Jabatan Perikanan Laut Sarawak

  • Home
  • Jabatan Perikanan Laut Sarawak

Jabatan Perikanan Laut Sarawak Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS)
(1)

LAWAS, 11 Jun 2026 – Program Pengukuhan myAgropreneur Perikanan (myAP) daerah Lawas bagi tahun 2026 telah berjaya dilaks...
11/06/2026

LAWAS, 11 Jun 2026 – Program Pengukuhan myAgropreneur Perikanan (myAP) daerah Lawas bagi tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Jun 2026, dengan kerjasama dari Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Jabatan Agama Islam Sarawak bagi memperkasa usahawan pemprosesan perikanan di Lawas.

Pengisian program pada hari pertama adalah lawatan pemeriksaan ke premis pemprosesan usahawan bimbingan di bawah Jabatan Perikanan Laut Sarawak. Lawatan ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Jabatan Perikanan Laut Sarawak bagi memastikan pematuhan aspek keselamatan makanan dan kebersihan premis.

Pada hari kedua dan ketiga, program diteruskan dengan sesi ucapan aluan serta penyampaian cenderahati kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. Penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh En. Fairol Tajudin bin Suhaili, Ketua Cawangan Pengembangan Perikanan, Jabatan Perikanan Laut Sarawak.

Program turut diisi dengan beberapa sesi taklimat penting kepada para peserta. Antaranya ialah taklimat Pensijilan MeSTI yang disampaikan oleh Puan Hafiza binti Sanawi, Pegawai Teknologi Makanan dari Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. Selain itu, Encik Muhammad Fahmi bin Ismail @ Yop turut menyampaikan taklimat berkaitan penyenaraian pengusaha makanan sediaan di rumah (Home-based Food).

Turut diadakan ialah taklimat berkaitan Pensijilan Halal dan Pemantauan Pensijilan Halal yang disampaikan oleh Ustaz Jamaludin bin Taim, Ketua Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Sarawak.

Secara keseluruhannya, program ini dilihat mampu meningkatkan pengetahuan serta keupayaan usahawan perikanan dalam aspek pemprosesan, pensijilan dan pematuhan standard keselamatan makanan, seterusnya memperkukuh daya saing industri perikanan di daerah Lawas.


11/06/2026

Kuala Terengganu: Sambutan Hari Laut Sedunia tahun ini bukan sahaja menekankan kepentingan memelihara ekosistem marin, malah menyorot pelbagai cabaran lain yang turut memberi kesan kepada usaha konservasi termasuk tekanan ekonomi, perubahan iklim serta aktiviti manusia.

11/06/2026

🌍🐟 Perubahan iklim seperti cuaca ekstrem, peningkatan suhu air dan fenomena El Niño memberi cabaran besar kepada sektor perikanan negara. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan hasil tangkapan dan aktiviti akuakultur, malah turut memberi kesan kepada pendapatan nelayan serta kelestarian sumber perikanan. Justeru, langkah mitigasi dan kesiapsiagaan yang berkesan amat penting bagi memastikan industri perikanan terus mampan dan berdaya tahan.

Jabatan Perikanan Malaysia sentiasa komited dalam memperkukuh adaptasi sektor perikanan melalui penggunaan teknologi, pengurusan risiko bencana, biosekuriti, sistem amaran awal serta pembangunan baka ikan tahan lasak. Kerjasama semua pihak termasuk nelayan, penternak dan masyarakat amat penting dalam melindungi ekosistem akuatik serta menjamin sekuriti makanan negara demi kesejahteraan generasi masa hadapan.

Rujuk poster ini untuk maklumat lanjut dan jangan lupa kongsikan kepada keluarga, rakan serta komuniti agar lebih ramai mendapat manfaat daripada info yang disampaikan.







08/06/2026

🌊 SELAMAT MENYAMBUT HARI LAUT SEDUNIA 2026 🌊

Pada 8 Jun setiap tahun, dunia meraikan Hari Laut Sedunia sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan lautan kepada kehidupan manusia, ekonomi, keselamatan makanan dan kelestarian alam sekitar.

Tema Hari Laut Sedunia 2026, “REIMAGINE: Beyond the world we know, a new relationship with our ocean”, mengajak kita untuk menilai semula hubungan kita dengan lautan. Tema ini menyeru masyarakat global untuk melangkaui cara pemikiran dan amalan sedia ada, serta membina hubungan baharu yang lebih bertanggungjawab, lestari dan harmoni dengan ekosistem marin.

Lautan bukan sekadar sumber makanan dan ekonomi, malah merupakan nadi kehidupan yang mengawal iklim dunia, menyokong biodiversiti dan menjamin kesejahteraan generasi akan datang. Namun, ancaman seperti pencemaran plastik, perubahan iklim, kemusnahan habitat dan eksploitasi sumber yang tidak lestari terus memberi tekanan kepada kesihatan lautan.

Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama:
♻️ Mengurangkan penggunaan plastik sekali guna
🐟 Menyokong amalan perikanan yang lestari
🌱 Memelihara habitat marin dan biodiversiti
🌍 Mengamalkan gaya hidup yang lebih mesra alam

Semoga sambutan Hari Laut Sedunia ini menjadi pemangkin kepada tindakan kolektif dalam memastikan khazanah lautan negara terus terpelihara demi kesejahteraan masa hadapan.

