PAS Ketereh Rasmi

PAS Ketereh Rasmi PAS Ketereh Rasmi adalah laman Facebook rasmi kepada Pejabat PAS Kawasan Ketereh.

*CERAMAH UMUM    PERINGKAT KAWASAN KETEREH SEMPENA PRU DEWAN NEGERI KELANTAN KE-15*04 OGOS 2023 (JUMAAT)9.00 MALAMDI YKK...
08/04/2023

*CERAMAH UMUM PERINGKAT KAWASAN KETEREH SEMPENA PRU DEWAN NEGERI KELANTAN KE-15*

04 OGOS 2023 (JUMAAT)
9.00 MALAM
DI YKK, PADANG KALA, MELOR.

Bersama:-
- YB Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.
- YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
- YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr. Haji Annuar Haji Musa.
- Calon- Calon N23 Melor, N24 Kadok dan N25 Kok Lanas.

Semua dijemput hadir. Sebarkan!

AYUH SEMUA KITA PAKAT SHARE, TULARKAN HASHTAG ke semua saluran Media Sosial

05/11/2023

KELANTAN NEGERI BERKEBAJIKAN

Kerajaan Negeri mengutamakan agenda kebajikan kepada rakyat apabila sebanyak 6.3 Juta diperuntukkan untuk Skim Beras Al-It'am kepada 300 penerima di setiap 45 Dun seluruh Negeri Kelantan.

https://fb.watch/krm6gVrxn7/?mibextid=RUbZ1f

*Share Like & Comment*

*Sudah boleh Daftar mengundi ONLINE.*Sebarkan kepada kerabat yg masih belum daftar.Minta tolong semua anak2 yang belum d...
02/27/2020

*Sudah boleh Daftar mengundi ONLINE.*

Sebarkan kepada kerabat yg masih belum daftar.

Minta tolong semua anak2 yang belum daftar mengundi, isi borang daftar mengundi online ni.

Anak2 pribumi jangan leka, masa depan negara dan untuk kukuhkan kedudukan terletak letak di tangan kita.

Pendaftaran automatik dijangka ambil masa 2 tahun baru dikuatkuasa.

Daftar mengundi / nak tukar alamat mengundi kini boleh dibuat online sekarang!

Login sistem MySPR Daftar untuk maklumat lanjut.

Layari : https://mysprdaftar.spr.gov.my/

*UMUR 18TAHUN SUDAH BOLEH DAFTAR*

Minda Presiden PASADA YANG BERGEMBIRA BERSAMA ZIONIS Peristiwa pembunuhan Jeneral Qasim Sulaimani dan rakan-rakannya dis...
01/16/2020

Minda Presiden PAS

ADA YANG BERGEMBIRA BERSAMA ZIONIS

Peristiwa pembunuhan Jeneral Qasim Sulaimani dan rakan-rakannya disambut gembira oleh Zionis Israel dan sekutunya di seluruh dunia, kerana dikatakan pengganas paling dikehendaki oleh mereka tanpa mengira Sunni atau Syiah.

Bagi mereka tiada perbezaan dengan kejayaan membunuh Syeikh Ahmad Yasin daripada Sunni dan Qasim Sulaimani daripada Syiah, termasuk pembunuhan Jamal Khashoggi yang dileburkan jasadnya akibat membuat kenyataan anti Zionis, walaupun dia hanya seorang wartawan Sunni berasal dari Madinah, Arab Saudi.

Semua kump**an Palestin yang 100% Sunni bersedih, sehingga para pemimpin mereka menghantar rombongan mengiringi jenazah dan membuat kenyataan terbuka bahawa Jeneral Qasim dan rakan-rakannya adalah para syuhada’ Al-Quds (Bait Al-Maqdis), kerana peranan utamanya menjadi pemimpin pasukan yang ditubuhkan khusus bagi pembebasan Bait Al-Maqdis.

Namun, ada p**a kump**an yang menamakan diri mereka pejuang Ahli Sunnah sangat bergembira bersama-sama kump**an Zionis kerana kejayaan operasi membunuh Jeneral Qasim Sulaimani. Sebabnya beliau ialah penganut Syiah dan berjaya mematahkan kump**an Daesh dan rangkaiannya yang dikatakan berjihad di Iraq, Syria, Yaman dan lain-lain.

