Tourism Perak

  • Home
  • Tourism Perak

Tourism Perak Promising Perak – a destination where natural beauty, rich heritage, and endless adventures await. Perak will surprise you! A truly World of Wonders!
(213)

Where nature, culture, delicious food and warm people will take you through a journey to ancient caves, pristine beaches and international heritage. Perak is waiting for you and your family. Official Page: Tourism Authority of Perak - Malaysia

14/06/2026

KEJOHANAN WORLD TRIATHLON DEVELOPMENT REGIONAL CUP & ASIA TRIATHLON JUNIOR CUP KAMPAR 2026

13 – 14 Jun 2026
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar, Perak

Persatuan Triathlon Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Daerah Kampar telah berjaya menganjurkan Kejohanan World Triathlon Development Regional Cup & Asia Triathlon Junior Cup Kampar 2026 yang berlangsung selama empat hari bermula 11 hingga 14 Jun 2026 di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar. Kejohanan bertaraf antarabangsa ini telah menghimpunkan penyertaan atlet dari 34 buah negara termasuk Malaysia, Australia, Brazil, China, Jepun, Korea Selatan, Thailand, Singapura, United Kingdom dan pelbagai negara lain, sekali gus menjadikan Kampar sebagai tumpuan komuniti sukan triathlon antarabangsa.

Pelbagai kategori pertandingan telah dipertandingkan sepanjang kejohanan merangkumi Junior Elite, Development Regional Cup, National Championship, Mixed Team Relay, Age Group Sprint Triathlon, U15 Super Sprint, Tri Kids dan Tri Mini. Selain itu, acara sampingan seperti Glow Night Run turut mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat dan pengunjung.
Kejohanan ini telah diserikan dengan kehadiran barisan tetamu kehormat daripada Kerajaan Negeri Perak, wakil Kementerian Belia dan Sukan, pemimpin tempatan, Tourism Perak, Persatuan Triathlon Malaysia serta agensi-agensi berkaitan yang sentiasa menyokong pembangunan sukan di negeri ini.

Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform pembangunan bakat atlet tempatan dan antarabangsa, malah turut menyumbang kepada pertumbuhan pelancongan sukan serta ekonomi setempat.

Selaras dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026, program ini berjaya memperkukuhkan kedudukan Negeri Perak khususnya Kampar sebagai destinasi pelancongan dan penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa.





KEJOHANAN WORLD TRIATHLON DEVELOPMENT REGIONAL CUP & ASIA TRIATHLON JUNIOR CUP KAMPAR 202613 – 14 Jun 2026 Universiti Tu...
14/06/2026

KEJOHANAN WORLD TRIATHLON DEVELOPMENT REGIONAL CUP & ASIA TRIATHLON JUNIOR CUP KAMPAR 2026

13 – 14 Jun 2026
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar, Perak

Persatuan Triathlon Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Daerah Kampar telah berjaya menganjurkan Kejohanan World Triathlon Development Regional Cup & Asia Triathlon Junior Cup Kampar 2026 yang berlangsung selama empat hari bermula 11 hingga 14 Jun 2026 di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar. Kejohanan bertaraf antarabangsa ini telah menghimpunkan penyertaan atlet dari 34 buah negara termasuk Malaysia, Australia, Brazil, China, Jepun, Korea Selatan, Thailand, Singapura, United Kingdom dan pelbagai negara lain, sekali gus menjadikan Kampar sebagai tumpuan komuniti sukan triathlon antarabangsa.

Pelbagai kategori pertandingan telah dipertandingkan sepanjang kejohanan merangkumi Junior Elite, Development Regional Cup, National Championship, Mixed Team Relay, Age Group Sprint Triathlon, U15 Super Sprint, Tri Kids dan Tri Mini. Selain itu, acara sampingan seperti Glow Night Run turut mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat dan pengunjung.
Kejohanan ini telah diserikan dengan kehadiran barisan tetamu kehormat daripada Kerajaan Negeri Perak, wakil Kementerian Belia dan Sukan, pemimpin tempatan, Tourism Perak, Persatuan Triathlon Malaysia serta agensi-agensi berkaitan yang sentiasa menyokong pembangunan sukan di negeri ini.

Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform pembangunan bakat atlet tempatan dan antarabangsa, malah turut menyumbang kepada pertumbuhan pelancongan sukan serta ekonomi setempat.
Selaras dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026, program ini berjaya memperkukuhkan kedudukan Negeri Perak khususnya Kampar sebagai destinasi pelancongan dan penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa.

