Consulate General of Malaysia, Jeddah

Consulate General of Malaysia, Jeddah The Consulate General of Malaysia, Jeddah was established on 5th September 1985

Yang Mulia Tengku Datuk Haji Mohd Dzaraif, Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, telah menerima kunjungan hormat daripada E...
07/09/2026

Yang Mulia Tengku Datuk Haji Mohd Dzaraif, Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Mohd Najib bin Abas daripada Najib & Associates di Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah.

Pertemuan tersebut memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar-tukar pandangan serta membincangkan pelbagai perkara berkaitan undang-undang, peraturan dan hak warganegara Malaysia di Arab Saudi, dalam usaha melindungi kepentingan serta kebajikan rakyat Malaysia di luar negara.

Yang Mulia Tengku Datuk Mohd Dzaraif, Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, telah menerima kunjungan hormat daripada delega...
07/09/2026

Yang Mulia Tengku Datuk Mohd Dzaraif, Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Falak Syar’i Malaysia pada 7 September 2026.

Kunjungan tersebut turut merangkumi perbincangan mengenai cadangan pelaksanaan program pemerhatian Gerhana Matahari Penuh 2027 di Jeddah, Arab Saudi.

Kedua-dua pihak turut bertukar-tukar pandangan mengenai fenomena gerhana dan ilmu falak, aktiviti serta program yang dilaksanakan oleh Persatuan Falak Syar’i Malaysia, di samping peluang kerjasama dalam bidang berkaitan.

Kunjungan ini menjadi platform penting untuk meneroka potensi kerjasama antara Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Persatuan Falak Syar’i Malaysia dan pihak-pihak berkaitan, khususnya dalam melaksanakan program yang dapat memberikan manfaat kepada komuniti Malaysia di Jeddah.

Prof. Dato’ Dr. Nik Salida binti Nik Saleh telah mengetuai delegasi Malaysia ke Simposium bertajuk “Peranan Kepimpinan A...
07/09/2026

Prof. Dato’ Dr. Nik Salida binti Nik Saleh telah mengetuai delegasi Malaysia ke Simposium bertajuk “Peranan Kepimpinan Agama dalam Membanteras Keganasan terhadap Wanita”, anjuran Akademi Fiqh Islam Antarabangsa (IIFA), pada 7 September 2026 di Hotel Hilton Jeddah, Arab Saudi. Delegasi Malaysia turut disertai oleh Yang Mulia Tengku Datuk Mohd Dzaraif, Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, serta pegawai-pegawai daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Simposium tersebut menghimpunkan tokoh agama, ahli akademik dan pakar untuk membincangkan peranan kepimpinan agama dalam usaha menangani dan mencegah keganasan terhadap wanita berlandaskan prinsip serta panduan syariah.

Perbincangan tertumpu kepada konsep keganasan terhadap wanita, termasuk punca dan pelbagai bentuknya, di samping rujukan syariah yang berkaitan serta usaha memperbetulkan salah faham mengenai kedudukan dan hak wanita dalam Islam.

Para peserta turut bertukar-tukar pandangan mengenai pendekatan pencegahan dan penyelesaian secara menyeluruh melalui peranan kepimpinan agama, institusi kemasyarakatan, media serta kerjasama pada peringkat antarabangsa.

Penganjuran simposium ini mencerminkan komitmen berterusan IIFA untuk mengetengahkan penyelesaian berteraskan prinsip Islam dalam menangani cabaran semasa, di samping memperkukuh usaha bersama ke arah melindungi maruah, hak dan kesejahteraan wanita.

https://www.okaz.com.sa/local/na/2263625
31/08/2026

https://www.okaz.com.sa/local/na/2263625

يمثل اليوم الوطني لماليزيا مناسبةً نحتفي فيها بإنجازات وطننا، ونتطلع من خلالها إلى...

https://www.okaz.com.sa/local/na/2263631
31/08/2026

https://www.okaz.com.sa/local/na/2263631

تتمتع ماليزيا والمملكة العربية السعودية بعلاقات ثنائية قوية ومتعددة الأوجه، تشمل...

https://saudigazette.com.sa/article/664182
31/08/2026

https://saudigazette.com.sa/article/664182

Malaysia and Saudi Arabia are strengthening their economic partnership across construction, infrastructure, facilities management, energy and the halal economy,...

