Pemuda PAS Raub

  • Home
  • Pemuda PAS Raub

Pemuda PAS Raub Page rasmi Dewan Pemuda PAS Kawasan Raub.

09/06/2026
09/06/2026

PEMUDA PAS PAHANG DOKONG PENUH KEPUTUSAN PAS PUSAT, PERKUKUH LANGKAH MENUJU MISI PAS TERAJU PAHANG

Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang menyatakan sokongan dan dokongan penuh terhadap keputusan yang diumumkan oleh PAS Pusat melalui kenyataan media Presiden PAS bertarikh 8 Jun 2026 berhubung hala tuju kerjasama politik antara PAS dan BERSATU.

Keputusan tersebut adalah hasil pertimbangan yang dibuat melalui saluran organisasi parti yang sah, termasuk keputusan Majlis Syura Ulamak serta penelitian menyeluruh terhadap kedudukan semasa politik negara. Sebagai sebuah gerakan Islam yang berteraskan prinsip syura, Pemuda PAS Pahang meyakini bahawa keputusan ini dibuat dengan mengambil kira kepentingan perjuangan Islam, penyatuan ummah dan masa depan rakyat Malaysia.

Pemuda PAS Pahang melihat langkah menghentikan kerjasama politik dengan BERSATU bukanlah suatu pengakhiran kepada agenda penyatuan ummah. Sebaliknya, ia membuka ruang kepada pembentukan pendekatan politik yang lebih strategik dan berkesan dalam menghimpunkan kekuatan umat Islam serta rakyat yang mahukan perubahan politik yang lebih baik menjelang Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum Ke-16.

Kami turut menyambut baik ketetapan PAS untuk meneroka bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya yang mampu memperkukuhkan blok pembangkang serta menggembleng seluruh kekuatan rakyat bagi menghadapi kegagalan demi kegagalan yang dipamerkan oleh kerajaan hari ini dalam mengurus ekonomi, kos sara hidup dan kebajikan rakyat.

Di Negeri Pahang, Pemuda PAS Pahang akan terus memperkukuhkan gerak kerja organisasi, memperluaskan pengaruh parti dalam kalangan generasi muda serta memperhebat agenda penerangan dan kebajikan bagi memastikan PAS terus mendapat kepercayaan rakyat sebagai alternatif terbaik untuk menerajui negeri ini.

Keputusan PAS Pusat ini juga menjadi pemangkin baharu kepada seluruh jentera Pemuda PAS Pahang untuk menggandakan usaha dan memperkukuhkan gerak kerja parti di setiap peringkat. Sebagai sayap kanan parti, Pemuda PAS Pahang tidak akan menoleh ke belakang, sebaliknya akan terus mara ke hadapan dengan tekad yang lebih utuh, semangat yang lebih tinggi dan gerak kerja yang lebih tersusun bagi memastikan PAS berada pada kedudukan terbaik untuk memimpin Negeri Pahang.

Pemuda PAS Pahang beriltizam untuk menggerakkan seluruh kekuatan anak muda, memperluaskan pengaruh parti dalam masyarakat serta menjadi barisan hadapan dalam membawa mesej perjuangan PAS kepada rakyat. Kami yakin bahawa gelombang perubahan yang sedang berlaku hari ini perlu diterjemahkan kepada kemenangan politik yang nyata pada PRU-16. Justeru, seluruh jentera Pemuda PAS Pahang akan memberikan komitmen sepenuhnya untuk menjayakan Misi PAS Teraju Pahang dan membawa perubahan kepimpinan negeri ke arah sebuah pentadbiran yang lebih berintegriti, berkebajikan serta berteraskan prinsip Islam yang syumul.

Pemuda PAS Pahang juga menyeru seluruh ahli, penyokong dan pendukung perjuangan parti agar terus memperkukuhkan ukhuwah, merapatkan saf serta memberikan ketaatan kepada keputusan parti demi memastikan PAS terus kekal sebagai wadah perjuangan Islam yang dihormati dan diyakini rakyat.

