Pejabat Kesihatan Bahagian Betong

Pejabat Kesihatan Bahagian Betong ๐€๐ค๐š๐ฎ๐ง ๐Œ๐ž๐๐ข๐š ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐‘๐š๐ฌ๐ฆ๐ข ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ญ๐จ๐ง๐ 

Jadikan pemeriksaan rumah sebagai rutin mingguan keluarga. Luangkan sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu untuk:โœ… Ca...
19/09/2026

Jadikan pemeriksaan rumah sebagai rutin mingguan keluarga. Luangkan sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu untuk:

โœ… Cari tempat yang menakung air
โœ… Buang bekas yang tidak digunakan
โœ… Buang air bertakung
โœ… Sental permukaan bekas
โœ… Gunakan bahan pembunuh jentik-jentik jika perlu
โœ… Tutup rapat bekas simpanan air

Tip mudah: Tetapkan satu hari setiap minggu, contohnya pada hujung minggu, supaya pemeriksaan rumah lebih mudah diingati dan diamalkan secara konsisten.

Jangan tunggu sehingga berlaku kes denggi di kawasan anda.

Hanya 10 minit tindakan anda setiap minggu boleh membantu melindungi seisi keluarga daripada risiko denggi.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.

โš ๏ธ RABIES BOLEH MEMBAWA MAUT โš ๏ธTetapi boleh dicegah jika rawatan diperoleh SEGERA.Kes rabies terbaru di Sarawak melibatk...
19/09/2026

โš ๏ธ RABIES BOLEH MEMBAWA MAUT โš ๏ธ
Tetapi boleh dicegah jika rawatan diperoleh SEGERA.

Kes rabies terbaru di Sarawak melibatkan seorang lelaki yang mempunyai sejarah digigit anak anjing namun tidak mendapatkan rawatan awal di fasiliti kesihatan.

โ— Jangan pandang ringan gigitan atau cakaran haiwan walaupun daripada haiwan peliharaan sendiri.

APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA DIGIGIT ATAU DICAKAR HAIWAN?

โœ… Cuci luka menggunakan air mengalir dan sabun sekurang-kurangnya 15 minit
โœ… Dapatkan rawatan SEGERA di fasiliti kesihatan berhampiran
โœ… Pastikan haiwan peliharaan menerima vaksin antirabies setiap tahun
โœ… Elakkan memegang atau memelihara haiwan yang tidak diketahui status kesihatannya

โ›” Jangan tunggu gejala muncul.

Apabila simptom rabies mula berlaku seperti:
โ–ช๏ธ demam
โ–ช๏ธ sakit kepala
โ–ช๏ธ sukar menelan
โ–ช๏ธ takut air
โ–ช๏ธ kekeliruan
โ–ช๏ธ gangguan saraf

Jangkitan biasanya sudah TERLALU LEWAT dan hampir 100% membawa maut.

๐Ÿ›‘ Rabies boleh membawa maut, namun BOLEH DICEGAH dengan rawatan awal.

Lindungi diri, keluarga dan komuniti anda.

INGAT LAGI SEKIRANYA JEREBU DATANG KEMBALIJangan tunggu sehingga IPU meningkat.Amalkan langkah perlindungan kesihatan da...
18/09/2026

INGAT LAGI SEKIRANYA JEREBU DATANG KEMBALI

Jangan tunggu sehingga IPU meningkat.
Amalkan langkah perlindungan kesihatan dari awal.


Influenza ialah jangkitan virus pada saluran pernafasan yang boleh menyebabkan demam, selesema dan batuk, serta menjejas...
18/09/2026

Influenza ialah jangkitan virus pada saluran pernafasan yang boleh menyebabkan demam, selesema dan batuk, serta menjejaskan golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas dan wanita mengandung.
๏ฟฝ๐Ÿ˜ท Jika bergejala, amalkan langkah pencegahan berikut:๏ฟฝ
1๏ธโƒฃ Berehat di rumah
2๏ธโƒฃ Tutup hidung dan mulut ketika batuk/bersin
3๏ธโƒฃ Elak berkongsi peralatan peribadi
4๏ธโƒฃ Dapatkan rawatan doktor jika gejala berterusan
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Bersama kita perkukuh langkah pencegahan bagi memastikan rakyat kekal sihat dan sejahtera.


Kredit diberikan kepada Kementerian Kesihatan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

๐๐„๐“๐Ž๐๐† | 18 September 2026Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) @ HePiLI Sekolah Menengah Peringkat Bahagian Be...
18/09/2026

๐๐„๐“๐Ž๐๐† | 18 September 2026
Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) @ HePiLI Sekolah Menengah Peringkat Bahagian Betong 2026 telah diadakan di SMK Saribas, Debak.

Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) merupakan satu inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sihat menerusi pembudayaan hidup sihat terutama dalam kalangan pelajar di institusi pendidikan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha, Puan Nuur Addinni Limai, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Betong. Gimik perasmian juga dibuat sebagai simbolik perasmian majlis dengan penyerahan plak BMSS dan Sijil Penghargaan kepada pihak sekolah SMK Saribas. Selain itu, PKB Betong menyerahkan Plak Penghargaan kepada wakil PPD Betong.

Turut hadir iaitu, Puan Nur Liana Lim Abdullah, Pengetua SMK Saribas, Debak dan Encik Kana anak Lakui, Pegawai Kesihatan Persekitaran Mewakili PKB Betong.

