Penang HALAL International

  • Home
  • Penang HALAL International

Penang HALAL International Penang Halal International is an agency under Penang State Government. Go Halal Feel The Differences

ABOUT PENANG HALAL INTERNATIONAL

Realizing the vast economic potential of the halal industry, Penang State Government initiated the development of the Penang Halal International Sdn Bhd (PHI) to promote, coordinate and develop the halal industries and business in Penang besides providing the platform to diversify Penang’s economy. In support of Malaysia’s vision to be the world Halal leader, Pena

ng capitalizes on its competitive advantages to promote Halal industries as the emerging engine of growth and generate sustainable economic values for the state. PHI provides a business-friendly environment for investors, an environment with world-class R&D, necessary support services, a fully-traceable Halal supply chain as well as excellent infrastructure and amenities to facilitate a world standard halal hub. Being a Global Halal Centre, PHI has developed the Halal industry in a holistic approach encompassing ten (10) clusters; manufacturing & industries, logistics, agro-based industry, research & development (R&D), life sciences, innovation, financial technology & services, K-workers, as well as tourism, and entrepreneur development.

PHI MEMBIMBING USAHAWAN KE ARAH PENSIJILAN HALALPada 11 Jun 2026, Penang Halal International (PHI) selaku agensi kerajaa...
11/06/2026

PHI MEMBIMBING USAHAWAN KE ARAH PENSIJILAN HALAL

Pada 11 Jun 2026, Penang Halal International (PHI) selaku agensi kerajaan negeri yang berperanan mempromosikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengadakan sesi bimbingan pensijilan halal kepada syarikat Habibah Meat yang beroperasi di Batu Lanchang, Pulau Pinang.

Sesi bimbingan ini bertujuan membantu pihak syarikat memahami keperluan pensijilan halal secara lebih menyeluruh serta memastikan proses permohonan SPHM dapat dilaksanakan mengikut prosedur dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pensijilan halal Malaysia. Selain memberi penerangan berkaitan keperluan pensijilan, sesi ini turut menjadi platform untuk membincangkan aspek pematuhan halal yang relevan dengan operasi syarikat.

Dalam sesi tersebut, kakitangan PHI telah melaksanakan semakan awal terhadap dokumen-dokumen berkaitan serta memberikan khidmat nasihat mengenai tatacara penyediaan dan pengurusan dokumentasi halal. Pihak syarikat turut dibimbing mengenai keperluan yang perlu dipatuhi semasa proses pengauditan halal, termasuk aspek rekod, prosedur operasi, kebolehkesanan bahan mentah dan pelaksanaan sistem jaminan halal yang berkesan.

Dato’ Dr Mohamad Abdul Hamid

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT KONSULAT JENERAL DI-RAJA THAILAND PULAU PINANGPada 8 Jun 2026, Penang Halal International se...
09/06/2026

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT KONSULAT JENERAL DI-RAJA THAILAND PULAU PINANG

Pada 8 Jun 2026, Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke YBhg Tuan Psusist Wongsurawat, Konsul Jeneral Thailand di Pejabat Konsulat Jeneral Di-Raja Thailand Pulau Pinang.

Sesi kunjungan hormat ini telah diketuai En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif PHI bersama-sama En Mohamad Khairil bin Ahmad (Pengurus PHI) dan En Muhammad Amir bin Subri (Pegawai Kanan Pentadbiran).

Dalam pertemuan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif PHI telah berkongsi maklumat mengenai penganjuran Penang International Halal Expo (PIHEX) 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 24 hingga 26 Julai 2026 di Politeknik Seberang Perai. Selain itu, perbincangan turut menyentuh perkembangan semasa industri halal di Pulau Pinang serta potensi kerjasama strategik antara Pejabat Konsulat Jeneral Di-Raja Thailand dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Penang Halal International.

Kunjungan hormat ini diharapkan dapat mengukuhkan hubungan dua hala serta membuka lebih banyak peluang kerjasama dalam pembangunan industri halal, perdagangan dan pelaburan antara Pulau Pinang dan Thailand pada masa hadapan.

Dato’ Dr Mohamad Abdul Hamid

🌟 KURSUS PROFESIONAL EKSEKUTIF HALAL DI PULAU PINANG 🌟Sertai Kursus Profesional Eksekutif Halal anjuran Kolej Islam Tekn...
07/06/2026

🌟 KURSUS PROFESIONAL EKSEKUTIF HALAL DI PULAU PINANG 🌟

Sertai Kursus Profesional Eksekutif Halal anjuran Kolej Islam Teknologi Antarabangsa KITAB Pulau Pinang, Penyedia Latihan Halal (PLH) di Pulau Pinang yang diiktiraf JAKIM dengan kerjasama Penang Halal International (PHI) Sdn Bhd.

📌 Mengapa anda perlu sertai?
Kursus ini memberi pendedahan menyeluruh mengenai pentadbiran halal yang merangkumi:
✅ Manual Rekod & Kandungan Halal
✅ Program Pentadbiran Jawatankuasa Halal Dalaman (IHCS)
✅ Sistem Jaminan Halal (HAS)
✅ Pentadbiran Proses Pensijilan Halal
✅ Fasilitasi Audit Dalaman Halal

🗓 Tarikh: 13 - 17 Julai 2026, 20 - 23 Julai 2026 (9 hari kursus)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
📍 Lokasi: Dewan Utama, Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB), Pulau Pinang

📌 Kelebihan:
✳️ HRD Corp Claimable
✳️ Sijil Penyertaan dan Pensijilan Profesional
✳️ Tenaga pengajar berpengalaman

🚀 Daftar Segera! Tempat adalah terhad!
Pendaftaran: https://forms.gle/cLHNReo42TEgUzbd6

Dato’ Dr Mohamad Abdul Hamid Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang- Rasmi

PHI MEMBIMBING USAHAWAN KE ARAH PENSIJILAN HALALPada 4 Jun 2026, Penang Halal International (PHI) selaku agensi kerajaan...
05/06/2026

PHI MEMBIMBING USAHAWAN KE ARAH PENSIJILAN HALAL

Pada 4 Jun 2026, Penang Halal International (PHI) selaku agensi kerajaan negeri yang berperanan mempromosikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengadakan sesi bimbingan pensijilan halal kepada syarikat Eugene Chemical Sdn. Bhd. yang beroperasi di Simpang Ampat, Pulau Pinang.

Sesi bimbingan ini bertujuan membantu pihak syarikat memahami keperluan pensijilan halal secara lebih menyeluruh serta memastikan proses permohonan SPHM dapat dilaksanakan mengikut prosedur dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pensijilan halal Malaysia. Selain memberi penerangan berkaitan keperluan pensijilan, sesi ini turut menjadi platform untuk membincangkan aspek pematuhan halal yang relevan dengan operasi syarikat.

Dalam sesi tersebut, kakitangan PHI telah melaksanakan semakan awal terhadap dokumen-dokumen berkaitan serta memberikan khidmat nasihat mengenai tatacara penyediaan dan pengurusan dokumentasi halal. Pihak syarikat turut dibimbing mengenai keperluan yang perlu dipatuhi semasa proses pengauditan halal, termasuk aspek rekod, prosedur operasi, kebolehkesanan bahan mentah dan pelaksanaan sistem jaminan halal yang berkesan.

Dato’ Dr Mohamad Abdul Hamid

PIHEX 2026 KEMBALI LAGI! 🚀Jangan lepaskan peluang sertai Penang International Halal Expo 2026 (PIHEX2026) yang bakal men...
04/06/2026

PIHEX 2026 KEMBALI LAGI! 🚀

Jangan lepaskan peluang sertai Penang International Halal Expo 2026 (PIHEX2026) yang bakal menghimpunkan pemain industri halal dari dalam & luar negara!

