Hospital Kota Tinggi Johor - HKT

  • Home
  • Hospital Kota Tinggi Johor - HKT

Hospital Kota Tinggi Johor - HKT HOSPITAL BERASPIRASI TINGGI, KEBANGGAAN KAMI

04/06/2026

đźš« CIRI-CIRI PEMBULI DI TEMPAT KERJA

Di sekolah ada pembuli, apatah lagi di tempat kerja. Kadang-kadang pembuli bukanlah orang yang paling garang atau paling lantang. Mereka mungkin nampak baik di hadapan orang tertentu, tetapi menyakiti orang lain di belakang tabir.

⚠️ Antara tanda-tanda yang perlu diberi perhatian:
âś… S**a merendahkan orang lain
âś… Mengumpat dan melaga-lagakan rakan sekerja
âś… Menyalahgunakan kuasa atau senioriti
âś… Pilih kasih dan pilih bulu
âś… Sentiasa mencari kesalahan kecil orang lain
âś… Bersikap manipulatif
âś… Menakut-nakutkan orang daripada bersuara
âś… Tidak menghormati rehat dan kesihatan staf
âś… Memencilkan atau memulaukan seseorang

đź’” Kesan kepada mangsa:
• Tekanan dan stres berpanjangan
• Hilang keyakinan diri
• Takut datang bekerja
• Anxiety dan burnout
• Merasakan diri tidak berguna walaupun sebenarnya rajin dan berprestasi

🌱 Ingatlah, tempat kerja adalah tempat mencari rezeki, membina kerjaya dan bekerjasama, bukannya medan menjatuhkan maruah orang lain.

Rasulullah SAW bersabda:
"Seorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Dia tidak menzaliminya dan tidak membiarkannya dizalimi."
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

🤝 Jadilah rakan sekerja yang menyokong, menghormati dan membantu antara satu sama lain.

Orang yang benar-benar kuat tidak perlu menjatuhkan orang lain untuk nampak hebat.








04/06/2026
27/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Korban. Aidiladha mengajar kita tentang erti keikhlasan, kesabaran, dan ketaatan. Semoga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS menjadi inspirasi dalam kehidupan kita seharian

MAJLIS SESI PENYERAHAN MOCK CHEQUE SUMBANGAN BILIK PANTRI HOSPITAL KOTA  TINGGI Penyerahan Replika Cek oleh YANG BERHORM...
22/05/2026

MAJLIS SESI PENYERAHAN MOCK CHEQUE SUMBANGAN BILIK PANTRI HOSPITAL KOTA TINGGI

Penyerahan Replika Cek oleh YANG BERHORMAT TUAN AZNAN BIN TAMIN , PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN & PENERANGAN NEGERI JOHOR, MERANGKAP, ADUN TANJUNG SURAT.

Inisiatif Bantuan Pantri di bawah Belanjawan Johor 2026 adalah inisiatif murni yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Johor demi membela kebajikan warga kesihatan.

Objektif :-

• Menjaga kebajikan dan melindungi keperluan asas para petugas barisan hadapan kita.
• Meningkatkan keselesaan dengan menyediakan ruang rehat yang kondusif.
• Menaik taraf kemudahan serta memperbaharui kelengkapan fizikal di dalam bilik pantri hospital.
• Membantu mengurangkan tekanan kerja seterusnya meningkatkan produktiviti melalui persekitaran rehat yang lebih tenang.

Sesungguhnya, sumbangan ini menjadi bukti nyata komitmen berterusan Kerajaan Negeri Johor dalam menghargai pengorbanan sektor kesihatan awam demi kesejahteraan Bangsa Johor.

Semoga sumbangan daripada Kerajaan Negeri Johor di bawah Belanjawan Johor 2026 ini dapat menyuntik semangat baharu serta memberikan keselesaan yang terbaik buat seluruh warga kerja hospital dalam menabur bakti demi Bangsa Johor.

MAKLUMAN KEROSAKAN TALIAN TELEFONDimaklumkan bahawa talian telefon di Hospital Kota Tinggi, Johor sedang mengalami keros...
18/05/2026

MAKLUMAN KEROSAKAN TALIAN TELEFON

Dimaklumkan bahawa talian telefon di Hospital Kota Tinggi, Johor sedang mengalami kerosakan/ masalah teknikal. Ketika ini, hanya satu (1) talian yang boleh digunakan untuk menerima panggilan masuk dan membuat panggilan keluar.

Dimaklumkan juga bahawa talian ini tidak boleh membuat sambungan ke Unit - Unit di Hospital Kota Tinggi seperti biasa.

Sehubungan dengan itu, sila hubungi talian sementara di
07 - 882 1131 sehingga talian telefon diperbaiki; atau boleh emelkan (surat/ hebahan/ makluman/ pertanyaan) ke emel [email protected]

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Selamat Hari Jururawat Sedunia.Khas buat semua Jururawat Hospital Kota Tinggi. Terima kasih, anda kebangaan kami.
12/05/2026

Selamat Hari Jururawat Sedunia.
Khas buat semua Jururawat Hospital Kota Tinggi. Terima kasih, anda kebangaan kami.

