13/06/2026
π ππ¦πππ π§ππ’π₯ππ€ πππ‘ πππ¬ππ π§ππ‘π§ππ₯π πππ₯ππ§ πππ₯ππ¦π π, π£ππ₯ππ¨ππ¨π πͺππ₯ππ¦ππ‘ ππ¦πππ πππ‘ π¦πππ¦πππ πͺππ₯ππ π§ππ‘π§ππ₯π πππ₯ππ§
KUALA LUMPUR, 12 Jun 2026 - Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datoβ Khairul Azmizal bin Ahmad Natal, hadir ke Majlis Perasmian Naik Taraf Masjid Thoriq bin Ziyad Tentera Darat dan Program Forum Perdana Tentera Darat Tahun 2026 yang telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Azhan bin Haji Md Othman, bertempat di Masjid Thoriq bin Ziyad, Kem Perdana Sungai Besi, hari ini. Majlis tersebut diadakan bersempena Sambutan Hari Tentera Darat ke-93 sebagai simbol pengukuhan nilai kerohanian, ilmu dan kesatuan warga Tentera Darat.
Program ini bertujuan menzahirkan komitmen Tentera Darat bukan sahaja untuk menyediakan kemudahan ibadah yang lebih selesa tetapi juga akan menjadi tempat percambahan ilmu, peningkatan dan pengukuhan aktiviti kemasyarakatan, sosial dan pengukuhan ikatan ukhuwah dan silaturahim sesama umat Islam dan masyarakat setempat.
Terdahulu, majlis dimulakan dengan sesi taklimat naik taraf masjid oleh Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP), Markas ATM, disusuli gimik menandatangani plak perasmian oleh Panglima Tentera Darat serta tayangan montaj projek naik taraf sebelum lawatan ke lokasi naik taraf Masjid Thoriq bin Ziyad Tentera Darat.
Masjid Thoriq bin Ziyad Tentera Darat mempunyai sejarah panjang yang bermula pada tahun 1981 melalui pembinaan Madrasah Al-Jundiah di Kem Sungai Besi. Pembinaan awalnya menelan kos RM1.8 juta dan telah dirasmikan pada 26 Ogos 1983 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustaβin Billah, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-7. Pada 6 Mei 2015, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengiktiraf institusi ini sebagai surau yang dibenarkan untuk mendirikan Solat Jumaat kerana mampu menampung sekitar 1,200 jemaah seiring pertukaran nama kepada Masjid Angkatan Tentera.
Seterusnya, cadangan penukaran nama kepada Masjid Thoriq bin Ziyad Tentera Darat telah diluluskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Panglima Tentera Darat Siri 1/2021 dan diperakukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Panglima-Panglima Ke-466 bagi mengabadikan nama tokoh panglima Islam yang melambangkan keberanian, kepimpinan dan semangat juang.
Projek naik taraf masjid ini telah dilaksanakan bermula 19 September 2024 dan siap sepenuhnya pada 25 Julai 2025 dengan kos keseluruhan RM5,311,164.00. Skop kerja meliputi naik taraf bahagian luar masjid, ruang solat, kemudahan dalaman serta kemudahan sokongan yang kini mampu memuatkan anggaran 1700 jemaah. Kemuncak majlis turut diserikan dengan Forum Perdana bertemakan βKemahuan Untuk Menang: Pemangkin Keperkasaan Tentera Daratβ yang menghimpunkan seramai 600 warga Tentera Darat di sini.
Hadir sama, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datoβ Mohamad Suria bin Mohamad Saad; Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Datoβ Ahmad bin Abu Bakar; Panglima 10 Briged (Para), Mej Jen Datuk Khairul Anwar bin Soib; Panglima 4 Divisyen, Mej Jen Haji Mohd Shauari bin Haji Mat Piah serta pegawai dan anggota Tentera Darat sekitar Lembah Klang.
- Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat