22/06/2026
#พบปะครั้งแรกกับอาจารย์ที่ปรึกษา #ขอแสดงความยินดีและ #ขอต้อนรับนักศึกษาใหม่ #เอกมาเลย์รหัส69 #รุ่น35 #ทุกท่านเข้าสู่อ้อมกอดของครอบครัวใหญ่แห่งสาขาภาษามลายูและมลายูศึกษามอ_ปัตตานีของเรา
-
17 Jun 2026 Majlis perjumpaan dan ramah mesra bersama pelajar-pelajar baharu dari Jurusan Bahasa Melayu dan Pengajian Melayu telah diadakan pada petang Rabu 17 Jun 2026 bertempat di Bilik Makmal, Bangunan FKSS, PSU Pattani.
-
Majlis tersebut telah dihadiri oleh YBrs. Asst. Prof. Dr. Aminah Jehwae dan YBrs. Pn. Wanmasna Wanyusoh selaku pensyarah penasihat dan pensyarah bimbingan bagi pelajar Tahun 1/69. Dalam majlis tersebut, kedua-dua pensyarah telah menyampaikan ucapan selamat datang kepada semua pelajar baharu serta memberikan kata-kata nasihat dan panduan bagi memulakan kehidupan sebagai mahasiswa di Universiti Prince of Songkla, Kampus Pattani.
-
Dalam ucapan tersebut, para pelajar dinasihatkan agar memberikan sepenuh perhatian terhadap pengajian, berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan serta menggunakan peluang yang tersedia sepanjang berada di PSU Pattani untuk menimba pengalaman baharu. Selain itu, pelajar juga digalakkan supaya sentiasa berinteraksi dan membina hubungan yang baik dengan rakan-rakan daripada pelbagai latar belakang agama, budaya dan bahasa bagi memperluaskan perspektif serta memperkukuhkan kemahiran komunikasi dalam masyarakat yang berbilang budaya
-
“Semoga sepanjang perjalanan menuntut ilmu di universiti ini, saudara dan saudari dapat mengembangkan potensi diri, membina pengalaman serta berkembang bersama nilai persahabatan, ilmu pengetahuan dan kecemerlangan akademik.
Kami sentiasa bersedia untuk bersama-sama membimbing, menyokong dan melangkah menuju kejayaan sebagai anggota penting dalam keluarga besar Bahasa Melayu dan Pengajian Melayu”
- - -
17 มิถุนา 68 การพบกันครั้งแรกระหว่างอาจารย์ที่ปรึกษาชั้นปี 1 กับนักศึกษารหัส 69 รุ่นที่ 35 ของหลักสูตรศิลปศาสตรบัณฑิตสาขาภาษามลายูและมลายูศึกษา ม.อ.ปัตตานี บรรยากาศเต็มไปด้วยความรัก ความอบอุ่น กันเองๆ แบบพี่น้อง คนในครอบครัวเดียวกัน คนเป็นพ่อเป็นแม่ก็อุ่นใจได้เลย อย่าได้กังวล เมื่อท่านฝากมาแล้ว เราจะดูแลเสมือนลูกหลานหรือพี่น้องของเราอย่างจริงจัง
-
ในนามหลักสูตรฯขอกล่าว ”ต้อนรับนักศึกษาใหม่ทุกท่านเข้าสู่อ้อมกอดของครอบครัวใหญ่แห่งสาขาวิชาภาษามลายูและมลายูศึกษา ด้วยความยินดีและอบอุ่นใจ ขอให้ทุกท่านใช้ช่วงเวลาแห่งการเรียนรู้ในรั้วมหาวิทยาลัยนี้ เพื่อพัฒนาศักยภาพ สร้าประสบการณ์ และเติบโตไปพร้อมกับมิตรภาพ ความรู้ และคุณค่าทางวิชาการพวกเราพร้อมร่วมเดินทางเคียงข้าง สนับสนุน และสร้างความสำเร็จไปด้วยกันในฐานะสมาชิกคนสำคัญของครอบครัวภาษามลายูและมลายูศึกษา คณะมนุษยศาสตร์ฯ ม.อ.ปัตตานี
[credit photo by : ฝ่ายประชาสัมพันธ์คณะมนุษย์ฯ #คุณโป๊ะมือโปร]
#เอกมาเลย์69