MLLPC Secretariat

MLLPC Secretariat Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) MLLPC menyediakan dana kepada pertubuhan untuk menganjurkan program-program tersebut.

Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) telah ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan, Singapura pada bulan Februari 2006 untuk mendapatkan sokongan masyarakat dalam memupuk minat pelajar dalam bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu. Jawatankuasa tersebut bergabung tenaga dengan pertubuhan masyarakat Melayu, pihak media, institusi pengajian tinggi dan sekolah-sek

olah untuk menganjurkan kegiatan bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu. Pertubuhan Melayu yang berdaftar di Singapura boleh memohon untuk mendapatkan dana berdasarkan panduan program yang disediakan.

26/08/2026

: β€œMenang hati dahulu, baru buka minda.” Pegangan murni Cik Julaiha Haron yang membawa kepada pengiktirafan Anugerah Guru Arif Budiman (AGAB​) 2026. πŸ†

"Mereka benar-benar memerhatikan saya," jelasnya.

Hadiah sepasang kasut Skechers daripada bekas pelajar menjadi bukti indah hubungan erat yang dibina guru ini. Bukan sekadar kasut selesa, tetapi lambang kasih dan perhatian.

Langkah Cik Julaiha ke kelas sentiasa berteman kenangan manis bersama pelajar.

Tahniah Cikgu!

Laporan Khairul Akmal Ali: https://tinyurl.com/2rut7fwy

26/08/2026

πŸ†βœ¨ AGAB 2026 β€” Meraikan Guru, Menyemarakkan Bahasa Melayu

Anugerah Guru Arif Budiman 2026 menjadi ruang untuk kita menghargai dedikasi para guru yang terus mendidik, membimbing dan menyemarakkan bahasa Melayu. 🌟

Majlis ini turut dihadiri Tetamu Kehormat, Encik Chee Hong Tat, Menteri Pembangunan Negara, bersama para juri, guru, finalis dan tetamu yang hadir untuk meraikan kecemerlangan guru dalam pendidikan Bahasa Melayu.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para penerima Anugerah Guru Arif Budiman 2026! πŸŽ‰

Penerima Kategori Guru Perangsang
🌟 Cikgu Diana Binte Mohamed Mazlan β€” Sekolah Rendah First Toa Payoh
🌟 Cikgu Nur Azirah Binte Mohd Nor β€” Sekolah Rendah Cantonment
🌟 Cikgu Syafiqah Binte Md Anuar β€” Sekolah Menengah Meridian

Penerima Kategori Guru Teladan
πŸ† Cikgu Julaiha Binte Haron β€” Sekolah Menengah Punggol
πŸ† Cikgu Nur Maizurah Binte Rosle β€” Sekolah Tinggi Nan Chiau

Para penerima turut menerima arca istimewa hasil kreativiti para pelajar Sekolah Rendah Westwood dan Sekolah Menengah Westwood, sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka. 🎨✨

Suasana majlis turut diserikan dengan persembahan tarian yang penuh bertenaga, sebelum acara diakhiri dengan persembahan Katapella yang menghidupkan lagi semangat dan kecintaan terhadap bahasa Melayu. 🎢

Terima kasih kepada semua, termasuk rakan kerjasama yang telah turut menjayakan AGAB 2026.

Teruslah menjadi inspirasi, teruslah menyemarakkan bahasa Melayu. ❀️

24/08/2026

Menteri Pembangunan Negara menegaskan guru bahasa ibunda tidak boleh diganti teknologi kerana mereka memupuk nilai murni dan identiti budaya.

πŸ“šβœ¨ Karya Kreatif – Edisi JulaiInilah karya sajak dan cerpen pilihan bulan Julai daripada ruangan khas, kerjasama Berita ...
19/08/2026

πŸ“šβœ¨ Karya Kreatif – Edisi Julai

Inilah karya sajak dan cerpen pilihan bulan Julai daripada ruangan khas, kerjasama Berita Harian/Berita Minggu dan MLLPC.

Ingin membaca karya penuh? Lungsuri lelaman web MLLPC sekarang melalui pautan di bio!

Berminat untuk melihat karya anda diterbitkan dalam Berita Minggu?

Ayuh hantarkan karya anda! πŸ–ŠοΈ



Berita Harian Singapura

17/08/2026

Lembut, manis dan mengenyangkan – bubur manis tradisional Melayu dihasilkan daripada pelbagai bahan tempatan seperti pulut, ubi, kekacang, beras dan tepung. Setiap satunya menawarkan rasa, tekstur dan keistimewaan yang tersendiri. πŸ₯£

Dalam siri kali ini, mari kenali beberapa bubur manis tradisional Melayu yang terus menjadi kegemaran hingga kini. Yang mana satukah yang menjadi pilihan anda? 😊

πŸ“Œ Nantikan episod terakhir yang akan menampilkan pelbagai kuih talam tradisional Melayu.

Jangan lepaskan peluang untuk mengenali keunikan kuih berlapis yang menjadi sebahagian daripada warisan kulinari Melayu! ✨



Sumber rujukan: KUIH: From Apam to Wajik oleh Hidayah Amin.

*Tekan butang PAUSE untuk membaca!

πŸ“š Permohonan Geran Penerbitan Buku MLLPC kini dibuka!Anda mempunyai manuskrip yang ingin diterbitkan? Inilah peluang and...
14/08/2026

πŸ“š Permohonan Geran Penerbitan Buku MLLPC kini dibuka!