Seramai 622 orang pelajar dan 48 orang guru termasuk kakitangan sekolah dan semua AJK dari Pejabat Kesihatan Bahagian Betong, Klinik Kesihatan Debak, Klinik Kesihatan Spaoh, Klinik Mid Layar Betong dan Klinik Pergigian Daerah Saratok yang terlibat hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti penyerahan plak BMSS dan penyerahan sijil penghargaan kepada pihak sekolah dan lawatan murid - murid ke booth pameran.
Pelbagai Booth Showcase Interaktif Kesihatan diadakan iaitu:
1. Booth Interaktif Kecergasan dan Permainan
2. Booth Saringan Kesihatan
3. Booth Interaktif dan Pemeriksaan Pergigian
4. Booth Interaktif Lihat, Hidu dan Rasa
5. Booth Interaktif Minda Sihat
6. Booth Interaktif Pemakanan Sihat
7. Booth Interaktif Kenali Ubat Anda
8. Booth Interaktif Tak Nak Merokok dan V**e
9. Booth Interaktif Kebersihan Persekitaran dan Denggi

Promosi pembudayaan hidup sihat bukan sahaja untuk meningkatkan keupayaan imuniti badan dalam mencegah dan melawan sebarang jangkitan penyakit serta kesejahteraan rakyat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih buat warga SMK Saribas, Debak dan semua AJK yang terlibat di atas kerjasama dalam menjayakan BMSS tahun 2026.





Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Sarawak18 September 2026, Jumaat | 8:00 pagi๐Ÿ“ฑ Strim live di tvsarawak.my atau di ap...
18/09/2026

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Sarawak
18 September 2026, Jumaat | 8:00 pagi
๐Ÿ“ฑ Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi TVS Inspire, MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! Muat turun di App Store dan Play Store sekarang!

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Sarawak

18 September 2026, Jumaat | 8:00 pagi

๐Ÿ“ฑ Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi TVS Inspire, MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! Muat turun di App Store dan Play Store sekarang!

Bengkel Pengurusan Kawalan Infeksi dan Pensterilan Bil. 2/2026Pejabat Kesihatan Bahagian Betong telah menganjurkan Bengk...
18/09/2026

Bengkel Pengurusan Kawalan Infeksi dan Pensterilan Bil. 2/2026

Pejabat Kesihatan Bahagian Betong telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Kawalan Infeksi dan Pensterilan Bil. 2/2026 pada 14 hingga 15 September 2026 bertempat di Kolej Komuniti Betong.

Program ini bertujuan memperkukuh pengetahuan dan kompetensi anggota kesihatan dalam aspek kawalan infeksi dan pensterilan, selaras dengan usaha meningkatkan kualiti serta keselamatan perkhidmatan kesihatan di peringkat fasiliti kesihatan primer.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh melalui bengkel ini dapat dimanfaatkan dalam pelaksanaan tugas harian demi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih cekap, selamat dan berkualiti kepada masyarakat.

Bagi mengurangkan pendedahan kepada kualiti udara yang tidak sihat, orang ramai disarankan agar mempraktikkan 7 langkah ...
17/09/2026

Bagi mengurangkan pendedahan kepada kualiti udara yang tidak sihat, orang ramai disarankan agar mempraktikkan 7 langkah pencegahan utama berikut:
1. Kekalkan Hidrasi Tubuh: Pastikan anda meminum air kosong secukupnya, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bagi kelancaran sistem badan.
2. Hadkan Aktiviti Luar: Kurangkan keberadaan dan aktiviti fizikal di luar rumah atau kawasan terbuka buat masa ini.
3. Gunakan Pelitup Muka Spesifik: Pemakaian penutup muka jenis N95 atau P100 adalah amat digalakkan sekiranya urusan di luar tidak dapat dielakkan.
4. Jaga Kebersihan Diri: Segera bersihkan tangan dan muka menggunakan sabun dan air bersih setiap kali selesai melakukan urusan di luar.
5. Kawal Kualiti Udara Dalaman: Pastikan persekitaran di dalam rumah sentiasa bersih. Penggunaan alat pendingin hawa dan penapis udara adalah amat disarankan.
6. Elakkan Pencemaran Tambahan: Hentikan sebarang sumber pencemaran udara di dalam kediaman, terutamanya amalan merokok yang membahayakan kesihatan paru-paru seisi keluarga.
7. Aktifkan Kitaran Udara Dalaman Kenderaan: Ketika memandu, gunakan pendingin hawa dan pastikan fungsi kitaran udara dalaman (recirculation mode) diaktifkan bagi menghalang asap dari luar menyerap masuk.
Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami sebarang gejala seperti batuk berterusan, tekak perit, mata pedih, atau sesak nafas, segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang berhampiran.

Kredit diberikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia

HANYA 10 MINIT, CARI & MUSNAHLuangkan 10 minit di sekitar rumah untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Ae...
17/09/2026

HANYA 10 MINIT, CARI & MUSNAH
Luangkan 10 minit di sekitar rumah untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.




Kredit diberikan kepada Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Sarawak17 September 2026, Khamis | 8:00 pagi ๐Ÿ“ฑ Strim live di tvsarawak.my atau di a...
17/09/2026

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Sarawak

17 September 2026, Khamis | 8:00 pagi

๐Ÿ“ฑ Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi TVS Inspire, MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! Muat turun di App Store dan Play Store sekarang!

Address

Pejabat Kesihatan Bahagian Betong, KM 2, Jalan Betong-Sri Aman
Betong
95700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6083472116

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Bahagian Betong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kesihatan Bahagian Betong:

Shortcuts

Share