THE TAIPING INTERNATIONAL YOUTH MARCHING BAND FESTIVAL 202613 Jun 2026Dataran Warisan, TaipingThe Taiping International ...
14/06/2026

THE TAIPING INTERNATIONAL YOUTH MARCHING BAND FESTIVAL 2026
13 Jun 2026
Dataran Warisan, Taiping

The Taiping International Youth Marching Band Festival 2026 telah berlangsung dengan meriah di Dataran Warisan, Taiping, menghimpunkan kira-kira 670 peserta yang terdiri daripada pasukan pancaragam belia dari Malaysia dan beberapa negara luar termasuk Jepun, Filipina, Indonesia dan Hong Kong. Festival bertaraf antarabangsa ini menjadi platform yang menyatukan golongan belia melalui seni muzik, di samping memupuk semangat perpaduan, pertukaran budaya dan persahabatan merentasi sempadan negara. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Festival ini dimulakan dengan perarakan pasukan pancaragam yang menampilkan persembahan penuh warna-warni dan bertenaga di sekitar pusat bandar Taiping sebelum diteruskan dengan pelbagai persembahan muzik pada sebelah malam. Penglibatan peserta dari pelbagai latar belakang budaya dan negara telah mewujudkan suasana yang meriah serta memperlihatkan bakat, disiplin dan kreativiti generasi muda dalam bidang seni persembahan. Kehadiran peserta, pegawai pengiring dan pengunjung turut memeriahkan suasana bandar warisan ini sepanjang penganjuran festival.

Penganjuran festival ini memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan dan ekonomi setempat dengan meningkatkan kehadiran pelawat ke Taiping serta memperkukuhkan imej bandar tersebut sebagai destinasi pelancongan warisan yang aktif menganjurkan acara bertaraf antarabangsa. Selain mempromosikan kepelbagaian budaya dan seni, festival ini turut menyokong usaha memperkenalkan Negeri Perak kepada khalayak yang lebih luas selaras dengan aspirasi pembangunan pelancongan negeri dan negara.







✨ GLOW NIGHT RUN 3 @ KAMPAR ✨Suasana malam di Kampar bertukar meriah dan penuh warna-warni menerusi penganjuran Glow Nig...
14/06/2026

✨ GLOW NIGHT RUN 3 @ KAMPAR ✨

Suasana malam di Kampar bertukar meriah dan penuh warna-warni menerusi penganjuran Glow Night Run 3 yang berlangsung bersempena Program World Triathlon Regional Development Cup dan Asia Triathlon Junior Cup 2026.

Ratusan peserta daripada dalam dan luar daerah membanjiri Kampus Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar dengan pelbagai kostum kreatif serta aksesori bercahaya yang menceriakan laluan larian pada malam tersebut.

Selain mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif, program ini turut menyerlahkan Kampar sebagai destinasi pelancongan sukan yang mampu menarik kehadiran peserta dan pengunjung dari pelbagai lokasi.

Tahniah kepada semua peserta dan pihak penganjur atas kejayaan menjayakan acara yang penuh tenaga, warna dan semangat komuniti ini.

LAWATAN MEDIA FAMILIARIZATION TRIP (FAM TRIP) KE PERAK BERSAMA TOURISM MALAYSIA SARAWAK SEMPENA PROGRAM SARAWAK FOOD AND...
12/06/2026

LAWATAN MEDIA FAMILIARIZATION TRIP (FAM TRIP) KE PERAK BERSAMA TOURISM MALAYSIA SARAWAK SEMPENA PROGRAM SARAWAK FOOD AND CULTURE PROMOTION GAWAI FESTIVAL 2026

🗓️ 12 Jun 2026

Program Lawatan Media Familiarization Trip (FAM Trip) ke Perak bersama delegasi media dan pencipta kandungan dari Sarawak diteruskan pada hari kedua dengan meneroka keindahan alam semula jadi serta produk pelancongan unik yang menjadi kebanggaan Negeri Perak.

Delegasi telah dibawa mengunjungi Tasik Cermin 1 dan Tasik Cermin 2, sebuah destinasi ekopelancongan yang terkenal dengan panorama tasik yang dikelilingi bukit batu kapur serta pemandangan refleksi semula jadi yang memukau. Lawatan ini memberi peluang kepada peserta merasai sendiri keunikan tarikan alam semula jadi yang semakin mendapat perhatian pelancong dari dalam dan luar negara.