Anda mempunyai manuskrip yang ingin diterbitkan? Inilah peluang anda untuk merealisasikan penerbitan karya dengan sokongan MLLPC.

πŸ“² Imbas kod QR pada hantaran ini atau klik pautan di bio kami untuk mendapatkan maklumat lanjut serta mengakses borang permohonan.

πŸ—“οΈ Tarikh tutup permohonan: 16 November 2026

Kami mengalu-alukan permohonan daripada individu dan organisasi yang ingin menyumbang kepada perkembangan penerbitan bahasa Melayu di Singapura.

Sempena Hari Kebangsaan, kami di MLLPC ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi harapan kami buat Singapura. πŸ‡ΈπŸ‡¬β€οΈSemog...
09/08/2026

Sempena Hari Kebangsaan, kami di MLLPC ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi harapan kami buat Singapura. πŸ‡ΈπŸ‡¬β€οΈ

Semoga Singapura terus maju, harmoni dan menjadi tempat yang lebih baik
untuk kita semua.

Kini, giliran anda p**a.
πŸ’­ Apakah harapan anda buat Singapura?

Kongsikan harapan anda di ruangan komen. Selamat Hari Kebangsaan! πŸ‡ΈπŸ‡¬βœ¨

πŸ“š Jangan Ikut Hantu πŸ“šAda permainan yang mungkin hanya tinggal dalam ingatan.β€œJangan Ikut Hantu” menghimpunkan cerpen dar...
07/08/2026

πŸ“š Jangan Ikut Hantu πŸ“š
Ada permainan yang mungkin hanya tinggal dalam ingatan.

β€œJangan Ikut Hantu” menghimpunkan cerpen daripada 12 penulis Melayu tempatan merentasi pelbagai generasi yang merakam budaya bermain zaman silam.

Sebuah antologi yang membangkitkan nostalgia, di samping memperkenalkan permainan tradisional kepada generasi hari ini.

Ketahui lebih lanjut tentang buku ini melalui sinopsis serta kenali barisan penulis di sebalik antologi ini. ✨

Maklumat Majlis Pelancaran Buku:
πŸ—“ Jumaat, 14 Ogos 2026
πŸ•— 8.00 mlm – 9.30 mlm
🍽 Jamuan akan bermula pada pukul 6.30 ptg.

πŸ“ The Pod, Aras 16
Bangunan Perpustakaan Negara (NLB)
100 Victoria St
Singapura 188064

πŸ“– Berminat untuk hadir? Imbas kod QR pada poster atau layari pautan di bio kami untuk mendaftar.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda untuk memeriahkan acara ini bersama-sama.

πŸ“š JLN404 πŸ“š Jika sejarah Singapura mula lenyap satu persatu, apakah yang akan terjadi?Dalam β€œJLN404", Sofia dan Iskandar ...
06/08/2026

πŸ“š JLN404 πŸ“š

Jika sejarah Singapura mula lenyap satu persatu, apakah yang akan terjadi?

Dalam β€œJLN404", Sofia dan Iskandar berlumba dengan masa untuk mempertahankan memori negara daripada Ejen Pemadam Sejarah.

Berbekalkan sebuah kompas lama dan kod digital, mereka berusaha untuk membongkar warisan yang hilang sebelum identiti kota terpadam selamanya.

Ketahui lebih lanjut tentang buku ini melalui sinopsis serta kenali penulisnya, Farihan Bahron. ✨

Maklumat Majlis Pelancaran Buku:
πŸ—“ Jumaat, 14 Ogos 2026
πŸ•— 8.00 mlm – 9.30 mlm
🍽 Jamuan akan bermula pada pukul 6.30 ptg.
πŸ“ The Pod, Aras 16
Bangunan Perpustakaan Negara
100 Victoria St
Singapura 188064

πŸ“– Berminat untuk hadir? Imbas kod QR pada poster atau layari pautan di bio kami untuk mendaftar.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda untuk untuk memeriahkan acara ini bersama-sama.

πŸ“š Tanah Air πŸ“šPernahkah anda membayangkan sejarah Singapura diceritakan melalui fantasi, rentas masa dan realisme magis?β€œ...
05/08/2026

πŸ“š Tanah Air πŸ“š
Pernahkah anda membayangkan sejarah Singapura diceritakan melalui fantasi, rentas masa dan realisme magis?

β€œTanah Air” menghimpunkan 20 buah cerpen spekulatif yang membayangkan semula warisan, mercu tanda bersejarah dan ikon budaya Singapura melalui sudut pandangan yang segar dan penuh imaginasi.

Ketahui lebih lanjut tentang buku ini melalui sinopsis serta kenali penulisnya, Dr. Noridah Kamari. ✨

Maklumat Majlis Pelancaran Buku:
πŸ—“ Jumaat, 14 Ogos 2026
πŸ•— 8.00 mlm – 9.30 mlm
🍽 Jamuan akan bermula pada pukul 6.30 ptg.

πŸ“ The Pod, Aras 16
Bangunan Perpustakaan Negara
100 Victoria St
Singapura 188064

πŸ“– Berminat untuk hadir? Imbas kod QR pada poster atau layari pautan di bio kami untuk mendaftar.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda untuk bersama-sama memeriahkan acara ini.

Address

1 Buona Vista Drive
Singapore
138675

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MLLPC Secretariat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MLLPC Secretariat:

Shortcuts

Share