Semua kump**an Palestin memberi alasan secara terbuka mendedahkan penglibatan Jeneral Qasim dalam operasi menyampaikan bantuan kepada Palestin dengan segala bentuk sama ada bantuan moral, harta dan ketenteraan, ketika Palestin dan Gaza khususnya dikepung dan kebanyakan negara Arab mengecewakan dan menyokong projek mengiktiraf negara haram Israel dengan tawaran peruntukan duit paling lumayan pada abad ini.

Cadangan tersebut supaya Arab meninggalkan bumi Palestin dan menubuhkan negara baru di kawasan bukan bumi Palestin yang disediakan. Namun semua kump**an Palestin menolak, walaupun dipaksa dengan pelbagai cara dan tawaran.

Turki dan Qatar rakan sekutu Barat mengubah pendirian, lalu dikempen supaya dikepung, sehingga terdedahnya komplot rampasan kuasa yang gagal di Turki terhadap Presiden Erdogan dan penglibatan Barat dan sekutunya negara Arab.

Apa yang mengejutkan lagi apabila terdedah penglibatan negara Barat dan sekutu Arab sebagai pembekal utama senjata kepada kump**an yang berperang di Syria, Yaman, Sudan, Libya dan lain-lain.

Walaupun pada zahirnya, mereka menegaskan datang untuk menentang pengganas, akhirnya diketahui bukan untuk melawan pengganas, tetapi sebenarnya bertujuan mencetuskan huru-hara bagi menyelamatkan Israel di atas nama jihad di negeri masing-masing dan menyekat aliran bantuan kepada Palestin.

Rupanya alasan Jeneral Qasim Sulaimani dibunuh kerana terlalu geram terhadap kejayaannya mematahkan Daesh dan kump**an yang dicipta supaya menjadi masalah dalaman di setiap negara yang menyampaikan bantuan kepada Palestin. Maka wajarlah seluruh rakyat Palestin bersedih di atas kematiannya dan menjulang martabatnya sebagai syahid.

Apa yang menghairankan ada yang bergembira bersama Zionis, kerana Zionis membantu jihad mereka tanpa sedar atau sengaja, sehingga martabat mereka lebih rendah daripada anjing kampung yang boleh bersatu ketika sedang berkelahi, apabila terpandang gerombolan anjing luar datang menceroboh.

Sejarah kejayaan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi mengalahkan tentera Salib dan membebaskan Masjid Al-Aqsa bermula dengan menyatukan umat Islam yang berpecah kepada mazhab Sunni dan Syiah serta berbeza kerajaan di beberapa wilayah umat Islam.

Kerajaan Abbasiyyah yang bermazhab Sunni dan Kerajaan Fatimiyyah yang bermazhab Syiah berjaya didamaikan, dan mengembalikan semula kepada agama, serta bersatu menghadapi musuh setelah lalai dan leka.

Kita sedang menyaksikan dunia yang menghadapi krisis nilai kemanusiaan yang parah menjunam, menjadikan umat Islam mangsa paling tertindas, sejak pakatan bersekutu menjatuhkan kuasa umat Islam memimpin dunia pada awal abad yang lalu. Ini disebabkan oleh kelemahan umat Islam sendiri, apabila meninggalkan ajaran Islam yang sebenar, walaupun mengakui kuat Islamnya, tetapi berpecah mengikut mazhab dan kaum masing-masing.

Musuh-musuh yang menakluk tanah air umat Islam membunuh mereka tanpa mengira mazhab dan bangsa. Semuanya ditelan dan ditakluk setelah dipecah dan diperintah.

Penjajah yang datang mengacau umat Islam dianggap pejuang kebebasan dan keamanan. Adapun umat Islam yang melawannya dilabel pengganas. Walaupun penjajah itu membunuh lebih ramai manusia dengan senjata yang sangat melampau, mereka tetap dianggap bukan pengganas.

Allah memerintahkan supaya ada di kalangan umat Islam sekump**an yang bertafaqquh fi Al-Din (memahami perkara agama) dengan makna yang menyeluruh dalam kehidupan dunia bersama Islam.

