Pejabat Perikanan Negeri Melaka

  • Home
  • Pejabat Perikanan Negeri Melaka

Pejabat Perikanan Negeri Melaka Halaman Rasmi Pejabat perikanan negeri Melaka, Peneraju transformasi perikanan mampan dan berdaya saing.

๐’๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐๐ข๐จ๐Ÿ๐ฅ๐จ๐œ ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐’๐จ๐ฅ๐š๐ซ ๐ƒ๐š๐ง ๐ˆ๐จ๐“: ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐š ๐“๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐ฎ๐ข ๐“๐ž๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ข๐ค๐š๐ง๐š๐ง ๐๐ข๐ง๐ญ๐š๐ซ๐€๐‹๐Ž๐‘ ๐†๐€๐‰๐€๐‡, ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐€๐๐‘๐ˆ๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Industri aku...
15/04/2026

๐’๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐๐ข๐จ๐Ÿ๐ฅ๐จ๐œ ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐’๐จ๐ฅ๐š๐ซ ๐ƒ๐š๐ง ๐ˆ๐จ๐“: ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐š ๐“๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐ฎ๐ข ๐“๐ž๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ข๐ค๐š๐ง๐š๐ง ๐๐ข๐ง๐ญ๐š๐ซ

๐€๐‹๐Ž๐‘ ๐†๐€๐‰๐€๐‡, ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐€๐๐‘๐ˆ๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Industri akuakultur Negeri Melaka melangkah ke era digital dengan pelancaran projek ternakan ikan tilapia sistem biofloc yang menggunakan teknologi solar serta kawalan Internet Kebendaan (IoT) sepenuhnya.

Lawatan kerja Ketua Menteri Melaka ke PE AGRO yang mana ianya merupakan sebuah projek akuakultur moden yang menjadi perintis dalam penggunaan teknologi pintar bagi ternakan ikan tilapia di Negeri Melaka. Projek ini terletak di Pulau Sebang (berdekatan sempadan Alor Gajah dan Tampin) dan telah menarik perhatian kepimpinan negeri sebagai model Pertanian Pintar (Smart Farming).

Projek ini menggabungkan tiga elemen teknologi utama yang menjadikannya unik di kawasan tersebut:
1. Sistem Ternakan Biofloc:
โ€ข Menggunakan teknologi mikroorganisma untuk menukar sisa buangan (ammonia) menjadi protein (makanan ikan).
โ€ข Menjimatkan penggunaan air kerana air tidak perlu kerap ditukar, sekaligus mengurangkan risiko pencemaran alam sekitar.
2. Tenaga Boleh Baharu (Solar):
โ€ข Keseluruhan sistem operasi, termasuk pam udara (aerator) dan penderia IoT, dikuasakan oleh panel solar.
โ€ข Ini mengurangkan kebergantungan kepada grid elektrik nasional dan meminimumkan kos operasi jangka panjang.
3. Kawalan Internet Kebendaan (IoT):
โ€ข Pemantauan kualiti air (pH, suhu, oksigen terlarut) dilakukan sepenuhnya secara masa nyata melalui aplikasi telefon pintar.
โ€ข Sistem ini membolehkan pengusaha menguruskan kolam dari jarak jauh, memastikan kecekapan tinggi dalam pengeluaran.

Projek perintis ini menggunakan teknologi biofloc yang dikenali sebagai sistem mesra alam kerana keupayaannya mengitar semula sisa buangan menjadi makanan ikan, sekaligus mengurangkan penggunaan air. Keistimewaan projek ini terletak pada:
โ€ข Sistem Tenaga Solar: Keseluruhan operasi elektrik tapak ternakan dijana melalui panel solar, mengurangkan kos operasi dan jejak karbon.
โ€ข Kawalan & Pemantauan IoT: Pengurusan kualiti air, sistem pengudaraan, dan pemberian makanan dilakukan secara automatik menerusi penderia IoT yang boleh dipantau melalui telefon pintar secara masa nyata.

