Jabatan Laut Malaysia

  • Home
  • Jabatan Laut Malaysia

Jabatan Laut Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Laut Malaysia, Government Organization, Jabatan Laut Malaysia, Ibu Pejabat Laut, Menara Dius Api, PT 664 Jalan Limbungan, .

JLM ialah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan yang mentadbir dan mengawal selia sektor perkapalan, pelabuhan serta hal ehwal maritim bagi memastikan keselamatan pelayaran dan kelestarian perairan negara.

MALAYSIA–JEPUN PERKUKUH KERJASAMA MENERUSI LAWATAN MENTERI MLIT JEPUN KE MATRAINPELABUHAN KLANG, 14 Ogos 2026 – Hubungan...
14/08/2026

MALAYSIA–JEPUN PERKUKUH KERJASAMA MENERUSI LAWATAN MENTERI MLIT JEPUN KE MATRAIN

PELABUHAN KLANG, 14 Ogos 2026 – Hubungan erat Malaysia dan Jepun dalam sektor pengangkutan terus diperkukuh menerusi lawatan TYT Kaneko Yasushi, Menteri Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan (MLIT), Jepun bersama delegasi ke Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN), Jabatan Laut Malaysia (JLM).

Ketibaan TYT Menteri dan delegasi Jepun telah disambut oleh YBhg. Datuk Haji Dickson bin Dollah, Ketua Pengarah Laut, bersama Pengurusan Tertinggi dan Pengurusan Kanan JLM, wakil MATRAIN serta tetamu jemputan.

Lawatan tersebut merupakan kesinambungan kepada usaha mempererat hubungan dua hala Malaysia–Jepun, khususnya dalam bidang pembangunan kapasiti, perkongsian kepakaran serta penerokaan peluang kerjasama yang memberi manfaat bersama kepada kedua-dua negara.

Sepanjang lawatan, TYT Menteri dan delegasi telah dibawa meninjau MV PEDOMAN serta Pusat Simulator Anjungan Kapal, sekali gus memberi peluang kepada delegasi melihat dengan lebih dekat kemudahan latihan dan pembangunan kompetensi yang disediakan oleh JLM menerusi MATRAIN.

Kunjungan ini turut mencerminkan hubungan baik dan komitmen berterusan antara Malaysia dan Jepun dalam memperluas perkongsian kepakaran, pengetahuan dan pengalaman, selaras dengan aspirasi kedua-dua negara untuk membangunkan sektor pengangkutan laut yang semakin selamat, mampan dan berdaya tahan.

JLM komited untuk terus memainkan peranan dalam menyokong agenda Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi memperkukuh kerjasama strategik dengan rakan antarabangsa, termasuk MLIT Jepun, demi kemajuan sektor pengangkutan laut dan kepentingan bersama Malaysia–Jepun.

KETUA PENGARAH LAUT HADIRI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN MOT 2026PUTRAJAYA, 13 Ogos 2026 - ...
14/08/2026

KETUA PENGARAH LAUT HADIRI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN MOT 2026

PUTRAJAYA, 13 Ogos 2026 - YBhg. Datuk Haji Dickson bin Dollah, Ketua Pengarah Laut, telah menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan dan Pelancaran Bulan Kebangsaan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) Tahun 2026 yang berlangsung pada 13 Ogos 2026 di Dewan Sentral RAC, Kementerian Pengangkutan, Putrajaya.

Majlis yang disempurnakan oleh YB Loke Siew F**k, Menteri Pengangkutan itu menghimpunkan Pengurusan Tertinggi serta warga MOT dan jabatan/agensi di bawahnya dalam menyemarakkan semangat patriotisme bersempena Bulan Kebangsaan.

Antara pengisian utama majlis ialah peluncuran beberapa inisiatif MOT, penyampaian sijil penghargaan, Sesi Penyerahan Kenderaan kepada Jabatan dan Agensi di bawah MOT, serta acara Kibarkan Jalur Gemilang.

Jabatan Laut Malaysia (JLM) terus komited mendukung aspirasi Kerajaan dengan memperkukuh tekad untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, responsif dan berkesan kepada rakyat dan negara.