﴿۞وَمَا كَانَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَآفَّةٗۚ فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٖ مِّنۡهُمۡ طَآئِفَةٞ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوۡمَهُمۡ إِذَا رَجَعُوٓاْ إِلَيۡهِمۡ لَعَلَّهُمۡ يَحۡذَرُونَ١٢٢﴾

“Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja daripada tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu bertafaqquh (mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama), dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (daripada melakukan larangan Allah)”. (Surah At-Taubah: 122)

Al-Din itu adalah seluruh ajaran Islam yang mesti difahami (bertafaqquh) cara pelaksanaannya dengan betul dan bijak dalam semua perkara Islam sama ada akidah, syariat dan akhlak. Bukan sahaja dalam urusan ibadat dan bersuci, bahkan termasuk dalam perkara pendekatan menyatakan Islam dalam urusan dakwah dan politik yang juga ada feqahnya.

Seseorang yang mengerjakan ibadat haji tanpa feqah akan melontar jamrah dengan apa sahaja kerana tinggi semangatnya melontar syaitan yang menjadi salah satu simbol ibadat haji, tetapi kalau tiada feqahnya nescaya dilontar kepada saudaranya sendiri.

Begitulah kump**an yang berjihad tanpa feqah dan siyasah menjadi melampau sehingga tanpa disedari menjadi alat membantu musuh Islam dan terkeluar daripada Maqasid Syariah supaya mencapai matlamat tertinggi bagi menyatakan Islam, semua amalan diterima oleh Allah dan berjaya menyelamatkan manusia seramai-ramainya untuk menerima Islam.

Paling berbahaya tanpa disedari berjaya dipergunakan oleh musuh Islam bagi menghancurkan umat secara dalaman. Sehingga kemuncaknya terjebak dalam perang fitnah yang diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W. Malangnya hadis dijadikan hujjah tanpa muhasabah diri sendiri, tetapi menyalahkan pihak lawan dalam satu umat Islam.

Sepatutnya kita mengambil contoh daripada Amir Al-Mukminin Saidinia Umar bin Al-Khattab R.A. apabila mengetahui bahawa Huzaifah R.A. dimaklumkan secara rahsia oleh Rasulullah S.A.W. mengenai senarai orang-orang munafik di Madinah.

Lantas Saidina Umar R.A. menemui Huzaifah R.A. bertanyakan, adakah namanya termasuk dalam senarai orang munafik, tanpa bertanya hal orang lain. Beberapa orang sahabat juga melakukan muhasabah diri sendiri yang lebih diutamakan daripada menghukum orang lain yang wajib diselamatkan bersama Islam, bukan dihalau supaya lebih jauh daripada Islam.

Apabila berlakunya perang fitnah selepas syahidnya khalifah ketiga, Saidina Uthman bin ‘Affan R.A., maka bermulanya fitnah yang besar sehingga tidak mampu dibendung oleh Khalifah Ali bin Abi Talib R.A. yang juga akhirnya dibunuh syahid.

Para ulama’ yang muktabar walaupun berbeza mazhab Sunni, Syiah dan Ibadhi bersepakat bahawa Saidina Ali R.A. merupakan khalifah keempat yang terakhir dan sah daripada Khulafa’ Ar-Rasyidin.

Selepas berlaku fitnah yang besar, Sunni dan Syiah bersepakat mengutuk peristiwa pembunuhan Sayyidina Husain, cucu kesayangan Rasulullah S.A.W. Namun selepas itu terlalu banyak diriwayatkan di dalam kitab yang besar sehingga bercampur aduk antara benar dan bohong.

Lalu para ulama’ yang mengkaji ilmu Islam secara riwayat mencari yang sahih, khususnya yang masih dikira baik walaupun ada kelemahan, serta menolak yang palsu.

Para ulama’ muktabar daripada kalangan Sunni dalam ilmu Al-Quran seperti Ibnu Jarir Al-Tabari dan Al-Qurtubi, ilmu hadis seperti Al-Bukhari dan Muslim, Imam mazhab feqah empat yang terkenal, ulama dalam ilmu Tarikh dan lain-lain, telah menyenaraikan ulama-ulama terbilang yang berbeza fahaman kerana pergolakan politik dalaman umat Islam daripada kalangan Sunni, Syiah dan Ibadhi yang masih berpegang dengan rukun-rukun Islam yang asasi.

Semua pandangan mereka diletakkan dalam kitab-kitab yang muktabar dalam segenap cabang ilmu Islam tanpa mengira kuat dan dhaif serta dimasukkan dalam kitab-kitab perbandingan mazhab untuk dikaji semula.

