Pejabat SUK Pulau Pinang

  • Home
  • Pejabat SUK Pulau Pinang

Pejabat SUK Pulau Pinang The Penang State Government shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site. Ellis, a British.

Penang is situated north-west of Peninsular Malaysia. The Head of State is His Excellency the Governor of Penang. The State is under the leadership of the Right Honourable Chief Minister. Its main administrative officer of the State is the Honourable State Secretary who is responsible to the Governor and the Chief Minister. The first Governor was Raja Sir Uda bin Raja Muhammad while the first Chie

f Minister was Tan Sri Wong Pow Nee. The first State Secretary was Mr H.R. He held the post from 6 September 1957. The first local State Secretary who took over the reins on 25 April 1960 was En Abdullah bin Kulop Udi. Before independence, the State Secretariat was known as Pejabat Setiausaha Negeri (PSUN). After further strengthening of the establishment, the name was changed to Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK). The State Secretariat was first based at Ban Hin Lee Bank, Beach Street and operated from there until 1963. It then moved to Bangunan Tuanku Syed Putra, 10 Downing Street. On 22 December 1983, the State Secretariat moved to the Tun Abdul Razak Complex and operated from there until now.

Sauh diangkat merentas lautan,Misi merdeka jadi tuntutan. ✈️𝗧𝗥𝗜𝗩𝗜𝗔 𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔: 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗜 𝗞𝗘 𝗟𝗢𝗡𝗗𝗢𝗡Sebuah negara merdek...
18/08/2026

Sauh diangkat merentas lautan,
Misi merdeka jadi tuntutan. ✈️

𝗧𝗥𝗜𝗩𝗜𝗔 𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔: 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗜 𝗞𝗘 𝗟𝗢𝗡𝗗𝗢𝗡

Sebuah negara merdeka bermula dengan keberanian luar biasa. Pada 18 Januari 1956, rombongan rundingan kemerdekaan telah menggalas harapan besar rakyat dengan berlepas ke London bagi berunding secara rasmi dengan kerajaan British.

Hargai titik tolak kebebasan negara ini. Mari bersama-sama kita meriahkan Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026.

🗓 31 Ogos 2026 (Isnin)
⏰ 7.30 Pagi
📍 Jalan Padang Kota Lama, Pulau Pinang

Semua dijemput hadir! Jemput datang bersama ahli keluarga dan kenalan anda untuk sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh kebanggaan. 💪🏻




17/08/2026
17/08/2026

Bunyi gendang bertalu-talu,
Meriah suasana penuh bergaya;
Padang Kota jadi tumpuan selalu,
Mai ramai-ramai, kita meriahkan bersama! 🇲🇾✨

Hampa jangan buat-buat lupa tarikh pulak! 31 Ogos ni kita jumpa kat Padang Kota Lama sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Pulau Pinang!

🗓️ 31 Ogos 2026 | Isnin

⏰ 7:30 Pagi

📍 Jalan Padang Kota Lama, Pulau Pinang

SEMUA DIJEMPUT HADIR! MAI JANGAN TAK MAI! 🎉🥳




𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗩𝗘𝗡𝗨𝗘 𝗦𝗨𝗡𝗧𝗜𝗞 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗦𝗞𝗨𝗔𝗗 𝗢𝗟𝗔𝗛𝗥𝗔𝗚𝗔 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚SERDANG, 16 Ogos 2026 – Stadium Universiti Putra Malaysia (...
17/08/2026

𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗩𝗘𝗡𝗨𝗘 𝗦𝗨𝗡𝗧𝗜𝗞 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗦𝗞𝗨𝗔𝗗 𝗢𝗟𝗔𝗛𝗥𝗔𝗚𝗔 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚

SERDANG, 16 Ogos 2026 – Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, menjadi tumpuan skuad olahraga Pulau Pinang yang meneruskan saingan pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026, hari ini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Pulau Pinang, YBrs. Tuan Muhamad Ghopran bin Yeop Hamzah bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri, YB Goh Choon Aik, hadir menyaksikan saingan serta memberikan sokongan secara langsung kepada atlet Pulau Pinang.

Pada kesempatan tersebut, YBrs. Tuan Muhamad Ghopran dan YB Goh Choon Aik turut beramah mesra dengan atlet serta pegawai pasukan, selain bertanya khabar dan mendapatkan perkembangan semasa skuad olahraga yang sedang bertanding. Sokongan secara langsung ini diharapkan dapat memberikan suntikan semangat kepada atlet untuk terus fokus dan memberikan persembahan terbaik dalam setiap acara yang disertai.