𝐒𝐢𝐭𝐞 𝐕𝐢𝐬𝐢𝐭 𝐌𝐈𝐌𝐀 𝐭𝐨 𝐌𝐀𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍 : 𝐏𝐨𝐭𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐥 𝐂𝐨𝐥𝐥𝐚𝐛𝐨𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐚𝐧𝐝 𝐑𝐞𝐚𝐝𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐨𝐟 𝐓𝐫𝐚𝐢𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐟𝐨𝐫 𝐌𝐚𝐫𝐢𝐭𝐢𝐦𝐞 𝐒𝐜𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐨
14/08/2026

𝐒𝐢𝐭𝐞 𝐕𝐢𝐬𝐢𝐭 𝐌𝐈𝐌𝐀 𝐭𝐨 𝐌𝐀𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍 : 𝐏𝐨𝐭𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐥 𝐂𝐨𝐥𝐥𝐚𝐛𝐨𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐚𝐧𝐝 𝐑𝐞𝐚𝐝𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐨𝐟 𝐓𝐫𝐚𝐢𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐟𝐨𝐫 𝐌𝐚𝐫𝐢𝐭𝐢𝐦𝐞 𝐒𝐜𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐨

LAWATAN JLMWU KE TM GUNUNG RAYA BAGI KERJA-KERJA PEMASANGAN ANTENA VHF UNTUK SISTEM REPEATER JLM Langkawi, 11 Ogos 2026 ...
12/08/2026

LAWATAN JLMWU KE TM GUNUNG RAYA BAGI KERJA-KERJA PEMASANGAN ANTENA VHF UNTUK SISTEM REPEATER JLM

Langkawi, 11 Ogos 2026 – Jabatan Laut Malaysia Wilayah Utara (JLMWU) telah mengadakan lawatan teknikal ke menara telekomunikasi Telekom Malaysia Berhad (TM) di Gunung Raya, Langkawi atas jemputan pihak TM. Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan berkenaan kerja-kerja pemasangan antena VHF serta mempertingkatkan kefahaman mengenai peranan sistem komunikasi VHF maritim dalam menyokong Perkhidmatan Trafik Kapal (VTS). Sistem komunikasi VHF merupakan elemen teras VTS yang membolehkan perhubungan berkesan antara pihak berkuasa maritim dengan kapal-kapal yang berlayar di perairan Malaysia.

Kemudahan ini menyokong peranan Jabatan Laut Malaysia sebagai Pihak Berkuasa Kompeten bagi VTS. Selain itu, lawatan ini menjadi platform perkongsian kepakaran teknikal antara JLMWU dan TM, khususnya bagi memperkukuh infrastruktur komunikasi demi keselamatan pelayaran dan kelancaran trafik maritim. JLMWU merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak TM atas jemputan dan perkongsian teknikal tersebut. Kerjasama strategik ini diharapkan dapat terus diperkukuh bagi memastikan penyampaian perkhidmatan trafik kapal yang lebih selamat, cekap dan berkesan.


JLMWU TECHNICAL VISIT TO TM GUNUNG RAYA FOR VHF ANTENNA INSTALLATION FOR JLM REPEATER SYSTEM

Langkawi, 11 August 2026 – The Malaysia Marine Department Northern Region (JLMWU) conducted a technical visit to the Telekom Malaysia Berhad (TM) telecommunication tower at Gunung Raya, Langkawi, following an invitation from TM. The visit aimed to provide JLMWU with insights into VHF antenna installation and to enhance understanding of the critical role played by maritime VHF communication systems in supporting Vessel Traffic Services (VTS). VHF communication is a core component of VTS, enabling reliable operational communication between maritime authorities and vessels operating within Malaysian waters.

This infrastructure directly supports Malaysia Marine Department in fulfilling its responsibility as the Competent Authority for VTS. The visit served as a platform for technical knowledge exchange between JLMWU and TM, focusing on communication infrastructure that ensures navigational safety and smooth maritime traffic flow. JLMWU expresses its sincere appreciation to TM for the invitation and for the valuable technical insights shared during the engagement. Continued collaboration between both organizations will further strengthen our collective efforts to provide safe, efficient, and reliable vessel traffic services.

