Polis Daerah Dungun

  • Home
  • Polis Daerah Dungun

Polis Daerah Dungun Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun
Batu 48, Jalan Besar Paka Dungun
23000 Dungun,Terengganu
(1)

Sebarang Pertanyaan mengenai Covid 19 boleh berhubung di talian 098482222

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA POLIS BALAI KETENGAH JAYA.Dungun, 3 Mei 2026 – Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Bal...
03/05/2026

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA POLIS BALAI KETENGAH JAYA.

Dungun, 3 Mei 2026 – Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Balai Ketengah Jaya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Sri Tenggol, IPD Dungun pada jam 10.00 pagi.

Majlis ini disaksikan oleh YDH DSP Jumaidy Bah Chong Weh, Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun. Serah terima jawatan melibatkan Sub Inspektor Noraida Binti Safa’ai sebagai penerima jawatan Ketua Balai Polis Ketengah Jaya daripada SM Abu Othman Bin Abu Hassan, yang sebelum ini memangku jawatan tersebut.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah pegawai kanan dan anggota IPD Dungun, termasuk 12 pegawai kanan (PKP), 23 pegawai rendah polis (PRP) serta 2 pegawai awam (PA).

Dalam ucapan ringkasnya, YDH DSP Jumaidy Bah Chong Weh mengucapkan tahniah dan selamat menjawat jawatan kepada Sub Inspektor Noraida Binti Safa’ai. Beliau berharap agar Ketua Balai Polis yang baharu dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi serta mematuhi arahan pucuk pimpinan.

Majlis ini mencerminkan komitmen Polis Diraja Malaysia dalam memastikan kesinambungan kepimpinan di peringkat balai, sekali gus memperkukuh keselamatan dan ketenteraman masyarakat setempat.


MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI RENDAH POLIS PERINGKAT DAERAH DUNGUN.Dungun, 03 Mei 2026 – Majlis Pemakaian Pangkat Peg...
03/05/2026

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI RENDAH POLIS PERINGKAT DAERAH DUNGUN.

Dungun, 03 Mei 2026 – Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Rendah Polis (PRP) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sri Tenggol, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YDH DSP. Jumaidy Bah Chong Weh Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun yang turut menyampaikan pemakaian pangkat kepada anggota yang menerima kenaikan pangkat.

Antara penerima kenaikan pangkat ialah:
- Sub Insp. 129917 Azizah Binti Mohamed (Bips Ipd Dungun)
- Sub Insp. 133520 Noraida Binti Safa'ai (KBP Ketengah Jaya)
- Sjn. 154559 Shahrul Nizar Bin Sazali (Balai Polis Ketengah Jaya)

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada anggota Polis Diraja Malaysia atas komitmen dan dedikasi dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab kepada pasukan dan masyarakat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, YDH DSP Jumaidy Bah Chong Weh dalam ucapannya, menzahirkan ucapan tahniah kepada mereka yang telah dinaikkan pangkat. Beliau juga menyeru kepada setiap warga kerja IPD Dungun supaya sedia membantu dan memberi kerjasama dalam aspek pelaksanaan tugas agar dapat melahirkan warga kerja yang berintegriti dan profesional.



MANGSA HILANG DI BUKIT LAT DUNGUN BERJAYA DITEMUI SELAMATDungun, 29 April 2026 – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang d...
29/04/2026

MANGSA HILANG DI BUKIT LAT DUNGUN BERJAYA DITEMUI SELAMAT

Dungun, 29 April 2026 – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di kawasan Hutan Simpan Bukit Bauk, Bukit Lat Dungun sejak 24 April lalu akhirnya berjaya ditemui dalam keadaan selamat di Kampung Binjai, Che Lijah, Dungun pada tengah hari tadi.

Mangsa berunur 55 tahun, dilaporkan hilang selepas memasuki hutan bersama dua rakannya untuk mencari kayu. Rakan-rakan beliau keluar pada hari yang sama, namun mangsa tidak pulang. Usaha mencari telah dijalankan oleh ahli keluarga bersama pihak berkuasa sejak hari kejadian, namun gagal menemui mangsa sehingga laporan polis dibuat pada 28 April.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh PDRM bersama pasukan sahabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perhutanan serta orang awam telah digerakkan dengan kekuatan seramai 37 anggota. Aset operasi termasuk kenderaan pacuan empat roda, lori, van serta bantuan anjing pengesan (K9) turut digunakan.