PIHEX2026 bakal diadakan pada:
📅 24 - 26 Julai 2026 (Jumaat hingga Ahad)
📍 Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh
🎤 Perasmian oleh YAB Dato' Seri Utama Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada 25 Julai 2026 (Sabtu)

✨ Apa yang menarik di PIHEX2026?
✔️ Jualan & Promosi Produk Halal
✔️ Karnival Kerjaya GIGNation MADANI
✔️ TikTok Livestreaming
✔️ Pavilion Malaysia Halal Champion
✔️ Himpunan Malam Anak Muda Islam Pulau Pinang
✔️ Selawat Perdana & Wacana Keagamaan
✔️ Padanan Perniagaan dan banyak lagi aktiviti menarik bakal disediakan!

👉 Tempah reruai anda sekarang dan jadi sebahagian daripada komuniti halal di
PIHEX2026!

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
En Nurhakimi / Puan Ayu: +604 262 5444
E-mel: [email protected]

Dato’ Dr Mohamad Abdul Hamid Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Zakat Mainpp

DIRGAHAYU TUANKUMerafak Sembah Setinggi-Tinggi Ucapan TahniahKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PE...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Sembah takzim daripada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif serta warga kerja Penang Halal International

Dato’ Dr Mohamad Abdul Hamid

PIHEX 2026 KEMBALI LAGI! 🚀Jangan lepaskan peluang sertai Penang International Halal Expo 2026 (PIHEX2026) yang bakal men...
31/05/2026

PIHEX 2026 KEMBALI LAGI! 🚀

Jangan lepaskan peluang sertai Penang International Halal Expo 2026 (PIHEX2026) yang bakal menghimpunkan pemain industri halal dari dalam & luar negara!

PIHEX2026 bakal diadakan pada:
📅 24 - 26 Julai 2026 (Jumaat hingga Ahad)
📍 Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh
🎤 Perasmian oleh YAB Dato' Seri Utama Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada 25 Julai 2026 (Sabtu)

✨ Apa yang menarik di PIHEX2026?
✔️ Jualan & Promosi Produk Halal
✔️ Karnival Kerjaya GIGNation MADANI
✔️ TikTok Livestreaming
✔️ Pavilion Malaysia Halal Champion
✔️ Himpunan Malam Anak Muda Islam Pulau Pinang
✔️ Selawat Perdana & Wacana Keagamaan
✔️ Padanan Perniagaan dan banyak lagi aktiviti menarik bakal disediakan!

👉 Tempah reruai anda sekarang dan jadi sebahagian daripada komuniti halal di
PIHEX2026!

Daftar sekarang di https://tinyurl.com/PIHEX2026

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
En Nurhakimi / Puan Ayu: +604 262 5444
E-mel: [email protected]

Dato’ Dr Mohamad Abdul Hamid Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang- Rasmi Wakaf Mainpp Zakat Mainpp Penang Development Corporation - PDC


BIMBINGAN PENSIJILAN HALALPada 28 Mei 2026, Penang Halal International (PHI) selaku agensi kerajaan negeri yang berperan...
30/05/2026

BIMBINGAN PENSIJILAN HALAL

Pada 28 Mei 2026, Penang Halal International (PHI) selaku agensi kerajaan negeri yang berperanan mempromosikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengadakan sesi bimbingan pensijilan halal bersama syarikat Mariena Spice Ventures yang menjalankan perniagaan bakeri dan beroperasi di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Sesi bimbingan ini diadakan bagi membantu pihak syarikat memahami keperluan dan prosedur pensijilan halal secara lebih menyeluruh, selaras dengan standard serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa pensijilan halal Malaysia.

Dalam sesi tersebut, kakitangan PHI turut memberikan penerangan dan khidmat nasihat berkaitan semakan dokumen halal, tatacara penyediaan fail serta keperluan dokumentasi semasa proses pengauditan halal dijalankan. Selain itu, pihak syarikat juga dibimbing mengenai aspek pematuhan yang perlu diberi perhatian bagi memastikan proses permohonan dan pensijilan halal dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan teratur.

Inisiatif seperti ini merupakan sebahagian daripada komitmen PHI dalam membantu usahawan serta industri makanan tempatan meningkatkan tahap pematuhan halal, sekali gus memperkukuhkan daya saing produk di pasaran domestik dan antarabangsa.

Dato’ Dr Mohamad Abdul Hamid

Address


Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60182712544

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penang HALAL International posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Penang HALAL International:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share