Ikhlas daripada,
YBhg. Dato' Haji Adnan Bin Hussain
Ketua Pengarah Perikanan Malaysia
serta seluruh warga Jabatan Perikanan Malaysia







Pengarah Kanan dan pihak Khidmat pengurusan Jabatan Perikanan Laut Sarawak mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak kepada s...
31/05/2026

Pengarah Kanan dan pihak Khidmat pengurusan Jabatan Perikanan Laut Sarawak mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak kepada seluruh warga kerja Jabatan yang meraikannya di seluruh Sarawak.
Semoga perayaan yang penuh bermakna ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan keberkatan kepada anda serta keluarga tercinta. Diharapkan sambutan Hari Gawai terus menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuhkan perpaduan dan memelihara keharmonian yang menjadi tunjang kekuatan masyarakat Sarawak.

Semoga sambutan hari Gawai
pada tahun ini membawa rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang baik, kejayaan dalam kerjaya serta kebahagiaan yang berpanjangan buat semua.

Gayu Guru, Gerai Nyamai, Senang Lantang Nguan Menua.

30/05/2026
Seluruh warga Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. Affandi Bin Bujang atas ...
29/05/2026

Seluruh warga Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. Affandi Bin Bujang atas segala jasa, komitmen serta khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai penjawat awam.

Hari ini merupakan hari terakhir beliau bersama Jabatan sebelum menamatkan perkhidmatan secara rasmi melalui persaraan wajib pada 3 Jun 2026. Beliau telah mula bercuti rehat bermula 23 April 2026 yang lalu.
Segala pengalaman, dedikasi serta sumbangan yang diberikan sepanjang berkhidmat amat dihargai dan akan sentiasa menjadi kenangan buat seluruh warga Jabatan.

Semoga En. Affandi Bin Bujang sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta menikmati kehidupan persaraan yang bahagia bersama keluarga tercinta.


Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H. Hari Raya Aidiladha merupakan simbol keikhlasan, pengorbanan dan ketaatan d...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H.
Hari Raya Aidiladha merupakan simbol keikhlasan, pengorbanan dan ketaatan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab. Ia mengingatkan kita tentang pentingnya semangat berkorban demi kebaikan bersama, di samping memperkukuh perpaduan, kerjasama dan keharmonian dalam organisasi serta masyarakat.

Semoga Aidiladha ini terus menyemai nilai keikhlasan, pengorbanan dan amanah dalam setiap tugas yang dilaksanakan.

Salam Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Daripada :
Pengarah Kanan & Warga kerja
Jabatan Perikanan Laut Sarawak

22 - 23 Mei 2026 di Daro, Sarawak.PROGRAM (R&D) PRODUK PERIKANAN OLEH TENAGA PENGAJAR CAWANGAN PENGEMBANGAN PERIKANAN BE...
23/05/2026

22 - 23 Mei 2026 di Daro, Sarawak.

PROGRAM (R&D) PRODUK PERIKANAN OLEH TENAGA PENGAJAR CAWANGAN PENGEMBANGAN PERIKANAN BERSAMA KOMUNITI DI DAERAH DARO (INTI PIPUS IKAN)

Program ini merupakan salah satu inisiatif berimpak tinggi Jabatan Perikanan Laut Sarawak dalam memperkasa komuniti pesisir dan luar bandar melalui pembangunan produk perikanan bernilai tambah, inovasi produk komuniti serta pengukuhan kapasiti keusahawanan masyarakat setempat.

Pelaksanaan program ini bertujuan membantu komuniti menjana sumber pendapatan baharu secara mampan melalui penghasilan produk perikanan yang lebih inovatif, berkualiti dan berpotensi untuk dikomersialkan.

Program ini bukan sahaja membuka peluang kepada komuniti untuk mempelajari teknik pemprosesan produk yang lebih kreatif dan moden, malah turut memberi pendedahan berkaitan aspek kualiti produk, pembungkusan serta potensi pemasaran produk berasaskan perikanan.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah dibimbing oleh usahawan pipus berpengalaman iaitu Puan Yati Binti Pozi dari Kampung Badong, Daro. Turut bersama memberikan bimbingan ialah Prof. Dr. Saiful Bahari Mohd Yusoff Tukun dari UNIMAS Sarawak serta Encik Fairol Tajuddin Bin Suhaili, Ketua Cawangan Pengembangan Perikanan yang berpengalaman dalam bidang Foodtech.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen, kerjasama serta penglibatan aktif sepanjang program berlangsung. Semoga usaha seperti ini terus memberi manfaat kepada komuniti setempat dan menjadi pemangkin kepada pembangunan industri perikanan komuniti yang lebih maju dan berdaya saing.



KUNJUNGAN HORMAT Petroliam Nasional Berhad KE JABATAN PERIKANAN LAUT SARAWAKJabatan Perikanan Laut Sarawak telah menerim...
22/05/2026

KUNJUNGAN HORMAT Petroliam Nasional Berhad KE JABATAN PERIKANAN LAUT SARAWAK

Jabatan Perikanan Laut Sarawak telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Petroliam Nasional Berhad sebagai wadah memperkukuh sinergi strategik serta memperluas jaringan kolaboratif antara kedua-dua pihak.

Sesi pertemuan turut membuka ruang perbincangan berkaitan kepentingan bersama khususnya dalam aspek kelestarian sumber marin, pembangunan industri perikanan serta kesejahteraan komuniti nelayan di Sarawak.
Semoga hubungan dua hala ini terus diperkasa demi mendukung agenda pembangunan mampan dan kemajuan sektor perikanan negara.


Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082252743

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perikanan Laut Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Perikanan Laut Sarawak:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share