06/05/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐ โ Seramai kira-kira 400 orang penjawat awam telah menghadiri program โ๐๐ค๐ ๐๐ฉ ๐๐๐ฃ๐๐ฃ๐, ๐
๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐: ๐๐จ๐๐ ๐ค๐ก๐ค๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐ช๐ง๐ช๐จ ๐๐๐ฌ๐๐ฃ๐๐๐ฃ ๐๐๐ฃ๐๐๐ฌ๐๐ฉ ๐ผ๐ฌ๐๐ข ๐๐๐๐ช๐ฃ ๐๐๐๐โ yang berlangsung di Dewan Konvensyen, Tingkat 2, Wisma Darul Iman, hari ini.
Program anjuran Seksyen Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan penjawat awam mengenai kepentingan pengurusan kewangan yang berkesan serta hubung kaitnya dengan kesejahteraan psikologi.
Pengisian program merangkumi dua slot utama, iaitu slot pertama bertajuk โMengharungi Cabaranโ yang disampaikan oleh Puan Amila Norjihah Musa, yang menekankan aspek pengurusan tekanan kewangan dan strategi menghadapi cabaran semasa.
Slot kedua p**a bertajuk โProsedur dan Kesan Kebankrapanโ telah disampaikan oleh Puan Nuridhuanah Binti Md Shah, yang menghuraikan implikasi perundangan serta langkah-langkah pencegahan berkaitan isu kebankrapan.
Program ini berjaya mencapai objektif penganjur dalam memberi pendedahan dan pemahaman yang lebih jelas kepada peserta berkaitan pengurusan kewangan secara berhemah, seterusnya menyumbang kepada pembentukan kesejahteraan hidup yang lebih seimbang dan berkualiti.