30/08/2026
๐ฒ๐พ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐-๐๐ ๐ฒ๐พ
Alor Setar, 30 Ogos - Semangat patriotisme terus membara menerusi Raptai Penuh Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 sebagai persiapan terakhir menjelang sambutan penuh yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Raptai ini menjadi platform untuk memperkemaskan setiap pergerakan, formasi, kawad serta susunan acara agar segala persiapan dapat dilaksanakan dengan penuh disiplin, tertib dan sempurna. Setiap langkah yang diatur bukan sekadar gerakan dalam latihan, tetapi turut membawa simbol semangat cintakan negara serta penghargaan terhadap nikmat kemerdekaan yang telah dikecapi selama ini.
Sesi petang diteruskan dengan Majlis Santapan Mesra kontinjen Majlis Daerah Yan bersama Tuan Pegawai Daerah Yan merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Yan. Turut berlangsung ucapan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Ahmad Fuad bin Che Ani @ Abd Ghani, AMK., AMN., BCK, yang menyampaikan amanat dan kata-kata semangat kepada seluruh anggota kontinjen sempena persiapan menghadapi Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah.
Ucapan kemudiannya disusuli oleh SM Hafizi selaku Jurulatih Kontinjen Majlis Daerah Yan yang turut memberikan panduan, pesanan serta suntikan semangat kepada seluruh anggota kontinjen agar terus berdisiplin, bersemangat dan memberikan komitmen terbaik dalam menghadapi perbarisan yang bakal berlangsung.
Sebagai simbolik persiapan, turut diadakan penyerahan baju kontinjen oleh Pegawai Daerah Yan merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Ahmad Fuad Bin Che Ani @ Abd. Ghani, AMK., AMN., BCK. kepada Pengurus Kontinjen, Penghulu Ahmad Shauki bin Shaari.
Turut hadir Puan Adilah binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Daerah Yan, Encik Mohamad Izwan bin Datoโ Paduka Hj Mohd Omar, KPPD Pembangunan Yan merangkap Setiausaha Majlis Daerah Yan serta Penghulu Ahmad Shauki bin Shaari, Pengurus Kontinjen.
Dengan semangat yang tidak pernah luntur, para peserta terus memberikan komitmen dan kesungguhan dalam setiap sesi latihan. Bahang sambutan Hari Kebangsaan semakin terasa apabila Jalur Gemilang terus berkibar dan semangat Merdeka semakin membara dalam jiwa.
Semoga segala persiapan yang telah dilaksanakan menjadi pembakar semangat untuk memberikan yang terbaik pada hari sambutan nanti. Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan, menghargai keamanan dan keharmonian yang dikecapi serta terus menyemarakkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.
๐ฒ๐พ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ ๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐ฌ๐๐ฃ๐๐ก๐ญ๐๐ซ๐๐๐ง ๐๐ข๐ง๐ข๐ค๐ฆ๐๐ญ๐ข ๐ฒ๐พ
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐๐๐ง ๐๐-๐๐
๐๐๐ฆ๐๐ซ๐๐ค๐ค๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐๐ค๐, ๐๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก๐ค๐๐ง ๐๐ข๐ฐ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ โค๏ธ๐ฒ๐พ