KEMAS Daerah BESUT

Call Directions Website Contact the organization

KEMAS Daerah BESUT Laman Rasmi KEMAS Daerah Besut ini memaparkan aktiviti-aktiviti di KEMAS Daerah Besut Terengganu.

𝗙𝗜𝗘𝗦𝗧𝗔 𝗟𝗘𝗦𝗧𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗨𝗡𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗭𝗔𝗜𝗡𝗔𝗟 𝗔𝗕𝗜𝗗𝗜𝗡 (𝗨𝗻𝗶𝗦𝗭𝗔) 𝟮𝟬𝟮𝟲Besut,22 Oktober 2026- Penganjuran program Fiesta Les...
22/10/2026

𝗙𝗜𝗘𝗦𝗧𝗔 𝗟𝗘𝗦𝗧𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗨𝗡𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗭𝗔𝗜𝗡𝗔𝗟 𝗔𝗕𝗜𝗗𝗜𝗡 (𝗨𝗻𝗶𝗦𝗭𝗔) 𝟮𝟬𝟮𝟲

Besut,22 Oktober 2026- Penganjuran program Fiesta Lestari MADANI anjuran Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSZA ) kampus Besut yang bertujuan memupuk kreativiti, meningkatkan kemahiran serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti yang berteraskan kelestarian, kebersamaan dan kesejahteraan komuniti.

Sebanyak lima buah Tabika KEMAS telah menyertai pertandingan mewarna kanak-kanak.Johan bagi pertandingan mewarna dimenangi oleh kanak-kanak dari Tabika KEMAS Simpang Tiga Tembila dan membawa p**ang hadiah yang ditaja oleh Bank Rakyat,cawangan Jertih,Besut.

Selain dari itu juga,KEMAS telah menghantar 3 kump**an bagi menyertai pertandingan memasak Lestari sempena program tersebut.

Penganjuran Program Fiesta Lestari MADANI ini mendapat sokongan padu daripada pegawai KEMAS Daerah Besut, En Azman bin Ngadiron yang sekali gus memperlihatkan komitmen dan kesepaduan warga KEMAS dalam menjayakan program yang memberi manfaat kepada masyarakat. Sokongan ini menjadi pemangkin kepada kelancaran pelaksanaan pertandingan mewarna dan pertandingan memasak serta memperkukuh aspirasi kelestarian yang selari dengan nilai MADANI.

Secara keseluruhannya, Program Fiesta Lestari MADANI merupakan satu inisiatif yang bermanfaat dalam mencungkil bakat, meningkatkan kemahiran dan mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyokong pembentukan masyarakat yang kreatif, berdaya saing dan mengamalkan nilai kelestarian dalam kehidupan seharian.

𝗦𝗜𝗡𝗘𝗥𝗚𝗜 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗦𝗢 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗨𝗘𝗣𝗔𝗖𝗦 𝗖𝗔𝗥𝗘 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗣𝗘𝗡𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗙𝗘𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟𝗜𝗦𝗠𝗘 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗦𝗨𝗧 19.10.2026 - Ben...
22/10/2026

𝗦𝗜𝗡𝗘𝗥𝗚𝗜 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗦𝗢 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗨𝗘𝗣𝗔𝗖𝗦 𝗖𝗔𝗥𝗘 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗣𝗘𝗡𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗙𝗘𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟𝗜𝗦𝗠𝗘 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗦𝗨𝗧

19.10.2026 - Bengkel ini dilaksanakan melalui sesi penerangan dan perkongsian maklumat oleh pihak PERKESO dan CUEPACS CARE. Pendidik Masyarakat yang hadir diberikan pendedahan berkaitan peranan organisasi, kemudahan perlindungan serta manfaat yang berkaitan dengan kebajikan kakitangan. Sesi ini turut memberi peluang kepada peserta untuk mendapatkan penjelasan dan mengemukakan pertanyaan bagi meningkatkan kefahaman terhadap maklumat yang disampaikan.

Slot akhir bengkel telah diisi dengan perkongsian bersama En Mohd Syarizwan bin Mat Jenon -Penolong Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran KEMAS Negeri Terengganu. Sesi ini menjadi platform untuk menyampaikan maklumat berkaitan pengurusan sumber manusia, hal ehwal pentadbiran serta perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan dan profesionalisme kakitangan.

