Segalanya Johor

Segalanya Johor Makmur Johor

SOSOK BERBUDI PADA BANGSA JOHORPejuang sebenar Isu ICERD dan Statut Rom yang ramai tidak tahu. Sentiasa bertindak dengan...
13/08/2020

SOSOK BERBUDI PADA BANGSA JOHOR

Pejuang sebenar Isu ICERD dan Statut Rom yang ramai tidak tahu. Sentiasa bertindak dengan cekap dan mempnyai daya fikir yang tajam.

Sebarkan kepada pelusuk dunia betapa bertuahnya bangsa Johor mempunyai pewaris Kesultanan yang bernama DYAM Tunku Ismail bin Sultan Ibrahim

PENGHORMATAN BESAR TERHADAP PERJUANGAN PENAUNG DIRAJA BELIA JOHORHampir setahun yang lepas iaitu pada 15 Sept 2019 satu ...
12/08/2020

PENGHORMATAN BESAR TERHADAP PERJUANGAN PENAUNG DIRAJA BELIA JOHOR

Hampir setahun yang lepas iaitu pada 15 Sept 2019 satu acara besar yang menghimpunkan lebih 5,000 orang belia juga diadakan di Persada Johor iaitu Kongres Belia 2019 Halatuju Pertubuhan Belia Malaysia.

Sedar atau tidak, Johor sekali lagi menjadi bukti kebangkitan belia mampu merubah suasana dan landskap sosial negara. Tidak ada yang kebetulan, setiap perjuangan yang tulus dan ikhlas pasti membuahkan hasil.

Begitu juga cerita setahun lalu apabila belia seluruh negara mengagumi sosok bernama Tunku Ismail Ibn Sultan Ibrahim yang begitu dekat dengan rakyat dan begitu akrab dengan belia Johor. Dikala belia disisih dan dibiarkan lesu oleh kerajaan, sosok bergelar TMJ ini lah yang dengan hati ikhlas menghulurkan tangan membantu dengan penuh kasih sayang.

Itu sebab tidak mustahil dikhabarkan TMJ sanggup membantu Belia Malaysia dan Belia Johor menghimpunkan 5,000 orang belia seluruh negara ketika itu hanya untuk mereka menentukan halatuju diri mereka. Dan sumber memaklumkan ketika bertitah, TMJ dengan rela hati akan bersama sama belia seluruh negara memperjuangkan nasib mereka.

Dan hari ini, seperti ketentuan Ilahi, para belia seluruh Malaysia akan sekali lagi berhimpun di Persada Johor bagi Sambutan Hari Belia Negara, dan lebih bermakna lagi apabila ia bakal di rasmikan oleh YAB Perdana Menteri yang berasal dari Johor.

Ada dua perkara yang kami ingin cadangkan iaitu Pertama, jika ada Anugerah Paling Tinggi yang ada di mukabumi ini untuk Belia Malaysia anugerahkan, sosok yang mesti diberikan penghargaan tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah TMJ sendiri.

Kedua, Malaysia yang sudah berubah landskap sosio politik memungkinkan beberapa aspek di dalam pentadbiran negara ini memerlukan daya fikir dan buah cadangan daripada pertubuhan belia di seluruh negara.

Samada melantik jawatan Senator di kalangan Belia Malaysia, melantik wakil Majlis Belia di peringkat negeri mahupun daerah menduduki jawatan di peringkat GLC, Jawatankuasa Pembangunan Negeri ataupun Jawatankuasa Tindakan daerah tidak lagi boleh dinafikan.

Kehadiran wakil wakil belia ini yang bukan mewakili parti politik mesti diambil kira bagi mengimbangi permasalahan pembangunan dan sosial belia di peringkat akar umbi.

Mari kita bersama menanti dan menunggu detik 15 Ogos 2020 ini. Apakah semua persoalan pada 15 Sept 2019 akan terjawab oleh kerajaan atau sebaliknya.

