29/01/2026
๐๐๐ฆ๐ฎ๐๐ ๐๐๐: ๐๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐๐ข๐ญ๐๐๐ฌ๐ข๐ซ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐๐ง, ๐๐ฎ๐ค๐๐ง ๐๐๐ค๐๐๐๐ซ ๐๐๐ฌ๐๐ง๐ฒ๐๐ฉ๐๐ง
MIRI, Jan 29 โ Kenyataan terkini oleh YB Datuk Seri Azalina Othman Said berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan isu tadbir urus minyak dan gas telah mencetuskan perbincangan awam, khususnya di Sarawak. Ketua Pemuda Parti Demokratik Progresif (PDP), Encik David Yeo Ang Lim berkata, โWalaupun saya menghormati kedudukan beliau dan pandangan Persekutuan yang telah dikemukakan, namun MA63 perlu difahami dalam konteks perlembagaan dan sejarah yang lebih menyeluruh.โ
โBenar bahawa MA63 tidak menyebut secara khusus mengenai minyak dan gas. Namun, MA63 tidak pernah dimaksudkan sebagai kontrak mengikut sektor. Ia merupakan perjanjian asas yang membentuk Malaysia sebagai sebuah Persekutuan berasaskan rundingan, perlindungan hak, autonomi dan kepercayaan bersama. Menafsirkan kesenyapan MA63 sebagai penafian hak berisiko menghakis tujuan asal perjanjian tersebut,โ katanya.
Tambah Ketua Pemuda PDP, ketika Sarawak menyertai Malaysia, Sarawak mempunyai badan perundangan dan undang-undang sendiri, termasuk Ordinan Perlombongan Minyak 1958 (OMO 1958) yang mengawal sumber petroleum. Semangat MA63 adalah untuk mengekalkan kuasa sedia ada ini kecuali jika dipinda secara jelas dan sah. Dalam tafsiran perlembagaan, kesenyapan tidak wajar dianggap sebagai penyerahan hak.
Sehubungan itu, Yeo turut memberi penjelasan, โ๐๐๐ซ๐ข ๐ฌ๐ฎ๐๐ฎ๐ญ ๐ฉ๐ซ๐๐ ๐ฆ๐๐ญ๐ข๐ค, ๐๐ฎ๐ญ๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐ญ๐๐ง๐ฉ๐ ๐๐ฌ๐๐ฌ ๐๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ญ๐ข๐๐๐ค ๐ฆ๐๐ฆ๐ฉ๐๐ง. ๐๐๐๐๐ข๐ซ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ฆ๐๐ค๐ง๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐๐ซ๐ฅ๐ฎ๐ค๐๐ง ๐ค๐๐ฎ๐ฉ๐๐ฒ๐๐๐ง ๐๐ข๐ฌ๐ค๐๐ฅ ๐๐๐ง ๐ค๐๐ฐ๐๐ฅ๐๐ง ๐ค๐ ๐๐ญ๐๐ฌ ๐ฉ๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐ฉ๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐๐ง. ๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ญ๐ข๐๐๐ค ๐ฆ๐ฎ๐ง๐๐ฌ๐๐๐๐ก ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐๐ง๐ ๐๐ง๐ ๐ ๐๐ฉ ๐๐ฎ๐ญ๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐๐๐ซ๐๐ฐ๐๐ค ๐ก๐๐ง๐ฒ๐ ๐๐๐ซ๐ฌ๐ข๐๐๐ญ ๐ฉ๐๐ง๐ญ๐๐๐๐ข๐ซ๐๐ง ๐ฌ๐๐ฆ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ ๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐ฎ๐ญ๐๐ฆ๐๐ง๐ฒ๐ ๐๐ข๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐๐ญ๐ค๐๐ง ๐ญ๐๐ง๐ฉ๐ ๐ซ๐ฎ๐ง๐๐ข๐ง๐ ๐๐ง ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ฆ๐๐ค๐ง๐.โ
Pemuda PDP juga mengambil maklum kerjasama antara PETRONAS dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) yang mencerminkan pengiktirafan terhadap kedudukan unik Sarawak. Pendekatan federalisme kerjasama inilah yang paling sesuai untuk menjamin perpaduan dan kestabilan negara.
๐๐๐ฆ๐ฎ๐๐ ๐๐๐: ๐๐๐ง๐๐๐ค๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ซ๐๐ฌ๐ค๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ง๐ ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ฌ๐๐ฆ๐
Pemuda PDP menyokong pendekatan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang konsisten memperjuangkan hak Sarawak melalui saluran perlembagaan, dialog konstruktif dan semangat Persekutuan. Perbincangan mengenai MA63 tidak harus dilihat secara sempit atau literal semata-mata, tetapi perlu mengambil kira tujuan asal pembentukan Malaysia sebagai sebuah Persekutuan rakan kongsi.
Kerjasama berterusan antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan, termasuk penglibatan PETROS bersama PETRONAS, membuktikan bahawa pendekatan rundingan dan saling menghormati mampu menghasilkan penyelesaian yang stabil tanpa menjejaskan kepentingan nasional.
Pemuda PDP percaya bahawa mengekalkan semangat MA63, iaitu keadilan, autonomi yang bermakna dan federalisme Kerjasama, adalah selari dengan aspirasi GPS untuk Sarawak yang kuat dalam Malaysia yang bersatu.