Perkongsian yang diberikan diharapkan dapat meningkatkan kefahaman kakitangan terhadap tanggungjawab, tatacara kerja dan pematuhan kepada peraturan yang berkuat kuasa. Sesi ini turut memberi ruang kepada kakitangan untuk mendapatkan penjelasan serta berkongsi pandangan bagi memperkukuh pengurusan dan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berintegriti dan berkualiti.

𝗠𝗘𝗡𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗔𝗣𝗦𝗜𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗢𝗠𝗕𝗔5 Oktober 2026 – Kursus keselamata...
06/10/2026

𝗠𝗘𝗡𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗔𝗣𝗦𝗜𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗢𝗠𝗕𝗔

5 Oktober 2026 – Kursus keselamatan yang dilaksanakan dengan kerjasama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merupakan satu inisiatif penting dalam meningkatkan tahap kesedaran, pengetahuan dan kecekapan warga TABIKA KEMAS DUN Kuala Besut dalam menghadapi situasi kecemasan.

Kursus ini turut mendapat perhatian dan sokongan daripada Pegawai KEMAS Daerah, Encik Azman bin Ngadiron, yang sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan serta kebajikan warga TABIKA, khususnya dalam memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif dan mesra kanak-kanak.

Melalui kursus ini, peserta didedahkan kepada aspek keselamatan kebakaran, langkah-langkah pencegahan, tindakan sewajarnya ketika berlaku kecemasan serta kaedah penggunaan alat pemadam api yang betul. Pendedahan secara teori dan amali ini dapat membantu peserta bertindak dengan lebih tenang, pantas dan teratur sekiranya berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

Kerjasama pihak JBPM bukan sahaja memberikan pengetahuan berkaitan keselamatan, malah menjadi pemangkin kepada pembudayaan amalan keselamatan secara berterusan. Usaha ini selaras dengan komitmen KEMAS Daerah yang dipimpin oleh Encik Azman bin Ngadiron dalam memastikan aspek keselamatan sentiasa diberi keutamaan demi menjamin kesejahteraan dan keselamatan warga TABIKA serta kanak-kanak.

Secara keseluruhannya, kursus ini diharapkan dapat meningkatkan kesiapsiagaan warga TABIKA KEMAS DUN Kuala Besut dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat, teratur dan kondusif.

Jom daftar sekarang
01/10/2026

Jom daftar sekarang

𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐁𝐈𝐊𝐀 𝐓𝐔𝐍𝐀𝐒 𝐈𝐒𝐓𝐈𝐌𝐄𝐖𝐀 @ 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟕 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀!

Ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak berkeperluan pendidikan khas, khususnya Autisme Tahap 1 (ringan/mild), kini boleh membuat permohonan kemasukan ke TABIKA Tunas Istimewa (Autisme) @ KEMAS bagi Sesi 2027.

📅 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧:
𝟏 – 𝟏𝟔 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔

💻 Permohonan secara dalam talian melalui Sistem KEMAS eDuceria:
👉 https://ceria.kemas.gov.my/

✨ Program ini memberi fokus kepada pendidikan dan intervensi awal bagi membantu meningkatkan kemahiran komunikasi, sosial dan pengurusan kendiri kanak-kanak autisme agar mereka dapat berkembang dengan lebih berdikari.

👧🏻👦🏻 Antara syarat utama:
✅ Warganegara Malaysia
✅ Berumur 5 hingga 6 tahun pada tahun 2027
✅ Mempunyai kelewatan perkembangan atau diagnosis Autisme Tahap 1 (ringan/mild)
✅ Mempunyai kemahiran asas komunikasi dan pengurusan diri
✅ Bersedia mengikuti pembelajaran di TABIKA Tunas Istimewa @ KEMAS

📌 Jangan lepaskan peluang ini! Mohon sekarang dan bersama-sama kita bina masa depan anak-anak yang lebih inklusif dan bermakna.

