DOSM BPPD

DOSM BPPD Bahagian Perangkaan Penduduk dan Demografi Bahagian Perangkaan Penduduk Dan Demografi

📍 Majlis Daerah Jeli, Kelantan🗓️ 7 – 8 Mei 2026 (Khamis – Jumaat)Bengkel Pengukuhan Rangka Isi Rumah dan Pemetaan Digita...
12/05/2026

📍 Majlis Daerah Jeli, Kelantan
🗓️ 7 – 8 Mei 2026 (Khamis – Jumaat)

Bengkel Pengukuhan Rangka Isi Rumah dan Pemetaan Digital ke arah MyCensus 2030 bersama DOSM Zon Timur telah berjaya dilaksanakan bagi memperkukuh persediaan pelaksanaan banci secara hibrid melalui integrasi data pentadbiran, pemetaan digital dan pengemaskinian penduduk secara lebih sistematik, tepat dan efisien.

Fokus utama bengkel ini adalah:

🔹 Aktiviti Pemetaan
i. Mengenalpasti kategori BP Tepu
ii. Mengenalpasti perancangan pembangunan negeri
iii. Kajian perbandaran

🔹 Aktiviti Integrasi Data Pentadbiran
i. Meneroka potensi banci/survei
ii. Meneroka data pentadbiran baharu

🔹 Aktiviti Pengemaskinian Penduduk
i. Penduduk
ii. Tempat kediaman
iii. Bukan warganegara
iv. Perbandaran
v. Warga emas

Bengkel ini turut menjadi platform perkongsian idea, pengalaman dan pengukuhan kerjasama strategik antara DOSM Zon Timur dalam mendepani transformasi pelaksanaan MyCensus 2030 berasaskan data dan teknologi geospatial.


Petaling Jaya & Putrajaya | 6–7 April 2026BENGKEL “ACCELERATING CENSUS 2030 WITH GIS & AI”Bengkel “Accelerating Census 2...
08/04/2026

Petaling Jaya & Putrajaya | 6–7 April 2026

BENGKEL “ACCELERATING CENSUS 2030 WITH GIS & AI”
Bengkel “Accelerating Census 2030 with GIS & AI” anjuran Esri Inc. (US) dengan kerjasama Esri Malaysia telah berjaya dilaksanakan selama dua hari iaitu pada 6 April 2026 di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya dan 7 April 2026 di Ibu Pejabat DOSM, Putrajaya.

Bengkel ini telah disertai oleh seramai 20 peserta DOSM yang terdiri daripada BPPD, BPM, BMP, BIPD, NBDAC, BPPAS serta DOSM Negeri iaitu DOSM W.P. Kuala Lumpur, DOSM Selangor dan DOSM Negeri Sembilan.

Bengkel ini turut dikendalikan oleh dua penceramah dari Esri Inc. (US), iaitu Kate Hess dan Lydia Troupe, yang berkongsi kepakaran berkaitan penggunaan teknologi GIS dan AI termasuk amalan terbaik serta penggunaan geospatial oleh negara-negara lain dalam mendepani Banci 2030 untuk ditanda aras dan diaplikasikan oleh DOSM. Di dalam sesi perbincangan, pihak DOSM telah membentangkan beberapa isu dan cabaran dalam persediaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2030.

Program ini turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan teknologi terkini dalam pengurusan dan pelaksanaan banci yang lebih efisien dan berimpak tinggi.

Semoga penganjuran bengkel ini dapat memperkukuh keupayaan dan kesiapsiagaan DOSM dalam melaksanakan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2030, seterusnya memperkasa Sistem Statistik Negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.





01/04/2026

Hari ini rasmikan dan moderator Forum ‘Beyond GDP- Measuring Progress, Creating Impact’ di Universiti Malaya, anjuran bersama Malaysian Civil Society Association, MIER, dan Ungku Aziz Centre for Development Studies UM. Hadir sama Tan Sri Ghani Othman, mantan Menteri Besar Johor, Mantan Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Malaya dan Prof Tan Sri Azlan, mantan Naib Canselor UKM

01/04/2026
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Ikhlas dari
Warga Seksyen Kependudukan & Isi Rumah
Bahagian Penduduk dan Demografi





🌛

20/03/2026

Kami warga BPPD ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin!

