14/08/2026
โ๐ฅ๐๐ง๐ฉ๐๐ข๐ช๐๐ฃ ๐ฎ๐๐ฃ๐ ๐จ๐๐ฃ๐ฉ๐๐, ๐ฃ๐๐ข๐ช๐ฃ ๐๐ ๐จ๐๐ฉ๐ช๐ก๐๐ ๐ช๐ ๐๐ช๐ฌ๐๐ ๐๐๐จ๐๐ข๐๐, ๐๐๐ง๐๐ฉ๐ ๐๐๐ ๐ค๐ฃ๐๐จ๐ ๐๐๐ฃ ๐จ๐๐ข๐๐ฃ๐๐๐ฉ ๐๐๐จ๐๐ฉ๐ช๐ ๐๐ฃ.โ
Alhamdulillah, Coffee Date: Sisterhood Session Zon Pantai telah berlangsung dalam suasana santai dan mesra, menghimpunkan wanita muda daripada UDM Mengabang Telung, UDM Wakaf Tengah dan UDM Mengabang Telipot.
Di sebalik secangkir minuman yang dikongsi bersama, terselit ruang untuk saling mengenali, bertukar cerita, berkongsi pandangan dan mengeratkan lagi ukhuwah.
Pertemuan sederhana ini mungkin hanya mengambil sedikit masa, namun nilai ukhuwah yang terhasil insya-Allah jauh lebih besar. Kerana dalam kebersamaan, kita menemukan kekuatan untuk terus melangkah.
Terima kasih juga diucapkan kepada isteri Kak Umi Masmira, mewakili Ustaz , atas kesudian hadir memberikan pengisian serta meluangkan masa bersama-sama menjalin dan mengeratkan ukhuwah dengan para peserta. Kehadiran dan perkongsian yang diberikan pastinya menjadi satu suntikan semangat dan kenangan bermakna buat semua yang hadir.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan bersama-sama menjayakan Coffee Date Zon Pantai. Semoga ukhuwah yang terjalin terus mekar dan menjadi asbab kepada lebih banyak kebaikan pada masa akan datang, insya-Allah.
โSecangkir minuman mungkin menghangatkan suasana, tetapi ukhuwah yang ikhlas menghangatkan hati.โ