Pejabat Agama Islam Daerah Rompin

  • Home
  • Pejabat Agama Islam Daerah Rompin
Call Directions

Pejabat Agama Islam Daerah Rompin PAID Rompin adalah sebuah badan kerajaan di bawah JAIP yg bertanggungjawab melaksanakan perkara bersangkutan Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Neg. Pahang.

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐈𝐃𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐎𝐌𝐏𝐈𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔Rompin, 19/08/2026 telah berlangsung Program Pe...
19/08/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐈𝐃𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐎𝐌𝐏𝐈𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Rompin, 19/08/2026 telah berlangsung Program Pemerkasaan Syariah dan Akidah Peringkat Daerah Rompin Tahun 2026 yang melibatkan penyertaan lebih daripada 70 orang peserta terdiri daripada kakitangan penjawat awam di Daerah Rompin.

Program ini diadakan sebagai salah satu usaha memperkukuh kefahaman serta penghayatan terhadap aspek syariah dan akidah, di samping meningkatkan kesedaran dan pengamalan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian serta perkhidmatan kepada masyarakat.

Program telah disampaikan oleh dua orang penceramah, iaitu:

🎙️ Penceramah 1
YBrs. Dr. Haji Abdul Kamil bin Jamaludin
Timbalan Dekan Akademi dan Antarabangsa,
Pusat Sains Kemanusiaan,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

🎙️ Penceramah 2
Tuan Haji Bunyamin bin Abd Ghani, AMP
Al-Fadhil Qadhi Daerah Rompin

Majlis turut diserikan dengan perasmian oleh:

YH. Dato' Haji Abd Zaki bin Md Zin, DIMP., AMP.

Program ini dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Bahagian Penyelidikan, dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Rompin.

Penyertaan yang menggalakkan daripada para penjawat awam mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa ilmu agama serta membentuk warga kerja yang berpengetahuan, berintegriti dan menghayati prinsip syariah dan akidah dalam kehidupan serta tugas masing-masing.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa akan datang demi melahirkan masyarakat yang lebih memahami, menghayati dan mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh.

Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Pemerkasaan Syariah dan Akidah Peringkat Daerah Rompin Tahun 2026.








𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐏𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐎𝐌𝐏𝐈𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔Rompin, 5 Ogos 2026 | 21 Safar 1448H | Rabu Alhamdulilla...
05/08/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐏𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐎𝐌𝐏𝐈𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Rompin, 5 Ogos 2026 | 21 Safar 1448H | Rabu

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Taklimat Pelupusan Al-Quran Peringkat Daerah Rompin 2026 bertempat di Surau As-Syifa', Pantai Hiburan, Rompin.

Program anjuran Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Negeri Pahang dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Rompin ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan penggunaan Al-Quran yang mempunyai Perakuan KDN, di samping memberi penerangan tentang tatacara pelupusan Al-Quran yang rosak, uzur atau tidak lagi sesuai digunakan.

Program diteruskan dengan dua sesi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Azhan bin Mohd Taib, Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), yang menyampaikan ceramah mengenai adab memuliakan Al-Quran serta tatacara pelupusan Al-Quran menurut syarak. Seterusnya, Puan Anita binti Kori, Pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang memberikan penerangan berkaitan Perakuan KDN, peruntukan undang-undang, prosedur penguatkuasaan serta kepentingan menggunakan Al-Quran yang telah mendapat Perakuan KDN. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Ustaz Mohd A'Zizilhamid bin Mohd Ali, Timbalan Qodhi, Pejabat Agama Islam Daerah Rompin.

Turut diadakan ialah Program Jom Exchange Al-Quran (JEQ) yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat. Melalui program ini, orang ramai telah menyerahkan Al-Quran yang tiada Perakuan KDN, rosak atau uzur dan menerima Al-Quran baharu yang mempunyai Perakuan KDN secara percuma, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Semoga program ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat untuk bersama-sama menjaga kesucian Al-Quran serta menyokong aspirasi "Ke Arah Sifar Al-Quran Tiada Perakuan KDN."

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, khususnya kepada Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Negeri Pahang, pihak Surau As-Syifa' Pantai Hiburan, para petugas serta seluruh masyarakat yang hadir dan memberikan kerjasama.

Mudah-mudahan segala usaha yang dilaksanakan mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.





📢 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡: 𝗩𝗔𝗣𝗘 & 𝗥𝗢𝗞𝗢𝗞 𝗘𝗟𝗘𝗞𝗧𝗥𝗢𝗡𝗜𝗞 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗛𝗔𝗥𝗔𝗠Tahukah anda?Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Paha...
27/07/2026

📢 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡: 𝗩𝗔𝗣𝗘 & 𝗥𝗢𝗞𝗢𝗞 𝗘𝗟𝗘𝗞𝗧𝗥𝗢𝗡𝗜𝗞 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗛𝗔𝗥𝗔𝗠

Tahukah anda?

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang telah memutuskan bahawa penggunaan v**e dan rokok elektronik adalah HARAM.