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026! 🇲🇾Seluruh warga Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengucapkan Selamat Hari Keb...
30/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026! 🇲🇾

Seluruh warga Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia, di mana jua berada.

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam membina Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera.

Pada 30 Ogos 2026, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah telah mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69, menghim...
30/08/2026

Pada 30 Ogos 2026, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah telah mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69, menghimpunkan para pegawai, kakitangan serta warga Konsulat dalam suasana penuh semangat patriotisme, perpaduan dan kebersamaan. 🇲🇾

Sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan upacara menaikkan Jalur Gemilang, diikuti dengan bacaan ikrar Rukun Negara sebagai lambang penghayatan terhadap nilai-nilai bersama serta kecintaan kepada tanah air.

Dalam ucapannya, YM Tengku Datuk Mohd Dzaraif bin Raja Abdul Kadir, Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, mengimbau kembali erti kemerdekaan dan mengingatkan bahawa kemerdekaan bukan sekadar memperingati peristiwa bersejarah 31 Ogos 1957, tetapi turut membawa tanggungjawab bersama untuk terus memelihara keamanan, keharmonian dan perpaduan yang menjadi asas kepada kekuatan negara.

Menyentuh tema Hari Kebangsaan tahun ini, “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, YM Tengku Datuk menekankan bahawa pembangunan dan kemajuan negara akhirnya harus dapat dirasai dan dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia. Kesejahteraan bukan sahaja diukur melalui kemajuan ekonomi atau pembangunan fizikal, tetapi juga melalui kehidupan yang aman, masyarakat yang saling menghormati, peluang yang saksama serta rasa kebersamaan sebagai satu bangsa.

Bagi rakyat Malaysia yang berkhidmat jauh di perantauan, sambutan ini turut menjadi peringatan bermakna tentang perkara-perkara yang mengikat kita dengan tanah air. Walau di mana kita berada, setiap daripada kita membawa bersama nama dan imej Malaysia serta, dalam cara tersendiri, menjadi wajah negara di luar tanah air.

Sambutan diteruskan dalam suasana mesra dan meriah, dengan seluruh warga Konsulat bersama-sama meraikan hari yang penuh bermakna ini, sekali gus memperkukuh semangat kekitaan dan keakraban dalam kalangan warga Konsulat.

Walaupun berada ribuan kilometer dari tanah air, semangat Merdeka tetap dekat di hati. Semoga Malaysia terus aman, makmur dan sejahtera, dan semoga kesejahteraan yang kita usahakan benar-benar dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia. 🇲🇾

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-69! 🇲🇾

NOTICE OF CONSULATE CLOSUREThe Consulate General of Malaysia in Jeddah will be closed on Monday, 31 August 2026, in occa...
30/08/2026

NOTICE OF CONSULATE CLOSURE

The Consulate General of Malaysia in Jeddah will be closed on Monday, 31 August 2026, in occasion of official public holiday.

The Consulate will resume its normal operations on Tuesday, 1 September 2026.

Malaysian citizens requiring urgent consular assistance during the closure period may contact the Consulate’s emergency hotline.

Thank you.



Address

PO Box 593, Lot 241, Al Mualiffin Street
Jeddah
21421

Opening Hours

Monday 8am - 3pm
Tuesday 8am - 3pm
Wednesday 8am - 3pm
Thursday 8am - 3pm
Sunday 8am - 3pm

Telephone

+966126727740

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Consulate General of Malaysia, Jeddah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Consulate General of Malaysia, Jeddah:

Shortcuts

Share