Majlis Peluncuran & Penyerahan Bot "Syahbandar 2"10 Ogos 2026 (Isnin)Pelan Strategik Pengurusan Fleet (PSPF) 2026–2030 m...
10/08/2026

Majlis Peluncuran & Penyerahan Bot "Syahbandar 2"

10 Ogos 2026 (Isnin)

Pelan Strategik Pengurusan Fleet (PSPF) 2026–2030 menterjemahkan komitmen berterusan Jabatan Laut Malaysia (JLM) dalam memantapkan kecekapan pengurusan aset kapal dan bot secara holistik. Digubal berasaskan penilaian menyeluruh serta penambahbaikan daripada pelaksanaan PSPF 2021–2025, pelan komprehensif ini dirangka khusus bagi menangani kekangan teknikal, kelemahan sistemik, dan cabaran operasi secara berkesan. PSPF 2026–2030 bertindak sebagai kompas serta garis panduan utama di semua peringkat Jabatan bagi memastikan kesiapsediaan operasi fleet sentiasa berada pada tahap optimum, sekali gus memacu pengurusan aset maritim negara secara lebih strategik, tangkas, dan mampan.

Sebagai sebahagian daripada teras utama pelan strategik tersebut, Program Penggantian Bot dan Kapal dilaksanakan bagi memastikan tadbir urus aset fleet Jabatan sentiasa berada pada tahap terbaik. Fleet berkenaan merupakan mod pengangkutan maritim yang amat kritikal bagi menyokong penugasan penyenggaraan serta pembaikan Alat Bantuan Pelayaran (ABP), seperti pelampung pandu dan tanda arah suar di kawasan laut dalam. Keupayaan aset yang mantap membolehkan tindakan pembaikan dilaksanakan dengan kadar segera demi menjamin keselamatan navigasi perairan negara.

Majlis Pelancaran dan Penyerahan Bot baharu “Syahbandar 2” telah berjaya diadakan pada 10 Ogos 2026 bertempat di Lumut, Perak. Acara rasmi ini disempurnakan oleh Ketua Pengarah Laut, YBhg. Datuk Hj. Dickson, dengan kehadiran Pengarah JLM Wilayah Utara, YBrs. Tn. Hj. Abd Majid Bin Haji Rais, yang menerima penyerahan bot berkenaan bagi pihak Wilayah Utara. Penyerahan ini merupakan langkah Jabatan Laut Malaysia dalam memperkasakan keupayaan operasi serta perkhidmatan maritim di kawasan perairan negara.

The Fleet Management Strategic Plan (PSPF) 2026–2030 reflects the continuous commitment of the Malaysia Marine Department (MMD) to enhancing the efficiency of ship and boat asset management holistically. Formulated based on a comprehensive assessment and improvements from the implementation of PSPF 2021–2025, this comprehensive plan is specifically designed to effectively address technical constraints, systemic weaknesses, and operational challenges. PSPF 2026–2030 serves as a compass and primary guide at all levels of the Department to ensure fleet operational readiness remains at an optimum level, thereby driving national maritime asset management in a more strategic, agile, and sustainable manner.

As part of the key pillars of the strategic plan, the Boat and Ship Replacement Program is implemented to ensure the governance of the Department's fleet assets remains at its best. The fleet represents a critical mode of maritime transport supporting maintenance and repair missions for Navigational Aids, such as navigation buoys and beacons in deep-sea areas. Robust asset capabilities enable immediate repair actions to guarantee the safety of navigation in national waters.

The Launching and Handover Ceremony of the new boat, "Syahbandar 2," was successfully held on August 10, 2026, in Lumut, Perak. This official event was officiated by the Director-General of Marine, YBhg. Datuk Hj. Dickson, in the presence of the Director of JLM Northern Region, YBrs. Tn. Hj. Abd Majid Bin Haji Rais, who accepted the handover of the vessel on behalf of the Northern Region. This handover represents a step forward by Malaysia Marine Department in empowering operational capabilities and maritime services across national waters.

LAWATAN PENANDA ARAS KE LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL PETRA (LTSIP), KOTA BHARU, KELANTANKota Bharu, 10 Ogos 2026 – Jab...
10/08/2026

LAWATAN PENANDA ARAS KE LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL PETRA (LTSIP), KOTA BHARU, KELANTAN

Kota Bharu, 10 Ogos 2026 – Jabatan Laut Malaysia Wilayah Utara (JLMWU), mewakili Pasukan Projek Meroboh, Membina dan Menaiktaraf Terminal dan Jeti Penumpang, Kargo dan Ro-Ro Kuala Kedah, Kedah Darul Aman, telah mengadakan kunjungan hormat dan lawatan penanda aras ke Pengurusan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Lawatan ini bertujuan mendapatkan perkongsian pengalaman, pengetahuan dan amalan terbaik berkaitan perancangan pembangunan terminal, pengurusan sistem, penyediaan spesifikasi teknikal serta proses perolehan kelengkapan bagi projek pembangunan terminal baharu. Perkongsian tersebut diharap dapat dijadikan rujukan dalam merancang dan melaksanakan Projek Terminal dan Jeti Kuala Kedah secara lebih sistematik, bersepadu dan berkesan.