Pada jam 12.15 tengah hari, maklumat daripada talian kecemasan NG999 memaklumkan mangsa telah ditemui orang awam kira-kira 3.2 kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Bukit Lat Dungun. Mangsa dalam keadaan sedar tetapi lemah, sebelum dibawa ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, DSP Jumaidy Bah Chong Weh, mengesahkan operasi SAR ditamatkan pada jam 2.00 petang selepas mangsa berjaya diselamatkan. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi penyelamat dan orang awam yang terlibat dalam usaha mencari mangsa.

Orang ramai diingatkan agar berhati-hati ketika memasuki kawasan hutan, terutama tanpa panduan atau peralatan keselamatan yang mencukupi. Sebarang aktiviti di kawasan hutan simpan hendaklah dimaklumkan kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.



PDRM DUNGUN & JPNIN PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIKDungun, 29 April – Mesyuarat Pemuaafakatan antara Polis Diraja Malaysia ...
29/04/2026

PDRM DUNGUN & JPNIN PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK

Dungun, 29 April – Mesyuarat Pemuaafakatan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Daerah Dungun telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Sri Tenggol, IPD Dungun.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YDH DSP Jumaidy Bah Chong Weh - Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun bersama pegawai-pegawai PDRM dan JPNIN, YBrs Tengku Mazilawati bt Tengku Muhamad - Pegawai Perpaduan Daerah Dungun ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik dalam aspek keselamatan komuniti serta pengukuhan perpaduan masyarakat.

Antara fokus utama ialah pelaksanaan program advokasi, kempen kesedaran, serta penglibatan komuniti dalam usaha mencegah jenayah dan memperkukuh keharmonian sosial.

Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi menyatukan usaha dua agensi utama – PDRM sebagai benteng keselamatan dan JPNIN sebagai penggerak perpaduan masyarakat – demi kesejahteraan komuniti setempat.



SIARAN MEDIA PEMANGKU KETUA POLIS DAERAH DUNGUN BERKAITAN KES KELUCAHAN MELAMPAU
26/04/2026

SIARAN MEDIA PEMANGKU KETUA POLIS DAERAH DUNGUN BERKAITAN KES KELUCAHAN MELAMPAU



PDRM DUNGUN DAN ASTRO PERKUKUH KERJASAMA BANTERAS PENSTRIMAN HARAMDungun, 22 April 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)...
22/04/2026

PDRM DUNGUN DAN ASTRO PERKUKUH KERJASAMA BANTERAS PENSTRIMAN HARAM

Dungun, 22 April 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun hari ini menjadi lokasi pertemuan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan wakil Astro Malaysia bagi membincangkan isu penstriman kandungan tidak sah yang semakin berleluasa. Pertemuan yang berlangsung pada jam 10.30 pagi itu bertempat di pejabat YDH DSP Jumaidy Bah Chong Weh, Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, bersama Insp. Mohd Zaki Bin Hamzah dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah (BPJKKD).

Turut hadir DSP(B) Anuar Bin Hj Md Azali @ Md Ghazali, Penolong Naib Presiden Perhubungan & Penyiasatan Astro. Antara objektif utama pertemuan ini ialah membincangkan impak penstriman haram terhadap industri penyiaran dan ekonomi negara, merangka kerjasama strategik antara PDRM dan Astro, serta memperkukuh jaringan komunikasi untuk tindakan susulan dan operasi bersepadu.

Selain itu, pertemuan ini turut menekankan pelaksanaan program advokasi dan kempen kesedaran masyarakat mengenai kesalahan serta risiko penggunaan platform penstriman tidak sah. Isu keselamatan siber turut dibincangkan, termasuk ancaman malware, penipuan dan kecurian data yang sering dikaitkan dengan penstriman haram.

Pertemuan ini diharap dapat memperkukuh kerjasama bersepadu antara PDRM dan Astro, sekali gus memastikan segala perancangan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan berkesan demi kesejahteraan dan keselamatan masyarakat setempat.


LAWATAN KERJA KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL (JSJK) IPK TERENGGANU KE IPD DUNGUN SEMPENA PEMERIKSAAN NAZIRAN.Du...
13/04/2026

LAWATAN KERJA KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL (JSJK) IPK TERENGGANU KE IPD DUNGUN SEMPENA PEMERIKSAAN NAZIRAN.

