Azcom Solution

  • Home
  • Azcom Solution

Azcom Solution Menawarkan perkhidmatan repair PC, laptop dan printer terus ke lokasi anda di sekitar Johor.

Juga menyediakan sokongan teknikal dalam CCTV, rangkaian (Network issue) dan pemasangan perisian untuk syarikat/perniagaan. Azcom Solution menyediakan perkhidmatan 🔧 baik pulih PC, laptop & printer, pemasangan & jualan 💻 Microsoft 365 untuk individu dan perniagaan, serta penyelesaian 📲 WhatsApp CRM melalui software BesChat. Kami juga tawarkan servis onsite sekitar Johor 🚗 untuk kemudahan anda.

Kita Mulakan, Kita Perlu AkhirkanSemalam saya format satu laptop Windows 11 untuk seorang kakak. Standard procedure, sia...
03/12/2025

Kita Mulakan, Kita Perlu Akhirkan

Semalam saya format satu laptop Windows 11 untuk seorang kakak. Standard procedure, siap pasang basic software sekali. Untuk Microsoft Office, saya dah siap bagitau awal-awal:

“Kak… Office crack zaman sekarang memang tak lepas dah. Windows 11 detect, dia buang activator… last-last Office tu terus tak boleh pakai. Lagi susah kak nak cari lain.”

Jadi aku suggest guna free WPS Office. Legal, ringan, tak pening.

Lepas siap semua, aku hantar laptop tu balik.

Malam nya, WhatsApp masuk:
“Dik… mana Office saya???”

Aku pun jawab:
“Kak, yang ni pakai WPS, sama boleh buka mcm office”

Tiba-tiba… BOOM, 3 4 mesej masuk 💥
siap bagi emoji marah, tanda seru besar-besar. Macam aku shutdown syarikat dia pulak 😂

Aku pun terus kata:

“Dah orang cakap tak boleh, degil jugak… Nak suruh aku buat dosa kering je. Yang pakai awak, yang dapat dosanya aku?!”

Tapi malam tu isteri je la yang dengar. Aku tak reply pun, bagi emoji senyum saja. 😌

Pedih tu ada la sikit. Tapi itulah realiti kerja servis
kita pernah mulakan, kita kena berani nak akhiri.

Dulu kita tolong orang “aktifkan” Office, tapi sekarang dah sampai masa untuk educate pengguna. Dunia teknologi dah berubah. Risiko pun makin besar.

Jadi sambil repair, sambil servis…
Kita bagi la dua tiga patah kata yang elok.
Kalau dia faham alhamdulillah.
Kalau dia marah… kita senyum je lah 😊

Kerja servis bukan setakat tukar thermal paste.
Kadang-kadang kena tukar mindset sekali.

Microsoft dilaporkan telah berjaya menamatkan satu kaedah popular yang digunakan untuk pengaktifan haram sistem operasi Windows 10 dan 11 secara luar talian. Tindakan ini menyasarkan eksploitasi yang membenarkan pengguna memintas proses pengaktifan rasmi tanpa memerlukan sambungan internet.​ Kaeda...

Nampak mana-mana tanda amaran ini? 👀Tempah Pemeriksaan Komputer anda hari ini – tawaran istimewa berakhir 30 Oktober!
14/10/2025

Nampak mana-mana tanda amaran ini? 👀
Tempah Pemeriksaan Komputer anda hari ini – tawaran istimewa berakhir 30 Oktober!

Reputasi zaman sekarang bukan calang-calang, sampai AI pun kenal! 🤖💻Kisah benar semalam. Tiba-tiba dapat WhatsApp:Pelang...
12/10/2025

Reputasi zaman sekarang bukan calang-calang, sampai AI pun kenal! 🤖💻

Kisah benar semalam. Tiba-tiba dapat WhatsApp:

Pelanggan: "Abang, nak repair screen laptop, berapa harga? Lama tak?" 📱

Saya (Azcom): "Model gaming macam ni mahal juga, dalam RM400-600. Kalau jadi buat, saya pickup pagi... esok boleh hantar semula." 🚚

Pelanggan: "Ok abang, proceed." 👍

Terus deal! Saya pun termenung sekejap. Biasanya orang akan tanya macam-macam dulu, nak pastikan kita ni bukan scammer. Ini dalam 5-6 mesej je dah percaya. Risau pun ada. 😂

Saya pun jumpa pelanggan ni di Aeon Dato Onn, Johor untuk pickup laptop. Sambil tu saya tanyalah:

"Awak pernah berurusan dengan Azcom ke sebelum ni?"

Dia jawab, "Tak pernah."

Saya tanya lagi, "Habis tu, awak percaya je nak bagi Azcom repair laptop mahal ni?"

Jawapan dia memang buat saya terkejut...

"Saya tanya ChatGPT, dan ChatGPT syorkan Azcom."

Wah, senang betul beli kepercayaan orang zaman sekarang
rupanya AI pun dah jadi sales assistant! 😅

Terima kasih atas kepercayaan! Kami janji akan berikan servis yang terbaik.

P/S: Azcom Solution memang trusted untuk servis komputer dan printer. Kami juga ada buat pemasangan CCTV untuk rumah dan pejabat. Nak tanya-tanya dulu? Klik je link kat bio atau WhatsApp kami!

📲 wa.me/601110014940

⏳ Windows 10 tamat sokongan Selasa ini! Pastikan laptop anda selamat dan laju.Tak pasti sama ada perlu upgrade RAM/SSD a...
11/10/2025

⏳ Windows 10 tamat sokongan Selasa ini! Pastikan laptop anda selamat dan laju.

Tak pasti sama ada perlu upgrade RAM/SSD atau beli laptop baru? 🤔 Biar kami di Azcom bantu anda buat pilihan terbaik!