Sesi kunjungan hormat telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Malaysia Airports Sdn. Bhd. (MASB), Aras 2, LTSIP dan delegasi JLMWU telah diketuai oleh YBrs. Dr. Yasmin binti Mohd Hasni. Delegasi telah disambut oleh YBrs. Tuan Haji Suhaimi bin Abdul Sani, Pengurus Malaysia Airports Sdn. Bhd. (MASB), LTSIP.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk perancangan dan penyelarasan pembangunan terminal, keperluan sistem serta kelengkapan terminal, kaedah dan proses perolehan, penyediaan spesifikasi teknikal, penyelarasan antara pemilik projek, perunding dan kontraktor, serta aspek operasi dan pengurusan fasiliti selepas projek siap. Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman berhubung pengurusan projek pembangunan infrastruktur pengangkutan, penyediaan kemudahan yang memenuhi keperluan pengguna, aspek keselamatan, pengurusan kawasan terminal serta kepentingan memastikan integrasi antara infrastruktur, sistem dan operasi dapat dilaksanakan secara berkesan.

Program turut disusuli dengan taklimat ringkas oleh pihak MASB serta lawatan ke kawasan terminal, kemudahan VIP/VVIP dan kawasan sekitar LTSIP. Lawatan ini memberikan gambaran secara langsung kepada delegasi berhubung aspek pengoperasian, pengurusan fasiliti dan penyediaan kemudahan di sebuah terminal pengangkutan yang beroperasi.
Turut menyertai lawatan ini ialah wakil SUNISSA Sdn. Bhd. selaku kontraktor serta Arkitek Punca Cipta (APC) selaku perunding arkitek yang terlibat dalam Projek Meroboh, Membina dan Menaiktaraf Terminal dan Jeti Penumpang, Kargo dan Ro-Ro Kuala Kedah.

Lawatan penanda aras ini mencerminkan komitmen JLMWU dalam memperkukuh perkongsian ilmu, kolaborasi strategik serta penyelarasan berkesan antara agensi kerajaan, pemilik projek, perunding, kontraktor dan pemain industri di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT). Usaha ini juga selaras dengan komitmen Kementerian Pengangkutan Malaysia dalam memastikan pembangunan infrastruktur pengangkutan negara dilaksanakan secara terancang, bersepadu, selamat, efisien dan berorientasikan keperluan pengguna serta industri.

Komitmen tersebut seterusnya diterjemahkan melalui pelaksanaan Projek Terminal dan Jeti Kuala Kedah, yang diharapkan dapat menyediakan kemudahan pengangkutan laut yang lebih moden, selamat, cekap, mesra pengguna dan berdaya saing. Projek ini juga dijangka dapat memperkukuh kesalinghubungan pengangkutan laut, memenuhi keperluan pengguna dan industri serta menyokong pertumbuhan sektor maritim dan aktiviti ekonomi di kawasan utara Semenanjung Malaysia.

Secara keseluruhannya, lawatan penanda aras ini bukan sahaja membuka ruang kepada perkongsian pengalaman dan amalan terbaik, malah menjadi platform strategik untuk memperkukuh kerjasama serta memastikan pelaksanaan Projek Terminal dan Jeti Kuala Kedah mengambil kira aspek keselamatan, kecekapan operasi, kemampanan, integrasi sistem dan pengalaman pengguna seiring dengan aspirasi pembangunan infrastruktur pengangkutan negara.

