KAFA Terengganu

KAFA Terengganu Ruangan Media Interaktif KAFA Terengganu

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada semua Warga Pengajar Kelas KAFA. Segala khilaf moho...
20/03/2026

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada semua Warga Pengajar Kelas KAFA. Segala khilaf mohon dimaafkan, segala jasa dikenang selamanya."

Ketupat rendang juadah di meja,
Makan bersama di hari mulia;
Ikhlas ucapan buat rakan sekerja,
Semoga Syawal penuh bahagia.

Tulus ikhlas,
Warga KAFA Terengganu πŸŒ™βœ¨
(21 Mac 2026 / 1 Syawal 1447 H)

KUNJUNG HORMAT KEMAS TERENGGANU KE YAYASAN ISLAM TERENGGANU (YIT)KUALA TERENGGANU, 9 Mac 2026 – Satu sesi kunjungan horm...
09/03/2026

KUNJUNG HORMAT KEMAS TERENGGANU KE YAYASAN ISLAM TERENGGANU (YIT)

KUALA TERENGGANU, 9 Mac 2026 – Satu sesi kunjungan hormat daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Terengganu ke Yayasan Islam Terengganu telah berlangsung dengan jayanya hari ini.

Pertemuan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Tingkat 10, Menara Yayasan Islam Terengganu ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi dalam memperkasakan agenda pembangunan komuniti dan pendidikan di negeri ini.

Rombongan KEMAS Terengganu yang terdiri daripada 3 orang wakil telah diketuai oleh Encik Suhairy bin Abdul Ghani, Penolong Pengarah Kanan Unit Pembangunan Komuniti & Kemahiran.

Kehadiran delegasi telah disambut mesra oleh Haji Habibiee bin Hamzah, Ketua Penolong Pengarah KAFA, selaku wakil pihak Yayasan Islam Terengganu.

Semoga kunjungan ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak kolaborasi impak tinggi pada masa akan datang! 🀝✨





25/02/2026

Daerah Terbaik UPKK 2025
Daerah Setiu

25/02/2026

Calon 9A Tahun 2025, 2,547 orang meningkat berbanding 1,488 orang pada Tahun 2024

25/02/2026

Kelulusan 100% dengan 0 calon Mendapat Semua D

25/02/2026

TAHNIAH!!!
2,547 Orang Calon UPKK Negeri Terengganu Mendapat
Keputusan 9A

Alhamdulillah, Nantikan berdebaran πŸ“’ PENGUMUMAN RASMI KEPUTUSAN UPKK 2025, pastinya...besar harapan semua....semoga semu...
25/02/2026

Alhamdulillah, Nantikan berdebaran πŸ“’ PENGUMUMAN RASMI KEPUTUSAN UPKK 2025, pastinya...besar harapan semua....semoga semua calon seluruh Negeri Terengganu beroleh kejayaan cemerlangπŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°

πŸ“’ PENGUMUMAN RASMI KEPUTUSAN UPKK 2025

Alhamdulillah, penantian yang dinanti bakal tiba!

Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2025 akan diumumkan pada:

πŸ—“ 25 Februari 2026 (Rabu)
⏰ Jam 10.00 pagi

Calon dan ibu bapa boleh membuat semakan rumusan keputusan secara dalam talian bermula jam 12.00 tengah hari melalui pautan:
🌐 https://semakan.islam.gov.my/

Semakan boleh dibuat menggunakan:
βœ”οΈ No. MyKid / No. Kad Pengenalan Khas; dan
βœ”οΈ Nombor Angka Giliran

Slip keputusan p**a boleh diperoleh di sekolah masing-masing bermula 26 Februari 2026 (Khamis) mengikut ketetapan masa yang ditentukan oleh pihak sekolah.

Semoga segala usaha, doa dan pengorbanan sepanjang pembelajaran diberkati dan membuahkan kejayaan yang membanggakan.

Tahniah kepada semua calon UPKK 2025!






18/02/2026

Niat Puasa Ramadan

𝑴𝑨𝒁𝑯𝑨𝑩 𝑨𝑳-𝑺𝒀𝑨𝑭𝑰𝑰𝑬
Wajib berniat puasa pada setiap malam Ramadan kerana ia adalah ibadah yang bersendiri (mustaqil) yang tidak terikat antara satu sama lain.

𝗠𝗔𝗭𝗛𝗔𝗕 π—”π—Ÿ-π— π—”π—Ÿπ—œπ—žπ—œ
Seseorang itu diharuskan niat puasa sebulan pada malam Ramadan yang pertama dan tidak wajib berniat setiap malam.

π—£π—”π—‘π——π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—¦π—˜π—•π—”π—›π—”π—šπ—œπ—”π—‘ π—¨π—Ÿπ—”π— π—” 𝗠𝗔𝗭𝗛𝗔𝗕 π—¦π—¬π—”π—™π—œπ—œπ—˜
Boleh berpegang pada pendapat mazhab Maliki dalam hal ini sebagai langkah berjaga-jaga dan dalam masa yang sama tetap wajib berniat pada setiap malam Ramadan.

Malam ini, jangan lupa niat ya!







17/02/2026
Selamat Kembali Ke Sekolah, Adik-adik........
11/01/2026

Selamat Kembali Ke Sekolah, Adik-adik........

17/11/2025

Address

Kampong Kuala Setiu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KAFA Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share