Bagi atlet Pulau Pinang, setiap saingan menjadi peluang untuk menguji kemampuan, menimba pengalaman serta membawa nama negeri di pentas sukan kebangsaan. Diharapkan agar skuad olahraga Pulau Pinang akan terus memberikan saingan terbaik dalam acara yang dipertandingkan, dengan sasaran untuk menyumbang kepada pencapaian kontinjen negeri pada SUKMA XXII Selangor 2026.

Semoga seluruh kontinjen Pulau Pinang terus berjuang dengan penuh semangat dan mencatat lebih banyak kejayaan sepanjang SUKMA XXII Selangor 2026.





𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘-69 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 🇲🇾Jom turun beramai-ramai ke Padang Kota Lama bagi menyaksikan acara Perbari...
17/08/2026

𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘-69 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 🇲🇾

Jom turun beramai-ramai ke Padang Kota Lama bagi menyaksikan acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026!

Pelbagai persembahan dan perarakan kontinjen yang menarik menanti anda. Mari kita sama-sama semarakkan jiwa merdeka dan raikan kesejahteraan negara bertepatan dengan tema tahun ini, "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati".

📌 31 Ogos 2026 (Isnin)
📌 7.30 Pagi
📌 Jalan Padang Kota Lama, Pulau Pinang

Ayuh, tunjukkan semangat perpaduan kita. Semua lapisan masyarakat dijemput hadir!

Untuk sebarang maklumat terkini, terus ikuti laman media sosial rasmi Pejabat SUK Pulau Pinang.




16/08/2026

SHAH ALAM, SELANGOR— Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow pada petang tadi mengadakan lawatan khas ke Bilik Operasi Sekretariat Kontinjen Pulau Pinang, sebelum menyertai kemuncak Majlis Perasmian Pembukaan Sukan Malaysia (SUKMA) XXII & Para SUKMA Selangor 2026 yang berlangsung meriah di Datara...

𝗗𝗘𝗟𝗘𝗚𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗭𝗔𝗛𝗜𝗥 𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗗𝗨 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗖𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗞𝗠𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲SHAH ALAM, 15 Ogos 202...
16/08/2026

𝗗𝗘𝗟𝗘𝗚𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗭𝗔𝗛𝗜𝗥 𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗗𝗨 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗖𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗞𝗠𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲

SHAH ALAM, 15 Ogos 2026 – Semangat kesukanan dan jalinan kerjasama erat antara negeri terus diperkukuh apabila delegasi kepimpinan utama Kerajaan Negeri Pulau Pinang hadir ke Majlis Pelancaran Sukan Malaysia (SUKMA) XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, malam ini.

Delegasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang diketuai Ketua Menteri, YAB Tuan Chow Kon Yeow, yang turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Dato’ Dr. Jafri Abdul Jalil, bersama barisan kepimpinan negeri.

Majlis pelancaran yang berlangsung penuh meriah itu telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor, dan turut dihadiri Menteri Besar Selangor, YAB Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari; serta barisan kepimpinan kerajaan negeri dan dif-dif kenamaan dari seluruh negara.

Kehadiran delegasi Pulau Pinang bukan sekadar memenuhi jemputan rasmi, malah mencerminkan sokongan padu Kerajaan Negeri terhadap kontinjen negeri yang sedang membawa cabaran Pulau Pinang dalam temasya sukan berprestij peringkat kebangsaan itu.

Sebelum menghadiri majlis pelancaran, YAB Ketua Menteri bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri dan barisan kepimpinan negeri turut mengadakan kunjungan ke Bilik Operasi Sekretariat Kontinjen Pulau Pinang bagi mendapatkan perkembangan terkini serta menyampaikan sokongan kepada barisan atlet, jurulatih dan pengurusan kontinjen.

Kunjungan tersebut turut disambut dengan khabar gembira apabila atlet muda Pulau Pinang, Qaleeda Izz’Dika Mohd Rosdi, 16, menghadiahkan pingat emas pertama negeri menerusi acara judo wanita bawah 52 kilogram (kg).

Kejayaan tersebut menjadi pembakar semangat buat seluruh kontinjen Pulau Pinang yang terus berjuang dalam pelbagai acara sepanjang temasya, selain membuktikan potensi besar atlet muda negeri untuk mengharumkan nama Pulau Pinang di pentas sukan kebangsaan.

Selangor kembali menjadi tuan rumah SUKMA selepas 28 tahun, dengan edisi ke-22 ini menghimpunkan lebih 5,000 atlet muda dari seluruh negara yang bersaing merebut 468 pingat emas menerusi 37 jenis sukan sehingga 24 Ogos 2026.

Semoga seluruh kontinjen Pulau Pinang terus berjuang dengan penuh semangat dan mencatat lebih banyak kejayaan sepanjang SUKMA XXII Selangor 2026.

Haria Penang! 💙





16/08/2026
16/08/2026
15/08/2026

Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6042621957

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat SUK Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share