BENCHMARKING VISIT TO SULTAN ISMAIL PETRA AIRPORT (LTSIP), KOTA BHARU, KELANTAN

Kota Bharu, 10 August 2026 – The Malaysia Marine Department Northern Region (JLMWU), representing the Project Team for the Demolition, Construction and Upgrading of the Kuala Kedah Passenger, Cargo and Ro-Ro Terminal and Jetty, Kedah Darul Aman, paid a courtesy visit and benchmarking visit to the Management of Sultan Ismail Petra Airport (LTSIP), Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

The visit aimed to gain insights, knowledge and best practices relating to terminal development planning, system management, preparation of technical specifications, as well as the procurement process for equipment for new terminal development projects. The knowledge and experience shared are expected to serve as valuable references in planning and implementing the Kuala Kedah Terminal and Jetty Project in a more systematic, integrated and effective manner.

The courtesy visit was held at the Malaysia Airports Sdn. Bhd. (MASB) Meeting Room, Level 2, LTSIP. The JLMWU delegation was led by YBrs. Dr. Yasmin binti Mohd Hasni and was received by YBrs. Tuan Haji Suhaimi bin Abdul Sani, Manager of Malaysia Airports Sdn. Bhd. (MASB), LTSIP.
Among the key matters discussed were terminal development planning and coordination, terminal system and equipment requirements, procurement methods and processes, preparation of technical specifications, coordination among the project owner, consultants and contractors, as well as operational and facility management aspects following project completion.

Both parties also exchanged views and shared experiences on the management of transport infrastructure development projects, the provision of facilities that meet the needs of users, safety considerations, terminal area management, as well as the importance of ensuring effective integration between infrastructure, systems and operations.
The programme was followed by a briefing by MASB and a visit to the terminal area, VIP/VVIP facilities and surrounding areas of LTSIP. The visit provided the delegation with first-hand exposure to the operational and facility management aspects, as well as the provision of facilities within a fully operational transport terminal.

Also participating in the visit were representatives from SUNISSA Sdn. Bhd., as the contractor, and Arkitek Punca Cipta (APC), as the architectural consultant involved in the Demolition, Construction and Upgrading of the Kuala Kedah Passenger, Cargo and Ro-Ro Terminal and Jetty Project.

This benchmarking visit reflects JLMWU’s commitment to strengthening knowledge sharing, strategic collaboration and effective coordination among government agencies, project owners, consultants, contractors and industry players under the Ministry of Transport Malaysia (MOT). The initiative is also in line with the commitment of the Ministry of Transport Malaysia to ensure that the development of the country’s transport infrastructure is carried out in a planned, integrated, safe, efficient and user- and industry-oriented manner.

This commitment is further demonstrated through the implementation of the Kuala Kedah Terminal and Jetty Project, which is expected to provide modern, safe, efficient, user-friendly and competitive maritime transport facilities.
The project is also expected to strengthen maritime connectivity, meet the needs of users and industry, and support the growth of the maritime sector and economic activities in the northern region of Peninsular Malaysia.

Overall, the benchmarking visit not only provided an avenue for sharing experiences and best practices, but also served as a strategic platform to strengthen collaboration and ensure that the implementation of the Kuala Kedah Terminal and Jetty Project takes into consideration key aspects including safety, operational efficiency, sustainability, system integration and user experience, in line with the aspirations for the development of the nation’s transport infrastructure.

EXHIBIT AT TRANSPORT EXPO ASIA 2026! 🚛🚆✈️Put your brand at the centre of the region’s growing transport and mobility eco...
10/08/2026

EXHIBIT AT TRANSPORT EXPO ASIA 2026! 🚛🚆✈️

Put your brand at the centre of the region’s growing transport and mobility ecosystem at Transport Expo Asia 2026 (TXA 2026).

Under the theme “Future On The Move: Accelerating Next-Gen Transport”, TXA 2026 provides a strategic platform for companies to showcase solutions, connect with key decision-makers, build new partnerships and explore opportunities across the transport, mobility, logistics and infrastructure sectors.

Whether you are introducing new technologies, expanding your industry presence or looking to connect with potential partners and customers, TXA 2026 is where the industry comes together.

