„๐Ž๐๐€๐‘๐Š ๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐€๐†๐„๐๐ƒ๐€ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐€๐๐†๐€๐ ๐‘๐ˆ๐’๐ˆ๐Š๐Ž ๐๐„๐๐‚๐€๐๐€ (๐ƒ๐‘๐‘) ๐ƒ๐ˆ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐“๐„๐Œ๐๐€๐“๐€๐

DIPENGERUSIKAN OLEH :

๏ฌKUMPULAN RENTAS PARTI PARLIMEN MALAYSIA - PENGURUSAN RISIKO BENCANA (APPGM-DRM)

ANJURAN BERSAMA :

๏ฌPEJABAT DAERAH DAN TANAH YAN
๏ฌPUSAT KESIAPSIAGAAN DAN PENCEGAHAN BENCANA (DPPC)
INSTITUT TEKNOLOGI ANTARABANGSA MALAYSIA - JEPUN (MJIIT)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) KUALA LUMPUR

Sesi libat urus ini dimulakan pada pukul 09.30 pagi dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi mesyuarat, YB Ir. Ts. Zahir Hassan, Pengerusi Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia - Pengurusan Risiko Bencana (APPGM- DRM). Kemudian diikuti dengan ucapan aluan oleh Tuan Pegawai Daerah Yan, Tuan Ahmad Fuad bin Che Ani @ Abd. Ghani, AMK., AMN., BCK.

Seterusnya sesi diteruskan dengan pembentangan dari Dr Khamarrul Azahari Razak dari UTM Kuala Lumpur. Kemudian diikuti dengan Prof. Dr. Mikio Ishiwatari, Meiji University / ACECC TC-21, Tokyo Jepun dan Dr. Masaru Arakida, Asian Disaster Reduction Centre (ADRC), Jepun.

Beberapa agensi turut hadir menjayakan sesi libat urus ini seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Perasncang Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Yan (JPBD), Jabatan Warisan Negara, Rakan NADMA (NGO dan Institusi Pengajian Tinggi) dan Wakil Komuniti dan Juara Tempatan (Local Champions)










๐Ÿ–ฑ Website : https://webpdt.kedah.gov.my
๐Ÿ“ฑ Twitter : https://twitter.com/DaerahYan
๐Ÿ’ป Facebook : https://www.facebook.com/pdtyankedah
๐Ÿ’ป Tiktok : https://www.tiktok.com/ See

๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | (๐Š๐‡๐€๐Œ๐ˆ๐’)๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡-๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐˜๐€๐ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโ€œKibarkan Jalur Gemilang, Tanda Cinta ...
14/08/2026

๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | (๐Š๐‡๐€๐Œ๐ˆ๐’)

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡-๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐˜๐€๐ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

โ€œKibarkan Jalur Gemilang, Tanda Cinta Kepada Negaraโ€

Semangat patriotisme terus disemarakkan menerusi Program Semarak Merdeka di Sekolah-Sekolah Daerah Yan bersama Tuan Pegawai Daerah Yan pada 13 Ogos 2026, bermula jam 9.00 pagi.

Program ini melibatkan beberapa buah sekolah di daerah Yan, bermula di Pejabat Daerah dan Tanah Yan (PDTY) dan seterusnya ke:

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 1. SJKC Yang Koa
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 2. SMK Guar Chempedak 2
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 3. SMA Nadzhoh
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 4. SK Sungai Dedap
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 5. SK Sungai Limau

Program berakhir di PDK Nur Kasih Sungai Limau Dalam.

Antara pengisian program adalah santuni pelajar sekolah serta edaran Jalur Gemilang kepada pihak sekolah sebagai simbol kecintaan, kebanggaan dan semangat cintakan negara.

