Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu

  • Home
  • Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH HULU TERENGGANU
LOT 9557, JALAN SIMPANG SEKAYU
21700 KUALA BERANG, HULU TERENGGANU, TERENGGANU
(1)

Selamat Hari Guru 🤍“Guru Bitara, Nadi Negara” 🎓Di balik setiap kejayaan, ada tangan yang membimbing tanpa jemu dan hati ...
16/05/2026

Selamat Hari Guru 🤍

“Guru Bitara, Nadi Negara” 🎓

Di balik setiap kejayaan, ada tangan yang membimbing tanpa jemu dan hati yang mendidik tanpa mengharap balasan. Guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi pembentuk jiwa dan pencetus arah masa hadapan.

Terima kasih cikgu, atas setiap usaha yang mungkin tidak selalu disebut, tetapi sentiasa kekal dalam ingatan.

Semangat Belia Demi Hulu Terengganu 🔥Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua calon yang telah mewakili Daerah Hulu...
16/05/2026

Semangat Belia Demi Hulu Terengganu 🔥

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua calon yang telah mewakili Daerah Hulu Terengganu dalam Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Terengganu 2026.

Keberanian untuk mencabar diri serta komitmen yang ditunjukkan amat membanggakan dan menjadi inspirasi kepada belia lain. Menang atau kalah bukan ukuran utama, namun keberanian untuk mencuba dan terus bergerak maju itulah nilai sebenar seorang belia hebat.

Terus melangkah, terus menginspirasi! 💪✨



Taufiq Johari
Mordi Bimol
JBSNegara
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu

Selamat Hari Belia Negara 🥳Idea jadi tindakan.Minat jadi bakat.Semangat jadi kekuatan. 💪Inilah masanya untuk kita bangki...
15/05/2026

Selamat Hari Belia Negara 🥳

Idea jadi tindakan.
Minat jadi bakat.
Semangat jadi kekuatan. 💪

Inilah masanya untuk kita bangkit, bersuara, berkarya dan mencipta perubahan bersama!

Menjadi penggerak masa hadapan negara...!!



Taufiq Johari
Mordi Bimol
JBSNegara
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu
KBSMalaysia

07/05/2026
🏑 Kejohanan Hoki Hulubalang 9’S Siri-2 Gegarkan Hulu TerengganuHULU TERENGGANU | 2 MEI 2026 - Kejohanan Hoki Hulubalang ...
06/05/2026

🏑 Kejohanan Hoki Hulubalang 9’S Siri-2 Gegarkan Hulu Terengganu

HULU TERENGGANU | 2 MEI 2026 - Kejohanan Hoki Hulubalang 9'S Siri- 2 anjuran Kelab Hoki Hulubalang dengan sokongan Dana Sukan Komuniti, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah berlangsung dengan meriah di Kompleks Sukan Hulu Terengganu pada 1 dan 2 Mei 2026. Kejohanan ini berjaya menghimpunkan penyertaan 16 pasukan bagi setiap kategori iaitu lelaki dan perempuan yang bersaing secara sihat dan penuh semangat kesukanan.

Kejohanan ini menyaksikan aksi perlawanan yang sengit apabila setiap pasukan menampilkan persembahan terbaik dengan disiplin, strategi dan semangat berpasukan yang tinggi. Kategori lelaki memperlihatkan permainan agresif dan taktikal, manakala kategori perempuan p**a menonjolkan ketelitian serta kekuatan kerjasama pasukan.

Selain mencungkil bakat muda, kejohanan ini turut menjadi platform mengeratkan ukhuwah dan semangat perpaduan dalam kalangan peserta dari pelbagai kawasan.Sokongan padu daripada keluarga atlet juga turut terlihat dari awal sehingga ke perlawanan terakhir.

Cik Nik Noor Azlihan bt Nik Jamaludin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu turut hadir untuk memberi sokongan serta menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Hoki Hulubalang Siri-2 ini. Turut serta En. Rafhan bin Harun, Setiausaha Persatuan Hoki Terengganu, En. Mohd.Shahrin bin Abu Hassan, Presiden Kelab Hoki Hulubalang dan En. Marzilaini Bin Mohd, ALK KOGURU.

Tahniah kepada pihak penganjur serta semua pemenang. Kejohanan ini dilihat berjaya mencapai matlamatnya dan mendapat sambutan menggalakkan, sekali gus diharap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan lebih ramai bakat hoki berpotensi.

Taufiq Johari
Mordi Bimol
KBSMalaysia
JBSNegara
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu

PROGRAM RAKAN PRIHATIN 2026 GERAK MOBILISASI SUKARELAWAN DI HULU TERENGGANUHULU TERENGGANU, 4 Mei 2026 (Isnin) – Satu pr...
05/05/2026

PROGRAM RAKAN PRIHATIN 2026 GERAK MOBILISASI SUKARELAWAN DI HULU TERENGGANU

HULU TERENGGANU, 4 Mei 2026 (Isnin) – Satu program berteraskan kesukarelawanan dan kebajikan, Program Rakan Prihatin: Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda 2026 (Sosial & Pasca Bencana) telah berlangsung pada 4 Mei 2026.

