19/08/2026
因此,我们应秉持相称原则(proportionality)。我们不能要求公众做到百分之百完美,却对政府机构出现的类似疏漏视而不见;更不能因为事件发生在不同州属,就采取截然不同的处理方式。
让我们通过培养自豪感,而不是制造恐惧,来维护国旗和州旗应有的尊严。
Jalur Gemilang dan bendera-bendera negeri merupakan simbol penting identiti nasional dan wilayah kita. Bendera-bendera ini harus dikibarkan dengan betul, dan sesiapa sahaja yang mengibarkannya hendaklah berusaha sedaya upaya bagi memastikan tiada kesilapan yang boleh berlaku.
Rasa hormat terhadap simbol nasional dan negeri kita adalah amat penting, dan saya menyokong penuh tindakan tegas pihak berkuasa terhadap sebarang bentuk penghinaan atau provokasi yang disengajakan.
Namun, laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan? Kesilapan tidak dapat dielakkan daripada berlaku.
Apabila kesilapan sedemikian berlaku, tindakan utama kita yang sewajarnya adalah dengan memperbetulkan kesilapan tersebut, mendidik orang ramai, serta meningkatkan kesedaran. Kita harus elak daripada menakutkan orang ramai sehingga rakyat menjadi ragu-ragu untuk mengibarkan Jalur Gemilang kerana bimbang akan melakukan kesilapan yang tidak disengajakan.
Tahun lepas, sebuah klinik pergigian swasta di Pontian telah diperintahkan tutup selama 30 hari selepas Jalur Gemilang dikibarkan secara terbalik secara tidak sengaja. Sebuah pasar mini di Pekan Nanas turut menerima perintah penutupan 30 hari atas kesalahan mengibarkan bendera Johor secara terbalik. Di Kepala Batas p**a, seorang pemilik kedai barangan logam telah ditahan atas kesilapan yang sama, yang membawa kepada demonstrasi dan gangguan perniagaan sehingga menjejaskan keseluruhan kawasan premis tersebut. Dalam kesemua kes ini, siasatan polis mendapati bahawa kesilapan tersebut berpunca daripada kecuaian, dan bukanlah sebarang niat untuk menghina simbol nasional atau negeri kita.
Perlu juga diingat bahawa kesilapan sedemikian tidak hanya terbatas kepada rakyat biasa atau perniagaan kecil semata-mata; agensi kerajaan dan institusi awam turut melakukan kesilapan yang sama. Pada bulan ini sahaja, pemasangan atau paparan Jalur Gemilang yang tidak tepat telah dikesan di Terengganu, serta di Perhimpunan Penjawat Awam dan Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sembilan 2026. Tahun lepas, reka bentuk bendera yang tidak tepat turut muncul dalam laporan analisis keputusan peperiksaan SPM rasmi.
Prinsip kesaksamaan ini mesti dilaksanakan secara konsisten. Kita tidak boleh menuntut kesempurnaan daripada orang awam sedangkan kesilapan sedemikian diabaikan apabila berlaku dalam institusi kerajaan, dan kes-kes ini juga tidak sepatutnya dikendalikan secara berbeza mengikut negeri.
Marilah kita memelihara martabat Jalur Gemilang kita dengan memupuk rasa bangga, bukannya ketakutan.
*
国旗以及州旗,都是我们国家和州属的重要象征。我们必须确保旗帜被正确展示,而每一位悬挂旗帜的人,也都应该尽最大的努力,以避免出现错误。
维护和尊重国家及州属的象征很重要。对于任何蓄意侮辱或挑衅国家及州旗的行为,我完全支持有关当局采取严厉的行动。
不过,人非圣贤,孰能无过?诚如墨菲定律所言,「凡事只要有可能出错,不管几率多小,它总会发生。」
当错误发生时,我们应该要做的是纠正错误、教育公众,以及提高社会意识。我们必须避免营造一种令人恐惧的氛围,让人民因为害怕一时的无心之过,而不敢悬挂国旗。
去年,笨珍一家私人牙科诊所因为不慎将倒挂的国旗展示出来,而被勒令停业30天。北干那那一间店也因为把柔佛州旗倒挂,同样接获30天停业令。在甲抛峇底,一家五金店业者也因为同样的错误而被逮捕,事件更进一步引发示威和商业活动受的干扰,影响了整条街的其他商家。而在这些个案件中,警方调查最终都认定,有关错误源于疏忽,而不是蓄意侮辱国家或州属象征。
我们也必须记得,这种错误并不只是发生在普通市民或小型商家身上;政府部门和公共机构同样也会犯错。就在这个月,登嘉楼出现了无星月国旗;森美兰州公务员集会暨2026年挥动国旗运动推介礼上,也出现了国旗中的14角星缺了一角的错误情况。去年,甚至连教育部的《大马教育文凭考试成绩分析报告》,都曾出现设计不正确的国旗。
因此,我们应秉持相称原则(proportionality)。我们不能要求公众做到百分之百完美,却对政府机构出现的类似疏漏视而不见;更不能因为事件发生在不同州属,就采取截然不同的处理方式。
让我们通过培养自豪感,而不是制造恐惧,来维护国旗和州旗应有的尊严。
*
The Jalur Gemilang and our state flags are vital symbols of our national and regional identity. They must be displayed correctly, and anyone flying them should make every effort to ensure errors do not occur.
Respect for our national and state symbols is paramount, and I fully support our authorities to act firmly against deliberate contempt or provocation.
However, as Murphy’s Law reminds us, mistakes inevitably happen.
When they do, our primary response should be to correct the error, educate the public, and raise awareness. We must avoid creating an atmosphere of fear where people become too hesitant to fly the Jalur Gemilang out of dread over making an honest mistake.
Last year, a private dental clinic in Pontian was ordered to close for 30 days after the Jalur Gemilang was accidentally displayed upside down. A mini-market in Pekan Nanas received a similar 30-day closure order over an inverted Johor flag. In Kepala Batas, a hardware store owner was arrested for the same mistake, leading to protests and business disruptions that impacted the entire street. In all these cases, police investigations concluded that the errors stemmed from negligence rather than any deliberate intent to insult our national or state symbols.
It is also worth remembering that such mistakes are not confined to ordinary citizens or small businesses; government agencies and public institutions make them too. Just this month, incorrect representations of the Jalur Gemilang surfaced in Terengganu, as well as at the Perhimpunan Penjawat Awam dan Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sembilan 2026. Last year, an inaccurate design of the flag even appeared in the official SPM examination results analysis report.
Therefore the principle of proportionality must be applied consistently. We cannot demand perfection from the public while ignoring similar lapses within government institutions, nor should cases be handled drastically differently depending on the state.
Let us uphold the dignity of our flags by fostering pride, not fear.