Ayuh bersama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga dan semarakkan Bulan Kebangsaan dengan semangat Malaysia MADANI. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

Kibarkan Jalur Gemilang,
Tanda Cinta, Tanda Bangga,
Tanda Kita Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ


















๐Ÿ–ฑ Website : https://webpdt.kedah.gov.my
๐Ÿ“ฑ Twitter : https://twitter.com/DaerahYan
๐Ÿ’ป Facebook : https://www.facebook.com/pdtyankedah
๐Ÿ’ป Tiktok : https://www.tiktok.com/

๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | (๐Š๐‡๐€๐Œ๐ˆ๐’)๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‘๐€๐”๐ƒ๐‡๐€๐“๐”๐‹ ๐ˆ๐‹๐Œ๐ˆ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐˜๐€๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Program Raudhatul Ilmi Peringkat Daerah Yan...
13/08/2026

๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | (๐Š๐‡๐€๐Œ๐ˆ๐’)

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‘๐€๐”๐ƒ๐‡๐€๐“๐”๐‹ ๐ˆ๐‹๐Œ๐ˆ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐˜๐€๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Program Raudhatul Ilmi Peringkat Daerah Yan Tahun 2026 dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Yan yang telah diadakan pada 13 Ogos 2026 (Khamis) bertempat di Masjid Terapung Yan.

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran oleh Ketua-Ketua Agensi Daerah Yan serta kakitangan, Imam-Imam Masjid Daerah Yan dan Pengerusi Majlis Ketua Kampung Daerah Yan pada jam 8.45 pagi. Majlis diteruskan dengan kuliah berkaitan Kitab 40 Hadis Mengundang Keampunan Dari Maha Pengampun yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Rasydan Bin A. Rahman,Penolong Pegawai Agama Daerah S*k. Majlis tersebut berlangsung dengan kehadiran seramai 60 orang peserta.

Setinggi - tinggi tahniah dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua jabatan / agensi peringkat Daerah Yan serta semua pihak yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan kelancaran dan kejayaan majlis ini.











๐Ÿ–ฑ Website : https://webpdt.kedah.gov.my
๐Ÿ“ฑ Twitter : https://twitter.com/DaerahYan
๐Ÿ’ป Facebook : https://www.facebook.com/pdtyankedah
๐Ÿ’ป Tiktok : https://www.tiktok.com/

๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐’๐„๐‹๐€๐’๐€๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ (๐Œ๐๐‰) ๐๐ˆ๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐’๐€๐“๐” (๐Ÿ) ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Pejabat Daerah dan ...
11/08/2026

๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐’๐„๐‹๐€๐’๐€

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ (๐Œ๐๐‰) ๐๐ˆ๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐’๐€๐“๐” (๐Ÿ) ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Pejabat Daerah dan Tanah Yan telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bilangan Dua (2) Tahun 2026 pada 11 Ogos 2026 (Selasa), jam 2.30 petang bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan.

Mesyuarat ini merupakan salah satu platform penting bagi membincangkan isu-isu berkaitan kebajikan, kepentingan serta kesejahteraan warga jabatan, di samping memperkukuhkan hubungan dan komunikasi dua hala antara pihak pengurusan dengan warga kerja. Perbincangan turut memberi ruang kepada wakil-wakil pekerja untuk mengemukakan pandangan, cadangan serta perkara-perkara yang memerlukan perhatian dan tindakan pihak pengurusan.

Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh Encik Mohamad Izwan Bin Dato' Paduka Mohd Omar ,Ketua Penolong Pegawai Daerah ( Pembangunan). Dalam ucapan aluan, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa majikan dan wakil pekerja atas komitmen serta kerjasama yang diberikan dalam memastikan pelaksanaan fungsi MBJ berjalan dengan baik dan berkesan.

Mesyuarat turut disertai oleh ahli-ahli Jawatankuasa MBJ serta wakil pekerja daripada pelbagai unit di Pejabat Daerah dan Tanah Yan. Pelbagai perkara telah dibincangkan secara terbuka dan konstruktif bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan serta mempertingkatkan lagi aspek kebajikan dan persekitaran kerja warga jabatan.

