Unit Promosi Kesihatan Pergigian Bahagian Betong

Unit Promosi Kesihatan Pergigian Bahagian Betong Health & wellness website

10/06/2026

Awas! Pengamal Pergigian Haram!

Elak risiko kesihatan pergigian yang tidak diingini dengan memilih doktor gigi yang bertauliah!

Rawatan pergigian yang dilakukan oleh individu tidak berdaftar boleh meningkatkan risiko komplikasi seperti jangkitan, prosedur yang tidak selamat, serta hasil rawatan yang boleh menjejaskan kesihatan oral secara keseluruhan sama ada dalam jangka pendek dan panjang. Pastikan anda mendapatkan rawatan di premis yang sah dan daripada doktor gigi yang berdaftar dengan KKM demi keselamatan dan kesihatan anda.

Sayangi Gigi Anda!

06/06/2026
01/06/2026

Selamat Hari Gawai!

Bagi bulan Mei 2026, tema bulanan Kempen Promosi Kesihatan Pergigian, PKP KKM adalah “Bahaya Amalan Merokok terhadap Kes...
25/05/2026

Bagi bulan Mei 2026, tema bulanan Kempen Promosi Kesihatan Pergigian, PKP KKM adalah “Bahaya Amalan Merokok terhadap Kesihatan Pergigian" bersempena dengan World No To***co Day yang akan disambut pada 31 Mei 2026 ini.
Senyuman perokok... bukan sekadar ada kesan kuning ngan bau jak tapi…. 🚬😷

Banyak lagi 'rahsia' bahaya yang tersirat dalam rokok tok untuk kesihatan mulut kito:

⚠️ Masalah Gusi (Gum Diseases): Perokok ada 4 kali ganda risiko kenak penyakit gusi kronik sebab sistem imun badan dah makin lemah.
⚠️ Luka Lambat Sembuh: Sapa yang pernah cabut gigi tapi merokok, ada 40% risiko tinggi kena dry socket (luka infeksi yang tersangatlah pedih!).
⚠️ Kanser Mulut (Oral Cancer): Tok paling ngeri. Risiko 6 kali ganda lebih tinggi sebab ada lebih 7,000 bahan kimia dalam rokok ya.

Sayangi nyawa, sayangi senyuman kitak. Jom kito pakat madah ngan kawan-kawan atau keluarga yang masih merokok ya, mintak sidak fikir-fikirkanlah owh? ❤️


Sila LIKE, FOLLOW & SHARE page kami Unit Promosi Kesihatan Pergigian Bahagian Betong .

21/05/2026
19/05/2026
18/05/2026
14/05/2026
📌 Lawatan Pemantauan & Pemeriksaan Klinikal Juruterapi PergigianPada 13 Mei 2026, Penyelia Juruterapi Pergigian bersama ...
14/05/2026

📌 Lawatan Pemantauan & Pemeriksaan Klinikal Juruterapi Pergigian

Pada 13 Mei 2026, Penyelia Juruterapi Pergigian bersama Juruterapi Pergigian Kanan telah melaksanakan lawatan pemantauan dan pemeriksaan klinikal ke SK Pusa, SK Beladin & MDS SK Tambak.

Aktiviti ini bukan sahaja menekankan aspek kualiti perkhidmatan kesihatan pergigian, tetapi juga selaras dengan ketepatan pengisian data pesakit dalam sistem DIS Clinical bagi memastikan rekod klinikal sentiasa lengkap, tepat dan mematuhi piawaian PKP KKM.

Address

Betong
95700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Promosi Kesihatan Pergigian Bahagian Betong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Unit Promosi Kesihatan Pergigian Bahagian Betong:

Share