Seterusnya, delegasi dibawa ke Chang Jiang White Coffee Kin Loong Valley bagi menikmati pengalaman gastronomi tempatan dalam suasana yang tenang dan berlatarbelakangkan keindahan landskap semula jadi.

Perjalanan diteruskan ke Bandar Diraja Kuala Kangsar untuk mengenali lebih dekat sejarah, warisan dan identiti diraja Negeri Perak yang menjadi antara tarikan utama pelancongan budaya negeri ini.

Melalui program seperti ini, Tourism Perak terus komited memperkukuh jaringan kerjasama bersama rakan media dan pencipta kandungan dalam mempromosikan keunikan produk pelancongan Perak kepada pasaran yang lebih luas.

SESI LIBAT URUS LAWATAN MEDIA FAMILIARIZATION TRIP (FAM TRIP) KE PERAK BERSAMA TOURISM MALAYSIA SARAWAK SEMPENA PROGRAM ...
12/06/2026

SESI LIBAT URUS LAWATAN MEDIA FAMILIARIZATION TRIP (FAM TRIP) KE PERAK BERSAMA TOURISM MALAYSIA SARAWAK SEMPENA PROGRAM SARAWAK FOOD AND CULTURE PROMOTION GAWAI FESTIVAL 2026

11 June 2026

Tourism Perak berbesar hati menerima kunjungan delegasi media dan pencipta kandungan dari Sarawak sempena Lawatan Media Familiarization Trip (FAM Trip) ke Perak yang dianjurkan bersama Tourism Malaysia Sarawak bersempena Program Sarawak Food and Culture Promotion Gawai Festival 2026.

Delegasi yang terlibat terdiri daripada wakil Tourism Malaysia Sarawak, media serta pencipta kandungan digital iaitu Ms Agnes Felicia Anak Joseph (Tourism Malaysia Sarawak), Ms Nur Afifah binti Ismail (Borneo Digital), Mr Aidil Adha bin Zainoren (The Kayangan Hunter), Ms Tracey Edwina Hughes (Tracey E. Hughes), Ms Farah Diyana binti Samsudin (), Ms Tiffany Yeo Ching (Borneo Talk), Mr Muhammad Azib Zikry (TVS), Mr Farhan Danial (TVS), Ms Nur Shafira (Cats FM) dan Mr Muhd Muiz (Cats FM).

Pada hari pertama program, para delegasi telah dibawa meninjau beberapa produk pelancongan ikonik di Ipoh, antaranya Perak Cave Temple, Muzium Darul Ridzuan serta menyertai Ipoh Heritage Trail yang merangkumi lawatan ke Stesen Kereta Api Ipoh, Birch Memorial Clock Tower dan Concubine Lane. Lawatan ini memberi peluang kepada peserta untuk mendalami keunikan sejarah, warisan budaya serta seni bina yang menjadi identiti bandar raya Ipoh.

Pada sebelah malam, Tourism Perak telah mengadakan Sesi Networking kerjasama bersama Tourism Malaysia Sarawak di Madam Kok, yang menjadi platform untuk bertukar pandangan, berkongsi maklumat serta meneroka peluang kerjasama promosi pelancongan yang lebih strategik antara kedua-dua pihak.

Program seperti ini memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan industri pelancongan, memperluaskan capaian promosi destinasi serta meningkatkan kesedaran mengenai kepelbagaian produk dan pengalaman pelancongan yang ditawarkan oleh Negeri Perak kepada pasaran domestik dan antarabangsa.





PROGRAM TOURISM MALAYSIA INDUSTRY NETWORKING MEET-UP: ROYAL BELUM, LENGGONG & KUALA KANGSAR9 – 12 Jun 2026Restoran Soho ...
11/06/2026

PROGRAM TOURISM MALAYSIA INDUSTRY NETWORKING MEET-UP: ROYAL BELUM, LENGGONG & KUALA KANGSAR
9 – 12 Jun 2026
Restoran Soho Lekoi, Kuala Kangsar

Tourism Perak telah menerima kunjungan seramai 20 orang delegasi daripada Unit Komunikasi Korporat Tourism Malaysia sempena Program Tourism Malaysia Industry Networking Meet-Up: Royal Belum, Lenggong & Kuala Kangsar yang berlangsung dari 9 hingga 12 Jun 2026.