Antara mereka ialah imam mujtahid dalam mazhab masing-masing, bukan sahaja empat mazhab yang terkenal dalam kalangan fuqaha’ Ahli Sunnah, bahkan terlalu besar jumlahnya kalau diambil daripada kalangan ulama sebelum empat mazhab yang terkenal dalam kalangan generasi Salaf, termasuk juga Imam Syiah, Jaafar Al-Sodiq, Musa Al-Kazim, Imam Zaid daripada kalangan Ahli Al-Bait (keluarga Rasulullah S.A.W.) dan Abdullah bin Ibadh yang dikatakan Khawarij ialah murid kepada Imam Said bin Jubair dan Ibn Al-Asy’aath daripada kalangan tabien.

Semua ulama’ itu berguru, belajar dan meriwayatkan di antara satu sama lain, sehingga kitab-kitab syarah hadis daripada kalangan Ahli Sunnah melaporkan ratusan ulama’ yang dikatakan Syiah. Begitulah kitab syariah yang muktabar meletakkan beratus nama ulama’ Sunni yang diriwayatkan dalam kitab Syiah dan Ibadhi yang muktabar. Jangan mencari dalam kitab yang tidak muktabar untuk mencari banyak masalah dan mencetuskan perkelahian.

Pihak Universiti Al-Azhar dan Majma’ Al-Buhus Al-Islamiyyah menghasilkan sebuah ensiklopedia yang mengumpulkan lapan mazhab besar yang dimasukkan ke dalam jumlah umat Islam dengan menyebutkan beberapa contoh masalah khilafiyah dalam perkara furu’. Sehingga mendapat kenyataan yang positif daripada Majma’ Fiqh di bawah OIC dan Mursyid Iran, Imam Khaminaei.

Malangnya ramai yang terikut kepada kenyataan provokasi daripada pihak Barat dan pemimpin Amerika dan Eropah supaya Sunni melawan Syiah, seterusnya diikuti oleh pemimpin kerajaan di bawah pengaruh mereka dan didukung oleh para ulama yang bernaung di bawahnya.

Saya tidak lupa mengikuti perkembangan politik Iran sejak pada zaman regim Syah dan selepas berlakunya Revolusi Iran sehingga mengisytiharkan negara Republik Islam. Selepas perubahan itu, semua negara Barat dan sekutunya mengepung dan menyerang, serta mengajak Sunni menentang Syiah, sedangkan Syiah pada zaman Syah dahulu ialah sahabat yang akrab dengan Barat. Malangnya ramai ulama rasmi terpalit, dan ulama tidak rasmi dikurung dalam penjara.

Cukup bagi saya amaran Rasulullah S.A.W. kepada bangsa Arab:

ويل للعرب من شر قد اقترب

“Celaka dan ke dalam nerakalah bagi bangsa arab disebabkan kejahatan yang menghampiri mereka”.

Lalu Ummu Al-Mukminin, Zainab binti Jahsyi R.A. bertanya:

أفنهلك وفينا الصالحون

“Adakah kita binasa, padahal daripada kalangan kita masih ada orang-orang yang soleh”.

Sabda Rasulullah:

إذا كثر الخبث

“Apabila banyaknya kejahatan maksiat”. (Muttafaqun ‘Alaih)

Ya! Perhatikan negara paling kaya dan negara jirannya sudah menjadi kawasan mabuk arak dan kebun maksiat.

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W. murka terhadap sahabatnya yang sedang berkelahi:

مَا بَالُ دَعْوَى الجَاهِلِيَّةِ...دَعُوهَا فَإِنَّهَا مُنْتِنَةٌ

“Apa! Kembali semula kepada jahiliyah. Tinggalkan perangai jahiliyah itu, terlalu keji laksana bangkai yang busuk”. (Riwayat Muslim)

Cukuplah Rasulullah S.A.W. memuji rakyat Palestin yang tidak menyerah kalah walapun dikecewakan:

“Mereka ialah penduduk Bait Al-Maqdis dan sekitar Bait Al-Maqdis”. (Riwayat Imam Ahmad)

Cukup bagi Jeneral Qasim Sulaimani dan rakannya mendapat fadilat paling dibenci dan dimusuhi oleh syaitan paling besar pada zaman ini.

