Sabah Parks

Sabah Parks The Official page of The Board of Trustees of The Sabah Parks, Malaysia
(458)

Established in 1964, following the gazettement of Mount Kinabalu as Kinabalu National Park under the 1962 National Parks Ordinance, the Board of Trustees of Sabah Parks has played a pivotal role in preserving Sabah’s ecological treasures. Originally covering 75,370 hectares, Sabah Parks has since grown into a cornerstone of Malaysia's conservation efforts. Over the decades, eight additional protec

ted areas have been gazetted:

Tunku Abdul Rahman Park (1974)

Turtle Islands Park (1977)

Pulau Tiga Park (1978)

Tawau Hills Park (1979)

Crocker Range Park (1984)

Tun Sakaran Marine Park (2004)

Sipadan Island Park (2009)

Tun Mustapha Park (2016)

Today, Sabah Parks encompasses nine state parks with a total area of 1,216,417 hectares—showcasing the remarkable biodiversity of Sabah’s terrestrial and marine ecosystems. UNESCO Recognition: Sabah’s Triple Crown Distinction

Sabah holds the distinction of being the first state in Malaysia to achieve triple crown recognition from UNESCO, with three designated sites:

Kinabalu Park – Malaysia’s first World Heritage Site (Natural Category), declared in 2000

Crocker Range Park – Malaysia’s second Man and the Biosphere Reserve, declared in 2014

Kinabalu UNESCO Global Geopark – declared in 2023, with Kinabalu Park as the core zone

Malaysia is now the third country in the world—after Korea and China—to attain this prestigious triple designation, marking a significant milestone in Sabah’s conservation journey.

Location: Pulau Kalampunian Besar, Pulau Tiga Park.Date: 14 May 2026Species: Hawksbill Turtle, Eretmochelys imbricataEgg...
14/05/2026

Location: Pulau Kalampunian Besar, Pulau Tiga Park.

Date: 14 May 2026

Species: Hawksbill Turtle, Eretmochelys imbricata

Eggs: 96

Eggs are transferred and incubated at the Pulau Tiga Mini Hatchery site.

Collector: Barry Richard Yamie, Ruhaizal Sahat, Rexvier Saleh & Simon Manis.

Info & Photo: Kamin Baluat & Mohd Najif Mohammadkan.

Mini Bengkel Semakan Draf Pelan Pengurusan Taman Teluk Darvel12 Mei 2026, Kota Kinabalu : Satu mini-bengkel semakan semu...
14/05/2026

Mini Bengkel Semakan Draf Pelan Pengurusan Taman Teluk Darvel

12 Mei 2026, Kota Kinabalu : Satu mini-bengkel semakan semula Draf Pelan Pengurusan Taman Teluk Darvel telah diadakan khusus bagi memperkemas Bab 6: Governance Arrangement.

Sesi ini dipengerusikan oleh Tn. Fazrullah Rizally bin Abdul Razak, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Penyelidikan & Pendidikan), dengan kehadiran: Tn. Yassin Miki (KPPK Operasi & Penguatkuasaan); Tn. Ariffin Johari (Penolong Pengarah Taman Teluk Darvel); Tn. Norhaslam Adin (Penolong Pengarah Taman Tun Mustapha); Pn. Feldena (Pegawai Tadbir Polisi & Undang-Undang); dan En. Faizal (Wakil Pusat Kelestarian & Capacity Building)

Dokumen draf yang dibengkelkan ini akan diperkemaskan sebelum dibawa ke pengurusan atasan untuk dimuktamadkan, seterusnya diwartakan sebagai dokumen rasmi rujukan bagi Taman Teluk Darvel di bawah Taman-Taman Sabah.

"Ekosistem Taman Memakmurkan Rakyat Sabah"

Sumber: Abdul Naim Eddie / TTD

🌊 KERJA LAPANGAN PEMANTAUAN KUALITI AIR TELUK DARVEL📍 Teluk Darvel, Sabah📅 13 – 15 Mei 2026Kerja lapangan Persampelan & ...
13/05/2026

🌊 KERJA LAPANGAN PEMANTAUAN KUALITI AIR TELUK DARVEL
📍 Teluk Darvel, Sabah
📅 13 – 15 Mei 2026

Kerja lapangan Persampelan & Pemantauan Kualiti Air Teluk Darvel telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama:

🤝 Taman-Taman Sabah (TTS)
🤝 WWF-Malaysia
🤝 Universiti Malaysia Sabah (UMS)
🤝 Jabatan Kimia Malaysia

Penglibatan pasukan:
🔹 UPM TMTS/TPS
🔹 TcTD
🔹 UMS
🔹 WWF-Malaysia

🧪 Analisis sampel air akan dijalankan oleh Jabatan Kimia Malaysia.

