JKKP / DOSH Kedah

  • Home
  • JKKP / DOSH Kedah

JKKP / DOSH Kedah Standard Setting, Enforcement and Promotional and Advisory services in Occupational Safety and Health

[ ππ„π‘ππˆππƒπ€π‡π€π ππ„π†π€π–π€πˆ ]Selamat Datang ke JKKP KedahSeluruh warga Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kedah (JKKP...
15/06/2026

[ ππ„π‘ππˆππƒπ€π‡π€π ππ„π†π€π–π€πˆ ]

Selamat Datang ke JKKP Kedah

Seluruh warga Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kedah (JKKP Kedah) mengucapkan selamat datang dan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Habib Khairul Hakimin bin Habib Elias atas perpindahan beliau ke JKKP Kedah.

Semoga kehadiran beliau dapat menyumbang kepada kecemerlangan perkhidmatan Jabatan serta memperkukuh lagi usaha memartabatkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Negeri Kedah.

Selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya di JKKP Kedah.

Ikhlas daripada,
Pengarah
dan
Seluruh Warga JKKP Kedah

[ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ€π‰π” π‰π€π˜π€ ]Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kedah (JKKP Kedah) merakamkan setinggi-tinggi pengharga...
15/06/2026

[ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ€π‰π” π‰π€π˜π€ ]

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kedah (JKKP Kedah) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ir. Lim Yee Tat yang telah berpindah ke Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Perlis (JKKP Perlis).

Terima kasih atas segala jasa, bakti, dedikasi dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau bersama JKKP Kedah.

Semoga terus cemerlang dan berjaya dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab di tempat baharu.

Selamat maju jaya dan terus melakar kecemerlangan.

Ikhlas daripada,
Pengarah
dan
Seluruh Warga JKKP Kedah

15/06/2026

-[Videografik Pencahayaan Selamat dan Sihat di Tempat Kerja]-

Video ini merupakan siri isu kesihatan pekerjaan yang boleh berlaku di tempat kerja. Ia bertujuan bagi meningkatkan kefahaman dan memberi maklumat kepada majikan dan pekerja berhubung pemakaian Garis Panduan KKP Untuk Pencahayaan Di Tempat Kerja 2018.

[ CERAMAH ]11 Jun 2026 – Satu ceramah bertajuk OSH (Construction Work) (Design and Management) Regulations 2024 [CDM 202...
12/06/2026

[ CERAMAH ]

11 Jun 2026 – Satu ceramah bertajuk OSH (Construction Work) (Design and Management) Regulations 2024 [CDM 2024] telah disampaikan oleh Ir. Ts. Muhammad Asyraf bin Zailudin, Penolong Pengarah dari Seksyen Kerja Bina, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kedah (JKKP Kedah).

Program ini telah berlangsung secara dalam talian melalui platform Google Meet dan dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Awam, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Sesi ini memberi pendedahan mengenai keperluan dan tanggungjawab pihak berkepentingan di bawah CDM 2024 serta kepentingan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkesan sepanjang kitaran projek pembinaan.

12/06/2026

-[Videografik Pentaksiran dan Pengurusan Risiko Psikososial di Tempat Kerja]-

Video ini merupakan siri isu kesihatan pekerjaan yang boleh berlaku di tempat kerja. Ia bertujuan bagi meningkatkan kefahaman dan memberi maklumat kepada majikan dan pekerja berhubung pemakaian Garis Panduan Pentaksiran dan Pengurusan Risiko Psikososial di Tempat Kerja 2024.

12/06/2026

-[SOROTAN SESI LIBAT URUS EAIC BERSAMA JKKP]-

YBrs. Ir. Ts. Hajah Hazlina binti Yon, Ketua Pengarah JKKP Malaysia telah mengetuai Sesi Libat Urus bersama Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) di sekitar WP Kuala Lumpur pada 10 Jun 2026.

Aktiviti yang dijalankan bersama pegawai-pegawai JKKP WP Kuala Lumpur dan Putrajaya ini bertujuan untuk memberikan pemahaman yang lebih menyeluruh mengenai isu dan cabaran yang dihadapi di peringkat pelaksanaan, khususnya dalam aspek penguatkuasaan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Program ini turut menjadi platform untuk berkongsi pandangan serta memperkukuh keberkesanan pelaksanaan penguatkuasaan demi memastikan pematuhan terhadap perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan terus dipertingkatkan.




[ CERAMAH ]10 Jun 2026 – Satu ceramah bertajuk Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) telah disampaikan ole...
11/06/2026

[ CERAMAH ]

10 Jun 2026 – Satu ceramah bertajuk Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) telah disampaikan oleh Pn. Anati Binti Abd Aziz, Penolong Pengarah dari Seksyen Promosi & Sumber, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kedah (JKKP Kedah). Program ini telah berlangsung di Bangunan Kejuruteraan, AIMST University dan dihadiri oleh seramai 100 orang peserta.

Sesi ini memberi pendedahan mengenai kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, hak dan tanggungjawab pekerja serta majikan, di samping meningkatkan kesedaran terhadap pencegahan kemalangan dan penyakit pekerjaan.

[ MAKLUMAN ]PPE bukanlah kawalan utama, tetapi merupakan kawalan terakhir dalam Hierarki Kawalan Risiko.Dalam mengurus r...
11/06/2026

[ MAKLUMAN ]

PPE bukanlah kawalan utama, tetapi merupakan kawalan terakhir dalam Hierarki Kawalan Risiko.

Dalam mengurus risiko di tempat kerja, majikan hendaklah terlebih dahulu mempertimbangkan langkah kawalan yang lebih berkesan seperti penghapusan (elimination), penggantian (substitution), kawalan kejuruteraan (engineering control) dan kawalan pentadbiran (administrative control) sebelum menggunakan PPE.

🏒Seksyen 15 AKKP 1994
Majikan hendaklah, setakat yang praktik, menyediakan dan menyenggara tempat kerja yang selamat serta membekalkan PPE yang sesuai kepada pekerja.

πŸ‘· Seksyen 24 AKKP 1994
Pekerja hendaklah:
βœ… Memakai PPE yang dibekalkan dengan betul.
βœ… Mematuhi arahan dan prosedur keselamatan yang ditetapkan.
βœ… Menjaga keselamatan dan kesihatan diri sendiri serta orang lain.
βœ… Memberi kerjasama dalam pelaksanaan keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

⚠️ Keselamatan bukan sesuatu yang boleh diabaikan.
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah tanggungjawab bersama majikan dan pekerja.

"PPE adalah barisan pertahanan terakhir, bukan satu-satunya kawalan."

11/06/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Sorotan lawatan kerja rasmi YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia ke Geneva, Switzerland bagi menghadiri Persidangan Buruh Antarabangsa (ILC) Ke-114.

Melalui penyertaan ini, Malaysia terus memperkukuh kerjasama antarabangsa dan komited memperjuangkan agenda pekerjaan, perlindungan sosial serta pembangunan tenaga kerja demi masa depan pekerjaan yang lebih inklusif, mampan dan berteraskan manusia.

11/06/2026

-[Videografik Bekerja Selamat Bagi Bekerja Berdiri]-

Video ini merupakan siri isu kesihatan pekerjaan yang boleh berlaku di tempat kerja. Ia bertujuan bagi meningkatkan kefahaman dan memberi maklumat kepada majikan dan pekerja berhubung pemakaian Garis Panduan KKP Bagi Kerja Berdiri 2024.

Address

Aras 5, Zon A, Wisma Persekutuan Anak Bukit

06550

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047000100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKKP / DOSH Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JKKP / DOSH Kedah:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share