Program ini bertujuan memperkukuh hubungan serta jaringan kerjasama antara Tourism Malaysia dan Tourism Perak, di samping memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada para peserta mengenai produk dan tarikan pelancongan Negeri Perak. Sepanjang program, delegasi berpeluang meninjau sendiri keunikan produk ekopelancongan, warisan, budaya dan pelancongan berasaskan komuniti yang terdapat di Royal Belum, Lenggong dan Kuala Kangsar.

Antara yang hadir ialah Encik Ahmad Kamaruddin Yusof, Timbalan Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Tourism Malaysia, bersama delegasi Tourism Malaysia dan wakil media. Turut serta mewakili Tourism Perak ialah Encik Suhaimi bin Abu Hassan Shari, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak Management Berhad, yang berkesempatan berkongsi perkembangan semasa industri pelancongan negeri serta potensi produk pelancongan Perak sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Program ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan, berkongsi maklumat dan meneroka peluang kerjasama promosi yang lebih strategik antara Tourism Malaysia, Tourism Perak dan pihak media. Inisiatif seperti ini memainkan peranan penting dalam memperkukuh penyampaian maklumat pelancongan serta meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian produk dan pengalaman yang ditawarkan oleh Negeri Perak kepada pasaran domestik dan antarabangsa.

KURSUS PEMERKASAAN TEKNIK PENGURUSAN JAWAPAN AUDIT SECARA BERINTEGRITI DAN EFEKTIF TAHUN 2026Tourism Perak Management Be...
11/06/2026

KURSUS PEMERKASAAN TEKNIK PENGURUSAN JAWAPAN AUDIT SECARA BERINTEGRITI DAN EFEKTIF TAHUN 2026

Tourism Perak Management Berhad telah menganjurkan Kursus Pemerkasaan Teknik Pengurusan Jawapan Audit Secara Berintegriti dan Efektif Tahun 2026 bagi meningkatkan kefahaman serta keupayaan pegawai dalam menyediakan jawapan audit yang tepat, teratur, berintegriti dan mematuhi kehendak pengauditan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohamad Kamil Bin Dato’ Haji Shafie, Pengerusi Lembaga Pengarah Tourism Perak Management Berhad.
Turut hadir memeriahkan program ialah Yang Berusaha Encik Suhaimi Bin Abu Hassan Shari, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak Management Berhad dan Yang Berusaha Puan Zuraida Binti Md Taib, Ketua Pegawai Operasi Tourism Perak Management Berhad.

Kursus ini telah disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Abd Aziz Bin Che Daud, Pengarah Audit Negeri Perak, Jabatan Audit Negara, yang berkongsi panduan, pengalaman serta amalan terbaik dalam pengurusan jawapan audit yang efektif dan berintegriti.

Semoga penganjuran kursus ini dapat meningkatkan kesiapsiagaan pegawai dalam menghadapi proses pengauditan pada masa hadapan, sekali gus memperkukuh budaya integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang cemerlang dalam organisasi.





11/06/2026
🌅 Mencari lokasi untuk menikmati matahari terbenam yang memukau di Lenggong?Dataran Tasik Raban menawarkan pemandangan t...
11/06/2026

🌅 Mencari lokasi untuk menikmati matahari terbenam yang memukau di Lenggong?

Dataran Tasik Raban menawarkan pemandangan tasik yang luas, dikelilingi bukit-bukau menghijau serta suasana yang tenang dan mendamaikan. Sama ada untuk bersantai bersama keluarga, beriadah atau merakam foto kenangan, destinasi ini menjanjikan pengalaman yang cukup menenangkan.

🔹 Panorama Tasik yang Menawan – Nikmati pemandangan Tasik Raban yang terbentang luas di hadapan mata.
🔹 Spot Sunset Menarik – Saksikan langit petang berubah warna dengan latar belakang tasik dan bukit-bukau.
🔹 Suasana Santai – Sesuai untuk berjalan-jalan, beriadah dan menikmati udara segar.
🔹 Lokasi Fotografi – Antara lokasi pilihan untuk merakam keindahan alam semula jadi Lenggong.

Luangkan masa seketika untuk memperlahankan langkah dan menikmati keindahan alam yang menjadikan Lenggong antara destinasi unik di Perak.

📍 Dataran Tasik Raban, Lenggong, Perak

Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6052499966

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tourism Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Tourism Perak:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share