🎯 Tujuan program:
✅ Mengesan & mengawal pencemaran
✅ Menilai kesihatan ekosistem marin
✅ Mengumpul data bagi pengurusan sumber marin yang lebih mampan

📌 Program ini merupakan persampelan kedua selepas siri pertama pada 15 Jun 2024 dan merupakan sebahagian daripada *pilot project* pemantauan kualiti air sebelum diperluaskan ke seluruh Taman Marin Sabah.

🌿 Bersama menjaga laut kita demi kelestarian generasi akan datang.

PROGRAM JELAJAH RENJER MUDA TAMAN-TAMAN SABAH: RMT@School 202612 Mei 2026, Program Jelajah Renjer Muda Taman-Taman Sabah...
13/05/2026

PROGRAM JELAJAH RENJER MUDA TAMAN-TAMAN SABAH: RMT@School 2026

12 Mei 2026, Program Jelajah Renjer Muda Taman-Taman Sabah (RMT@School 2026) telah dilaksanakan di SMK St. Peter Bundu, Kuala Penyu dengan penyertaan seramai 122 pelajar Tingkatan 1 & 2.

Program anjuran Taman-Taman Sabah yang diselaraskan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan ini adalah bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar mengenai pemuliharaan alam semula jadi melalui pendekatan interaktif.

Majlis dimulakan dengan ucapan En Januarius Shaftang, Pengurus Taman (Taman Pulau Tiga). Pengetua SMK St. Peter Bundu, Pn. Christine Hendry Ogodong, turut ucapan amanat dan menerima cenderahati daripada penganjur.

Empat taklimat telah disampaikan oleh pegawai-pegawai penyelidik TTS ( Pengenalan TTS, terumbu karang, penyu & hutan paya bakau), diikuti dua aktiviti berkumpulan.

Turut diadakan pameran spesimen haiwan dan poster TTS yang dibuka untuk pelajar sekolah yang tidak terlibat.

Pihak Taman-Taman Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah atas kerjasama dalam menjayakan program ini. Program berjaya mencapai objektif dalam memperkasa pendidikan alam semula jadi melalui platform Renjer Muda Taman.

UNIMAS & TAMAN-TAMAN SABAH TEROKA KERJASAMA STRATEGIK DALAM PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN KAPASITIKOTA KINABALU, 12 Mei 2...
13/05/2026

UNIMAS & TAMAN-TAMAN SABAH TEROKA KERJASAMA STRATEGIK DALAM PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN KAPASITI

KOTA KINABALU, 12 Mei 2026 – Delegasi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang diketuai sendiri oleh Naib Canselor, YBhg. Professor Dr Ahmad Hata Rasit, hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Lembaga Amanah Taman-Taman Sabah, YBhg. Datuk Dr. Maklarin Lakim di The Palace Hotel, Kota Kinabalu bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan, pembangunan kapasiti dan pengurusan konservasi berasaskan sains di Borneo.

Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk potensi kerjasama melalui inisiatif Borneo Satellite Network (BOSAN) sebagai platform perkongsian data dan penyelidikan serantau, selain peluang memperkukuh jaringan akademik dan saintifik antara kedua-dua institusi.

Turut disentuh ialah peluang kerjasama dalam program latihan dan pembangunan profesional, peluang melanjutkan pengajian bagi pegawai Taman-Taman Sabah, penyelidikan plot tetap jangka panjang, pelaksanaan penyelidikan bersama dalam pelbagai bidang biodiversiti dan konservasi, serta potensi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) pada masa hadapan.

Dalam sesi tersebut, pihak UNIMAS turut menyampaikan jemputan rasmi kepada Taman-Taman Sabah untuk mengadakan lawatan balas ke UNIMAS bagi memperkukuh hubungan institusi dan meneroka ruang kerjasama yang lebih luas.
Pertemuan ini mencerminkan komitmen bersama kedua-dua pihak dalam memperkasakan penyelidikan tropika, pembangunan modal insan dan pengurusan kawasan terlindung secara lebih strategik dan berimpak tinggi di Borneo.