Pengerusi turut menekankan kepentingan menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri dalam kalangan semua kakitangan. Beliau mengingatkan agar setiap kakitangan sentiasa mengambil berat terhadap aspek kesihatan diri dan keluarga serta tidak teragak-agak untuk memaklumkan kepada pihak pengurusan sekiranya berhadapan dengan sebarang isu atau perkara berkaitan kesihatan keluarga. Dalam hal ini, pihak jabatan sentiasa mengambil berat dan memberi keutamaan terhadap kebajikan serta kesejahteraan kakitangan.

Melalui pelaksanaan Mesyuarat MBJ secara berterusan dapat memperkukuh kerjasama, komunikasi dan persefahaman antara pihak pengurusan dengan pihak pekerja seterusnya menyumbang kepada peningkatan kecekapan pengurusan dan kualiti penyampaian perkhidmatan di Pejabat Daerah dan Tanah Yan.

Mesyuarat ditanguhkan pada jam 4.00 ptg dan diakhiri dengan ucapan terima kasih.










๐Ÿ–ฑ Website : https://webpdt.kedah.gov.my
๐Ÿ“ฑ Twitter : https://twitter.com/DaerahYan
๐Ÿ’ป Facebook : https://www.facebook.com/pdtyankedah
๐Ÿ’ป Tiktok : https://www.tiktok.com/

๐Ÿต ๐—ข๐—š๐—ข๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—”๐—›๐—”๐——)๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—ช๐—–๐—ข๐—ฅ๐—ฃ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—› ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐—ฌ๐—”๐—กPejabat Daerah dan Tanah ...
09/08/2026

๐Ÿต ๐—ข๐—š๐—ข๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—”๐—›๐—”๐——)

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—ช๐—–๐—ข๐—ฅ๐—ฃ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—› ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐—ฌ๐—”๐—ก

Pejabat Daerah dan Tanah Yan telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah SWCorp Negeri Kedah, Encik Shamsuharizal bin Basir, bertempat di Bilik Tuan Pegawai Daerah Yan, pada jam 1.00 petang.

Kunjungan tersebut turut disertai oleh Pengurus SWCorp Cawangan Pendang dan Yan, Puan Nur Fatiha binti Husain, serta Puan Nor Shieha binti Mustafa dan Encik Mohamad Hasyir bin Harun.

Kunjungan hormat ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan kerjasama serta memperkukuh jalinan strategik antara Pejabat Daerah dan Tanah Yan dan SWCorp Negeri Kedah, khususnya dalam aspek pengurusan kebersihan, pengurusan sisa pepejal serta kelestarian persekitaran di daerah Yan.

Semoga hubungan kerjasama yang terjalin ini dapat terus diperkasakan demi memastikan persekitaran daerah Yan kekal bersih, selesa, indah dan sejahtera.











๐Ÿ–ฑ Website : https://webpdt.kedah.gov.my
๐Ÿ“ฑ Twitter : https://twitter.com/DaerahYan
๐Ÿ’ป Facebook : https://www.facebook.com/pdtyankedah
๐Ÿ’ป Tiktok : https://www.tiktok.com/

๐’๐„๐Š๐€๐‹๐”๐๐† ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐˜๐€๐๐€๐’Tahniah kepada Kopi Waktu atas kejayaan dipilih sebagai penerima anugerah "Best Gastronomy Lo...
09/08/2026

๐’๐„๐Š๐€๐‹๐”๐๐† ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐˜๐€๐๐€๐’

Tahniah kepada Kopi Waktu atas kejayaan dipilih sebagai penerima anugerah "Best Gastronomy Location" pada Majlis Gala Anugerah Industri Pelancongan 2026 (Tourism Industry Award 2026 - TIA26).

Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan serta membuktikan komitmen dan dedikasi Kopi Waktu dalam memperkasakan industri pelancongan serta mempromosikan keunikan Daerah Yan sebagai destinasi pilihan.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai pengusaha pelancongan dan usahawan tempatan untuk terus berinovasi, meningkatkan kualiti perkhidmatan serta mengharumkan nama Daerah Yan dan Negeri Kedah di persada yang lebih tinggi.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan. Semoga terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Ikhlas daripada:
Pegawai Daerah Yan Serta seluruh Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan










๐Ÿ–ฑ Website : https://webpdt.kedah.gov.my
๐Ÿ“ฑ Twitter : https://twitter.com/DaerahYan
๐Ÿ’ป Facebook : https://www.facebook.com/pdtyankedah
๐Ÿ’ป Tiktok : https://www.tiktok.com/

๐Ÿ“ข ๐—๐—ข๐—  ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—™๐—”๐—˜๐——๐—”๐—› ๐—ฒ-๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—›!๐Ÿ’ป๐ŸŒKini urusan tanah lebih mudah, cepat dan boleh dibuat bila-bila masa tanpa perlu beratur d...
05/08/2026

๐Ÿ“ข ๐—๐—ข๐—  ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—™๐—”๐—˜๐——๐—”๐—› ๐—ฒ-๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—›!๐Ÿ’ป๐ŸŒ

Kini urusan tanah lebih mudah, cepat dan boleh dibuat bila-bila masa tanpa perlu beratur di kaunter! ๐Ÿ˜„

Dengan e-Tanah, anda boleh:
โœ… Semak dan bayar cukai tanah secara dalam talian.
โœ… Semak status permohonan serta terima pemberitahuan melalui e-mel.
โœ… Membuat carian daftar strata secara berkomputer.
โœ… Menggunakan kemudahan Single Point of Contact (SPOC) untuk pelbagai urusan di kaunter.
โœ… Mendapat notifikasi berkaitan butiran pemilikan baharu.
โœ… Membuat carian persendirian dan permohonan secara dalam talian.

๐Ÿ’ก Mudah, pantas dan selamat. Segala urusan tanah kini di hujung jari anda!

e-Tanah โ€“ Memudahkan Urusan, Menjimatkan Masa. ๐ŸŒ๐Ÿ“ฑ












๐Ÿ–ฑ Website : https://webpdt.kedah.gov.my
๐Ÿ“ฑ Twitter : https://twitter.com/DaerahYan
๐Ÿ’ป Facebook : https://www.facebook.com/pdtyankedah
๐Ÿ’ป Tiktok : https://www.tiktok.com/

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haj...
04/08/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebijaksanaan dalam memimpin serta kekuatan untuk terus menabur khidmat bakti demi kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan Negeri Kedah Darul Aman.

Ikhlas Daripada:
Pegawai Daerah Yan Serta Seluruh Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan










๐Ÿ–ฑ Website : https://webpdt.kedah.gov.my
๐Ÿ“ฑ Twitter : https://twitter.com/DaerahYan
๐Ÿ’ป Facebook : https://www.facebook.com/pdtyankedah
๐Ÿ’ป Tiktok : https://www.tiktok.com/

๐Ÿ‘๐Ÿ ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐€๐‡๐‹๐€๐–๐€๐Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh wira ne...
01/08/2026

๐Ÿ‘๐Ÿ ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐€๐‡๐‹๐€๐–๐€๐

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh wira negara yang telah berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan kedaulatan, keamanan serta kemakmuran Malaysia.

Jasa dan pengorbanan para pahlawan akan sentiasa terpahat dalam lipatan sejarah dan kekal menjadi inspirasi kepada generasi masa kini serta akan datang.

"Jasa Dikenang, Pengorbanan Disanjung."

Selamat Hari Pahlawan.
Semoga negara Malaysia terus aman, makmur dan sejahtera.










๐Ÿ–ฑ Website : https://webpdt.kedah.gov.my
๐Ÿ“ฑ Twitter : https://twitter.com/DaerahYan
๐Ÿ’ป Facebook : https://www.facebook.com/pdtyankedah
๐Ÿ’ป Tiktok : https://www.tiktok.com/

Address

Yan

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 05:00

Telephone

+6047028833

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah dan Tanah Yan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah dan Tanah Yan:

Shortcuts

Share