1. Tawaran ini dipelawa kepada kontraktor – kontraktor tempatan yang berdaftar dengan yang berdaftar dengan pusat khidma...
30/04/2026

1. Tawaran ini dipelawa kepada kontraktor – kontraktor tempatan yang berdaftar dengan yang berdaftar dengan pusat khidmat kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan CIDB Malaysia dalam kelas yang berkaitan bagi sebutharga berikut

2. Kehadiran ke sesi taklimat/ lawatan tapak adalah diwajibkan dan akan diberikan Dokumen Sebut Harga dan seterusnya layak untuk memasuki tawaran sebut harga ini. Kontraktor dikehendaki membawa SALINAN Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (CIDB), Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Sijil Pematuhan Cukai (TCC) semasa sesi taklimat dan lawatan tapak.

3. Dokumen Sebut Harga yang lengkap diisi hendaklah dilakri serta ditulis Sebut Harga dan nombor tawaran di sudut atas sebelah kiri sampul surat. Dokumen Sebut Harga hendaklah dialamatkan dan dimasukan ke dalam Peti Sebut Harga di Unit pentadbiran Hospital Kota Tinggi. HANYA PENAMA dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor (CIDB) sahaja dibenarkan untuk menghadiri taklimat tapak dan mendapatkan dokumen Sebut Harga (wakil/ surat wakil kuasa adalah TIDAK DIBENARKAN.)

4. Hospital Kota Tinggi tidak terikat untuk menerima tawaran harga tertinggi dan sebarang bantahan tidak akan dilayan. Keputusan Sebut Harga adalah MUKTAMAD.

5. Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai berikut:-

Pn Nurshahila binti Abdul Rahman 07-8831131 ext 280
Pn Sharipah Noraini binti Syed Abdullah 07-8831131 ext 230

SH / K / HKT – 01 / 2026TAWARAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN SISTEM AIR PANAS DI BANGUNAN KENANGA SERTA LAIN-LAIN KERJA YANG BE...
17/04/2026

SH / K / HKT – 01 / 2026
TAWARAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN SISTEM AIR PANAS DI BANGUNAN KENANGA SERTA LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN DI HOSPITAL KOTA TINGGI, JOHOR

Tawaran ini dipelawa kepada kontraktor bumiputera dan bukan bumiputera yang berdaftar dengan pusat khidmat kontraktor (PKK) dan CIDB Malaysia dalam kelas yang berkaitan bagi sebutharga berikut:

2. Kehadiran ke sesi taklimat/ lawatan tapak adalah diwajibkan dan akan diberikan Dokumen Sebut Harga dan seterusnya layak untuk memasuki tawaran sebut harga ini. Kontraktor dikehendaki membawa SALINAN Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (CIDB), Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Sijil Pematuhan Cukai (TCC) semasa sesi taklimat dan lawatan tapak.

3. Dokumen Sebut Harga yang lengkap diisi hendaklah dilakri serta ditulis Sebut Harga dan nombor tawaran di sudut atas sebelah kiri sampul surat. Dokumen Sebut Harga hendaklah dialamatkan dan dimasukan ke dalam Peti Sebut Harga di Unit pentadbiran Hospital Kota Tinggi. HANYA PENAMA dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor (CIDB) sahaja dibenarkan untuk menghadiri taklimat tapak dan mendapatkan dokumen Sebut Harga (wakil/ surat wakil kuasa adalah TIDAK DIBENARKAN.)

17/04/2026

⏱️ Tak perlu lama, cukup 1 jam bersama.

Jadikan 1 Hour Johor Clean Up sebagai masa berkualiti bersama keluarga sambil melindungi mereka daripada bahaya denggi.

Jom sertai!

đź“… 18 April 2026 I Sabtu
⏰ 9.00 – 10.00 pagi
📍Premis masing-masing



01/04/2026

MAKLUMAN KEROSAKAN/ GANGGUAN TALIAN TELEFON
HOSPITAL KOTA TINGGI, JOHOR

Dimaklumkan bahawa talian telefon di Hospital Kota Tinggi masih mengalami masalah teknikal dan sedang dalam pembaikan. Buat masa ini, hanya satu (1) talian yang boleh digunakan
untuk menerima panggilan masuk dan membuat panggilan keluar.

Dimaklumkan juga bahawa talian ini tidak boleh membuat sambungan ke Unit – Unit seperti biasa.

Sila hubungi talian sementara

07 – 882 1131

sehingga talian asal diperbaiki.

Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN PENGURUSAN
HOSPITAL KOTA TINGGI

Address

Jalan Tun Habab Kota Tinggi

81900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Kota Tinggi Johor - HKT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Hospital Kota Tinggi Johor - HKT:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share