Apapun, tabik hormat yang tidak terkira buat TMJ yang telah dengan penuh iltizam membantu dengan sungguh sungguh halatuju dan perjuangan belia pertubuhan di seluruh negara khususnya di Johor.

TMJ ! TMJ! TMJ!

BANGSA JOHOR MESTI MEMAKAI PELITUP MUKA DI TEMPAT AWAMDYMM Sultan Johor bertitah agar pihak berkuasa meningkatkan usaha ...
08/08/2020

BANGSA JOHOR MESTI MEMAKAI PELITUP MUKA DI TEMPAT AWAM

DYMM Sultan Johor bertitah agar pihak berkuasa meningkatkan usaha pemantauan pemakaian pelitup muka di tempat awam bagi memastikan usaha mencegah risiko jangkitan COVID-19.

Tuanku juga berharap agar Bangsa Johor tidak memandang ringan pematuhan ini serta tidak meletakkan beban tanggungjawab mengatasi masalah wabak ini kepada pihak kerajaan semata mata.

Diharapkan agar Bangsa Johor tidak kira agama mahupun kaum sama sama dapat saling ingat mengingati titah DYMM Sultan Johor yang sentiasa prihatin tentang rakyatnya.

Dalam masa yang sama, Pihak Berkuasa Tempatan juga diharapkan dapat memastikan agar Bangsa Johor mematuhi arahan terbaru kerajaan mengenai pemakaian pelitup muka.

Romantis kan?
08/08/2020

Romantis kan?

TEPAT KAH PEMILIHAN E SHOPPESebagai rakyat Johor yang celik IT dan sentiasa berurus niaga menggunakan talian, adakah pem...
05/08/2020

TEPAT KAH PEMILIHAN E SHOPPE

Sebagai rakyat Johor yang celik IT dan sentiasa berurus niaga menggunakan talian, adakah pemilihan E Shoppe sebagai rakan strategik PUJB mewujudkan Market Place sesuai atau tidak?

BERITA BAIK UNTUK PENIAGA 'TRUCKFOOD'Mulai 29 Julai 2020, Kerajaan Negeri Johor melalui PUJB menawarkan Geran Food Truck...
03/08/2020

BERITA BAIK UNTUK PENIAGA 'TRUCKFOOD'

Mulai 29 Julai 2020, Kerajaan Negeri Johor melalui PUJB menawarkan Geran Food Truck Johor kepada yang layak. Sila membuat permohonan melalui pautan~
https://bit.ly/ftcovid19

Panduan permohonan boleh dimuat naik menerusi pautan ini~
https://bit.ly/panduanft2020

Bukti Kerajaan Johor amat prihatin pada rakyat jelata....

HASNI LUANGKAN MASA JUMPA RAKYATKesempatan Hari Raya Aidiladha tidak disia siakan oleh YAB Menteri Besar Johor. Di kesem...
02/08/2020

HASNI LUANGKAN MASA JUMPA RAKYAT

Kesempatan Hari Raya Aidiladha tidak disia siakan oleh YAB Menteri Besar Johor. Di kesempatan yang ada ini, beliau bersama Pesuruhjaya PAS Johor telah turun padang berjumpa rakyat jelata melalui Program Ibadat Korban Muafakat Nasional Johor.

Bertempat di tiga destinasi iaitu Felda Cempelak Labis, Parit Khalil Ayer Hitam dan Mutiara Rini Johor Bahru, rombongan YAB Menteri Besar Johor telah bertemu dam bemesra bersama lebih 10,000 ahli UMNO, PAS dan petugas ibadat korban.

Perkara ini pastinya mengembirakan rakyat yang menanti nantikan kehadiran YAB Menteri Besar Johor ketempat mereka. Selain itu ia juga turut menafikan berlaku keretakan hubungan di dalam Muafakat Nasional Johor.

Dan yang lebih penting apabila rakyat dapat mendekati dan mengenali YAB Menteri Besar Johor yang tak pernah lokek mengukir senyuman.

PELAKSANAAN RTS AKAN RANCAKKAN EKONOMI NEGERI JOHORDYMM Sultan Johor Sultan berkenan menerima mengadap YB Datuk Wee Ka S...
29/07/2020

PELAKSANAAN RTS AKAN RANCAKKAN EKONOMI NEGERI JOHOR

DYMM Sultan Johor Sultan berkenan menerima mengadap YB Datuk Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan serta rombongan Kementerian Pengangkutan.

YB Datuk Wee Ka Siong mempersembahkan kepada DYMM Tuanku perkembangan terkini projek Rapid Transit System (RTS) Link yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura.

Johor amat bertuah kerana DYMM Tuanku amat menitikberatkan kebajikan rakyat malah Tuanku sekali lagi sanggup berkorban harta demi melihat Johor unggul dan menjadi kuasa ekonomi Malaysia di masa hadapan.

Daulat Tuanku

KIBARKAN JALUR GEMILANGRakyat Malaysia di luar sana yang benar benar cintakan negara ini, modalkan sebatang kayu dan ben...
29/07/2020

KIBARKAN JALUR GEMILANG

Rakyat Malaysia di luar sana yang benar benar cintakan negara ini, modalkan sebatang kayu dan bendera Malaysia pacak kat luar rumah.

Buktikan anda bukan hanya pandai bercakap dan menulis, aspirasi diri dengan sikap positif demi membina negara ini.

PEMIMPIN MASA HADAPAN JOHORMungkin namanya agak asing bagi rakyat Johor. Tapi kemana lauk kalau tidak di tumpah ke nasi....
27/07/2020

PEMIMPIN MASA HADAPAN JOHOR

Mungkin namanya agak asing bagi rakyat Johor. Tapi kemana lauk kalau tidak di tumpah ke nasi. Itulah ibaratnya kalau kita mahu mengenali YB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Adun Layang Layang yang kini menjawat jawatan selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor.

Hasil risikan kami, cicit kepada Dato Onn Jaafar ini benar benar mewarisi bakat kepimpinan moyang nya bukan sahaja dari pertutururan dan bahasa badan malah tindakan kerjanya yang tersusun dan terkehadapan berbanding dengan exco yang lain.

Dan agak memeranjatkan kerana di khabarkan minggu lepas beliau telah mengadakan pertemuan santai bersama seluruh pimpinan belia di negeri Johor. Dan di dalam majlis tersebut beliau telah membuat 'round table' berjumpa dengan pimpinan belia pelbagai peringkat. Bertukar pandangan dan bersilaturahim menjadi kan beliau kini bualan hebat para pemimpin belia. Malah ada yang menyebut bahawa buat julung kalinya sejak dahulu lagi, Exco Belia berjumpa dan menghimpunkan pimpinan belia seluruh Johor.

Begitu juga dengan portfolio pelancongan yang di pegangnya. Tanyalah siapa sahaja di dalam industri ini yang sudah mula merasai kehadiran YB Datuk Onn Hafiz. Kehadiran yang di sambut dengan iltizam untuk membantu semua pihak di dalam bidang pelancongan yang terjejas akibat COVID19 ini.

Malah apabila kerajaan mula melonggarkan Perintah Pematuhan, beliau antara exco yang terawal turun ke daerah daerah untuk berjumpa Pegawai Daerah bagi mengenalpasti mana mana sektor pelancongan yang mesti di beri perhatian dan menggalakkan agar industri ini berkembang semula selepas terkesan akibat wabak pandemik ini.

Maka, jika di lihat secara keseluruhannya maka kita akan mengakui sosok yang bernama YB Onn Hafiz ini bukanlah sekadar pemimpin biasa. Melalui proses biasa di dalam UMNO sehingga kini menjawat jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, beliau tidak terlalu berprotokol dan sentiasa mengukirkan senyuman.

Aspirasi begitu pasti menggambarkan bahawa Johor sudah mempunyai pemimpin pelapis yang mampu di ketengah kan satu masa kelak sebagai pemimpin Ulung negara masa hadapan.