Info & foto: Fazrullah Rizally Abdul Razak

PEMANTAUAN STATUS PEMUTIHAN TERUMBU KARANG DI TTAR, KOTA KINABALUUnit Penyelidikan Marin, Taman Tunku Abdul Rahman (TTAR...
13/05/2026

PEMANTAUAN STATUS PEMUTIHAN TERUMBU KARANG DI TTAR, KOTA KINABALU

Unit Penyelidikan Marin, Taman Tunku Abdul Rahman (TTAR) telah melaksanakan kerja lapangan pemantauan status pemutihan terumbu karang di sekitar perairan TTAR bermula pada 7 hingga 14 Mei 2026.Pemantauan ini dijalankan susulan makluman oleh National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) berkaitan peningkatan suhu air laut global yang berpotensi memberi kesan kepada ekosistem terumbu karang, termasuk risiko kejadian pemutihan karang (coral bleaching).

Sepanjang pelaksanaan kerja lapangan ini, pasukan penyelidik telah menjalankan pemerhatian dan pengumpulan data saintifik di beberapa lokasi sekitar TTAR iaitu:
📍 Tg. Tavajun
📍 Polish Beach
📍 Tg. Wokong
📍 Base Camp
📍 Mamutik North & South
📍 Sulug North & South
📍 Manukan North & South
📍 Sapi Reef

Pemantauan ini bertujuan untuk:
✅ Menilai tahap dan taburan pemutihan karang di kawasan TTAR
✅ Mengumpul data saintifik terkini berkaitan kesan peningkatan suhu air laut terhadap ekosistem terumbu karang
✅ Menyokong usaha pengurusan dan pemuliharaan marin berasaskan sains

Hasil awal pemantauan mendapati terdapat tanda-tanda tekanan haba pada beberapa koloni karang di kawasan tertentu, namun pemantauan berterusan akan diteruskan bagi menilai perkembangan semasa dan tahap impak terhadap ekosistem marin di TTAR. Pemantauan ini akan diperluaskan lagi di kawasan taman marin yang lain.

Taman-Taman Sabah akan terus komited dalam usaha pemantauan, penyelidikan dan pemuliharaan biodiversiti marin bagi memastikan kelestarian ekosistem terumbu karang untuk generasi akan datang.

Info & Foto:
Unit Penyelidikan Marin
Taman Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu.

Di sebalik panorama indah pulau-pulau yang dilawati di perairan ESSZONE Sabah, rombongan Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk ...
08/05/2026

Di sebalik panorama indah pulau-pulau yang dilawati di perairan ESSZONE Sabah, rombongan Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Bin Haji Noor dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, YB Datuk Jafry Bin Haji Ariffin pada 5 hingga 7 Mei 2026 turut diberi peluang menyelami kisah sebenar usaha pemuliharaan dan penyelidikan yang sedang digerakkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan, Taman-Taman Sabah.

Sepanjang lawatan ke Taman Pulau Penyu dan Taman Pulau Sipadan, penyelidik-penyelidik marin dan diketuai Pengarah Taman-Taman Sabah, YBhg Datuk Dr. Maklarin Lakim telah berkongsi taklimat ringkas namun penuh bermakna mengenai pelbagai inisiatif konservasi yang dilaksanakan secara berterusan di lapangan.

Antara usaha yang diketengahkan termasuk program pusat penetasan dan rehabilitasi penyu, penyelamatan penyu albino yang amat jarang ditemui, kajian awal berkaitan spesies belangkas di Bakkungan Kecil, Program Angkat Sarang Penyu dan pembangunan Galeri Marin di Pulau Selingaan, selain program pemuliharaan ketam kelapa serta pengurusan pusat penetasan penyu di Taman Pulau Sipadan.

Perkongsian ini bukan sahaja menonjolkan keunikan dan kekayaan biodiversiti Sabah, malah memperlihatkan komitmen berterusan Taman-Taman Sabah dalam memperkukuhkan usaha pemuliharaan berasaskan sains, pendidikan dan pengurusan lapangan demi memastikan khazanah alam negeri ini terus terpelihara untuk generasi akan datang.

Di sebalik setiap pulau yang memukau, terdapat pasukan penyelidik, pegawai lapangan dan petugas konservasi yang bekerja penuh dedikasi tanpa mengenal waktu — menjalankan penyelidikan, pemantauan dan usaha pemuliharaan bagi memastikan ekosistem marin Sabah terus kekal antara yang terbaik dan paling bernilai di dunia.

Foto:
Bah. Inovasi & Digitalisasi TTS
Taman Pulau Penyu

Info:
En. Fazrullah Rizally Abdul Razak







Address

Sabah Parks, Kk Times Square, Block H, Lot 45 & 46

88806

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088523500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sabah Parks posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sabah Parks:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share