31/08/2026
Perdana menteri melawat Bandar lama Songkhla, menghayati sejarah dan budaya serta mengangkat identiti tempatan ke arah “Bandar Warisan Dunia”
Pada 31 Ogos 2026, Perdana menteri Thailand merangkap menteri hal ahwal negara, encik Anutin Charnvirakul, bersama barisan Kabinet menteri turun ke kawasan Bandar lama, Songkhla untuk meninjau tapak bersejarah, seni budaya dan cara hidup masyarakat setempat.
Lawatan ini bertujuan memperkukuh potensi bandar lama Songkhla ke arah pengiktirafan sebagai “Bandar warisan dunia”, di samping mengembangkan ekonomi kreatif dengan memanfaatkan warisan budaya, identiti serta kisah tempatan sebagai asas untuk meningkatkan nilai sektor pelancongan dan ekonomi.
Dalam lawatan tersebut, perdana menteri mengunjungi Creative Economy Agency (CEA) untuk mendengar penerangan mengenai pembangunan bandar dan usaha mengembangkan warisan budaya kepada ekonomi kreatif. Beliau turut menyertai persembahan muzik jazz dan menarik perhatian apabila turut meniup saksofon bersama kump**an muzik.
Seterusnya, perdana menteri berjalan kaki di jalan Nakhon Nok, menyantuni penduduk sebelum mengunjungi “Rong Si Daeng Hap Ho Hin”, sebuah bangunan kilang berusia lebih 100 tahun yang menjadi simbol sejarah perdagangan dan penempatan masyarakat Cina di Bandar Lama Songkhla. Nama “Hap Ho Hin” dalam bahasa Hokkien membawa maksud “bersatu dan hidup harmoni”.
Beliau turut menyaksikan persembahan boneka Nora, serta mendengar penerangan mengenai usaha memelihara nilai sejarah dan identiti masyarakat sambil membangunkan pelancongan dan ekonomi kreatif secara mampan.
Lawatan diteruskan ke “Ban Nakhon Nai”, pusat pembelajaran sejarah yang menghimpunkan barangan antik, peralatan tradisional dan kisah penting Bandar Songkhla. Perdana Menteri turut melakukan penghormatan di beberapa tempat ibadat dan menghayati kepelbagaian budaya, cara hidup serta kepercayaan masyarakat yang telah diwarisi secara turun-temurun.
Sebelum meneruskan perjalanan, perdana menteri turut beramah mesra dengan para pelajar Sekolah Songkhla wittaya mulniti yang hadir menyambut beliau.
Secara keseluruhannya, lawatan ini mencerminkan usaha kerajaan untuk memelihara warisan sejarah dan budaya Bandar Lama Songkhla, memperkukuh identiti masyarakat serta mengembangkan potensi pelancongan dan ekonomi kreatif ke arah pembangunan yang mampan dan pengiktirafan sebagai bandar warisan Dunia.