Siri lawatan ini dihadiri oleh barisan kepimpinan utama bagi memastikan penyelarasan projek berjalan lancar, antaranya:
โ€ข Ketua Menteri Melaka, yang mengetuai tinjauan teknikal di tapak projek.
โ€ข YB V. P. Shanmugam (ADUN Kawasan Gadek), yang turut menyokong inisiatif pembangunan di kawasan setempat.
โ€ข Yang Berusaha Haji Saufi Affandi bin Talib (Pengarah Perikanan Negeri Melaka), sebagai penggerak utama teknikal jabatan.

Kesan Kepada Sosioekonomi
Selain daripada pelepasan benih ikan asli yang giat dijalankan sebelum ini untuk perairan umum, pengenalan sistem biofloc komersial ini dijangka akan:
1. Menstabilkan bekalan ikan tilapia di pasaran tempatan.
2. Membuka peluang pekerjaan berasaskan teknologi kepada belia luar bandar.
3. Menjadikan Melaka sebagai hab kecemerlangan teknologi perikanan moden di Malaysia.

Sebagai langkah proaktif masa hadapan,pengusaha memanfaatkan sisa air ternakan melalui sistem pengairan bersepadu bagi menyokong pertumbuhan tanaman lada hitam dan tanaman kontan, sekaligus mewujudkan ekosistem pertanian lestari yang sifar pembaziran

Langkah ini dilihat selari dengan pengurusan sumber perikanan negeri yang sistematik, sebagaimana kejayaan program pelepasan 110,000 benih ikan di Sungai Gadek dan Tasik Chin Chin baru-baru ini.







๐Ÿ๐Ÿ๐ŸŽ ๐‘๐ˆ๐๐” ๐๐„๐๐ˆ๐‡ ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐€๐’๐‹๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐‹๐„๐๐€๐’๐Š๐€๐, ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐Š๐„๐‹๐„๐’๐“๐€๐‘๐ˆ๐€๐ ๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐€๐’๐ˆ๐Š ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€๐†๐€๐ƒ๐„๐Š, ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐€๐๐‘๐ˆ๐‹ โ€“ Usaha mengekalkan p...
14/04/2026

๐Ÿ๐Ÿ๐ŸŽ ๐‘๐ˆ๐๐” ๐๐„๐๐ˆ๐‡ ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐€๐’๐‹๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐‹๐„๐๐€๐’๐Š๐€๐, ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐Š๐„๐‹๐„๐’๐“๐€๐‘๐ˆ๐€๐ ๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐€๐’๐ˆ๐Š ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€

๐†๐€๐ƒ๐„๐Š, ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐€๐๐‘๐ˆ๐‹ โ€“ Usaha mengekalkan pop**asi ikan asli di perairan umum Negeri Melaka terus diperkasakan melalui Program Pelepasan Benih Ikan Asli yang menyaksikan sebanyak 110,000 ekor benih ikan yang terdiri daripada 100,000 ekor benih ikan Lampam Sungai dan 10,000 ekor benih ikan Baung Sungai telah dilepaskan ke habitat asal.

Program yang berlangsung dengan jayanya ini memfokuskan kepada dua lokasi utama iaitu Sungai Gadek dan Tasik Chin Chin. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan kelestarian sumber perikanan darat dan menyokong ekosistem perairan negeri.

Program yang berlangsung seawal 7.00 pagi ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Muhamad Akmal bin Saleh, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Turut hadir memberi sokongan dalam menjayakan program ini ialah YB Datuk VP Shanmugam, ADUN Kawasan Gadek dan Yang Berusaha Haji Saufi Affandi bin Talib, Pengarah Perikanan Negeri Melaka. Program pelepasan benih ke perairan umum ini juga diadakan sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Gadek, Alor Gajah, Melaka.

Daripada jumlah keseluruhan 110,000 ekor benih yang diperuntukkan oleh Jabatan Perikanan Negeri Melaka, sebanyak 55,000 ekor telah dilepaskan di Sungai Gadek dan selebihnya 55,000 ekor lagi telah dilepaskan di Tasik Chin Chin. Aktiviti di tasik tersebut turut melibatkan penyertaan aktif daripada komuniti nelayan setempat, yang menjadi tulang belakang kepada aktiviti perikanan darat di kawasan berkenaan.