DEMI JOHOR UNTUK JOHORDYMM Sultan Johor perkenan menerima mengadap Datuk Seri Hishammuddin bin Hussein, Menteri Luar har...
26/07/2020

DEMI JOHOR UNTUK JOHOR

DYMM Sultan Johor perkenan menerima mengadap Datuk Seri Hishammuddin bin Hussein, Menteri Luar hari ini. Pertemuan berlangsung hampir dua jam dengan perbincangan pelbagai perkara berkaitan isu semasa tempatan serta antarabangsa.

Semua ini lakukan hanya untuk memastikan agar Johor dapat terus berdepan dengan cabaran pemulihan ekonomi yang terkesan akibat penularan wabak COVID19.

Sebagai rakyat negeri ini, betapa bertuahnya kita mempunyai sosok Sultan yang sentiasa memikirkan hal rakyat tanpa mengira waktu dan masa.

MENENTANG WABAK PANDEMIK PERLUKAN LANGKAH PENGUATKUASAAN KETATSetelah mengharungi pelbagai Perintah Kawalan Pergerakan, ...
24/07/2020

MENENTANG WABAK PANDEMIK PERLUKAN LANGKAH PENGUATKUASAAN KETAT

Setelah mengharungi pelbagai Perintah Kawalan Pergerakan, Malaysia di kejutkan dengan peningkatan semula kes positif COVID19 yang melanda.

Semua yang berlaku ini bukan kerana langkah melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan tetapi berkisar kepada kurang kesedaran sivik di kalangan rakyat negara ini sendiri.

Langkah penguatkuasaan yang diambil oleh kerajaan sudah cukup molek tetapi tidak seiring dengan jumlah tenaga penguatkuasaan yang mencukupi.

Pihak Polis sebagai contoh selain terpaksa memastikan pematuhan di patuhi mempunyai tugas hakiki yang lain menjaga keselamatan rakyat dan negara. Begitu juga dengan pihak berkuasa tempatan, jumlah pasukan penguatkuasa mereka amat terhad sekali.

Jika Malaysia sekali lagi menguatkuasakan PKP maka banyak perusahaan kecil dan sederhana akan ditutup dan ia akan menyaksikan kadar pengangguran meningkat lagi selain kadar kemiskinan dan nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar, menyebabkan ketidaksamaan akan terus melebar di negara ini.

Oleh itu, Kerajaan MESTI memperbesarkan saiz pasukan penguatkuasa yang terbabit di dalam memastikan pematuhan dilakukan bersungguh sungguh. Banyak langkah yang boleh diambil samada memberikan kerja sambilan atau kontrak kepada mereka yang diberhentikan kerja akibat PKP bagi membantu agar setiap premis atau individu mematuhi S.O.P tersebut.

Jika 10,000 orang penguatkuasa di lantik dalam tempoh setahun, kerajaan hanya perlu membelanjakan lebih kurang RM30 juta sahaja dan suasana akan membaik setelah itu.

Selain itu, kerajaan juga boleh menurunkan kuasa yang diberikan kepada pihak Polis untuk kompaun atau denda kepada semua jabatan yang terlibat seperti Imigresen, Askar, Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan. Penurunan kuasa akan membolehkan lebih banyak premis di periksa agar rakyat tahu betapa seriusnya kerajaan menangani masalah ini.

Sistem 'Self Qourantine' yang dijalankan sebelum ini juga mesti dihentikan dan pemakaian penutup muka WAJIB dilakukan apabila rakyat berada diluar premis rumah dan tidak ada yang terkecuali melainkan ketika makan.

Malaysia mesti mengikuti jejak langkah Taiwan dan Vietnam yang menjadikan penguatkuasaan sebagai benteng yang paling ampuh menangani COVID19.

Address

Jalan Mati
Bulawayo

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Segalanya Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Segalanya Johor:

Share

Category