"Islam Memimpin, Pahang Gemilang"
"Misi PAS Teraju Pahang"

Zulfadli Zakariah
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang

08/06/2026

KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT

KERJASAMA POLITIK PAS–BERSATU

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada hari ini, Isnin 8 Jun 2026, telah membuat ketetapan seperti berikut:

i. Memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun 2026 berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik PAS, atas prinsip penyatuan ummah;

ii. Meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik PAS–BERSATU berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa;

iii. Menghentikan kerjasama politik dengan BERSATU;

iv. Meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya (electoral pact) demi penyatuan ummah, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum ke-16; dan

v. Menerima hasrat tokoh-tokoh akademik, profesional, pemimpin politik, dan aktivis masyarakat untuk menyertai PAS.

“Kembali Kepada Penyelesaian Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 22 Zulhijjah 1447 / 8 Jun 2026

07/06/2026

Politik, politik jugak.. Tarbiyah aokme jangan buat dok je..😜😜

Moh rodong ke Temerloh Julai ni.. Ijtimak Tarbawi 11.0 DPPM buat kat Pahang trip ni..💪💪

p/s : Patin tempoyok ade menunggu deme..🤭🤭



02/06/2026
01/06/2026

TERAJU PAHANG
IMPIAN YANG SEDANG BERGERAK - SIRI 10
SIAPA BAKAL MENTERI BESAR PAHANG DARI PN?

Sehari dua ni ni keluar poster bancian bakal menteri besar Pahang, diletakkan gambar YB Dato' Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan gambar saya. Telahan itu mungkin atas sifat jawatan tertinggi dalam parti, Dato' Sri Ustaz Tuan Ibrahim selaku timbalan presiden PAS dan saya selaku Pesuruhjaya PAS negeri. Saya baca semua komen, ada yang menjawap mengikut soalan iaitu "siapa bakal menteri besar Pahang?" dan ada juga dalam bentuk komentar yang baik dan tidak kurang juga yang menghentam dan menghina termasuk terhadap saya, tak mengapa saya lansung tak berkecil hati, teringat pepatah kawan saya seorang mekanik, satu hari saya masuk ke bengkelnya hingga baju saya ada colekan hitam terkena minyak hitam, dia kata kat saya, ada satu pepatah " kalau takut terkena minyak hitam jangan masuk kedalam bengkel", saya dan dia sama2 ketawa. Ya betul, kalau jenis manusia mudah "berlendir" jangan masuk politik.

Pertama : Dalam PAS jawatan menteri besar bukan jawatan yang wajib dipilih dari kalangan pimpinan tertinggi parti, siapa sahaja akan dipilih walaupun tidak mempunyai jawatan tertinggi dalam parti jika sekiranya ia layak. MB Kelantan, Kedah, Terengganu semuanya bukan Pesuruhjaya dan pimpinan paling tinggi PAS. Pilih pemimpin tertinggi sebagai PM atau MB bukan ada dalam perlembagaan PAS.

Kedua : "Ada juga yang komen bahawa ia jawatan imbuhan dari hasil kerja kuat dan pengorbanan dalam parti". Semua ahli PAS berkorban, samaada pemimpin atau ahli biasa, malahan ahli biasa kadangkala lebih besar pengorbananya terhadap parti samaada dengan tenaga atau harta. Jawatan MB bukan jawatan imbuhan kepada pemimpin tertinggi PAS sebagaimana ada parti yang bersifat demikian kerana mereka telah berhabis tenaga dan duit untuk mendapat jawatan tertinggi diperingkat parti, Maka semestinya dialah yang menjadi MB. Pemimpin PAS hanya berhabis tenaga dan duit untuk parti tapi tidak pernah berhabis duit untuk mendapat jawatan dalam parti, Maka tidak timbul jawatan MB itu sebagai imbuhan. PAS Pusat akan mencalonkan nama bakal MB, kemudian terserah kepada pihak istana, oleh kerana itu isu "siapa"? tidak timbul.