Semoga raya tahun ini penuh dengan kemanisan, semanis kopi dalam cawan.





🌛

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Ikhlas dari
Warga Seksyen Kependudukan & Isi Rumah
Bahagian Penduduk dan Demografi





20/03/2026

Ikutkan logik, memang tak muat satu pejabat nak masuk dalam satu cawan ni. Tapi itulah keajaiban warga BPPD! Bukan setakat cawan, segala deadline dan cabaran kerja pun kami redah bersama. ☕✨

Pejam celik, dah sampai masa untuk kami 'keluar' sekejap dari rutin harian untuk meraikan kemenangan Aidilfitri. Video ni sekadar kenang-kenangan betapa kecohnya kami bila dah berkumpul.

Sambil-sambil kami 'melimpah' keluar dari cawan ni, semua warga BPPD ingin susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala salah silap, terkasar bahasa atau email yang dihantar waktu orang tengah cuti. 😂

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin!
Semoga raya tahun ini penuh dengan kemanisan, semanis kopi dalam cawan.





Syawal kembali menyinari, membawa sinar kebahagiaan, kesejahteraan dan keberkatan buat kita semua. Dalam kemeriahan Aidi...
20/03/2026

Syawal kembali menyinari, membawa sinar kebahagiaan, kesejahteraan dan keberkatan buat kita semua. Dalam kemeriahan Aidilfitri ini, marilah kita raikan dengan penuh kesyukuran, mengeratkan silaturahim dan menyemai kemaafan. ✨

Dalam kesempatan ini, Bahagian Perangkaan Penduduk dan Demografi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh warga Jabatan Perangkaan Malaysia. 🌙

Semoga lebaran ini diraikan dalam suasana penuh kegembiraan, ketenangan dan keberkatan bersama keluarga tersayang. Kepada yang pulang ke kampung halaman, diucapkan selamat dalam perjalanan. Sesungguhnya, Aidilfitri bukan sekadar tentang juadah, tetapi lebih bermakna sebagai ruang untuk kita saling memaafkan dengan hati yang ikhlas serta memperkukuh ukhuwah sesama kita. 🤲

Sekian, selamat bercuti & selamat beraya! 🎉

Dengan ingatan tulus ikhlas daripada Warga BPPD. 💐





🌙

Sekitar pelaksanaan Program Quran Hour peringkan BPPD anjuran Kelab Kebajikan dan Sosial BPPD (KKS BPPD) bilangan 3 pada...
09/03/2026

Sekitar pelaksanaan Program Quran Hour peringkan BPPD anjuran Kelab Kebajikan dan Sosial BPPD (KKS BPPD) bilangan 3 pada 9 Mac 2026 bersamaan 19 Ramadan 1447H.

Objektif program:
✅ Mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti kerohanian.
✅ Menggalakkan pembacaan dan penghayatan al-Quran dalam kalangan warga BPPD.
✅ Membentuk persekitaran kerja yang lebih tenang, harmoni dan diberkati.
✅ Memupuk disiplin rohani secara konsisten sepanjang Ramadan.




(8 Mac 2026) Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2026Hari Wanita Antarabangsa disambut diseluruh dunia pada 8 Mac...
08/03/2026

(8 Mac 2026) Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2026

Hari Wanita Antarabangsa disambut diseluruh dunia pada 8 Mac setiap tahun. Ia merupakan satu hari yang amat bermakna bagi mengiktiraf peranan, sumbangan dan pengorbanan wanita dalam pelbagai bidang kehidupan, wanita sebagai ibu, anak, pemimpin, pendidik, profesional dan pencetus perubahan dalam masyarakat.

Tema yang dipilih pada tahun ini adalah “Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara”. Tema ini menegaskan pendekatan menyeluruh berasaskan whole-of-government dan whole-of-society, melalui sinergi antara kerajaan, sektor swasta, masyarakat sivil dan komuniti akar umbi.

Dari Abdullah bin ‘Amr. r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda: “Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.” [Hadis Riwayat Muslim (715)]







Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00

Telephone

+60388857000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DOSM BPPD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share