⚠️ Di Negeri Pahang, perbuatan menggunakan v**e atau rokok elektronik boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 13(c), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pahang 2013.

📌 Hukuman yang boleh dikenakan:
💰 Denda tidak melebihi RM3,000.00
🚔 Penjara tidak melebihi 2 tahun
📍 Atau kedua-duanya sekali.

Marilah kita bersama-sama menjauhi perkara yang diharamkan serta memelihara kesihatan, akhlak dan kesejahteraan diri, keluarga serta masyarakat.

"Hidup Berkat Tanpa Maksiat."

𝑷𝑹𝑶𝑮𝑹𝑨𝑴 𝑲𝑼𝑹𝑺𝑼𝑺 𝑷𝑹𝑨 𝑷𝑬𝑹𝑲𝑨𝑯𝑾𝑰𝑵𝑨𝑵 𝑰𝑺𝑳𝑨𝑴  𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟑/𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐎𝐌𝐏𝐈𝐍📅 20 & 21 Jun 2026 (Sabtu & Ahad)📍 PPI Masjid Tengku Ma...
22/06/2026

𝑷𝑹𝑶𝑮𝑹𝑨𝑴 𝑲𝑼𝑹𝑺𝑼𝑺 𝑷𝑹𝑨 𝑷𝑬𝑹𝑲𝑨𝑯𝑾𝑰𝑵𝑨𝑵 𝑰𝑺𝑳𝑨𝑴 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟑/𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐎𝐌𝐏𝐈𝐍

📅 20 & 21 Jun 2026 (Sabtu & Ahad)
📍 PPI Masjid Tengku Mahkota Abdullah Rompin

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Kursus Pra Perkahwinan Islam bagi Siri 3/2026. Program ini telah disertai seramai 70 orang peserta.

Firman Allah SWT:
“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isterimu) dengan cara yang baik.”
(Surah An-Nisa’: 19)

Terima kasih juga kepada semua peserta serta tenaga penceramah yang telah memberikan komitmen dan sumbangan dalam menjayakan program ini. Semoga segala ilmu yang diperoleh menjadi panduan dalam melayari alam perkahwinan yang diberkati. 💖





*𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐆𝐀**𝐃𝐀𝐊𝐖𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐌𝐀𝐊𝐌𝐔𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐎𝐌𝐏𝐈𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇*Rompin 18 Jun 2026 | 02 Muharam 1448...
18/06/2026

*𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐆𝐀*

*𝐃𝐀𝐊𝐖𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐌𝐀𝐊𝐌𝐔𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐎𝐌𝐏𝐈𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇*

Rompin 18 Jun 2026 | 02 Muharam 1448H

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melalui Bahagian Dakwah dan Pejabat Agama Islam Daerah Rompin serta Bank Rakyat dengan kerjasama masjid-masjid dan SKJ telah menganjurkan Program Dakwah Perdana Darul Makmur di seluruh masjid dan Surau Kebenaran Jumaat (SKJ) dalam daerah Rompin.

Program ceramah diadakan serentak pada tarikh dan waktu yang sama melibatkan pegawai-pegawai JAIP di lokasi yang berbeza.

Dalam program ini, diadakan juga Diskusi Ilmiah di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Rompin (MTMAR) yang menampilkan ahli panel :

Tuan Muhamad Yusri bin Aman
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Penguatkuasaan JAIP

Ustaz Mohd A'zizilhamid bin Mohd Ali
Timbalan Qadhi Daerah Rompin

Program ini juga menjadikan Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTMTHIAS) sebagai lokasi utama program dan tempat perasmian yang terdiri daripada :

YH Dato' Haji Abdul Zaki bin Md Zain
Timbalan Pengarah
Jabatan Agama Islam Pahang

Tuan Haji Bunyamin bin Abdul Ghani
Al-Fadhil Qadhi Daerah Rompin

Jabatan Agama Islam Pahang dan Pejabat Agama Islam Daerah Rompin meramkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam program ini.

18/06/2026

*𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐊𝐖𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐎𝐌𝐏𝐈𝐍*

𝙏𝘼𝙅𝙐𝙆 𝙆𝙃𝘼𝙎 : 𝙎𝙀𝙈𝘼𝙉𝙂𝘼𝙏 𝙃𝙄𝙅𝙍𝘼𝙃 𝙈𝙀𝙉𝙂𝙃𝘼𝘿𝘼𝙋𝙄 𝙁𝙄𝙏𝙉𝘼𝙃 𝘼𝙆𝙃𝙄𝙍 𝙕𝘼𝙈𝘼𝙉

Program malam ni diadakan dalam bentuk forum di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Rompin (MTMAR) dan Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTMTHIAS).

Selain daripada itu, akan diadakan ceramah khas bagi seluruh masjid dan Surau Kebenaran Jumaat (SKJ) dalam daerah Rompin.

Semua jemaah muslimin muslimat dijemput hadir ke masjid dan SKJ yang berhampiran.

*𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐊𝐖𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐎𝐌𝐏𝐈𝐍*𝙏𝘼𝙅𝙐𝙆 𝙆𝙃𝘼𝙎 : 𝙎𝙀𝙈𝘼𝙉𝙂𝘼𝙏 𝙃𝙄𝙅...
18/06/2026

*𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐊𝐖𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐎𝐌𝐏𝐈𝐍*

𝙏𝘼𝙅𝙐𝙆 𝙆𝙃𝘼𝙎 : 𝙎𝙀𝙈𝘼𝙉𝙂𝘼𝙏 𝙃𝙄𝙅𝙍𝘼𝙃 𝙈𝙀𝙉𝙂𝙃𝘼𝘿𝘼𝙋𝙄 𝙁𝙄𝙏𝙉𝘼𝙃 𝘼𝙆𝙃𝙄𝙍 𝙕𝘼𝙈𝘼𝙉

Program malam ni diadakan dalam bentuk forum di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Rompin (MTMAR) dan Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTMTHIAS).

Selain daripada itu, akan diadakan ceramah khas bagi seluruh masjid dan Surau Kebenaran Jumaat (SKJ) dalam daerah Rompin.

Semua jemaah muslimin muslimat dijemput hadir ke masjid dan SKJ yang berhampiran.

🌸 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐇𝐖𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌸💍 Bakal Pengantin? Jangan lepaskan peluang ini!Pejabat Agama Islam Dae...
14/06/2026

🌸 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐇𝐖𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌸

💍 Bakal Pengantin? Jangan lepaskan peluang ini!

Pejabat Agama Islam Daerah Rompin menjemput semua bakal pengantin untuk menyertai Kursus Pra Perkahwinan Islam Siri 3 Tahun 2026 sebagai persediaan membina rumah tangga yang bahagia, harmoni dan diberkati Allah SWT.

📅 Tarikh: 20 – 21 Jun 2026 (Sabtu & Ahad)
📍 Anjuran: Pejabat Agama Islam Daerah Rompin
🏢 Tempat: Pejabat Agama Islam Daerah Rompin, 26800 Kuala Rompin, Pahang

📝 Pendaftaran Online:
Portal Pra Perkahwinan Pahang

💰 Yuran Pendaftaran: RM120.00 seorang

📞 Sebarang Pertanyaan:
011-35415243
(Unit Pembangunan Keluarga)

👔 Etika Pemakaian
Lelaki
✅ Baju Melayu

Perempuan
✅ Baju Kurung atau Jubah
✅ Pakaian tebal, longgar dan tidak jarang
✅ Tudung labuh menutupi dada
✅ Memakai stokin

⚠️ PERHATIAN PENTING

Pemohon kebenaran berkahwin yang berusia 45 tahun ke bawah dan pernah bercerai hidup adalah WAJIB menghadiri Kursus Pra Perkahwinan Islam.

✨ Sertailah kursus ini untuk menambah ilmu rumahtangga, memahami tanggungjawab suami isteri serta membina keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah.

"Keluarga Bahagia, Masyarakat Sejahtera" ❤️🏡

🕌 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐊𝐖𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓 (𝐒𝐊𝐉) 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐎𝐌...
14/06/2026

🕌 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐊𝐖𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓 (𝐒𝐊𝐉) 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐎𝐌𝐏𝐈𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌

✨"𝑺𝑬𝑴𝑨𝑵𝑮𝑨𝑻 𝑯𝑰𝑱𝑹𝑨𝑯 𝑴𝑬𝑵𝑮𝑯𝑨𝑫𝑨𝑷𝑰 𝑭𝑰𝑻𝑵𝑨𝑯 𝑨𝑲𝑯𝑰𝑹 𝒁𝑨𝑴𝑨𝑵" ✨

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Seluruh warga Daerah Rompin dijemput hadir memeriahkan Program Mega Dakwah Perdana sempena kedatangan Bulan Muharam 1448H.

Program ini bertujuan menyemarakkan semangat hijrah, memperkukuhkan jati diri umat Islam serta memberi panduan dalam menghadapi pelbagai cabaran dan fitnah akhir zaman yang semakin mencabar kehidupan masyarakat hari ini.

🎙️ Panel Istimewa
Penceramah Jemputan Khas daripada warga Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang akan menyampaikan pengisian ilmiah dan panduan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

📅 Tarikh: 18 Jun 2026 (Khamis)
🗓️ Bersamaan: 02 Muharam 1448H
🕖 Masa: 7.00 Petang – 9.30 Malam
📍 Tempat: Seluruh Masjid dan Surau Kebenaran Jumaat (SKJ) Daerah Rompin

🌟 Ayuh bersama-sama mengimarahkan rumah Allah SWT dan menghayati semangat hijrah dalam membina kehidupan yang lebih diredai Allah.

📢 Semua warga Rompin dijemput hadir ke masjid atau SKJ yang berhampiran.

"Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, nescaya Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga."
(Riwayat Muslim)

ANJURAN BERSAMA:
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)
Pejabat Agama Islam Daerah Rompin (PAID Rompin)
Bank Rakyat


Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6094145242

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Agama Islam Daerah Rompin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share