25/08/2025

💻 Komputer sangkut, kerja pun tergendala?
Banyak syarikat kecil terlepas pandang pentingnya Dedicated IT support .

📉 Masa kerja terbazir bila sistem bermasalah
📉 Staff cuba DIY → masalah makin rumit
📉 Data penting terdedah risiko tanpa backup & security

Dengan IT support yang respon pantas, masalah kecil tak sempat jadi besar.
✅ Produktiviti kekal lancar
✅ Staff boleh fokus kerja, bukan troubleshoot

🔧 Azcom Solution sedia bantu syarikat kecil dengan servis IT yang fleksibel dan mesra bajet.
📲 Nak tahu pakej sesuai untuk pejabat anda? WhatsApp atau email kami!

🚀 Urus WhatsApp Group jadi lebih mudah dengan BesChat WhatsApp CRM!Fungsi baru: Export Group Contact 📤 – senarai nombor ...
22/08/2025

🚀 Urus WhatsApp Group jadi lebih mudah dengan BesChat WhatsApp CRM!
Fungsi baru: Export Group Contact 📤 – senarai nombor terus jadi file Excel/CSV.
✅ Jimat masa
✅ Mudah follow up pelanggan
✅ Sesuai untuk bisnes kecil

📲 Nak cuba? Hubungi Azcom Solution hari ini!

"Jangan pernah putus asa, kerana setiap ujian adalah tanda Allah masih memandangmu dengan kasih sayang."Salam Jumaat,Dar...
22/08/2025

"Jangan pernah putus asa, kerana setiap ujian adalah tanda Allah masih memandangmu dengan kasih sayang."

Salam Jumaat,
Dari team Azcom

🔍 Kes Penipuan Hard Disk di Malaysia – Wajib Ambil Tahu!Sebagai penyedia servis IT, kami di Azcom Solution sentiasa teka...
21/08/2025

🔍 Kes Penipuan Hard Disk di Malaysia – Wajib Ambil Tahu!

Sebagai penyedia servis IT, kami di Azcom Solution sentiasa tekankan kepentingan membeli hardware dari sumber sah.

Artikel ini dedahkan taktik penipuan hard disk terpakai yang dijual semula sebagai “baru” – siap reset SMART data!
Jenama terlibat: Seagate, Toshiba, WD.

📌 Kami sarankan pelanggan:
✅ Semak SMART data lepas beli
✅ Elak tawaran terlalu murah
✅ Beli dari penjual sah & ada jaminan

📖 Baca artikel penuh di

Hard drive buyers in Southeast Asia are facing a growing problem with fraudulent resales. A recent raid in Malaysia revealed a workshop near Kuala Lumpur where used drives were being modified and then sold online as if they were new.

💻 5 Tanda Awal Komputer Anda Perlukan Servis!Kalau PC atau laptop anda mula tunjuk simptom macam ni:1️⃣ Kipas berbunyi k...
20/08/2025

💻 5 Tanda Awal Komputer Anda Perlukan Servis!

Kalau PC atau laptop anda mula tunjuk simptom macam ni:
1️⃣ Kipas berbunyi kuat tak henti
2️⃣ Sering hang tiba-tiba
3️⃣ Aplikasi lambat buka
4️⃣ Internet laju tapi browsing tetap lembap
5️⃣ Storage cepat penuh

👉 Jangan tunggu sampai rosak teruk. Kami sediakan onsite servis – team kami datang terus ke lokasi anda. Mudah, cepat & tanpa pening kepala bawa komputer ke kedai! 🚗⚡

📩 WhatsApp kami sekarang untuk slot servis anda.



Jangan biar masalah kecil jadi besar 🔧"
👉 Azcom Solution sedia bantu

Fokus pada kerja anda, serahkan masalah IT kepada kami. Respon pantas, harga berpatutan.💻 1. Sokongan Perkakasan & Peris...
18/08/2025

Fokus pada kerja anda, serahkan masalah IT kepada kami. Respon pantas, harga berpatutan.

💻 1. Sokongan Perkakasan & Perisian
🔒 2. Keselamatan Data & Backup
🌐 3. Rangkaian & Internet
📧 4. Sokongan E-mel & Komunikasi
🛠️ 5. Servis Onsite & Remote

Hubungi sekarang untuk temujanji.

📲💼 SATU APP UNTUK PELBAGAI FUNGSI – Microsoft 365 Copilot di AndroidNak urus dokumen, kira bajet, buat presentation, ata...
16/08/2025

📲💼 SATU APP UNTUK PELBAGAI FUNGSI – Microsoft 365 Copilot di Android
Nak urus dokumen, kira bajet, buat presentation, atau scan fail penting? Tak perlu buka banyak app. Dengan Microsoft 365 Copilot, semua fungsi penting ada dalam satu tempat.

🔹 Word – Tulis & edit dokumen profesional
🔹 Excel – Kira bajet, susun data, buat jadual kerja
🔹 PowerPoint – Reka slaid pembentangan yang kemas & menarik
🔹 Scanner & PDF Reader – Imbas dokumen fizikal, tandatangan digital, baca & tukar fail PDF
🔹 Sync dengan OneDrive – Semua fail disimpan selamat & boleh akses dari mana-mana peranti
🔹 AI Copilot – Pembantu pintar yang boleh bantu tulis, ringkaskan, jawab soalan & cadangkan idea

Masih guna di PC/Laptop? Ini 5 perkara yang anda perlu tahu 👇
17/07/2025

Masih guna di PC/Laptop? Ini 5 perkara yang anda perlu tahu 👇

Address


Telephone

+601110014940

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Azcom Solution posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share