Ketiga : ADUN Pahang dari PN ada 17 orang, masing2 ada kepakaran dan ada kelulusan dibidang masing2, jika ditanya kepada saya setuju atau tidak untuk Dato' Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man diangkat sebagai MB Pahang, pastinya saya sangat setuju kerana dia dari PAS dan beliau orang yang berpengalaman dalam urusan pentadbiran dan banyak ciri2 lain yang ada pada beliau untuk melayakan beliau menjadi MB Pahang dari PN. Namun PAS juga punya ADUN lain yang berkelayakan, Maka tidak timbul sangat sebenarnya "siapa bakal MB Pahang"?.

MB dari PN pasti akan diumumkan dan dilantik secara rasmi setelah menang dan berjaya membentuk kerajaan, bila?, semuanya ada dalam ilmu Allah swt, cuma kami sedang berusaha dan bekerja untuk itu. Siapa pun nanti yang akan dipilih adalah yang berkelayakan, mempunyai standard untuk memimpin dan memiliki dua ciri utama untuk memimpin iaitu :

Al-Qawiy (Kuat/Kompeten): Memiliki kekuatan fizikal, mental, ilmu, kemahiran, dan ketegasan untuk melaksanakan tugas dengan cemerlang.
Al-Amin (Amanah/Jujur): Mempunyai integriti yang tinggi, boleh dipercayai, dan bertanggungjawab.

InsyaAllah semua ADUN yang ada sekarang juga layak untuk menjadi MB, dari 17 ADUN PN Pahang sekarang ini, ada 16 ADUN yang layak untuk jadi MB, hanya seorang sahaja yang tidak berkelayakan untuk menjadi MB iaitu ADUN Tanjung Lumpur, sebabnya hanya saya seorang sahaja yang tahu kelemahan ADUN Tanjung Lumpur, maka diharapkan jangan lagi letakkan gambar ADUN Tanjung Lumpur sebagai bakal MB, saya katakan sekali lagi bahawa dia tidak layak.

YB Dato' Ustaz Rosli Abdul Jabar
Pesuruhjaya PAS Pahang.

PSG TANGGUHKAN KEMENANGAN ARSENAL31 Mei 2026Perlawanan yang begitu sengit di antara PSG melawan Arsenal dalam perlawanan...
30/05/2026

PSG TANGGUHKAN KEMENANGAN ARSENAL

31 Mei 2026

Perlawanan yang begitu sengit di antara PSG melawan Arsenal dalam perlawanan akhir Piala Liga Juara-Juara UEFA atau lebih dikenali UEFA Champions League (UCL) 2026-2026. Namun kemenangan berpihak PSG menerusi jaringan penalti 4-3 selepas seri 1-1 berhempas pulas selama 120 minit.

Dewan Pemuda PAS Raub hari ini bersama-sama anak muda peminat bola sepak duduk semeja menonton perlawanan dari awal hingga tiupan wisel penamat.

Diselangi dengan hadiah cabutan bertuah, para hadirin turut mencuba nasib meneka jumlah jaringan gol yang dihasilkan sepanjang perlawanan. Tahniah kepada para pemenang dan penyokong PSG.

Kepada penyokong Arsenal, jangan bersedih hati. Sekurang-kurangnya, Arsenal dah menang EPL. 🤭

Jutaan terima kasih diucapkan kepada tuan rumah Layan Koner, Sdr. Sabri, turut hadir iaitu sahabat Armada Bentong dan semua yang hadir memeriahkan majlis.
Insya Allah kita jumpa lagi di lain waktu.

Majulah sukan untuk negara.

Sekian,
Tengku Ashraf
Pengarah J4P Raub



Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS Raub posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share