12/06/2026
๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ข๐ฆ๐๐๐ฅ ๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐ข๐๐๐ฆ ๐ฆ๐๐๐๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐๐จ๐ ๐ฆ๐๐๐ง๐ข๐ฅ ๐ฐ (๐)
๐ Dewan Komuniti Flat Pinggiran Batu Caves Fasa 1, Batu Caves
๐
12 Jun 2026 (Jumaat)
๐ 8.00 malam โ 10.00 malam
Selayang โ Pegawai dan anggota Balai Polis Selayang telah melaksanakan Program OSCAR โ Polis Bersama Masyarakat bersama penduduk Sektor 4 (A) dalam usaha memperkukuhkan kerjasama strategik antara pihak polis dan komuniti setempat bagi meningkatkan tahap keselamatan serta kesejahteraan kawasan.
Program ini diketuai oleh Insp. Pavinar A/L Krishnamurthy (Ketua Polis Balai Selayang) bersama Insp. Prakash A/L Sithambaram (Pegawai OSCAR), pegawai serta anggota sektor yang terlibat. Turut hadir ialah wakil Jawatankuasa Pengurusan Bangunan (JMB) serta wakil-wakil penduduk dari kawasan Pinggiran Batu Caves, Taman Pinggiran Batu Caves, Taman Gemilang, Taman Desa Temenggung, Seri Temenggung, Taman Desa Indah, Taman Gombak Permai, Kampung Melayu Wira Damai, Kampung Bahtera, Pangsapuri Saujana Gombak, Kampung Melayu Seri Gombak dan Taman Bukit Permata.
Antara pengisian utama program ialah:
๐น Penerangan berkaitan Program OSCAR dan konsep โPolis Bersama Masyarakatโ.
๐น Pendedahan penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi meningkatkan penglibatan komuniti dalam penyaluran maklumat keselamatan.
๐น Penekanan terhadap pematuhan undang-undang jalan raya demi keselamatan semua pengguna jalan raya.
๐น Penerangan berkaitan langkah-langkah pencegahan jenayah serta isu keselamatan semasa oleh pihak polis.
๐น Sesi soal jawab dua hala antara pihak polis dan penduduk berhubung isu keselamatan setempat.
Dalam sesi dialog, penduduk telah membangkitkan beberapa isu yang menjadi kebimbangan komuniti antaranya kemalangan jalan raya yang kerap berlaku di kawasan lampu isyarat Taman Pinggiran Batu Caves, kebanjiran warga asing, aktiviti pengedaran dadah di kawasan flat dan medan selera, kes kecurian kabel serta motosikal, kegiatan remaja menunggang motosikal dan basikal tanpa mematuhi peraturan keselamatan, isu simbah cat oleh ah long serta beberapa isu keselamatan lain yang memerlukan perhatian pihak berkuasa.
Pihak polis memaklumkan bahawa rondaan dan pemantauan akan terus dipertingkatkan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti bagi tujuan pencegahan jenayah. Penduduk juga digalakkan untuk menyalurkan maklumat dengan segera kepada pihak polis melalui talian DCC Gombak, anggota sektor atau aplikasi VSP bagi memastikan tindakan dapat diambil dengan cepat dan berkesan.
๐ค Wakil penduduk turut menzahirkan penghargaan kepada pihak polis kerana sentiasa turun padang mendengar aduan masyarakat serta berharap program seumpama ini dapat diteruskan secara berkala bagi memperkukuhkan hubungan antara polis dan komuniti.
Program berakhir dengan jayanya serta mencapai objektif yang ditetapkan dalam suasana harmoni dan mendapat maklum balas positif daripada penduduk yang hadir.