28/09/2026

Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Siti Hasmah binti Mohamad Ali, isteri mantan Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Daripada:
Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga KEMAS

Lawatan Pemerkasaan Premis Pusat Masakan KEMAS ke Arah Persijilan Halal Tahun 2026Tarikh : 24 September 2026 (Khamis)Mas...
24/09/2026

Lawatan Pemerkasaan Premis Pusat Masakan KEMAS ke Arah Persijilan Halal Tahun 2026

Tarikh : 24 September 2026 (Khamis)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Pusat Masakan KEMAS Jalan Tembila,Kg Raja. Besut Terengganu

Turut hadir :

🌸 Encik Mohamad Jamaludin Rabani bin Mohd Hanafiah
Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Kemahiran (PKEM) KEMAS Ibu Pejabat

🌸 Encik Azman bin Ngadiron,Pegawai KEMAS Daerah Besut

🌸 Encik Mohd Rusli bin Abdullah,Pen.Pegawai Komuniti dan Kemahiran

🌸 En.Md Sapavi bin Md Arshad
Pembantu Pembangunan Masyarakat Kanan Pendidikan Kemahiran

🌸En.Kamaruzaman bin Mohd Zain
PPMK PD DUN Kota Putera

🌸 Cikgu Wan Marzuani bin Wan Mat Khalir
Pemaju Masyarakat Kemahiran Masakan

🌸PM Jahitan

𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗨 𝗕𝗔𝗣𝗔 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗥𝗔𝗣𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗛𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗜𝗕𝗨𝗕𝗔𝗣𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗕𝗘𝗦𝗨𝗧 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲14&15 September 2026 || KEMAS ...
17/09/2026

𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗨 𝗕𝗔𝗣𝗔 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗥𝗔𝗣𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗛𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗜𝗕𝗨𝗕𝗔𝗣𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗕𝗘𝗦𝗨𝗧 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

14&15 September 2026 || KEMAS Besut berjaya melaksanakan satu program yang memberi manfaat besar kepada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak melalui program Bengkel Kemahiran Keibubapaan siri 1&2 tahun 2026.

Bengkel ini bukan sahaja membantu ibu bapa dalam aspek kemahiran mengurus tingkah laku anak tetapi turut dikongsikan bagaimana menjadi ibu bapa yang cemerlang melalui slot yang disampaikan oleh En. Muhammad Hafiz bin Jalil,Pegawai Psikologi dari Pejabat Kesihatan Daerah Besut.

Manakala slot seterusnya,Pengukuhan Institusi Keluarga disampaikan oleh Tuan Ilias bin Haris dari IPD,Besut berkaitan Jenayah Siber.

Majlis Penutup siri 1 disempurnakan oleh YBhg Dato' Hj Muhammad Pehimi bin Yusof,Pengerusi Komuniti KEMAS Parlimen Besut,manakala siri ke 2 p**a disampaikan oleh
En Mohd Rozaini bin Rasli, Pengerusi Komuniti KEMAS Dun Jertih.

Turut hadir memeriahkan program adalah En Mohd Syarizwan bin Mat Jenon,Penolong Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran KEMAS Negeri Terengganu,Tn Hj Hasmadi bin Hasan,Pengerusi Komuniti KEMAS Dun Hulu Besut,En Azman bin Ngadiron,Pegawai KEMAS Daerah Besut serta barisan Penyelia KEMAS Parlimen Besut.

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐉𝐀𝐓𝐈 𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐒𝐔𝐓AKADEMI KENEGARAAN MAL...
15/09/2026

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐉𝐀𝐓𝐈 𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐒𝐔𝐓

AKADEMI KENEGARAAN MALAYSIA, 9 September 2026 – Seramai 140 orang Setiausaha Komuniti Kampung Daerah Besut telah menyertai Kursus Kenegaraan Malaysia yang berlangsung selama tiga hari, bermula 7 hingga 9 September 2026 di Akademi Kenegaraan Malaysia.

Kursus tersebut bertujuan meningkatkan kefahaman dan penghayatan peserta terhadap aspek kenegaraan, patriotisme, jati diri serta tanggungjawab sebagai pemimpin dan penggerak komuniti di peringkat akar umbi.

Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh Pengarah KEMAS Negeri Terengganu, Tuan Haji Anuar bin Mat Zin.