Saya juga sedang memantau media di Malaysia yang sedang digunakan untuk mengipas kebencian terhadap Sidang Kemuncak Islam di Kuala Lumpur baru-baru ini yang dikatakan mencabar OIC yang telah mengecewakan Palestin dan umat Islam.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 20 Jamadil Awwal 1441 / 16 Januari 2020

Pimpinan PAS bertemu YDPA..............Repost KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayat...
01/08/2020

Pimpinan PAS bertemu YDPA
..............

Repost

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini menerima kunjungan hormat dan menghadap barisan kepimpinan tertinggi kerajaan negeri Kelantan dan negeri Terengganu di Istana Negara.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Ahmad Fadil Shamsuddin, pertemuan ini merupakan titik kesinambungan perkongsian pendapat dan pandangan berkenaan perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat di antara Seri Paduka Baginda dan barisan kepimpinan tertinggi kerajaan pusat, kerajaan-kerajaan negeri serta para cendekiawan.

Ini selaras dengan ucapan sambutan tahun baru 2020 oleh Seri Paduka Baginda di mana Al-Sultan Abdullah telah mengingatkan kepada rakyat, khususnya generasi muda, bahawa perpaduan kaum adalah amat penting untuk menjamin kemakmuran Malaysia yang terdiri dari pelbagai agama, bangsa, adat resam dan kepercayaan.

Pertemuan seperti ini juga selaras dengan usaha-usaha murni Seri Paduka Baginda mendampingi rakyat untuk memahami situasi semasa dan meningkatkan persefahaman di antara rakyat.

Menurut Dato’ Ahmad Fadil, barisan kepimpinan tertinggi kerajaan negeri Kelantan dan negeri Terengganu turut merakamkan ucapan tahniah kepada Seri Paduka Baginda atas pemilihan dan pertabalan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Info Grafik Belanjawan 2020 Kerajaan Negeri Kelantan.📌 Tema Belanjawan 2020 : "Sederap Usaha Tertuai Sejahtera"📣 Jangan ...
10/17/2019

Info Grafik Belanjawan 2020 Kerajaan Negeri Kelantan.

📌 Tema Belanjawan 2020 : "Sederap Usaha Tertuai Sejahtera"
📣 Jangan lupa like dan share ya untuk hebahan semua ☺️

*KENYATAAN MEDIA*LUJNAH UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA (LUHAM) PAS PUSAT“AKTA HASUTAN: MENJAWAB KESOMBONGAN HANIPA ...
07/17/2019

*KENYATAAN MEDIA*

LUJNAH UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA (LUHAM) PAS PUSAT

“AKTA HASUTAN: MENJAWAB KESOMBONGAN HANIPA MAIDIN”

1. Timbalan Menteri Undang-Undang YB Hanipa Maidin tanpa segan silu mempamerkan watak sombong dan bongkaknya dalam menyanggah Kenyataan Media Presiden PAS YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang yang menyeru agar Akta Hasutan dikekalkan dan jangan disalahguna. Selain dari menyifatkan kenyataan itu sebagai “merapu”, Hanipa Maidin mengarahkan TGHH “diam” dan “tutup mulut” kerana kononnya TGHH tidak mempunyai pengetahuan tentang Akta Hasutan.

2. Dalam satu kenyataan media semalam, Presiden PAS menyifatkan bahawa Akta Hasutan adalah perlu dikekalkan kerana kehebatan sesebuah negara adalah sangat bergantung kepada kehebatan undang-undang bagi merealisasikan dasar-dasar dalam perlembagaan, justeru peranan undang-undang adalah penting untuk memelihara kehidupan bermasyarakat yang seimbang dan menjaga segala kepentingan semua lapisan masyarakat dan ras yang pelbagai. Apa yang penting ialah ia tidak disalahgunakan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Nyata sekali kenyataan ini sangat signifikan dalam meredakan tekanan melampau pihak-pihak yang ingin melihat Akta Hasutan dimansuhkan secara total.

3. Sehari sebelum itu, Timbalan Presiden PAS YB Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man mengeluarkan kenyataan yang sama, mendesak agar Kerajaan tidak terburu-buru menghapuskan Akta Hasutan, dan hendaklah mempertimbangkan semua faktor dan jangkaan masa hadapan demi menjaga kestabilan negara, kerana perbuatan menghasut dalam apa keadaan sekali pun berupaya mencetuskan ketegangan antara kaum serta akan menghumbangkan negara ke lembah kekacauan. Apa yang penting ialah Kerajaan hendaklah memastikan ia tidak disalahgunakan.