📅 20–22 October 2026
📍 Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur

📌 Ready to showcase your brand at TXA 2026?
Secure your exhibition space today:
🔗 https://tinyurl.com/muf3jyzm

For sponsorship and exhibition enquiries:
👤 Manz Majid, Sales Manager – [email protected]
👤 Rahul Asif, Sales Executive – [email protected]

Exhibit. Connect. Collaborate. Be part of the future of transport at TXA 2026. 🚀

KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG (PEMBANGUNAN) DAN PESURUHJAYA WARISAN NEGERI PULAU PIN...
08/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG (PEMBANGUNAN) DAN PESURUHJAYA WARISAN NEGERI PULAU PINANG KE JABATAN LAUT MALAYSIA WILAYAH UTARA

Pulau Pinang, 7 Ogos 2026 – Jabatan Laut Malaysia Wilayah Utara (JLMWU) telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato' Mohamed bin Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Pembangunan) dan YBrs. Ar. Zalena Binti Abdul Aziz, Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang. Ketibaan delegasi telah disambut oleh Pengarah Laut Wilayah Utara, YBrs. Tuan Haji Abd Majid bin Haji Rais, bersama barisan pegawai kanan JLMWU.

Kunjungan ini bertujuan meninjau kawasan sekitar Ibu Pejabat Jabatan Laut Malaysia Wilayah Utara yang dipercayai pernah berfungsi sebagai Pangkalan Pesawat Laut (Seaplane Base) RAF Glugor sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua. Lawatan tersebut turut memberi tumpuan kepada penilaian struktur bangunan lama yang masih kekal serta kawasan sekitarnya yang mempunyai nilai sejarah tinggi dan berpotensi untuk dipelihara sebagai khazanah warisan negeri.

Dalam sesi perbincangan, YBhg. Dato' Mohamed bin Abdul Rahman menzahirkan harapan agar bangunan-bangunan bersejarah yang masih wujud dapat dikekalkan dan dipelihara sebagai warisan negeri. Beliau turut mencadangkan agar potensi kawasan tersebut diteroka sebagai produk pelancongan warisan maritim yang mampu memperkaya sektor pelancongan negeri, di samping menjadi medium pendidikan dan rujukan sejarah kepada generasi masa kini serta akan datang.

Sementara itu, YBrs. Ar. Zalena Binti Abdul Aziz menegaskan komitmen Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang untuk bekerjasama rapat dengan JLMWU dalam usaha mengenal pasti, mendokumentasi, memelihara dan memulihara tinggalan sejarah yang sebelum ini kurang diberi perhatian (forgotten heritage). Kerjasama ini diharap dapat memastikan warisan maritim yang signifikan terus dipelihara sebagai khazanah bersejarah yang bernilai tinggi untuk negeri Pulau Pinang dan negara.

Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen bersama antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan JLMWU dalam memperkukuh kerjasama strategik bagi memelihara warisan maritim negara. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi pembangunan mampan yang mengimbangi pemuliharaan warisan sejarah dengan pembangunan masa hadapan demi manfaat generasi kini dan akan datang.



COURTESY VISIT BY THE DEPUTY STATE SECRETARY (DEVELOPMENT) OF PENANG AND THE PENANG STATE HERITAGE COMMISSIONER TO THE MALAYSIA MARINE DEPARTMENT NORTHERN REGION

Penang, 7 August 2026 – The Malaysia Marine Department Northern Region (JLMWU) had the honour of receiving a courtesy visit from YBhg. Dato' Mohamed bin Abdul Rahman, Deputy State Secretary (Development) of Penang, and YBrs. Ar. Zalena Binti Abdul Aziz, Penang State Heritage Commissioner. The delegation was welcomed by the Director of the Malaysia Marine Department Northern Region, YBrs. Tuan Haji Abd Majid bin Haji Rais, together with the department's senior management team.

The primary purpose of the visit was to inspect the area surrounding the JLMWU
Headquarters, which is believed to have served as the RAF Glugor Seaplane Base prior to the outbreak of the Second World War. The visit also focused on assessing the existing heritage structures and their surrounding environment, which possess significant historical value and strong potential for preservation as part of Penang's heritage assets.

During the discussion, YBhg. Dato' Mohamed bin Abdul Rahman expressed his aspiration that the remaining historic buildings be preserved and protected as valuable state heritage. He also proposed exploring the site's potential as a maritime heritage tourism destination, capable of enhancing Penang's tourism sector while serving as an educational and historical reference for present and future generations.

Meanwhile, YBrs. Ar. Zalena Binti Abdul Aziz reaffirmed the commitment of the Penang State Heritage Commissioner's Office to work closely with the JLMWU in identifying, documenting, conserving and preserving these historical remains, which have largely remained a forgotten heritage. This collaboration aims to safeguard the site's significant maritime heritage as a valuable historical legacy for both the State of Penang and Malaysia.

