Dato Nolee Radzi

Dato Nolee Radzi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dato Nolee Radzi, Kampar.

DIRGAHAYU TUANKU!Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-P...
02/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU!

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah SWT melanjutkan usia dan memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Sembah takzim daripada,

DATO' NOLEE ASHILIN BINTI MOHAMMED RADZI
Ketua Srikandi BERSATU Malaysia

Semalam di Klebang, Melaka, Bersatu Melaka telah berjaya menganjurkan Pelancaran Jenteri Pilihanraya yang meriah bersama...
31/05/2026

Semalam di Klebang, Melaka, Bersatu Melaka telah berjaya menganjurkan Pelancaran Jenteri Pilihanraya yang meriah bersama rakyat. Program ini juga diisi dengan sesi Rapat Rakyat, di mana warga tempatan berpeluang bertemu dan berbincang terus dengan pimpinan parti.

Suasana penuh semangat dan keakraban dapat dirasai apabila para hadirin hadir bersama-sama, sambil berkongsi aspirasi dan harapan untuk pembangunan negeri Melaka. Kehadiran pimpinan parti menambah lagi kemeriahan, sekaligus memperkukuh hubungan Bersatu dengan masyarakat.

Tahniah kepada semua yang hadir menjayakan program ini. Bersama kita terus memperkukuh suara rakyat dan pembangunan Melaka! 💪🇲🇾

🌸 Tahniah buat anak Pak Jang Tahrim! 🌸Semoga hari bahagia ini menjadi permulaan rumah tangga yang penuh kasih sayang, sa...
31/05/2026

🌸 Tahniah buat anak Pak Jang Tahrim! 🌸

Semoga hari bahagia ini menjadi permulaan rumah tangga yang penuh kasih sayang, sakinah, mawaddah, dan rahmah. 💕

Selamat menempuh hidup baru, semoga berdua bahagia dunia & akhirat! ✨

Saya kongsikan kenyataan media Setiausaha Agung BERSATU, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkaitan fitnah terancang bahawa...
29/05/2026

Saya kongsikan kenyataan media Setiausaha Agung BERSATU, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkaitan fitnah terancang bahawa BERSATU akan kembali bersama Pakatan Harapan.

Kepada mereka yang terlibat membuat dan menyebar fitnah ini, kalian tahu perkara tersebut tidak benar tetapi meneruskan fitnah demi mencapai cita-cita politik kalian. Insaflah. Kalian mungkin gembira dengan tersebarnya fitnah tersebut dan ramai yang mempercayainya. Namun, ingatlah akibatnya di hari pengakhiran nanti.







Korban Perdana & Kenduri Rakyat BERSATU Malaysia @ Bukit GantangAlhamdulillah, program Korban Perdana dan Kenduri Rakyat...
29/05/2026

Korban Perdana & Kenduri Rakyat BERSATU Malaysia @ Bukit Gantang

Alhamdulillah, program Korban Perdana dan Kenduri Rakyat telah berlangsung dengan penuh semangat kebersamaan, ukhuwah dan gotong-royong.

Program ini bukan sahaja menjadi ruang untuk menyempurnakan ibadah korban, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara pimpinan, ahli parti dan masyarakat setempat.

Terima kasih kepada semua yang hadir, membantu dan menjayakan program ini dari awal hingga akhir. Semoga usaha murni ini terus menjadi platform memperkukuh perpaduan serta semangat prihatin dalam kalangan rakyat.












27/05/2026

Salam Aidiladha buat seluruh umat Islam yang meraikannya.

Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan perpaduan yang ditunjukkan dalam ibadah korban terus menyatukan kita semua dalam membina masyarakat yang lebih prihatin, amanah dan sejahtera.

Dalam keberkatan Aidiladha ini, marilah kita memperkukuhkan ukhuwah, membantu golongan memerlukan serta menghayati erti sebenar pengorbanan demi agama, bangsa dan tanah air tercinta.

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Maaf Zahir & Batin.

‘Taqabbalallahu minna wa minkum’

Ikhlas daripada
Dato’ Nolee Ashilin Mohammed Radzi
Ketua Bahagian Bukit Gantang






26/05/2026

Kesibukan ahli-ahli BERSATU jelas terasa apabila masing-masing berganding bahu membuat persiapan bagi menjayakan Program Korban Perdana dan Kenduri Rakyat sempena Hari Raya Aidiladha ke-2.

Semangat kerjasama, gotong-royong dan ukhuwah yang ditunjukkan mencerminkan komitmen bersama dalam menyantuni masyarakat serta mengimarahkan sambutan hari raya dengan penuh makna.

Semoga segala usaha dan pengorbanan ini diberkati Allah SWT serta memberi manfaat kepada semua yang hadir.






Alhamdulillah Taklimat bersama PIC PDM Korban Perdana & Kenduri Rakyat BERSATU Perak selesai dijalankan hari ini dengan ...
24/05/2026

Alhamdulillah Taklimat bersama PIC PDM Korban Perdana & Kenduri Rakyat BERSATU Perak selesai dijalankan hari ini dengan kehadiran Ketua Bahagian Lenggong & Ketua Bahagaian Taiping.

setiapadaperjuangan




22/05/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dengan penuh hormat dan sukacitanya, kami menjemput YB/YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan serta seluruh Ahli BERSATU untuk hadir memeriahkan:

KORBAN PERDANA & Kenduri Rakyat BERSATU Negeri Perak

🗓 Tarikh: 28 Mei 2026 (Hari Raya Ke-2)
🕗 Masa Bermula: 8.00 Pagi
📍 Tempat: Padang Bola Taman Kota Jaya, Simpang

Kehadiran semua amatlah dialu-alukan bagi mengeratkan silaturahim serta memeriahkan sambutan Aidiladha bersama masyarakat.

19/05/2026

Address

Kampar

Telephone

+6054672844

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dato Nolee Radzi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dato Nolee Radzi:

Share