22/08/2026
PROGRAM MADANI KITA | KAMPUNG WARISAN, KOTA KINABALU
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sabah turut menyertai Program MADANI Kita (PMK) yang berlangsung di Kampung Warisan, Kota Kinabalu pada 22 Ogos 2026 dengan mengadakan pameran dan hebahan berkaitan pencegahan penyalahgunaan dadah kepada komuniti. Program anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara kerajaan dengan masyarakat, selain menyemarakkan semangat Malaysia MADANI di peringkat komuniti. Penyertaan AADK Negeri Sabah turut memberi ruang kepada masyarakat mendapatkan maklumat dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan bersama-sama mencegah penyalahgunaan dadah.
Turut hadir dalam majlis perasmian ialah Pengarah AADK Negeri Sabah, Puan Elmariah Chung, bersama-sama barisan pemimpin dan pegawai kanan kerajaan yang menyokong pelaksanaan program berteraskan kesejahteraan serta keterlibatan masyarakat. Kehadiran beliau mencerminkan komitmen AADK Negeri Sabah dalam memperkukuh usaha pencegahan melalui pendekatan turun padang, pendidikan dan komunikasi strategik bersama komuniti. Program ini juga membuka peluang kepada AADK untuk melihat secara langsung pengurusan pameran, penglibatan agensi serta penerimaan masyarakat terhadap aktiviti yang dilaksanakan.
Kejayaan pelaksanaan Program MADANI Kita di Kampung Warisan ini akan menjadi panduan dan rujukan penting kepada AADK Negeri Sabah dalam persediaan menganjurkan Program MADANI Kita di Tawau pada bulan Oktober 2026. Pengalaman yang diperoleh, termasuk aspek penyelarasan, pengurusan pameran, penglibatan komuniti dan kerjasama antara agensi, dapat dimanfaatkan bagi memastikan PMK Tawau anjuran AADK Negeri Sabah nanti dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, berkesan dan memberi impak kepada masyarakat.
______________________________
Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
../pmd4