26/04/2026
Kenak Sarawak Wajib Kekalkan Abg Jo: Visi Yang Bukan Saja-Saja!
Bukan pasal nak sokong buta tuli, tapi sebab keputusan berani yang Abg Jo buat selama tok dah mengubah nasib Wilayah Sarawak. Mun kita tukar nahkoda kinek, sapa nak sambung agenda besar tok?
Tok sebab utama kenak beliau perlu dikekalkan:
Peneraju Hasil Sendiri (PETROS & Cukai Jualan): Premier berani kenakan cukai jualan ke atas produk petroleum.
Hasilnya? Berbilion ringgit masuk dalam kantung Sarawak. Duit tok la kita guna untuk molah jambatan, jalan raya, dan projek rakyat tanpa perlu tunggu belas kasihan pusat semata-mata.
Strategi Ekonomi Hijau (Hidrogen): Abg Jo bukan jak berfikir untuk 5 tahun, tapi untuk 50 tahun akan datang.
Sarawak adalah perintis ekonomi hidrogen di rantau tok. Kita bukan lagi pengeksport komoditi mentah, tapi bakal jadi kuasa besar tenaga bersih dunia.
Pendidikan Tinggi Percuma: Abg Jo dah buat keputusan supaya anak Sarawak dapat belajar percuma di universiti milik kerajaan negeri (seperti UTS, Curtin, Swinburne).
Masa depan anak cucu kita terjamin, modal insan kita jadi setaraf dunia.
Infrastruktur Tanpa Sempadan: Projek jambatan mega (Batang Lupar, Batang Rajang, Batang Igan, dll.) bukan jak nampak simen dan besi.
Ia adalah 'talian hayat' untuk ekonomi luar bandar. Beliau hapuskan jurang bandar dan luar bandar secara agresif.
Autonomi Wilayah (MA63): Beliau satu-satunya pemimpin yang paling 'agresif' menuntut hak dalam MA63. Beliau pastikan Sarawak diiktiraf sebagai Wilayah, bukan sekadar negeri. Perjuangan beliau untuk mengembalikan hak kawalan ke atas sumber asli adalah satu-satunya jaminan masa depan ekonomi kita.
Kestabilan Politik: Sarawak unik sebab kita stabil. Abg Jo tauk nak jaga keharmonian kaum dan agama.
Dalam dunia yang huru-hara, kestabilan yang beliau embak adalah kunci kenapa pelabur asing berani masuk ke Sarawak.
Abg Jo tok ada 'blueprint' besar. Kita perlukan pemimpin yang faham 'Sarawak First' dan ada keberanian nak lawan arus demi hak kita.
Sapa setuju, sila komen dan share. Sarawak perlukan kesinambungan, bukan eksperimen!