The courtesy visit reflects the shared commitment of the Penang State Government and JLMWU to strengthening strategic collaboration in preserving the nation's maritime heritage. This initiative is in line with the principles of sustainable development by balancing heritage conservation with future development, ensuring that this invaluable legacy continues to benefit both present and future generations.

JABATAN LAUT MALAYSIA DI BRUNEI DARUSSALAM MARITIME WEEK 2026Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam | 6–7 Ogos 2026Jabat...
08/08/2026

JABATAN LAUT MALAYSIA DI BRUNEI DARUSSALAM MARITIME WEEK 2026

Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam | 6–7 Ogos 2026

Jabatan Laut Malaysia (JLM) telah menyumbang perspektif dan kepakaran Malaysia dalam Brunei Darussalam Maritime Week (BDMW) 2026 melalui penyertaan Encik Mohd Tarmizi Osman, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar (BKSAS) sebagai panelis bagi dua sesi forum di Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.

Pada 6 Ogos 2026, beliau tampil dalam Session 1: Leadership Dialogue – Future of Maritime in ASEAN | Opportunities, Risks and Strategic Priorities, dengan berkongsi pandangan JLM mengenai kepentingan kerjasama serantau dalam menangani cabaran maritim yang merentasi sempadan, termasuk perkongsian maklumat, pembangunan kapasiti generasi profesional maritim akan datang serta kerjasama antara kerajaan, industri dan organisasi antarabangsa. Seterusnya pada 7 Ogos 2026, beliau sekali lagi mewakili JLM sebagai panelis dalam Session 4: Maritime Sustainability, yang memberi tumpuan kepada usaha membangunkan sektor maritim yang lebih mampan dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran semasa dan masa hadapan.

Penyertaan JLM dalam kedua-dua sesi ini menjadi platform untuk mengetengahkan pengalaman Malaysia dalam keselamatan pelayaran, perlindungan alam sekitar marin, kesiapsiagaan menghadapi pencemaran, dekarbonisasi perkapalan dan kerjasama maritim serantau, di samping memperkukuh jaringan kerjasama JLM bersama pihak berkuasa maritim ASEAN, industri serta organisasi antarabangsa ke arah sektor maritim serantau yang selamat, mampan, berdaya tahan dan kompetitif.



MALAYSIA MARINE DEPARTMENT AT BRUNEI DARUSSALAM MARITIME WEEK 2026

Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam | 6–7 August 2026

The Malaysia Marine Department (MMD) contributed Malaysia’s perspectives and expertise to the Brunei Darussalam Maritime Week (BDMW) 2026 through the participation of Mr. Mohd Tarmizi Osman, Senior Assistant Director, Safety, Security and Marine Environment Division, as a panellist in two forum sessions held at Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.

On 6 August 2026, he participated in Session 1: Leadership Dialogue – Future of Maritime in ASEAN | Opportunities, Risks and Strategic Priorities, sharing MMD’s perspectives on the importance of regional cooperation in addressing maritime challenges that transcend national boundaries, including information sharing, capacity building for the next generation of maritime professionals, and collaboration among governments, industry and international organisations. On 7 August 2026, he again represented MMD as a panellist in Session 4: Maritime Sustainability, which focused on building a more sustainable and resilient maritime sector in addressing current and future challenges.

MMD’s participation in both sessions provided a platform to share Malaysia’s experience in maritime safety, marine environmental protection, pollution preparedness and response, shipping decarbonisation and regional maritime cooperation, while further strengthening MMD’s engagement with ASEAN maritime authorities, industry and international organisations towards a regional maritime sector that is safe, sustainable, resilient and competitive.

SIARAN MEDIA – UNTUK SIARAN SEGERAJABATAN LAUT MALAYSIA RAI KEJAYAAN DATUK CAPTAIN DR. HAMZAH BIN MOHD NOOR MENERIMA PEN...
04/08/2026

SIARAN MEDIA – UNTUK SIARAN SEGERA

JABATAN LAUT MALAYSIA RAI KEJAYAAN DATUK CAPTAIN DR. HAMZAH BIN MOHD NOOR MENERIMA PENGIKTIRAFAN CHARTERED MASTER MARINER

Address

Jabatan Laut Malaysia, Ibu Pejabat Laut, Menara Dius Api, PT 664 Jalan Limbungan

42007

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60331629988

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Laut Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Laut Malaysia:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share