4. Malang sekali walau pun mendabik dada kononnya mempunyai pengetahuan yang luas tentang Akta itu kerana pernah “disiasat di bawah Akta itu” dan “pernah mewakili anakguam yang didakwa di bawah Akta itu”, YB Hanipa dengan angkuhnya menolak secara total pertimbangan kewajaran fakta dan keresahan masyarakat sebagaimana yang diutarakan oleh Presiden PAS. “Akta ini is inherently unjust law (Akta ini secara semulajadinya tidak adil)” – herdik Hanipa!

5. Sandaran utama YB Hanipa ialah kerana di bawah Akta Hasutan, “kebenaran kata-kata bukan pembelaan”. “Tiada keperluan untuk Pendakwaraya buktikan seseorang itu menghasut”. “Cenderung sahaja sudah dianggap salah”.

6. Dalam keangkuhan untuk menyanggah kenyataan Presiden PAS, disinilah tersembulnya sisi dangkal Timbalan Menteri Undang-Undang itu berkenaan sifat, fungsi dan peranan Akta Hasutan. Akta itu sendiri adalah bersifat “preventif (mencegah)” iaitu ia merupakan instrumen undang-undang yang memberikuasa untuk mengambil langkah-langkah pencegahan, sebelum sesuatu jenayah yang lebih besar dan tidak dapat dikawal berlaku. Jika sesuatu kekacauan sudah berlaku seperti rusuhan kaum, rusuhan agama bahkan kebencian melampau terhadap Raja-Raja Melayu sudah berlaku, maka ia sudah terlambat. Dikala itu Akta seperti ini tidak lagi berguna.

7. Situasi pencegahan ini tentulah tidak sama dengan perlakuan jenayah individu seperti mencuri (sekadar mengambil contoh dari Hanipa), menyamun, merogol dan merompak. Perlakuan jenayah individu adalah titik akhir kepada sesuatu perlakuan jenayah, dan ia akan berakhir dengan sabitan dan hukuman ke atas penjenayah terbabit. Maka undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas penjenayah secara individu adalah bersifat “reaktif (reactive)” iaitu “selepas sesuatu jenayah telah berlaku” dengan menghukum individu tersebut. Jenayah sudah berlaku, maka kerosakan juga telah berlaku. Justeru menggunakan analogi “cenderung mencuri” untuk disamakan dengan “cenderung menghasut” hanyalah lawak murahan yang tidak wajar keluar dari mulut seorang Timbalan Menteri Undang-Undang.

8. Benar, dibawah Akta Hasutan, cenderung menghasut sudah dianggap salah. Seksyen 1(1) Akta Hasutan memperuntukkan bahawa “seditious tendency” (kecenderungan menghasut) adalah antara lainnya tindakan yang membawa kebencian, penghinaan atau menyemarakkan api kebencian. Memandangkan Akta ini sifatnya mencegah sesuatu “hasutan” untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar, maka mengkanunkan kecenderungan menghasut sebagai suatu kesalahan adalah hal yang wajar.

9. Hal ini adalah penting kerana Akta Hasutan berfungsi untuk melindungi hasutan-hasutan yang boleh merungkaikan tonggak kenegaraan, yang meliputi hasutan terhadap apa-apa perkara, hak, status, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang diwujudkan atau dilindungi oleh Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152 [kedudukan Bahasa Melayu], Perkara 153 [Reservasi Quota berkait dengan perkhidmatan, permit dan lain-lain untuk kaum Melayu dan anak-anak Negeri Sabah & Sarawak] dan Perkara 181 [kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidangkuasa Raja-Raja Melayu dan Ketua Adat Negeri Sembilan] serta hasutan-hasutan yang melibatkan kaum dan agama.