Dungun, 13 April 2026 : Satu lawatan kerja telah diadakan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) IPK Terengganu, Supt. Shahriman bin Shaari, ke Pejabat Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, DSP Jumaidy Bah Chong Weh. Lawatan tersebut berlangsung dari jam 9.30-10.30 pagi sempena pemeriksaan naziran kertas siasatan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJKD) IPD Dungun.

Turut hadir bersama rombongan JSJK IPK Terengganu ialah DSP Sachinananthan A/L Muniandy (Timbalan Ketua JSJK), ASP Amir bin Mohd Hadi (PTRO), ASP Mohd Afzan bin Musa (Perundangan/Naziran), Insp Mohd Fahmi bin Mohd Napi serta Insp Mohamad Zulfadhli bin Paichan (Risikan/Operasi), dan Insp Alnizam bin Lojumin (Perundangan/Naziran).

Sementara itu, pihak Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Dungun diwakili oleh Insp Muhammad Iqbal Hakim bin Zulkefli selaku Pemangku Ketua Bahagian. Lawatan ini bertujuan memperkukuh kerjasama serta memastikan tahap pengurusan siasatan jenayah komersil di peringkat daerah berada pada standard yang ditetapkan.



PROGRAM PDRM BERSAMA PENGUSAHA STESEN MINYAK DAERAH DUNGUNDungun, 13 April 2026 : Satu program perjumpaan antara Polis D...
13/04/2026

PROGRAM PDRM BERSAMA PENGUSAHA STESEN MINYAK DAERAH DUNGUN

Dungun, 13 April 2026 : Satu program perjumpaan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pengusaha stesen minyak di Daerah Dungun telah berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun pada jam 10.00 pagi. Program ini dipimpin oleh YDH DSP Jumaidy Bah Chong Weh, Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun bersama pegawai-pegawai kanan termasuk ASP Mohd Azlan bin Md Yusoff (KBPJKK), ASP Mhd Fikri bin Talib (KBSJD), serta beberapa pegawai dan anggota daripada pelbagai bahagian. Turut hadir ialah 16 orang pengurus dan wakil stesen minyak sekitar daerah Dungun.

Perjumpaan ini bertujuan meningkatkan kesedaran pengusaha stesen minyak terhadap ancaman dan trend jenayah semasa, selain mewujudkan rangkaian komunikasi yang lebih efektif antara pihak pengusaha dan PDRM. Ia juga menekankan usaha menyeragamkan garis panduan keselamatan premis meliputi aspek infrastruktur, operasi dan pengurusan risiko.

Program ini menjadi platform kolaborasi strategik antara PDRM dan pihak swasta dalam memperkukuhkan tahap keselamatan premis stesen minyak serta meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi sebarang ancaman jenayah di Daerah Dungun.


MESYUARAT AGUNG DAERAH KOPERASI POLIS DUNGUN BERJALAN LANCARDungun, 8 April 2026 – Mesyuarat Agung Daerah Koperasi Polis...
09/04/2026

MESYUARAT AGUNG DAERAH KOPERASI POLIS DUNGUN BERJALAN LANCAR

Dungun, 8 April 2026 – Mesyuarat Agung Daerah Koperasi Polis peringkat Daerah Dungun bagi sesi 2026/2028 telah berlangsung dengan penuh tertib di Dewan Seri Bistari, IPD Dungun. Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi itu telah dirasmikan oleh YDH DSP Jumaidy Bah Chong Weh, Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun. Turut hadir ialah YDH P/DSP Mohd Mua’zam bin Mohd Nawawi, Timbalan Komandan PULAPOL Dungun, bersama ketua-ketua bahagian, cawangan dan unit dari IPD serta PULAPOL Dungun. Kehadiran pegawai kanan, pegawai rendah, pegawai awam serta wakil KPDRM dari Kuala Lumpur, S/Insp Haslizam bin Ahmat, menyerikan lagi mesyuarat tersebut.

Mesyuarat ini bertujuan melaksanakan pemilihan Ahli Jawatankuasa Koperasi Daerah (AJKKD) bagi sesi 2026/2028, memberi mandat kepada ahli untuk memilih perwakilan ke Mesyuarat Agung Perwakilan KPDRM pada Jun 2026, serta menyampaikan perkembangan terkini koperasi. Selain itu, ia turut menekankan kepentingan mencarum dalam KPDRM, manfaat perlindungan insurans kelompok, dan kesedaran menjaga kebajikan diri serta keluarga.

Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuk perasmian oleh YDH DSP Jumaidy Bah Chong Weh, taklimat perkembangan KPDRM oleh S/Insp Haslizam bin Ahmat, serta pemilihan AJKKD Daerah Dungun bagi sesi baharu. Keputusan pemilihan menyaksikan Insp. Mohamad Azhari bin Musa (PULAPOL Dungun) dipilih sebagai Pengerusi Tetap, manakala Insp. Mohd Saifol bin Saregat (IPD Dungun) sebagai Pengerusi Simpanan. Jawatan Setiausaha Tetap disandang oleh Sjn Mohd Firdaus bin Alam (IPD Dungun), sementara Setiausaha Simpanan dipegang oleh Sjn Azree bin Akiyu (PULAPOL Dungun) bersama Kpl Wan Zulhaki bin Wan Mohamad Noor (IPD Dungun).

Mesyuarat dan pemilihan AJKKD sesi 2026/2028 berjalan lancar serta mencapai objektif yang ditetapkan. Pengerusi AJKKD Daerah Dungun sesi 2024/2026, S/Insp Zainal bin Mohd Noah, turut menyampaikan penghargaan kepada semua pihak atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan mesyuarat tersebut.


KUNJUNGAN HORMAT KETUA BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT DUNGUN KEPADA P/KPD DUNGUNDungun, 8 April 2026 – Pada jam 11.40 pagi t...
08/04/2026

KUNJUNGAN HORMAT KETUA BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT DUNGUN KEPADA P/KPD DUNGUN

Dungun, 8 April 2026 – Pada jam 11.40 pagi tadi, satu kunjungan hormat telah diadakan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, TPgB II Yahaya bin Hanapi @ Nasir kepada Pemangku Ketua Polis Daerah (P/KPD) Dungun, DSP Jumaidy Bah Chong Weh.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah PBK I Muliady bin Mohamad Noor dan PBK II KUP Che Wan Mohamad bin Che Wan Ismail.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya di daerah Dungun. Selain itu, pertemuan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan serta memperkukuhkan koordinasi dalam aspek keselamatan, kecemasan dan pengurusan bencana.

Diharapkan jalinan kerjasama yang erat ini akan terus diperkukuh demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.


𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗨𝗙𝗔𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗜𝗣𝗗 DUNGUN 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 DUNGUNDungun, 07 April 2026 –Ibu Pejabat Polis Daera...
07/04/2026

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗨𝗙𝗔𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗜𝗣𝗗 DUNGUN 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 DUNGUN

Dungun, 07 April 2026 –
Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun telah mengadakan Mesyuarat Permuafakatan bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Dungun bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam menangani isu keselamatan dan disiplin pelajar.

Pertemuan rasmi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Bidara, PPD Daerah Dungun ini dihadiri oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, DSP. Jumaidy Bah Chong Weh; Pemangku Pegawai Pendidikan Daerah, En. Rusdi bin Husin; Ketua-ketua Bahagian, serta Pegawai-pegawai Pendidikan Daerah Dungun.

Sesi perbincangan ini bertujuan membincangkan cabaran serta keperluan kerjasama rentas agensi dalam menangani pelajar berisiko terlibat dalam jenayah, dadah dan buli. Ia turut menekankan kepentingan memperkasa peranan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) bersama pihak pentadbiran sekolah dan ibu bapa, di samping merangka pelan tindakan bersama bagi meningkatkan kesedaran jenayah, keselamatan jalan raya serta pembentukan sahsiah diri pelajar. Langkah-langkah ini diambil bagi menjamin suasana persekolahan yang selamat, harmoni dan bebas daripada ancaman jenayah.

Perjumpaan ini mencerminkan komitmen berterusan PDRM dan Jabatan Pendidikan dalam memastikan setiap pelajar dilindungi, dibimbing serta diberi peluang untuk berkembang dalam persekitaran yang selamat dan kondusif. Semangat kerjasama ini dizahirkan melalui pegangan teguh terhadap prinsip “𝗣𝗼𝗹𝗶𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗕𝗲𝗿𝗽𝗶𝘀𝗮𝗵 𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮”, sebagai satu iltizam bersama demi kesejahteraan generasi muda dan keselamatan masyarakat keseluruhannya.



Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Dungun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Daerah Dungun:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share