Inisiatif ini bertujuan menggerakkan belia sebagai sukarelawan dalam membantu komuniti setempat, khususnya dalam aspek sosial serta kesiapsiagaan menghadapi situasi pasca bencana. Ia juga menjadi platform untuk memupuk semangat kerjasama, empati dan keprihatinan dalam kalangan peserta.

Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk sukaneka kanak-kanak, program penjagaan kendiri kanak-kanak, serta aktiviti kemahiran asas yang memberi manfaat kepada perkembangan fizikal dan sosial golongan muda.

Penganjuran Program Rakan Prihatin ini dapat memberi impak positif kepada masyarakat setempat selain melahirkan sukarelawan muda yang berdaya saing, berjiwa prihatin dan bersedia menyumbang kepada negara.

Majlis Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Puan Suriani binti Abdullah @ Dollah, Pegawai KEMAS Daerah Hulu Terengganu, Turut Hadir Puan Nurqalina binti Nani, Pegawai Pembangunan Sukarelawan Rakan Muda, mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu turut serta Encik Zakaria bin Talib, Pembantu Pembangunan Masyarakat Kanan Pembangunan Desa DUN Ajil.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Kemas Daerah Hulu Terengganu, Kolej Vokasional Kuala Berang, Tabika KEMAS, Kelab Rakan Muda Hulu Terengganu seterusnya para sukarelawan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.



Taufiq Johari
Mordi Bimol
JBSNegara
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu
Rakan Muda

📣 JELUTONG BATIK CHALLENGE TRAIL RUN!! 🏃‍♂️🌿🌳Jom sertai cabaran penuh aksi dan nikmati keindahan alam semula jadi. 📅 Tar...
27/04/2026

📣 JELUTONG BATIK CHALLENGE TRAIL RUN!! 🏃‍♂️🌿

🌳Jom sertai cabaran penuh aksi dan nikmati keindahan alam semula jadi.

📅 Tarikh: 6 Jun 2026 (Sabtu)
📍 Lokasi: Bukit Jelutong
📏 Jarak: 3.8KM
👥 Kategori: Lelaki Terbuka & Wanita Terbuka
👤 Anjuran: Kelab Rakan Muda Hulu Terengganu

✨ Apa yang menarik?
🎽 Running Tee eksklusif
🎟️ Kupon cabutan bertuah
🏅 Medal “Finisher” untuk peserta

💰 Yuran penyertaan:
RM48 (Early Bird)
RM55 (Harga Normal)

📲 Tempat terhad, daftar sekarang dan cabar diri anda!

Boleh mendaftar menggunakan pautan berikut:
🔗 https://festmu.com/events/jbc-trail-run

FUTSAL WANITA CHALLENGE 2026HULU TERENGGANU, 25 April 2026 – Futsal Wanita Challenge 2026 berlangsung meriah di Gelangga...
27/04/2026

FUTSAL WANITA CHALLENGE 2026

HULU TERENGGANU, 25 April 2026 – Futsal Wanita Challenge 2026 berlangsung meriah di Gelanggang Futsal Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu dengan penyertaan pasukan dari pelbagai kawasan.

Kejohanan anjuran F&T Resources dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Hulu Terengganu ini menjadi platform mencungkil bakat, memupuk semangat kesukanan serta menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan wanita. Aksi bertenaga para pemain serta sokongan padu penonton turut menyerikan suasana sepanjang pertandingan berlangsung.

Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu, Cik Nik Noor Azlihan binti Nik Jamaludin juga hadir sama bagi menyaksikan kejohanan tersebut serta menyempurnakan majlis penyampaian hadiah. Tahniah kepada pihak penganjur dan juga para pemenang 👏



Taufiq Johari
Mordi Bimol
JBSNegara
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu

27/04/2026
22/04/2026

🚀 PELUANG AKHIR!

Anda terlepas peluang? Berita Baik! Permohonan Program Agrobelia Lestari @ Rakan Mahir 2026 dilanjutkan sehingga 26 April 2026!

Agrobelia Lestari @ Rakan Mahir 2026 hadir dengan:
📚 Latihan eksklusif
🧰 Sokongan projek
👨🏻‍🏫 Bimbingan

Kadang yang kita perlukan bukan idea baru…
tapi platform yang betul untuk mula.

Kalau bukan sekarang, bila lagi?

📲 📲 Scan QR atau Mohon di sini: https://linktr.ee/belia.my.jbsn
📩 [email protected]




Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda Zainah Shariff

Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096811237

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share