Langkah ini dijangka dapat meningkatkan hasil tangkapan nelayan sungai pada masa hadapan selain menjamin ketersediaan sumber protein asli buat rakyat Melaka.







Assalamuโ€™alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.Seluruh warga Pejabat Perikanan Negeri Melaka ingin meng...
19/03/2026

Assalamuโ€™alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Seluruh warga Pejabat Perikanan Negeri Melaka ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam, khasnya buat seluruh rakyat Negeri Melaka.

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi atas nikmat Syawal yang mulia ini setelah sebulan kita berpuasa. Semoga Aidilfitri ini mengeratkan lagi silaturahim sesama kita dan membawa keberkatan, kebahagiaan, serta kedamaian yang berpanjangan.

Di kesempatan ini juga, pihak jabatan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak, terutamanya golongan sasar jabatan seperti komuniti nelayan, penternak akuakultur, myKP, myAP, KJP yang terus memberikan sokongan penuh dalam melestarikan sektor perikanan di negeri ini.

Berhati-hatilah semasa memandu atau ketika p**ang ke kampung halaman. Sampaikan salam aidilfitri kami buat keluarga tersayang.






MAKLUMAN BERKENAAN SIARAN AKHBAR BERKAITAN TAMAN LAUTTaman Laut Negeri Melaka Diperkasa Sebagai Zon Konservasi dan Ekope...
29/07/2025

MAKLUMAN BERKENAAN SIARAN AKHBAR BERKAITAN TAMAN LAUT

Taman Laut Negeri Melaka Diperkasa Sebagai Zon Konservasi dan Ekopelancongan Laut Selat Melaka

Melaka, 29 Julai 2025 โ€“ Jabatan Perikanan Negeri Melaka menegaskan komitmennya dalam memperkukuh pengurusan dan kemudahan di Taman Laut Negeri Melaka ke arah menjadikan kawasan ini sebagai ikon pemuliharaan biodiversiti marin dan destinasi pelancongan lestari di perairan barat Semenanjung Malaysia.

Taman Laut Negeri Melaka yang merangkumi Pulau Undan, Pulau Nangka dan Pulau Dodol telah diwartakan secara rasmi sebagai Taman Laut Negara pada 4 April 2023 oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di bawah peruntukan Seksyen 41, Akta Perikanan 1985 (Akta 317). Pewartaan ini meliputi kawasan sejauh satu batu nautika dari pesisir setiap p**au, yang kaya dengan nilai ekologi dan kepelbagaian hidupan marin.

Hasil kajian Jabatan Perikanan Malaysia menunjukkan kawasan ini dihuni lebih 260 spesies termasuk batu karang dari genus Acropora, Porites dan Goniopora serta ikan terumbu seperti ikan bayan dan ikan inggu โ€“ menjadikan kawasan ini berpotensi tinggi untuk tujuan pemuliharaan dan pendidikan marin.

Menurut Tuan Haji Saufi Affandi Talib, Pengarah Perikanan Negeri Melaka:

โ€œTaman Laut Negeri Melaka bukan sahaja menyumbang kepada konservasi biodiversiti marin tetapi juga memperkasa pembangunan ekonomi tempatan melalui pelancongan yang terkawal. Jabatan akan terus memastikan kemudahan awam dan keselamatan pengunjung ditambah baik dari semasa ke semasa.โ€

Sebagai sebahagian daripada usaha penambahbaikan kemudahan awam, kerja-kerja pengalihan dan penyusunan semula struktur pontoon lama di Pulau Nangka sedang giat dijalankan bagi memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan keselesaan pengunjung terus terpelihara. Langkah ini turut membuka ruang kepada penyediaan reka bentuk kemudahan baharu yang lebih sesuai dengan keperluan ekopelancongan dan alam sekitar marin.

Jumlah kehadiran pelawat juga menunjukkan perkembangan positif, dengan peningkatan ketara daripada 1,549 orang pada tahun 2023 kepada 3,483 orang pada tahun 2024. Aktiviti pelancongan seperti snorkeling, selaman skuba dan riadah pantai dijalankan secara terkawal dan hanya melalui bot berdaftar bagi menjamin keselamatan serta pemeliharaan sumber marin.