Dalam ucapan perasmian, beliau menekankan kepentingan penghayatan nilai-nilai kenegaraan dalam kalangan pemimpin komuniti agar dapat diterapkan dalam kehidupan bermasyarakat serta menjadi asas kepada pembentukan komuniti yang bersatu padu, harmoni dan bertanggungjawab.

Turut Hadir dalam majlis ini ialah En.Mohd Zuhairi bin Mohd Kamal, Penolong Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Terengganu, En.Azman bin Ngadiron, Pegawai KEMAS Daerah Besut.

Penyertaan seramai 140 peserta dalam kursus ini mencerminkan komitmen Setiausaha Komuniti Kampung dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kefahaman bagi melaksanakan peranan dengan lebih berkesan dalam komuniti masing-masing.

Sepanjang kursus, peserta turut terlibat dalam pelbagai pengisian dan aktiviti yang memberi penekanan kepada semangat patriotisme, perpaduan, kepimpinan, nilai murni serta tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

Program selama tiga hari ini bukan sahaja menjadi medan perkongsian ilmu, malah turut membuka ruang kepada peserta untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan memperkukuhkan jaringan kerjasama sesama Setiausaha Komuniti Kampung Persekutuan Daerah Besut.

Diharapkan segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus dapat dimanfaatkan dan diterjemahkan dalam pelaksanaan tugas serta tanggungjawab di peringkat komuniti, seterusnya menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang lebih berdaya tahan, bersatu padu dan cintakan negara.

“Jati Diri Diperkasa, Komuniti Sejahtera, Negara Berdaulat.”

Kursus Sijil Kemahiran Modular KEMAS (SKMK) – Bidang Pastry Alhamdulillah, telah berlangsung Kursus Sijil Kemahiran Modu...
25/08/2026

Kursus Sijil Kemahiran Modular KEMAS (SKMK) – Bidang Pastry

Alhamdulillah, telah berlangsung Kursus Sijil Kemahiran Modular KEMAS (SKMK) Bidang Pastry selama 2 hari, pada 23–24 Ogos 2026, bertempat di Pusat Masakan KEMAS Besut, Jalan Tembila, Kampung Raja.

Sepanjang kursus, peserta telah didedahkan dengan kemahiran dan pengetahuan berkaitan bidang pastry, termasuk teknik penyediaan serta penghasilan produk yang berkualiti.

Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh En. Azman bin Ngadiron, Pegawai KEMAS Daerah Besut.

Turut hadir En. Md Sapavi bin Md Arshad, Penyelia Pendidikan Kemahiran KEMAS Besut.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan kesungguhan sepanjang mengikuti kursus. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kemahiran, menjana pendapatan serta membuka peluang keusahawanan pada masa hadapan. 🌟👏

KEMAS terus komited melahirkan masyarakat berkemahiran dan berdaya saing. 💪✨



@

✨ PROGRAM KURSUS PELBAGAI FROZEN FOOD, PEMBUNGKUSAN DAN PERLABELAN ✨Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya prog...
21/08/2026

✨ PROGRAM KURSUS PELBAGAI FROZEN FOOD, PEMBUNGKUSAN DAN PERLABELAN ✨
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya program Koloborasi KEMAS dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada 17–19 Ogos 2026 bertempat di Pusat Masakan Kg. Raja.

🥟 Peserta didedahkan dengan pelbagai kemahiran penyediaan Frozen Food, teknik pembungkusan yang kemas dan menarik serta kaedah perlabelan yang sesuai untuk tujuan pemasaran.

📚 Program ini bukan sahaja memberi ilmu dan kemahiran baharu, malah membuka peluang kepada peserta untuk meningkatkan potensi keusahawanan dan menjana pendapatan melalui produk makanan sejuk beku.

👏 Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen sepanjang program berlangsung.

🤝 Terima kasih kepada KEMAS, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), tenaga pengajar dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
💪 Ilmu dipelajari, kemahiran dipertingkat, peluang perniagaan diperluaskan!









Address

Wisma Persekutuan Besut
Kampung Raja
22200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6096956380

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEMAS Daerah BESUT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KEMAS Daerah BESUT:

Shortcuts

Share

Nearby government services