Polis Daerah Kota Bharu

  • Home
  • Polis Daerah Kota Bharu

Polis Daerah Kota Bharu Laman ini merupakan Facebook Rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Sebarang maklumat hendaklah disalurkan kepada DCC Kota Bharu melalui talian 09-7741022 atau Rakan Cop taip POLISKN Aduan anda dan hantar ke 32728.

12/06/2026
KEMPEN PENCEGAHAN JENAYAH PENIPUAN SIBER: BIJAK FIKIR, SELAMAT DIRI, LINDUNGI KOMUNITI​KOTA BHARU, 10 Jun – Bahagian Sia...
10/06/2026

KEMPEN PENCEGAHAN JENAYAH PENIPUAN SIBER: BIJAK FIKIR, SELAMAT DIRI, LINDUNGI KOMUNITI

​KOTA BHARU, 10 Jun – Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) IPD Kota Bharu mempergiat kempen kesedaran awam bagi membendung peningkatan kes jenayah penipuan siber (scam) di sekitar daerah ini.

​Masyarakat diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mengamalkan empat langkah utama bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan:
​Jangan Tamak: Jangan mudah terpedaya dengan janji manis keuntungan besar atau tawaran yang tidak logik kerana ia hanyalah umpan pihak scammer.

​Jangan Panik: Sentiasa bertenang sekiranya menerima panggilan mencurigakan atau ugutan. Elakkan daripada membuat keputusan terburu-buru mengikut nafsu atau ketakutan.

​Semak Dulu: Gunakan kemudahan portal atau aplikasi 'Semak Mule' untuk menyemak akaun bank dan talian telefon yang meragukan sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.

​Salur Maklumat: Kerjasama komuniti amat penting. Jangan simpan maklumat, sebaliknya salurkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak polis demi keselamatan bersama.

​Pihak polis menegaskan prinsip "Anda Nampak, Kami Bertindak". Orang ramai yang menjadi mangsa atau mempunyai keraguan diminta segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997. Semak satu minit, mampu menyelamatkan harta benda anda daripada lesap.

09/06/2026

KETUA POLIS DAERAH KOTA BHARU DAN PENGERUSI PERKEP IPD KOTA BHARU TINJAU LOKASI KEBAKARAN

YDH ACP Mohd Azmir bin Damiri, Ketua Polis Daerah Kota Bharu bersama YBhg. Puan Nor Hafika binti Md Zaki, Pengerusi PERKEP IPD Kota Bharu telah hadir ke lokasi kejadian kebakaran di Kampung Gok Kapor dan Kampung Cina bagi meninjau situasi semasa serta mendapatkan maklumat terkini mengenai operasi pemadaman yang sedang dijalankan.

Kehadiran beliau berdua merupakan tanda keprihatinan terhadap keselamatan penduduk yang terlibat di samping memberi sokongan moral kepada mangsa serta petugas barisan hadapan yang sedang bertungkus-lumus mengawal kebakaran.

Semoga operasi pemadaman berjalan lancar dan semua mangsa yang terjejas diberikan ketabahan serta dipermudahkan segala urusan.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”











09/06/2026

KOTA BHARU, 7 Jun – YDH CP Dato’ Haji Mohd Yusoff bin Mamat, Ketua Polis Kelantan bersama YBhg. Datin Hajah Hanizam binti Hasan, Pengerusi PERKEP Kontinjen Kelantan telah mengiringi kepulangan YBhg. Puan Sri Datuk (Dr.) Hajah Munirah binti Che Rose, Pengerusi PERKEP Malaysia bersama delegasi PERKEP Bukit Aman di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa.

Turut hadir mengiringi, YDH ACP Mohd Azmir bin Damiri, Ketua Polis Daerah Kota Bharu bersama YBhg. Puan Nor Hafika binti Md Zaki, Pengerusi PERKEP IPD Kota Bharu.

Kunjungan delegasi PERKEP Malaysia ke Kelantan telah memperkukuhkan hubungan silaturahim serta kerjasama erat antara PERKEP Malaysia, PERKEP Kontinjen Kelantan dan warga PDRM di negeri ini. Semoga jalinan ukhuwah yang terjalin akan terus diperkasa demi kesejahteraan warga pasukan dan keluarga.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”

07/06/2026
07/06/2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERINGKAT IPD KOTA BHARU DAN BALAI-BALAI TINGKATKAN KEBERSIHAN DAN KESATUAN WARGA

KOTA BHARU, 4 Jun – IPD Kota Bharu telah melaksanakan Program Gotong-Royong Peringkat IPD Kota Bharu dan balai-balai di bawah pentadbiran IPD Kota Bharu yang melibatkan kawasan IPD serta semua balai polis terlibat.

Program yang bermula pada jam 2.00 petang hingga selesai itu telah disertai seramai 109 orang peserta yang terdiri daripada pegawai kanan polis, pegawai rendah polis serta pegawai awam. Program anjuran Cawangan Khas IPD Kota Bharu ini bertujuan membasmi tempat pembiakan Aedes bagi mencegah penularan wabak demam denggi dalam kalangan warga PDRM, di samping meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan persekitaran tempat kerja.

Selain itu, program ini turut memberi penekanan terhadap kesedaran penjagaan kebersihan di kawasan IPD dan balai secara berterusan, di samping mengindahkan landskap serta mewujudkan suasana kerja yang lebih selesa dan harmoni. Aktiviti ini juga berjaya mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga IPD Kota Bharu dan balai-balai di bawah pentadbiran IPD.

Program seumpama ini diharap dapat diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha memastikan persekitaran kerja yang bersih, sihat dan kondusif untuk semua warga PDRM.

07/06/2026

KOTA BHARU, 4 Jun – PERKEP IPD Kota Bharu dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa telah menganjurkan Program Kesedaran dan Keselamatan Awam bertempat di Dewan Taming Sari, IPD Kota Bharu.

Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi itu telah dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Kota Bharu, YDH ACP Mohd Azmir bin Damiri bersama Pengerusi PERKEP IPD Kota Bharu, YBhg. Puan Nor Hafika binti Md Zaki, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, YDH Supt Wan Ruzailan bin Wan Mat Rusoff bersama Naib Pengerusi PERKEP IPD Kota Bharu, YBhg. Puan Juliana binti Che Wahid, pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa serta seramai 70 orang ahli PERKEP dan keluarga.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan kebakaran, pencegahan kemalangan di rumah serta tindakan awal ketika berdepan situasi kecemasan. Peserta turut didedahkan melalui ceramah interaktif, demonstrasi praktikal penggunaan alat pemadam api, sesi soal jawab dan latihan asas pengendalian kecemasan.

Selain memperkukuh pengetahuan dan kemahiran peserta, program ini juga berjaya memupuk keyakinan diri dalam menghadapi situasi cemas serta menggalakkan tindakan pencegahan awal demi keselamatan diri dan keluarga. Pada masa yang sama, penganjuran program ini turut mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

PERKEP IPD Kota Bharu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, khususnya Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa serta YDH Ketua Polis Daerah Kota Bharu atas ilham dan sokongan yang diberikan.

05/06/2026
04/06/2026
04/06/2026

Address


Telephone

+6097752200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Kota Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share