MAKLUMAN PEJABAT PERIKANAN NEGERI MELAKA MENGALAMIGANGGUAN PERKHIDMATAN TALIAN TELEFON & FAKSIMILIPEJABAT PERIKANAN NEGE...
17/07/2025

MAKLUMAN PEJABAT PERIKANAN NEGERI MELAKA MENGALAMI
GANGGUAN PERKHIDMATAN TALIAN TELEFON & FAKSIMILI
PEJABAT PERIKANAN NEGERI MELAKA ingin memaklumkan
terdapat masalah capaian talian telefon dan faks di lokasi Pejabat Perikanan Negeri Melaka, Batu Berendam. Pihak Jabatan sedang dalam
usaha mempercepatkan proses pembaikian dan memohon maaf
atas sebarang kesulitan.
Sebagai alternatif pihak tuan/puan boleh menghubungi lokasi
berikut melalui emel seperti yang tertera di
dalam poster hebahan.
Harap maklum.

๐Ÿ“ŒPELEPASAN IKAN ASING TANPA KELULUSAN:  JABATAN PERIKANAN MELAKA AMBIL LANGKAH KAWAL SELIA DAN KESEDARANPejabat Perikana...
05/06/2025

๐Ÿ“ŒPELEPASAN IKAN ASING TANPA KELULUSAN: JABATAN PERIKANAN MELAKA AMBIL LANGKAH KAWAL SELIA DAN KESEDARAN

Pejabat Perikanan Negeri Melaka telah menjalankan tindakan pemantauan dan siasatan terhadap dua insiden berasingan melibatkan pelepasan spesies ikan asing ke dalam perairan umum di negeri ini tanpa kebenaran atau rujukan kepada pihak berkuasa perikanan.

Insiden pertama berlaku pada 27 Mei 2025 di Lombong Kesang Pajak, Jasin, di mana sebanyak 50 ekor ikan tilapia merah (Oreochromis sp.) bersaiz sekitar 2 inci telah dilepaskan oleh orang awam dengan tujuan menambah stok ikan untuk aktiviti memancing. Hasil siasatan mendapati pelepasan ini dilakukan tanpa makluman kepada Pejabat Perikanan Negeri, dan kawasan pelepasan berpotensi berhubung dengan sistem sungai semasa musim banjir.

Insiden kedua p**a direkodkan pada 28 Mei 2025 di kawasan Paya Setokok, Sungai Udang Jaya, Melaka Tengah, sempena program pertandingan memancing anjuran komuniti setempat di bawah inisiatif "Wakil Rakyat Untuk Rakyat" (WRUR). Sebanyak 60 kilogram ikan keli Afrika (Clarias gariepinus), dianggarkan sekitar 400 ekor, telah dilepaskan ke dalam tali air sepanjang 130 meter. Walaupun penganjur telah membina sekatan sementara bagi mengekang pergerakan ikan ke luar kawasan, risiko penyebaran ke perairan semulajadi tetap wujud.

Kedua-dua spesies yang dilepaskan dikenalpasti sebagai ikan asing yang boleh memberikan implikasi negatif kepada ekosistem tempatan seperti menjejaskan kelangsungan spesies asli, mengubah rantaian makanan, dan menyebabkan ketidakseimbangan biodiversiti perairan.

Pihak Jabatan Perikanan Negeri Melaka telah mengambil langkah segera termasuk sesi libat urus dengan pihak-pihak terlibat bagi memberi penerangan tentang impak biologi dan perundangan berkaitan pelepasan spesies asing ke perairan awam. Kempen kesedaran turut dilaksanakan agar pelaku dan penganjur dapat membantu dalam penyampaian maklumat kepada masyarakat setempat tentang bahaya spesies ikan asing terhadap sumber perikanan negara.