10. Lantaran itu, Hanipa perlu memahami kewajaran prinsip “kebenaran kata-kata bukan pembelaan” dalam Akta Hasutan. Memandangkan sifat Akta Hasutan adalah untuk mencegah kekacauan yang lebih besar, maka sudah tentu “benar atau tidak sesuatu hasutan/tuduhan” itu tidak perlu dibahas atau dibicarakan di Mahkamah. Membuka ruang kepada perbicaraan tentang benar atau salah dalam isu-isu yang melibatkan Raja-Raja Melayu, Bahasa Kebangsaan, penghinaan ke atas Agama dan Kaum, atau Hak-hak keistimewaan Melayu dan Anak-anak Negeri Sabah & Sarawak, hanyalah menyemarakkan api hasutan yang sedia berlaku, dimana kesan akhirnya adalah kacau bilau dan huru-hara. Tiada guna mencari kepuasan diri jika kacau bilau sudah berlaku dan tidak dapat dipulihkan lagi. Apatah lagi dalam keadaan benar atau salah sesuatu hasutan itu, adalah bersandarkan perkara yang bersifat subjektif. Hal itu akan hanya semakin melebarkan jurang masyarakat dan merosakkan perpaduan kaum dan agama. Nyata sekali kita tidak pun perlu menjadi Timbalan Menteri Undang-Undang untuk memahami kebijksanaan (wisdom) di sebalik penggubalan Akta Hasutan.

11. Adalah juga wajar diingatkan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah dokumen kaku yang tidak bernyawa. Ia tidak mengandungi apa-apa peruntukan hukuman terhadap sebarang perlanggaran, pencabulan dan keingkaran terhadap mana-mana peruntukkan Perlembagaan. Demikian sifatnya sebuah Perlembagaan yang hanya menggariskan konsep dan struktur kenegaraan. Perlembagaan Persekutuan hanya dapat dipelihara dan dilindungi melalui Akta-Akta yang berasingan, dimana Akta-Akta inilah yang akan menentukan samada sesuatu perlanggaran, pencabulan dan keingkaran terhadap peruntukan-peruntukan Perlembagaan sebagai suatu kesalahan. Justeru di sinilah peranan yang dijelmakan melalui Akta Hasutan, iaitu untuk menjadikan sebarang hasutan dan pencabulan terhadap tonggak-tonggak kenegaraan akan dihukum dengan sewajarnya. Nampaknya pengalaman luas disoal siasat sebagai suspek hasutan, atau menjadi Peguam kepada orang didakwa di bawah Akta Hasutan, masih belum mampu memungkinkan Hanipa untuk menghargai keperluan instrumen undang-undang untuk “memberi nyawa” kepada tonggak kenegaraan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

12. Dalam pada itu, LUHAM bersetuju sekiranya undang-undang ini diberikan nafas baharu dengan beberapa pindaan yang boleh mengurangkan ruang penyalahgunaan seperti meminda atau memansuhkan rujukan kepada mana-mana Kerajaan dan pentadbiran keadilan di Malaysia atau mana-mana negeri. Dalam sebuah negara yang mendokong prinsip demokrasi, sudah tentulah kritikan terhadap Kerajaan adalah sebahagian dari proses semak dan imbang yang tidak wajar dikekang. Peruntukan yang berkait dengan “hasutan” terhadap Kerajaan pada kebiasaannya adalah bersifat politik, dan tidak mempunyai garis pemisah yang jelas. Kekaburan definisi “hasutan” terhadap Kerajaan sewajarnya dikemaskini untuk mengembalikan roh yang wajar kepada Akta Hasutan. Penilaian semula definisi dan keperluan menjadikan pentadbiran keadilan sebagai suatu subjek di bawah Akta Hasutan juga adalah sangat wajar.

13. YB Hanipa barangkali terlupa, sebagai anggota Kerajaan dengan kapasiti selaku Timbalan Menteri Undang-Undang, beliau berada pada posisi terbaik untuk menyediakan cadangan mengemaskini dan meminda peruntukan yang dianggap “zalim” atau “cenderung kepada kezaliman” bagi mengembalikan atau memperbetulkan roh sebenar Akta Hasutan, dan bukannya memansuhkan secara total. Malang sekali, walau pun sudah diamanahkan posisi yang tepat, Hanipa lebih gemar membuang masa di Facebook, dengan mengutarakan hujah picisan dan disulami watak sombong yang memualkan.

*Islam Memimpin Perpaduan*

WAN ROHIMI BIN WAN DAUD
Pengerusi,
Lujnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (LUHAM), Pas Pusat

15 Julai 2019 | 12 Zulkaedah 1440

Laman berita terkini Malaysia, Benar & Inklusif. Politik, Isu Semasa, Rakyat, Dakwah, Video, Audio. HarakahDaily ; Berita terbaik untuk rakyat.

Address

11 Madison Avenue
Westwood, NJ
07675

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Ketereh Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share