Jabatan Perikanan Negeri Melaka ingin mengingatkan bahawa sebarang aktiviti pelepasan ikan ke dalam perairan awam perlu mendapat khidmat nasihat serta kelulusan terlebih dahulu daripada Jabatan. Hal ini penting bagi memastikan tindakan yang diambil tidak menjejaskan kelestarian sumber asli dan biodiversiti negara.

Jabatan akan terus mempertingkat pengawasan, memperkukuh aspek kawal selia, serta memperluas program pendidikan dan kesedaran awam mengenai ancaman spesies asing. Kerjasama semua pihak termasuk komuniti, penganjur, agensi kerajaan dan swasta amat diperlukan untuk memastikan sumber perikanan kekal lestari dan terpelihara untuk generasi masa hadapan.

PROGRAM MEMBURU IKAN ASING PERINGKAT NEGERI MELAKA 202529 Mei 2025 l KHAMISSungai Baharu, Masjid Tanah: Program ini yang...
29/05/2025

PROGRAM MEMBURU IKAN ASING PERINGKAT NEGERI MELAKA 2025

29 Mei 2025 l KHAMIS

Sungai Baharu, Masjid Tanah: Program ini yang dihadiri seramai 70 orang peserta terdiri daripada nelayan darat, orang awam, badan bukan kerajaan iaitu Skuad Pemburu Ikan Asing (SPIA) dan kakitangan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), serta Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Melaka (JPS) yang terlibat secara langsung dalam membantu menjayakan program hari ini untuk menerapkan kesedaran terhadap ancaman ikan asing (IAS) yang semakin berleluasa.

Sehubungan dengan itu Pejabat Perikanan Negeri Melaka telah mengadakan satu program memburu ikan asing bagi memastikan kemaslahatan ekosistem perairan Sungai Baharu terus terjaga serta mengurangi pop**asi ikan asing.

Pelbagai spesis ikan asing yg terdiri dari lampam jawa, keli afrika, tilapia hitam, dan ikan bandaraya, berjaya didaratakan dengan bantuan pasukan Skuad Pemburu Ikan Asing (SPIA) dan komuniti nelayan darat setempat dengan jumlah pendaratan sebanyak 737kg.

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, punca utama ekosistem perairan setempat musnah adalah berpunca dari kehadiran species yang mempunyai kadar ketahanan hidup yg sangat tinggi, senang membiak dan cepat membesar serta kurang atau tiada pemangsa terhadap species tersebut.

Turut hadir sama dalam program ini ialah YB Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman bin Md Ali selaku ADUN Lendu.

Diharapkan dengan program sebegini yang dapat memberi kesedaran kepada orang awam terhadap kesan dari kehadiran species asing ini yang lebih membawa kesan buruk terhadap ekosistem perairan kita.

30/09/2024
30/09/2024

MERLIMAU, 30 September - Rentetan pengumuman Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) tiada lagi larangan penuaian dan penjualan kerang-kerangan di perairan Melaka pada

JOM MAKAN KUPANG DAN KERANG..!!!Ujirasa secara PERCUMA..Pada : 29.September.2024 (Ahad)Jam : 8.00pagi - 12.00tengahariTe...
26/09/2024

JOM MAKAN KUPANG DAN KERANG..!!!
Ujirasa secara PERCUMA..

Pada : 29.September.2024 (Ahad)
Jam : 8.00pagi - 12.00tengahari
Tempat : Pasar Tani Merlimau, Jasin

Anda semua dijemput hadir.. โ˜บ๏ธ

Selamat Hari Kebangsaan yang ke-67! Semoga semangat kemerdekaan terus menyala di dalam hati setiap rakyat Malaysia. Peng...
30/08/2024

Selamat Hari Kebangsaan yang ke-67!

Semoga semangat kemerdekaan terus menyala di dalam hati setiap rakyat Malaysia.

Pengarah dan seluruh warga kerja Pejabat Perikanan Negeri Melaka ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Mari kita bersama-sama menghayati makna kemerdekaan dan terus berusaha untuk memajukan negara kita yang tercinta.

"Malaysia Madani, Jiwa Merdeka"

Merdeka! Merdeka! Merdeka!"






Address

Pejabat Perikanan Negeri Melaka

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Perikanan Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Perikanan Negeri Melaka:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share